Global Bersih Cadang Tempoh Kempen 25 Hari




Global Bersih cadang tempoh kempen 25 hariPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: October 15, 2022
ShareTempoh kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 sepatutnya diperpanjangkan berbanding PRU sebelum ini yang hanya sekitar 14 hari.
Hal itu dicadangkan oleh Global Bersih yang berpusat di Geneva, Switzerland.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Pemandu Global Bersih, tempoh yang lebih panjang itu bagi memungkinkan pengundi pos menunaikan tanggungjawab mereka secara yang lebih sempurna dan selesa.
“Global Bersih memuji Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana membuka proses pendaftaran undi pos luar negara sejurus pembubaran parlimen.
“Walaupun pendaftaran automatik telah dilaksanakan, rakyat Malaysia di luar negara masih perlu mengambil langkah tambahan mendaftar sebagai pengundi pos luar negara untuk mengundi melalui pos
“Memandangkan bilangan pengundi luar negara telah meningkat dengan ketara, dan kewujudan cabaran tambahan untuk pengagihan dan pemulangan undi semasa musim tengkujuh dan pandemik Covid 19, adalah satu fakta yang ketara bahawa pengundi luar negara akan menghadapi kesukaran besar untuk mengundi melalui proses undi pos sepanjang PRU-15,” kata kenyataan tersebut.
Sehubungan Global Bersih mengesa agar SPR memanjangkan tempoh berkempen kepada 21 – 25 hari bagi memberi masa yang mencukupi untuk rakyat Malaysia di luar negara menerima dan menghantar kertas undi mereka ke pusat pengundian masing-masing.
“Kami menggesa SPR mengambil kira perkara ini secara serius dan untuk memastikan sistem undi pos luar negara dapat berfungsi dengan berkesan apabila memilih tarikh untuk PRU 15.
“Global Bersih menyeru SPR tidak lupa cabaran dan kesusahan yang telah dihadapi oleh rakyat Malaysia di luar negara semasa PRU-14 untuk mengembalikan kertas undi mereka ke Malaysia kerana tempoh kempen 11 hari terbukti amat singkat untuk rakyat Malaysia menerima dan memulangkan kertas undi, dan SPR sendiri tidak berjaya mencetak dan menghantar kertas undi dalam jangkamasa yang pendek berkenaan,” kata kenyataan itu.
Global Bersih turut membariskan bebarapa alasan kukuh yang memerlukan tempoh lebih panjang. Hal itu berlaku kerana penambahan besar bilangan pengundi pos luar negara selepas perubahan pendaftaran pengundi automatik, penurunan umur mengundi kepada 18 tahun, kemasukan rakyat Malaysia yang tinggal di Singapura, Thailand Selatan, Brunei, dan Kalimantan dalam sistem pengundian pos luar negara dan penghapusan syarat untuk hadir selama 30 hari di Malaysia dalam tempoh lima tahun sebelum pilihan raya.
Selain itu, Global Bersih juga mencadangkan SPR membenarkan bukan warganegara Malaysia bertindak sebagai saksi pada dokumen undi pos, kerana keperluan untuk saksi rakyat Malaysia telah terbukti menjadi masalah bagi pengundi di kawasan yang mempunyai sedikit atau tiada rakyat Malaysia.
“Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) juga digesa memastikan perwakilan asing Malaysia menyampaikan maklumat yang tepat dan terkini secara proaktif mengenai proses pengundian pos kepada rakyat Malaysia di luar negara.
“Beberapa perwakilan asing Malaysia seperti di Wellington dan Canberra masih berkongsi maklumat pengundian yang tidak tepat dan tidak dikemaskini sehingga hari ini. Ini akan mengelirukan pengundi luar negara,” kata kenyataan itu lagi.
Di samping itu, Global Bersih juga mengumumkan solidariti terhadap rakyat Malaysia dalam negara yang terpaksa mengharungi musim tengkujuh untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya akan datang.
Global Bersih merupakan gerakan rakyat Malaysia di luar negara yang diwujudkan untuk menyokong kerja masyarakat sivil Malaysia dalam mengukuhkan demokrasi menggunakan cara tindakan yang aman dan berlandaskan undang-undang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/global-bersih-cadang-tempoh-kempen-25.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Hamidi Dan Tok Mat Yang Tak Bersih Wajar Undur Diri Ismail Sabri Lebih Berwibawa Kepalai Kempen Bn

