Gesaan Ku Li Supaya Ahli Umno Tarik Diri Daripada Kabinet Tiada Sambutan Kata Pakar




PETALING JAYA: Dua penganalisis politik berkata, mereka tidak menjangka menteri Umno dalam pentadbiran Perikatan nasional (PN) akan menerima gesaan pemimpin veteran parti itu Tengku Razaleigh Hamzah supaya menarik diri daripada Kabinet dan kerajaan.
Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, “sehingga matahari turun di sebelah timur dan naik dari sebelah barat” mereka tidak akan menarik diri.
Sementara itu Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya pula berkata, menteri Umno hanya akan menuruti gesaan itu sekiranya terdapat tekanan daripada Majlis Tertinggi parti itu.
Awang Azman berkata, sesetengah pemimpin Umno kelihatan selesa bersikap pro-PPBM dan juga pro-Umno bagi melindungi kuasa dan kedudukan masing-masing.
“Sukar bagi mereka untuk menerima gesaan Razaleigh kerana mereka selesa dengan kedudukan dan kuasa yang diperolehi sebagai sebahagian daripada Kabinet PN. Misalnya (Menteri Wilayah Persekutuan) Annuar Musa sudah pasti akan mempertahankan PPBM, tetapi mungkin berubah pendirian sekiranya ditekan oleh akar umbi Umno,” katanya.
Beliau berkata, kenyataan Razaleigh merupakan isyarat kepada Umno supaya tidak menerima PPBM ke dalam Muafakat Nasional (MN), dengan menambah bahawa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi perlu bertindak segera dan tuntas bagi mengelakkan tindak balas buruk daripada akar umbi parti itu.
Katanya, bantahan terhadap penyertaan PPBM disebabkan MN merupakan kerjasama antara parti orang Melayu-Islam, sedangkan PPBM membuka pintunya kepada bukan Bumiputera.
Pada Jumaat, Razaleigh atau Ku Li berkata, pemimpin Umno harus menarik diri daripada kerajaan berikutan keputusan PPBM untuk menerima orang bukan Melayu sebagai ahlinya.
Beliau berkata, langkah itu menghilangkan kelayakan PPBM untuk menyertai MN, selain menambah bahawa Umno tidak pernah menyertai PN, tetapi hanya menyokongnya bagi membentuk kerajaan atas kepentingan negara dan kestabilan politik.


Oh berkata, pemimpin Umno dalam Kabinet boleh menggunakan gesaan Razaleigh itu sebagai alasan untuk menyingkirkan PPBM, malah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dari Putrajaya.
Bagaimanapun katanya, ia tidak sukar memandangkan bilangan kerusi yang dikuasai PPBM sedikit, selain kedudukan Muhyiddin yang tidak kukuh kerana berdepan tekanan daripada kedua-dua belah pihak.
“Oleh sebab itu beliau berusaha membuka ruang politik baru untuk PPBM dengan menerima ahli bukan Bumiputera. Langkah itu sudah pasti akan memperkuatkan kedudukan Mohamed Azmin Ali dalam parti, tetapi itu cerita lain,” katanya.
Oh berkata, Muhyiddin akan berusaha menarik lebih ramai ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH) ke kem beliau dengan membuka PPBM ke kaum lain, sekali gus memposisikan parti itu sebagai parti berbilang kaum.
Awang Azman berkata, cadangan itu tidak akan menarik kelompok bukan Bumiputera, sebaliknya PPBM berdepan risiko hilang sokongan akar umbi yang menyertainya sejak awal.
“Tiada jaminan komuniti bukan Bumiputera akan menyokong, apatah lagi menyertai PPBM. Kekecualiannya ialah ahli politik yang ‘terperangkap’, misalnya pemimpin PKR yang keluar parti.
“Muhyiddin ada 2 pilihan, mengalah kepada Umno atau kembali bersama PH. Beliau perlu menimbangkan untuk memulangkan kerajaan kepada PH seperti mandat asal atau membubarkan Parlimen.
“Tidak mudah untuk menyelesaikan keadan ini melalui akuan bersumpah kerana ia bukan mandat pengundi,” katanya.
Oh berkata, kenyataan Razaleigh tidak mempunyai kesan besar kerana pemimpin veteran itu tidak lagi mendapat sokongan atau mempunyai pengaruh seperti dinikmatinya pada tahun 1980an dan 1990an.
Katanya, Razaleigh tidak dibimbangi oleh Zahid, yang lebih perlu berwaspada terhadap kumpulan lain dalam Umno yang diketuai oleh timbalan beliau, Mohamad Hasan, malah bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
“Saya fikir cabaran yang dihadapi oleh Zahid tidak datang daripada Ku Li. Beliau kini berusia lewat 80an, selain tidak seperti Mahathir. Cabaran terhadap Zahid datangnya daripada kumpulan lain.
#Sumber :  FMT  

