Gilalah Polis Tikam Polis Sendiri
Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador hari ini mendedahkan seramai 34 pegawai dan anggota penguatkuasa terlibat sebagai ahli Geng Nicky, kumpulan yang dikaitkan dengan Pengasas Winner Dynasty Group, Nicky Liow Soon Hee
Kesal dengan tindakan itu, Abdul Hamid berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan anggota yang terlibat dan tindakan tegas akan menanti pegawai terlibat
“Terdapat beberapa orang pegawai polis yang dipercayai terlibat membantu sindiket ini dan akan saya ambil tindakan terhadap 34 pegawai dan anggota penguat kuasa yang terlibat
“Tidak ada lagi amaran-amaran, sudah puas dan sudah cukup amaran diberikan kepada mereka supaya dari dulu lagi telah saya katakan, putuskan apa juga hubungan mereka dengan kumpulan ini
“Tetapi nampak gayanya, daripada hasil tindakan yang diambil ini terdapat pengkhianat di kalangan anak buah saya," katanya dalam sidang media di ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini
Bagaimanapun diminta mengulas agensi pegawai dan anggota penguat kuasa yang terlibat, Abdul Hamid tidak mengulas lanjut dan berkata belum ada tangkapan dibuat buat masa ini
"Saya nak tengok sejak bila mereka ambil duit atau dibayar untuk tutup mulut. Sewaktu saya atau sebelum saya (jadi ketua polis negara)
"Senarai mereka terlibat yang diperoleh akan diperhalusi dan siasat. Selepas yakin dan bukti cukup (akan tangkap)," katanya
Abdul Hamid juga berkata pasukan petugas ibu pejabat polis Kontinjen (IPK) Johor akan membuat tangkapan dalam masa terdekat
Wang lebih RM juta dibekukan
Terdahulu Abdul Hamid pihaknya telah menangkap 68 orang yang dipercayai ahli Geng Nicky
Abdul Hamid berkata semua individu tersebut ditahan atas pelbagai kesalahan termasuklah pengubahan wang haram
Menurutnya, dalam serbuan tersebut, anggota polis turut merampas sepucuk pistol jenis Glock 17 bersama satu kelopak peluru berisi sembilan butir peluru
“Pihak polis juga telah membekukan 41 akaun bank bernilai RM4,053,809.49 dan 35 unit kenderaan bernilai RM8,863,759.00 melibatkan 21 individu dan 16 entiti
“Ia termasuk Yayasan Winner Emperor Sedunia dan Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia dibawah seksyen 44 (1) AMLATFPUAA 2001
“Tindakan lanjut menjejak dan membekukan aset-aset berupa tanah, rumah dan bangunan sedang dijalankan,” katanya
Tambah beliau, turut dirampas adalah wang tunai dari pelbagai negara berjumlah lebih RM700,000 dan 16 buah kereta mewah dianggarkan bernilai RM6.67 juta
“Nicky Liow mempunyai sejumlah 12 kesalahan lampau bersabit dadah dan jenayah kekerasan termasuk kes memukul anggota Rela pada 27 Oktober 2017
“Hasil yang diperolehi daripada soal siasat awal, pihak polis telah mengenal pasti penglibatan pegawai dan anggota agensi penguatkuasa dan beberapa VVIP kenamaan yang bersekongkol bersama Geng Nicky
Pada 21 Mac lalu, Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pihaknya sedang mengesan suspek berumur 33 tahun itu
Alamat terakhir Nicky ialah di Trigon Residence, Puchong, Selangor
Malaysiakini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bankami.blogspot.com/2021/03/gilalah-polis-tikam-polis-sendiri.html