Zahid Hamidi Dan Tok Mat Yang Tak Bersih Wajar Undur Diri Ismail Sabri Lebih Berwibawa Kepalai Kempen Bn

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 224 hits
Berdasarkan pengakuan Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapannya di Perhimpunan Agung MIC beberapa hari lalu bukan saja dirinya yang diakuinya tidak bersih tetapi juga beberapa pemimpin BN lain termasuk Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan Katanya ...
10 000 50 000 Pengundi Baharu Di 190 Kerusi Parlimen Spr Digesa Lanjut Tempoh Kempen

10 000 50 000 Pengundi Baharu Di 190 Kerusi Parlimen Spr Digesa Lanjut Tempoh Kempen

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 164 hits
October 11 2022 Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor berkata pelaksanaan inisiatif Undi18 dan pendaftaran pemilih secara automatik akan menyaksikan pengundi berumur 18 tahun dan ke atas yang layak mengundi melebihi 5 8 juta oran...
Kerajaan Pahang Di Arah Membekalkan Tiga Dokumen Dalam Tempoh Tujuh Hari

Kerajaan Pahang Di Arah Membekalkan Tiga Dokumen Dalam Tempoh Tujuh Hari

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 300 hits
TEMERLOH Kerajaan Pahang diarah membekalkan tiga dokumen dalam tempoh tujuh hari bagi prosiding perbicaraan kes saman fitnah RM1 juta terhadap aktivis Mohd Shukri Mohd Ramli berkaitan dakwaan fitnah mengaitkan banjir Bentong pada Disember t...
Parlimen Bubar Pru15 Dalam Tempoh 60 Hari

Parlimen Bubar Pru15 Dalam Tempoh 60 Hari

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 201 hits
October 10 2022 Susulan pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari PETALING JAYA Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa...
Lirik Hari Terbaik Asyraf Nasir

Lirik Hari Terbaik Asyraf Nasir

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 590 hits
hari ini hari best lah bukan hari hari biasa dalam jadual ku tak ada agenda tidak pedulikan masa ku tenang matahari terang pasang lagu hujan takkan suram sorang sorang ku meraih peluang badan melebihi bayang apa khabar dunia tunggu aku data...
Parlimen Dibubarkan Hari Ini Pm Ismail Sabri

Parlimen Dibubarkan Hari Ini Pm Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 202 hits
Yang di Pertuan Agong perkenan Parlimen dibubarkan hari ini PM Ismail Sabri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke 15 Pengumuman ...
Terkini Parlimen Dibubar Hari Ini L Bersedia Untuk Menghadapi Pru 15

Terkini Parlimen Dibubar Hari Ini L Bersedia Untuk Menghadapi Pru 15

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 179 hits
Terkini Parlimen Dibubar Hari Inil Bersedia Untuk Menghadapi PRU 15 Makluman terbaru diterima kerajaan Malaysia dibawah perikatan nasional mengumumkan membubarkan parlimen bagi memberi ruang pilihanraya umum yang ke 15 bagi tahun 2022 Kemun...
Pm Agong Perkenan Parlimen Bubar Hari Ini

Pm Agong Perkenan Parlimen Bubar Hari Ini

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 175 hits
malaysiakini comYang di Pertuan Agong memperkenankan pembubaran Parlimen ke 14 memberi laluan kepada pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 60 hari Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perkara itu dalam perutusan yang disiarkan ...
Hari Mengundi Mungkin Sebelum 10 Nov

Hari Mengundi Mungkin Sebelum 10 Nov

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 158 hits
Robin AugustinPETALING JAYA Pilihan raya umum ke 15 mungkin diadakan sebelum 10 Nov ini iaitu sebelum musim tengkujuh diramalkan bermula pertengahan bulan depan Sumber politik berkata Suruhanjaya Pilihan Raya mungkin menetapkan tarikh seawa...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Consultant


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Controloc Kegunaan Dos Dan Kesan Sampingan

Boat Tail Blues Origins Of The Fx Super Glide And Its Infamous Saddle

Sesi Membaja

Exco Kedah Fitnah Ds Rafizi Ini Respon Yb Pemfitnah Ustazah Mastura Dit

Perdana Menteri Bersuara Isu Oku Di Sepak Dan Diheret Kita Harap Walaun

Self Esteem Anak Lemah Pakar Psikiatri Kanak Kanak Kongsi Tip