Gisbh Kerajaan Pahang Pandang Serius Tiada Kompromi Jika Langgar Akidah Atau Syariah Di Negeri Ini



TEMERLOH: Kerajaan Pahang memandang serius isu berkaitan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan tidak akan berkompromi sekiranya terdapat ajaran yang melanggar akidah atau syariah di negeri itu.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa, berhubung tindakan penguatkuasaan dan siasatan terhadap individu serta premis yang dikaitkan dengan GISBH di Pahang.
“Sekarang ini, (aktiviti berkait dengan GISBH) dalam siasatan polis dan sudah tentulah kita ambil berat juga memandangkan ia isu semasa, topik hangat dan perbualan orang ramai, jadi kita memantaulah.


“Kalau kita ada laporan (mengenainya), kita sampaikan maklumat tersebut kepada pihak polis untuk disiasat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Hak Milik Tanah FELCRA Berhad (FELCRA) dan Skim Tanah Rakyat Daerah Temerloh di Dewan Dato’ Zaharuddin Abu Kassim di sini pada Jumaat.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai situasi GISBH di negeri itu sama ada membimbangkan atau sebaliknya.
Sebelum ini, media melaporkan lima kanak-kanak yang ditemukan dalam serbuan di dua premis rumah kebajikan di daerah ini dipercayai ada kaitan dengan GISBH, kini menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS).
Kesemua kanak-kanak berusia antara empat hingga 12 tahun itu telah dirujuk sebagai kes pencegahan penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak dan pemeriksaan awal HOSHAS mendapati, terdapat kesan parut lecur lama dan lebam pada badan kanak-kanak berkenaan.
Selain itu, pihak HOSHAS juga mengesan simptom dan tanda-tanda kekurangan zat makanan dan kekurangan berat badan kanak-kanak terbabit, serta siasatan terhadap kecederaan fizikal.
Dalam pada itu, mengulas mengenai program hari ini Wan Rosdy berkata kerajaan Pahang yakin sasaran jumlah hak milik tanah negeri itu dapat ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya satu juta hak milik dalam tempoh tiga tahun.

“Sekarang ini, sudah ada lebih 800,000 hak milik (tanah negeri yang sudah diberikan kepada pemohon). Kerajaan Pahang bersetuju meluluskan 337 hak milik bagi FELCRA Kerdau merangkumi FELCRA Kerdau 1, 2 dan 3.


“Bagi Skim Tanah Rakyat (STR) (untuk hari ini), kerajaan negeri telah meluluskan 1,128 hak milik merangkumi 14 STR. Jumlah keseluruhan hak milik diluluskan oleh kerajaan negeri bagi FELCRA Kerdau 1, 2 dan 3 dan 14 STR di Temerloh ialah sebanyak 1,465 hak milik,” katanya dan menambah kelulusan tanah yang diberikan itu adalah untuk kegunaan pertanian dan kediaman. #MalaysiaKini
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/09/gisbh-kerajaan-pahang-pandang-serius.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pahang Lancarkan Jenama Emas Pahang Gold Untuk Merancakkan Ekonomi Negeri

Kerajaan Pahang Lancarkan Jenama Emas Pahang Gold Untuk Merancakkan Ekonomi Negeri

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 198 hits
PUTRAJAYA Pahang mengorak langkah menerusi pelancaran jenama Pahang Gold dalam usaha meneroka pembuatan produk hiliran emas serta merancakkan ekonomi negeri Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pelancaran jenama menerusi Pa...
Aktivis Gesa Kerajaan Pahang Batalkan Lesen Alibaba Di Gunakan Warga Asing Di Seluruh Negeri Ini

Aktivis Gesa Kerajaan Pahang Batalkan Lesen Alibaba Di Gunakan Warga Asing Di Seluruh Negeri Ini

