Golden Kanafeh Dengan Cheese Boleh Tarik Sampai Ke Hati
GOLDEN KANAFEH DENGAN CHEESE BOLEH TARIK SAMPAI KE HATI. Sejak mengandung anak kedua, saya dapati saya suka makan benda benda manis. Sampai la anak kedua saya sekarang dah umur setahun. Saya masih suka makan benda benda manis. Kalau dulu ice cream, kek semua tu bukan la favorite saya walaupun saya makan juga tapi tak gemar sangat la. Mula mula ingat biasa la pregnant selera jadi berubah tapi ni produk dah keluar pun still masih suka. Termasuk la makanan ber cheese ni. Dulu bukan kata tak makan tapi kurang mengemari kalau yang jenis creamy bagai.
Di sebabkan saya jadi craving dengan makanan manis ni.. Memang setiap hari ada je benda manis saya akan makan. Paling paling pun ice cream tak pun minum milo campur creamer pekat manis. Tetap kena ada yang manis manis setiap hari. Maybe faktor saya fully breastfeed kot. Saya pun tak tahu kenapa.. Dan tak payah fikir sangat la kan.
Baru baru ni saya di beri peluang cuba manisan arab yang boleh kata tengah in trend sekarang ni. Sebelum ni tengok je orang review makan benda tu tapi bila diri sendiri dapat peluang merasa.. rezeki jangan di tolak. Nampak macam sedap je orang makan.. Betul ke sedap?? jeng jeng jeng...
Sebelum kita cerita rasanya.. Kita cerita dulu la apa yang ada dalam set kanafeh ni. Kanafeh ni di datangkan dalam bentuk set di mana ada 1 pack kanafeh, syrup & kacang pistachio. Juga di sediakan satu garfu untuk memudahkan anda menikmati kanafeh di mana juga anda berada gitu!
Kanafeh ni boleh di simpan kalau rasa tak nak makan dulu. Dalam peti ais la. Kalau nak simpan tak sampai 3 - 4 hari boleh letak kat tempat biasa dalam peti ais tapi kalau berniat nak simpan lama 3 - 4 bulan letak kat bahagian sejuk beku.
kalau nak makan perlu panaskan dulu. Cara caranya.. samada boleh guna oven atau pemanggang ajaib (magic pan). Saya guna magic pan je, Bakar lebih kurang 10 minit dengan api yang kecil la kalau guna magic pan. Lepas tu boleh angkat tabur air gula & kacang pistchio dah boleh santap like a royal family katanya hehehehehe.
Rasa dia yang kanafeh tu tanpa syrup (air gula) dah ada rasa masin & lemak lemak dari cheese tu. memang kalau tak letak syrup pun dah sedap. Tapi kalau renjis juga sikit air gula atas tu bersama dengan kacang pistachio tu lagi la bertambah sedap. Dia jadi 3 rasa la. Manis, masin & lemak. nak makan jangan hangpa simbah sebotol air gula atas kanafeh tu. Letak sikit sikit dulu. Sebab ada orang suka manis ada orang suka kurang manis.
Antara Keistimewaan Golden kanafeh) dari I cook Arab ni adalah
👉 Kataifi (yang macam sarang tu) tidak hancur dan ranggup. Rasa dia pun lemak lemak ok! Tu base dari pengalaman saya sendiri try.
👉 Kataifi tidak melekat pada keju / Akkawi cheese.
👉 Kataifi tidak terlalu hancur /pendek.
👉 Akkawi cheese tidak berbau hanyir dan masam. rasa dia lemak lemak masin & sedap.
👉 Golden kanafeh mudah dikeluarkan daripada aluminium foil setelah dibakar. memang totally tak melekat langsung
👉 Golden kanafeh akan naik / meninggi seperti kek yang dibakar
👉 Cheese akkawi boleh ditarik panjang sampai ke hati gitu. hehehehe (panjang dan padu cheese akkawi jika dibakar dengan betul)
👉 Golden kanafeh sangat wangi bila di bakar dalam ove atau pan. haruman tu yang membangkitkan selera. Tidak berbau pelik inshaAllah.