MR :   UMNO kena terima Bersatu dan berlapang dada demi masa depan Melayu Islam 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/08/gesaan-ku-li-supaya-ahli-umno-tarik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppbm Tak Layak Jadi Pakatan Melayu Islam Ahli Umno Perlu Undur Dari Kabinet Kata Ku Li

Ppbm Tak Layak Jadi Pakatan Melayu Islam Ahli Umno Perlu Undur Dari Kabinet Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 285 hits
August 28 2020 5 27 PMAhli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata Umno tidak pernah menjadi anggota kerajaan Perikatan Nasional sebaliknya hanya memberi sokongan dari awal penubuhan kerajaan demi menjaga dan memelihara kestabil...
Mainan Kuasa Umno Ppbm Dalam Keputusan Mic Tarik Diri Sertai Pn Kata James Chin

Mainan Kuasa Umno Ppbm Dalam Keputusan Mic Tarik Diri Sertai Pn Kata James Chin

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 326 hits
PETALING JAYA Seorang penganalisis politik yakin keputusan MIC tidak menyertai Perikatan Nasional adalah sebahagian daripada penyusunan semula politik Melayu yang lebih meluas terutama permainan kuasa antara Umno dan PPBM James Chin dari In...
Sokongan Bn Kepada Pn Hanya Libat Ahli Parlimen Adun Kata Zahid

Sokongan Bn Kepada Pn Hanya Libat Ahli Parlimen Adun Kata Zahid

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 309 hits
TANJUNG MALIM Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan sokongan Barisan Nasional kepada kerajaan Perikatan Nasional hanya melibatkan sokongan ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri parti itu Pengerusi BN itu berkata demikian susulan ...
Prkslim Mukhriz Sasar Tarik Sokongan Ahli Pas

Prkslim Mukhriz Sasar Tarik Sokongan Ahli Pas

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 249 hits
Parti Pejuang Tanah Air menyasarkan untuk menarik sokongan ahli Pas bagi mengundi calon Bebas mewakili mereka pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim Amir Khusyairi Mohamad Tanusi Bakal Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathi...
Mahu Ke Umno Serap Ahli Bersatu Jika Bersatu Bubar

Mahu Ke Umno Serap Ahli Bersatu Jika Bersatu Bubar

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 303 hits
Sama toxid Apa untungnya UMNO untuk terima Menteri Bohong Menteri Pakar Kelentong dan Menteri Pakar Tajuk semuanya dari BERSATU Dan bila Najib nak buat sumpah laknat projek runding terus di eranya Masih Tak Tau
Umno Akan Bunuh Pas Kata Kadir Jasin

Umno Akan Bunuh Pas Kata Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 581 hits
FMT Reporters PETALING JAYA Bekas ahli majlis pimpinan tertinggi PPBM A Kadir Jasin percaya Umno akan membunuh PAS seperti mana parti Melayu itu membunuh Parti Negara pada 1954 Umno menjadi parti dominan dan hegemonik dengan tidak bertolak ...
Mutasi Virus Corona Ditemukan Di Malaysia Ini Kata Pakar Kesehatan China

Mutasi Virus Corona Ditemukan Di Malaysia Ini Kata Pakar Kesehatan China

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 220 hits
Mutasi virus corona ditemukan baru baru ini di Malaysia Dari mutasi itu disebut bahwa virus corona jadi 10 kali lipat lebih menular Menanggapi hal itu pakar kesehatan di China Yang Zhanqiu menganggap wajar mutasi tersebut Adalah hal yang no...
Nur Jazlan Setuju Dengan Ku Li Ahli Umno Mesti Keluar Dari Kerajaan

Nur Jazlan Setuju Dengan Ku Li Ahli Umno Mesti Keluar Dari Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 206 hits
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dinasihatkan berhenti berdagang bagi mendapatkan sokongan ahli Parlimen sebelum pembentangan bajet Oktober ini Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Johor Datuk Nur Jazlan Moham...
Siri 2 Ulamak Pas Menipu Ahli Ahli Pas Sendiri Dalam Isu Kerjasama Dengan Umno

Siri 2 Ulamak Pas Menipu Ahli Ahli Pas Sendiri Dalam Isu Kerjasama Dengan Umno

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 403 hits
SIRI 2 ULAMAK PAS MENIPU AHLI AHLI PAS SENDIRI DALAM ISU KERJASAMA DENGAN UMNO 1 PENGAKUAN TERBARU TAKIYUDDIN BAHAWA USAHA BEKERJASAMA DENGAN UMNO SUDAH BERMULA SEJAK 2015 2 SILA DENGAR SEMUA UCAPAN PENIPUAN OLEH ALIM ULAMAK PAS KETIKA ITU ...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini