Gkb Z Well Dan Gkb Tiger Milk Mushroom Penyelesaian Terbaik Untuk Memperbaiki Pola Tidur Dan Menyokong Ketahanan Tubuh
GKB Z-Well dan GKB Tiger Milk Mushroom ; Penyelesaian Terbaik Untuk Memperbaiki Pola Tidur dan Menyokong Ketahanan Tubuh - Bila dah bekerja sendiri, waktu tidur memang lari jauh dari yang sepatutnya. Manakan tidak, bila sampai masa nak kejar deadline - Sudah pastinya terpaksa mengorbankan waktu tidur. Sinonim bila tak cukup tidur, badan letih-letih pastinya mengganggu sistem imun. Itu adalah salah satu punca kesihatan terganggu dan menjadi tidak produktif.
Terbiasa dengan rutin tidur yang tidak menentu, nak kembali ke waktu normal memang susah. Terkebil-kebil la mata, terpusing kanan, terpusing kiri, tergosok-gosok kaki - Lelapnya payah. Hahahaha~ Kalau nak dikira deep sleep, ntah lah. Macam tak de je. Itu yang i cuba bermacam cara untuk bantu i dapatkan kehidupan yang lebih baik. Antara produk yang i terlajak cuba dan surprisingly - Berkesan adalah GKB Z-Well ni.
TIDUR LEBIH BERKUALITI DENGAN GKB Z-WELL
GKB Z-Well merupakan makanan tambahan yang dimanfaat secara tradisional untuk mengatasi pening, berpeluh, sukar tidur, dan melegakan mata yang letih. Produk ini menawarkan solusi 4-dalam-1 yang efektif untuk menangani masalah tidur dengan menggunakan teknologi kultur cecair yang dipatenkan bagi menghasilkan suplemen miselium yang berkualiti tinggi.
Untuk memastikan keselamatan dan kesahihan sesuatu produk, i sangat mementingkan pengiktirafan dari badan-badan yang dipercayai. Nasiblah GKB Z-Well telah mendapat pengiktirafan Halal daripada Jakim dan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan nombor pendaftaran MAL11115036T dan menjadikan i lebih yakin share kat korang tentang GKB Z-Well ni. Didatangkan dalam botol berkotak dengan berat 400mg bagi setiap vegecap, komposisinya adalah seperti berikut :
300mg Fungi Armillariella Mellea 50mg Ekstrak Fructus Lycium Barbarum (Wolfberry) 30mg Ekstrak Fructus Schisandrae Chinensis 20mg Ekstrak Fructus Ziziphus Jujube
GKB Z-Well menyediakan manfaat seperti membantu beri rasa tenang supaya mudah untuk tidur, meningkatkan kualiti tidur dan menenangkan mata yang letih. GKB Z-Well tersedia dalam bentuk kapsul, dengan setiap kotak mengandungi 60 kapsul. Disarankan untuk mengambil dua kapsul, 30 minit selepas makan malam.
PENGALAMAN SELEPAS CONSUME GKB Z-WELL Rutin harian i sebagai seorang isteri, ibu dan juga pencipta kandungan membuatkan i sangat sibuk. Kadang-kadang badan letih tapi mata tak boleh nak lelap dan kalau terlelap pun, nak dapat deep sleep memang susah. Seminggu i cuba konsisten consume GKB Z-Well dan i suka dengan tindakbalas yang diberikan. Biasanya i makan malam pukul 7 petang, lepas makan malam terus i ambil dua biji GKB Z Well. Alhamdulillah, pukul 10 malam i dah cari bantal dan mudah terlelap. Bila cukup tidur, nak bangun awal pagi pun lebih mudah dan mood sentiasa positif.
Sebenarnya, pembelian GKB Z-Well adalah pembelian yang tidak disengajakan. Hee~ Niat asal i masuk farmasi adalah untuk mencari makanan tambahan untuk sistem imun anak-anak. Macam biasa lah. Dah alang-alang tu, beli lah sesuatu untuk diri sendiri juga. Kira adil lah kan ? Ada untuk ibu, ada juga untuk anak-anak. Disebabkan anak-anak i dah remaja, dorang pun dah mula consume makanan tambahan untuk membantu . Pharmacist cadangkan GKB Tiger Milk Mushroom untuk memelihara sistem imun i dan anak-anak. GKB TIGER MILK MUSHROOM
Ye lah.
