Susahnya Anak Nak Tidur Malam Mama Cuba Cara Ini Dulu


Jika bayi membesar dengan susu dan waktu tidur yang cukup, begitu juga dengan anak-anak kecil yang sedang membesar. Mereka memerlukan waktu tidur yang mencukupi terutama untuk ke sekolah dan dapat belajar dengan baik.

Macam mana nak pastikan anak cukup tidur dan lebih senang untuk tidur? Paling mencabar buat mak ayah. Apa kata cuba tip ini dulu.
Punca anak terlalu aktif susah tidur
* Takut kehilangan sesuatu terutamanya adik-beradik yang lebih tua biasanya beroleh ‘keistimewaan’ untuk tidur lebih lewat
* Rasa takut pada kegelapan
* Mengalami masalah untuk melakukan transisi daripada kesibukan siang kepada rutin malam yang lebih perlahan
Cara tidurkan anak yang susah tidur
Anak kecil memerlukan tempoh tidur antara 11-14 jam sehari. Ia penting untuk memastikan anak mendapatkan waktu rehat di siang dan malam hari yang mencukupi.
Ini kerana anak yang tidak mendapatkan tidur yang diperlukan oleh badan dan minda yang sedang membesar akan lebih kerap meragam dan mudah naik angin.
Mewujudkan tabiat tidur yang sihat dan mengelakkan sebarang rintangan waktu tidur pada si kecil mungkin mengambil masa dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Tetapi percayalah ia adalah langkah penting perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk kebaikan anak-anak.

#1. Konsisten dengan jadual bangun tidur
Mengikut jadual harian boleh menyebabkan anak menjadi letih pada masa yang sama setiap hari, jadi pastikan anda mematuhi jadual ini sebaik mungkin – walaupun pada hujung minggu.
#2. Biarkan anak aktif waktu siang dapat bantu anak susah tidur malam
Biarkan si kecil aktif – berlari keliling taman, bermain atau melakukan apa sahaja untuk membolehkan mereka membakar tenaga secukupnya pada siang hari. Ini menjadikan anak lebih mudah tidur apabila tiba waktunya.
#3. Cipta rutin waktu tidur yang santai
Jadikan waktu tidur sebagai waktu yang amat dinantikan anak dengan mewujudkan rutin menenangkan seperti bercerita, mendodoikannya dan memperbanyakkan pelukan dan ciuman.
#4. Bantu si kecil berehat, antara cara tidurkan anak yang susah tidur
Matikan semua gajet dan peranti, elakkan anak menonton televisyen, malapkan lampu dan mainkan lagu lembut serta menenangkan dalam sejam sebelum waktu tidur supaya fasa peralihan tidak begitu dramatik.

#5. Berikan masa mencukupi untuk rutin tidur
Pastikan rutin tidur seperti mandi, membaca buku, memeluk dan memberikan ciuman dapat diselesaikan sebelum waktu tidur anak. Jika sebaliknya, anda mungkin perlu memulakan rutin tidur lebih awal agar tidak melepasi waktu tidur mereka.
#6. Galakkan anak tidur sendiri dengan kesayangannya
Jika anak mempunyai bantal atau selimut kesayangan, teddy kegemaran atau mungkin menginginkan sentuhan peribadi ibu seperti baju T yang anda pakai pada hari tersebut, biarkan mereka untuk tidur bersamanya. Mempunyai objek kesayangan atau kegemaran di sisi boleh membantu anak susah tidur malam untuk melelapkan mata.
#7. Tidak perlu memaksa anak pejamkan mata segera
Sekiranya anak sudah berbaring di atas katil, anda tidak perlu memaksanya untuk lena dengan segera. Anda boleh mencuba perkara berikut untuk membuat anak anda terlena:
* Mendengar lagu
* Membaca buku
* Berbual dengan mainan kesayangan
* Memasang zikir bagi yang beragama Islam
Menghadapi anak terlalu aktif susah tidur sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi. Walaupun pada permulaan ia mungkin sukar untuk dilakukan, namun mengamalkan rutin tidur yang baik adalah penting untuk tumbesaran si kecil.
Menarik: Intan Najuwa Bakal Timang Anak Perempuan, Potong Kek Simbolik Umum Jantina Anak!
MUA Bellaz Sebak Ada Sebab Gigih Rakam Momen Dengan Anak, “Dulu Tak Ada Gambar Waktu Kecil
Burnout Jaga Anak Sendirian, Suami Tempat Wany Hasrita Mengadu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
The post Susahnya Anak Nak Tidur Malam, Mama Cuba Cara Ini Dulu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/susahnya-anak-nak-tidur-malam-mama-cuba-cara-ini-dulu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Susahnya Nak Bagi Arahan Pada Anak Lambat Bertindak Mak Ayah Cuba Cara Ni

