Dividen Asb Lebih Tinggi
Dividen ASB lebih tinggi?
Menjelang akhir tahun, biasanya pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) mencongak dan membuat perkiraan sendiri terhadap agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sama ada dalam ekonomi sukar ini mereka mampu menikmati kadar lebih tinggi daripada 4.25 sen yang diumumkan tahun lalu atau sebaliknya, kadar lebih rendah.
Mengambil kira faktor prestasi di Bursa Malaysia yang menyusut tetapi diseimbangkan oleh pertumbuhan pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) di pasaran antarabangsa iaitu sekitar 12 peratus pada akhir tahun lalu, Pensyarah Kanan Putra Business School, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff menjangkakan, unjuran prestasi ASB lebih baik pada tahun ini.
“Saya percaya pulangan pelaburan di pasaran global yang lebih baik akan menjadi anjakan untuk memberi pulangan minimum lima sen seunit pada 2021, dan ia adalah prestasi yang dikira tinggi dalam suasana sekarang.
“Saya menjangkakan kadar agihan pendapatan ASB tahun 2021 yang bakal diumumkan bulan ini adalah sekitar lima hingga 5.25 sen seunit termasuk bonus, iaitu lebih tinggi berbanding
4.25 sen ditambah bonus 0.75 sen bagi 30,000 unit pertama tahun lalu,” katanya ketika dihubungi semalam.
Pemegang unit ASB kini lebih daripada 10 juta orang, dengan pegangan lebih daripada 173 bilion unit.
Ahmed Razman menjelaskan, faktor lain yang perlu diambil kira PNB untuk memberi agihan pendapatan ASB lebih baik tahun ini adalah pertumbuhan inflasi, kenaikan harga barang dan kos sara hidup.
Lebih-lebih lagi sekiranya dilihat pada kecairan pelaburan ASB, yang mana pelabur boleh menjual unit mereka pada bila-bila masa pada harga tidak berubah dan PNB berisiko menyaksikan pengeluaran besar-besaran sekiranya pelabur melihat pulangan tidak berbaloi.
“Bagi pelabur yang sofistikated, mereka akan mengambil kira kadar inflasi bagi menilai pulangan pelaburan mereka.
“Sekiranya pulangan ASB adalah lima peratus dan kadar inflasi tahun ini sebanyak dua peratus, bermakna keuntungan diterima hanyalah tiga peratus. K Online
Dividen ASB lebih tinggi?
Baca Artikel Menarik :
Sharifah Shahira kena kecam kerana Mail JDT
Emma Maembong masih berkawan dengan bekas kekasih
Permohonan Najib masukkan bukti baharu didengar 7 Disember
Jangkitan semula akibat Omicron 3 kali ganda – Penyelidik
Fatia artis global TikTok pertama dari Malaysia
Siang bawa mayat, malam angkut sampah
Penternak ayam ‘selesa’, peniaga yang tersepit
Muafakat Nasional, 191 bahagian UMNO akan putuskan
Pemandu lori tikam bapa selepas terdengar bisikan
Datuk Paiman akhirnya ke penjara 13 tahun
Orang ramai sah perlu divaksin setiap tahun-CEO Pfizer
Layari Laman Facebook MYKMU
‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki
Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)
The post Dividen ASB lebih tinggi? appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/12/06/dividen-asb-lebih-tinggi/