Gip Blackrock Khazanah Jawapan Pmx Hmmmmmm



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan semua pihak agar tidak ‘keterlaluan’ dalam membahaskan polemik berkaitan isu Blackrock

Beliau berkata sebarang polemik berkaitan isu berkenaan yang dikaitkan dengan rejim Israel boleh menjejaskan kepentingan Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang berkembang

Berucap pada Majlis Perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Julai di Putrajaya Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan keberadaan syarikat gergasi pelaburan itu di Malaysia sejak sekian lama bagaimanapun tidak ‘menghalang’ pendirian Malaysia dalam menyuarakan isu kekejaman rejim Israel terhadap penduduk di Gaza, Palestin

“Dalam sejarah dan ketimbang dengan negara lain, kita (Malaysia) antara paling jelas dan keras, jangan tuntut lebih dari itu. Kita ini negara berkembang, tengok tahap keupayaan kita, jangan kerana nafsu serakah nak tunjuk hebat, kita rosakkan kepentingan negara, itu prinsip secara umumnya.
“..dan kezaliman Israel ke atas Palestin adalah sangat jelas, tiada siapa yang pertikai. (Tapi) Kalau ada syarikat Microsoft ke, Google ke tunjuk simpati pada Israel kita memang tentang, (namun) apakah saudara fikir kita harus tutup semua laluan dan kerjasama dengan mereka?” katanya.
Sebelum ini dilaporkan semakan data menunjukkan BlackRock sudah mempunyai kepentingan dan pegangan saham dalam syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia bernilai RM24.7 bilion dan RM7.9 bilion dalam bon kerajaan dan korporat Malaysia

Data yang boleh diperoleh secara terbuka itu juga menunjukkan sehingga Mei 2024, firma pelaburan global itu sudah sedia ada memiliki pelaburan dalam ekuiti, dalam 100 syarikat tersenarai di Malaysia yang merangkumi keseluruhan sektor industri, dengan tiga institusi perbankan di negara ini

Anwar berkata pada 2018, Perdana Menteri ketika itu (Tun Dr Mahathir Mohamad) di London pernah menekankan keperluan firma itu masuk ke Malaysia manakala pada 2021, Perdana Menteri ketika itu (Tan Sri Muhyiddin Yassin) meluluskan cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menyerahkan kepada Blackrock untuk menguruskan dana khas KWSP RM600 juta

Mengenai kerjasama Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan KWSP bersama Global Infrastructure Partners (GIP) berhubung kepentingan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Perdana Menteri berkata kerjasama antara KWSP dan GIP sudah bermula sejak 2012. 
“Sebab itulah Khazanah dan KWSP berunding dengan GIP, lapangan terbang kita ada kebaikannya dan kekuatannya tetapi ketimbang lapangan terbang besar lain, ada banyak kelemahannya terutama dari segi kejuruteraan, pakar teknikal, pengurusannya.
“Ada ruang yang harus diperbaiki kerana kita sudah agak ketinggalan, perancangannya dan pelbagai lagi, keputusan Khazanah dan KWSP kemudian mereka maklumkan kepada saya dan saya kata teruskan,” katanya.
Sebelum ini Anwar dilaporkan berkata penjualan pegangan saham dalam MAHB kepada GIP telah melalui syarat yang ketat dan antara merit pemilihannya adalah berikutan persetujuan syarikat itu untuk mengekalkan pelantikan warganegara Malaysia sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAHB dan pemilikan kolektif saham majoriti milik negara

Anwar berkata selain GIP pihak lain tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan oleh Khazanah dan KWSP. 
GIP merupakan pelabur infrastruktur terkemuka yang menguruskan aset bernilai US$112 bilion bagi pihak pelaburnya yang merangkumi kira-kira 500 institusi pelaburan di seluruh dunia

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2024/07/gip-blackrock-khazanah-jawapan-pmx.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Blackrock Not Involved In Mahb Deal Says Gip

Blackrock Not Involved In Mahb Deal Says Gip

papar berkaitan - pada 22/6/2024 - jumlah : 325 hits
Global Infrastructure Partners says BlackRock s acquisition of the firm will only be completed in the third quarter of 2024 New York City based investment firm BlackRock is not involved in the move to privatise Malaysia Airports Holdings Bh...
Ini Jawapan Yang Munasabah Berkenaan Boikot Penswastaan Mahb Dan Blackrock

Ini Jawapan Yang Munasabah Berkenaan Boikot Penswastaan Mahb Dan Blackrock

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 288 hits
Tian ChuaSebelum meneliti isu isu berkaitan boikot dan Malaysia Airports Holdings Berhad saya ingin menjawab beberapa perkara yang dibangkitkan oleh P Gunasegaram dalam artikelnya Haruskah kawan kawan Israel jadi musuh kita yang diterbitkan...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Late Lunch

From Classic Tools To Smart Innovation What Makes Microsoft Office 2024 Stand Out

Tsmc Menjadi Pelopor Slogan Unleash Innovation Dalam Pendaftaran Hak Cipta

Finding Confidence Through Style My Plus Size Fashion Story

Dendam Cinta Ditolak Wanita Maut Ditikam Rakan Sekelas Suami

Don T Conflate Rm17b Federal Spending With Sabah S 40pct Share Lawyer