Susahnya Nak Bagi Arahan Pada Anak Lambat Bertindak Mak Ayah Cuba Cara Ni

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 168 hits
Asyik bagi arahan adakalanya buat mak ayah pening memikirkan cara bagaimana mendapatkan kerjasama anak Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan menukar cara arahan dengan menggunakan masalah sebagai kunci utama amat memberi kesan pada anak J...
Nak Anak Pandai Bijak Ibu Hamil Kena Cukup Tidur Sekurang Kurangnya 7 Jam Setiap Malam

Nak Anak Pandai Bijak Ibu Hamil Kena Cukup Tidur Sekurang Kurangnya 7 Jam Setiap Malam

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 182 hits
Nak anak pandai bijak ibu hamil kena cukup tidur sekurang kurangnya 7 jam setiap malam Tidur yang cukup adalah keperluan asas bagi semua orang terutamanya bagi ibu hamil Nak Anak Pandai Bijak Ibu Hamil Kena Cukup Tidur Sekurang kurangnya 7 ...
Lelaki Berkeras Nak Kahwin Dengan Anak Saudara Sendiri Usia 18 Tahun Peguam Kongsi Kes Aneh Tak Ada Cara Lain Ke Puan

Lelaki Berkeras Nak Kahwin Dengan Anak Saudara Sendiri Usia 18 Tahun Peguam Kongsi Kes Aneh Tak Ada Cara Lain Ke Puan

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 154 hits
Seorang peguam syarie tampil berkongsi cerita serta kes kes berkenaan perkahwinan aneh dan tidak masuk akal di TikTok Menerusi video TikTok itu peguam berkenaan pernah dipertemukan dengan seorang lelaki yang berkeras untuk bernikah dengan a...
Ini Cara Mudah Ajar Anak Hafal Al Quran Senang Anak Nak Ingat

Ini Cara Mudah Ajar Anak Hafal Al Quran Senang Anak Nak Ingat

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 158 hits
Mak ayah mana yang tak bahagia bila anak paling suka dan dekat dengan Al Quran Pun begitu mengajar anak menghafal surah misalnya bukanlah mudah Penulis Keibubapaan berkongsi tip anak senang menghafal Mudah saja caranya Jom praktik pada anak...
Suami Paksa Saya Dan Anak Tidur Dengan Tuangurunya Alasannya Nak Masuk Syurga Tanpa Hisab

Suami Paksa Saya Dan Anak Tidur Dengan Tuangurunya Alasannya Nak Masuk Syurga Tanpa Hisab

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 123 hits
Siapa sangka seorang suami yang juga pengikut ajaran sesat tergamak menggadaikan maruah isteri dan anaknya sendiri demi mendapatkan ganjaran syurga tanpa hisab Lebih memburukkan keadaan bekas arkitek yang berhenti kerja demi meraih syurga i...
Anak Keliru Nak Guna Tangan Kiri Ke Kanan Ini Ujian Patut Mak Ayah Cuba

Anak Keliru Nak Guna Tangan Kiri Ke Kanan Ini Ujian Patut Mak Ayah Cuba

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 101 hits
Pada usia anak semakin membesar anak sudah mula pandai memegang pensil untuk menulis Pun begitu anak masih keliru untuk menggunakan mana tangan yang sesuai dan dominan untuk mereka melakukan pelbagai perkara termasuklah menulis Melalui perk...
Nak Anak Pandai Kena Ajar Ikut Cara Neurosains

Nak Anak Pandai Kena Ajar Ikut Cara Neurosains

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 168 hits
Bukan mudah untuk mendidik anak bak kata Puan Wawa Shauqi anak ini ibarat sebuah rumah Tergopoh gapah membina rumah yang cantik tanpa asas yang kukuh akan menyebabkan rumah itu runtuh bila dilanda badai Paksa anak pandai cepat ni macam paks...
Dulu Hangpa Gelar Dia Raja Formula La Ni Nak Kata Apa Hasil Bukan Sikit Banyak

Dulu Hangpa Gelar Dia Raja Formula La Ni Nak Kata Apa Hasil Bukan Sikit Banyak

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 148 hits
Rafizi RamliKalau saya tak buat spotcheck dekat Ladang Chuping ni saya mesti tak akan makan sayur Ha3 Musim pertama dah dapat tuai 10 tan cili kali ini kita tukar kepada terung pulak Cuaca dekat Perlis ni lagi bagus kalau tanam terung Putra...
Bapa Bakar Motosikal Sebab Anak Kerap Keluar Lewat Malam Tak Dengar Nasihat

Bapa Bakar Motosikal Sebab Anak Kerap Keluar Lewat Malam Tak Dengar Nasihat

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 100 hits
Tular sebuah video memaparkan seorang bapa bakar motosikal milik anaknya kerana tidak mendengar nasihat dan sering keluar malam Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam aplikasi TikToknya Kajolmarey01 dia berkata sanggup hilang harta benda ...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Kerajaan Pn Akan Undang Bencana

Pkr Datang Dari Jalanan Jangan Halang Rakyat Berhimpun Hassan Karim

Tips Memilih Mesin Minuman Untuk Cafe Dan Restoran