Macam i selalu cerita kat media sosial, i dah jaga anak-anak i dengan ‘pendinding’ makanan tambahan untuk menjaga kesihatan mereka tapi i tak tau kat sekolah dorang berkawan dengan orang yang macamana. Makanya. I belilah GKB Tiger Milk Mushroom ni sebagai ‘pengganti diri’ yang akan say NO pada virus.
Tiger Milk Mushroom atau nama saintifiknya Lignosus rhinocerotis atau Lignosus rhinocerus adalah cendawan dari keluarga Polyporaceae yang merupakan cendawan yang sukar ditemui tetapi mempunyai nilai perubatan yang sangat tinggi. Khasiat Tiger Milk Mushroom ni pula telah lama dimanfaatkan dalam perubatan tradisional masyarakat orang asli di Malaysia. Masyarakat orang asli suku Semai, Temuan dan Jakun menggunakan Tiger Milk Mushroom untuk merawat asma, batuk, keracunan makanan, sakit sendi, bengkak payudara, penyakit hati, bengkak bahagian badan, sebagai tonik, meredakan batuk, selsema, dan sinusitis. Selain itu, ia membantu mengurangkan gejala alahan pernafasan dan menyokong peningkatan imuniti badan.
GKB Tiger Milk Mushroom turut memperoleh status Halal daripada Jakim dan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan nombor pendaftaran MAL17117005T, sama seperti GKB Z-Well. Dengan status ini, anda boleh yakin akan kualiti dan keselamatan produk ini. Untuk setiap vegecap GKB Tiger Milk Mushroom yang seberat 500mg, ia mengandungi 490mg ekstrak Lignosus Rhinocerus Mycelium.
GKB Tiger Milk Mushroom menawarkan pelbagai manfaat termasuk meningkatkan fungsi paru-paru, merawat asma, mengatasi tekanan oksidatif, melawan virus, dan mengurangkan radang saluran pernafasan. Selain itu, ia juga berkesan dalam mengurangkan masalah resdung, batuk yang berterusan, dan meningkatkan kekuatan pernafasan. Produk ini sangat sesuai untuk mereka yang mengalami batuk kronik, resdung, asma, jangkitan pernafasan virus, bronkitis kronik, dan perokok.
Kapsul GKB Tiger Milk Mushroom didatangkan dalam kotak yang mengandungi 60 kapsul. Disarankan untuk mengambil 1 kapsul setiap hari selepas makan.
PENGALAMAN SELEPAS CONSUME GKB TIGER MILK MUSHROOM Ujian membesarkan anak-anak remaja memang sangat mencabar. Hee~ Bukan sekadar ujian mental tapi juga ujian beri yang terbaik untuk mereka. Dah kalau keturunan mudah sangat dapat penyakit + klinik sangat suka kat kami - Tapi lepas consume GKB Tiger Milk Mushroom, alhamdulillah. Banyak perubahan ketara dari sudut kesihatan. Tiada lagi bersin pada awal pagi, tiada lagi selesema dan batuk berkahak. Bila kesihatan makin membaik, sudah tentunya i sebagai ibu yang mengurus rumahtangga legaaaaaaaaaa sangat.
Tak de apa yang lebih bermakna melainkan tengok anak-anak sihat dan boleh menjalankan aktiviti sebagai remaja normal.
Kalau nak tanya tahap kepuashatian i, mesti lah puas hati sangat dan i pun berpegang pada : Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda ;
“Sesungguhnya Allah ketika menciptakan penyakit, diciptakan juga penawar. Maka berubatlah kamu.” [Riwayat Ahmad (12596)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh meniali hadith ini sebagai sahih li ghairihi]
Produk GKB sudah berada di pasaran di seluruh Malaysia secara am-nya, tapi kalau korang nak mudah - Cari je di :
Whole Malaysia: Alpro Pharmacy, WatsonsCentral: M CARE Pharmacy, Leo PharmacyMelaka: Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung MinyakPenang: MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail PharmacyPerak: HTM PharmacyEast Coast: Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi EhsanSouthern: The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro PharmacySabah: LifePlus Pharmacy, Pearl PharmacySarawak: Nutrisense Pharmacy, Sing Lee Pharmacy, Kingdom Pharmacy
Lebih informasi tentang pelbagai produk GBK di :
Laman Web : https://www.mygkb.com/ Facebook : www.facebook.com/mygkb Instagram : www.instagram.com/mygkb TikTok : www.tiktok.com/@gkbmalaysia 小红书 ID : 1318211221 (GKB 集康宝) YouTube : www.youtube.com/@mygkb01
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.atiehilmi.com/2024/09/gkb-z-well-dan-gkb-milk-tiger-mushroom.html