👉 Syeera... Ni salah satu bahan penting dalam golden kanafeh selain cheese akkawi dan kataifi. Syeera (Air gula) berbau wangi dan paling penting tidak terlalu manis dan kita boleh tuang mengikut citarasa sendiri. Paling penting, syeera golden kanafeh tidak ada rasa yang memualkan apabila masuk ke dalam mulut /tekak kita.
Kelebihan inilah yang menjadikan golden kanafeh dari I cook Arab berbeza dengan kanafeh yang lain dan di gemari dari pelbagai peringkat umur. Dari kanak kanak, remaja sehingga dewasa antara mereka yang suka makan kanafeh ni.
Packaging dia pun cantik berbentuk hati (love) ni kalau nak buat hantaran pun cantik juga kan? Deco sikit sikit pun dah ok. mesti rare hantaran hangpa kalau jadikan kanafeh sebagai salah satu dulang hantaran. manatau kot kot kawen dengan orang Arab ke.. so ada la tema arabic sikit kan?
Golden kanafeh ni tengok gambar je pun ramai dah terliur.. memang bukan saja nampak sedap tapi memang sedap. Sebab tu bila share kat facebook ramai yang tanya. Antara manisan arab yang tengah viral juga la sekarang.
kanafeh ni di buat oleh seorang Chef dari syria & di edarkan oleh I Cook Arab. Di jual secara online juga. Jangan risau agent agent untuk Golden kanafeh ni memang bertaburan di muka bumi malaysia. Hampir ke semua negeri ada wakil Agent Kanafeh ni.
Mesti hangpa nak tau macam mana nak dapatkan. yang jauh boleh di pos.. Yang dekat boleh COD. kalau ada Agent di kawasan jajahan hangpa boleh la COD. apapun kalau nak cuba hangpa boleh contact Agent kat bawah ni.. Nanti dia arrange la penghantaran tu. Dont worry.. Beliau adalah trusted agent yer. Di jamin duit hangpa tak kena scam.
Kat bawah ni korang boleh hubungi agent agent dari Team Jamna.
⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩
www.wasap.my/+60164197730/GK
JOHOR
Simpang Renggam, benut
⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩
(Fiza) : www.wasap.my/601151177597/GK
PENANG ISLAND
⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩
Hafiz : http://www.wasap.my/+601111955787/GK
PENANG / KEDAH
Bukit Mertajam /Kulim
⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩
(Faizah) : www.wasap.my/60104493439/GK
Bukit Tengah, Simpang Ampat, Alma slim river,besout,tanjung malim kalumpang, Bukit Minyak
⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩
(Nisa) : https://wasap.my/60146445149/goldenkanafeh
PERAK
KUALA KANGSAR
RNR SUNGAI PERAK ,
AMBANK KUALA KANGSAR,SAYONG,CHANDAN PUTRI ,MENORA
⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩
(Dayah) : www.wasap.my/60195278046/GK
HOSPITAL KUALA KANGSAR DAN SEKITAR/PADANG RENGAS/ KEMUNTING/TAIPING/SIMPANG
⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩
wawa : www.wasap.my/60102007261/GK
Perak (SELAMA, & BATU KURAU)
⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩
Jamna : www.wasap.my/60164197730/GK
Sungai Siput (U) , Perak & Sekitar kampung
⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩
Tina : www.wasap.my/60133033786/GK
LABUAN
⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩
Dina : www.wasap.my/60103581123
KARAK
⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩
Yus : www.wasap.my/+60199717834
Bangi /Kg Baru / SG. Buloh
⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩
Dinie : www.wasap.my/60162262754/GK
Bandar tasik puteri - country homes - rawang - batu arang
⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩
www.wasap.my/601151177597/gkrwg
Setapak KL
⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩
Ajim : http://www.wasap.my/+60183714877/GK
Sabah Sandakan / (cod/pos)
⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩
Ijan : www.wasap.my/+60128308726/GK
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.lekatlekit.com/2020/08/golden-kanafeh-dengan-cheese-boleh.html