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 287 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang digesa mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan membatalkan semua lesen Alibaba yang digunakan oleh warga asing untuk menjalankan operasi perniagaan mereka dalam negeri ini Aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli 53 ber...
Mengapa Sanusi Guna Letterhead Kerajaan Negeri Ia Bukan Melibatkan Rakyat Kedah Atau Kerajaan Negeei

Mengapa Sanusi Guna Letterhead Kerajaan Negeri Ia Bukan Melibatkan Rakyat Kedah Atau Kerajaan Negeei

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 133 hits
Desa HM Mengapa Sanusi gunakan letterhead Menteri Besar Kedah dalam permohonan ampun kepada DYMM Sultan Selangor Menteri Besar adalah satu jawatan Jawatan itu bukan milik mutlak sesiapa Bila2 masa orang lain boleh ganti Lagi satu tak patut ...
Mat Jargon Kena Balun Kaw Kaw Dan Dikecam Negeri Pahang Istihar Gisbh S

Mat Jargon Kena Balun Kaw Kaw Dan Dikecam Negeri Pahang Istihar Gisbh S

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 181 hits
Pengguna X tjerealjoker antaranya secara sinis menasihatkan agar Wan Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang untuk sebutlah betul betul Menang tanpa bertanding Sebab dah susun dah turun arahan dan sebagainya Din kekal Presiden Hamzah naik g...
Hiburan Tiada Dokumen Sah Lahir Nasab Kanak Kanak Gisbh Akan Ditentukan Oleh Mahkamah Syariah Negeri

Hiburan Tiada Dokumen Sah Lahir Nasab Kanak Kanak Gisbh Akan Ditentukan Oleh Mahkamah Syariah Negeri

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 212 hits
Melalui laporan nasab kanak kanak GISB Holdings akan ditentukan oleh mahkamah syariah susulan tidak mempunyai dokumen sah lahir daripada pernikahan mengikut syarak Mahkamah syariah tentukan nasab Menurut menteri di Jabatan Perdana Menteri i...
Protokol Cara Susunan Bendera Negeri Rasmi Ikut Garis Panduan Kerajaan Malaysia

Protokol Cara Susunan Bendera Negeri Rasmi Ikut Garis Panduan Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 228 hits
Ini adalah cara susunan bendera negeri rasmi oleh kerajaan Malaysia Mengibarkan bendera adalah lambang kedaulatan dan kehormatan sesebuah negara atau negeri Di Malaysia protokol susunan bendera negeri rasmi harus mematuhi garis panduan yang...
Rampasan Op Global Jadi Bukti Tentu Status Akidah Pengikut Gisbh

Rampasan Op Global Jadi Bukti Tentu Status Akidah Pengikut Gisbh

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 154 hits
freemalaysiatoday com22 Sep 2024Jakim berkata bahan bukti itu akan dijadikan asas dalam kertas laporan untuk dibincang dan diputuskan Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Ketua Polis Negara Razarudin Husain semalam memaklu...
Rakyat Pahang Di Saran Kemukakan Cadangan Dan Pandangan Untuk Belanjawan Negeri 2025

Rakyat Pahang Di Saran Kemukakan Cadangan Dan Pandangan Untuk Belanjawan Negeri 2025

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 236 hits
KUANTAN Rakyat negeri ini disaran mengemukakan cadangan dan pandangan terhadap pengisian yang akan dipertimbangkan dengan teliti dalam Belanjawan Negeri Pahang 2025 bagi meningkatkan taraf hidup penduduk serta memajukan pembangunan negeri M...
Pas Pahang Saran Pemimpin Kerajaan Teladani Sanusi

Pas Pahang Saran Pemimpin Kerajaan Teladani Sanusi

papar berkaitan - pada 27/9/2024 - jumlah : 128 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 27 2024 9 32 AMPAS Pahang menyarankan agar pemimpin kerajaan perpaduan mencontohi Muhammad Sanusi Md Nor yang memohon keampunan daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kelmarin Timbalan Pesuruh...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra