Ghost Pepper Twister Box Meal Kfc
Assalamualaikum semua.
Dah berakhir dah pun bulan Februari kan, kejap je masa berlalu. Jadi ini first entry untuk bulan Mac. Kita mulakan entri kita pada bulan Mac dengan menu terbaru dari KFC sekarang ni iaitu Ghost Pepper. Kenapa nama dia Ghost tu? Berhantu sangat ke? Hihi. Ok sebelum ni dah review menu KFC Parmesan Truffle Crunch. Hari ni kita review Ghost Pepper pulak ya. Siapa yang tak baca lagi mengenai Parmesan Truffle Crunch sebelum ni boleh baca di SINI.
Ghost Pepper ni boleh pilih sama ada nak Zinger Burger atau Twister. Jadi semalam aku pilih Twister sebab lebih suka Twister dari burger. Cuma lain kali bolehlah try Zinger burger dia pulak. Hehe. Ghost Pepper? Pedas sangat ke? Hehe. Kalau jenis yang makan pedas memang pedas Ghost Pepper ni tak terasa sangat lah dekat korang. Tapi pedas jugalah sikit kalau masuk mulut tu boleh rasa pedas dia. Not bad lah. Yang ini memang sedap.
Dia boleh pilih Ala Carte macam biasa, Combo atau Box Meal. Beza dia kalau Combo ada Fries dengan air sekali. Kalau Box Meal ada Fries, air dgn 1 ketul ayam. Semalam aku beli Ghost Pepper Twister Box Meal sebab teringin nak makan ayam KFC sekali. Hehe. Air untuk Ghost Pepper ialah air Mirinda strawberry tapi macam biasalah boleh tukar.
Ghost Pepper Twister Box MealGhost Pepper Twister, 1 piece of chicken, fries, drinkRM 16.90Rating: 9/10
Apa ada dalam Ghost Pepper Twister tu? Ok boleh tengok closer look gambar di atas tu haa. Hehe. Dalam dia ada ayam, kepingan Nachos, tomato dan timun serta mayonis. Twister tu warna merah sama macam roti burger Ghost Pepper warna merah juga. Overall, rasa dia sedap. Yang ni boleh repeat order lagi sekali nanti sebab nak try Ghost Pepper Zinger burger dia pulak nanti. Hehe
Ok korang semua dah try ke menu latest dari KFC ni? Apa pendapat korang? Marilah berkongsi pendapat di ruangan comment ya. Hehe. Terima kasih. Nampaknya sampai sini saje sesi review menu KFC kita harini. Hehe. Ok jumpa lagi di lain entri. Bye
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://yea-slmn.blogspot.com/2019/03/ghost-pepper-twister-box-meal-kfc.html