Terdapat kawasan parkir khas. Sangat memudahkan pelanggan
Kami terus ke bahagian hadapan restoran - pilih menu di sini
Pilihan makanan laut diletak dalam mangkuk dan juga bekas plastik
Dah siap pilih, terus ke kaunter bayaran yang terletak di pintu masuk restoran
Kami pilih set kombo untuk dua orang - siakap goreng tepung, mix box shell out, sotong goreng tepung, nasi putih dan minuman. Jenis minuman boleh pilih mana-mana minuman berharga RM3.
Kalau di bahagian luar tadi, nampak biasa-biasa je rupa restoran ni. Bila masuk bahagian dalam, nampak menarik! Luas jugalah ruang makan di sini. Masih banyak meja kosong, mungkin sebab kami datang pada hari bekerja dan masih awal (masa ni sekitar pukul 5.45 petang)
Ada beberapa meja kosong di sudut menghadap laut. Dapatlah kami duduk di sini - di meja paling hujung. Foto diambil dari tempat duduk saya
Suasana di sini terasa cukup santai
Lokasi restoran di pesisir pantai, berhampiran dengan aliran sebatang sungai
Dari restoran ini kita dapat menyaksikan deretan bot nelayan berlabuh. Pemandangan yang menarik di mata saya
Tadi selepas membuat pesanan dan bayaran, kami diberi nombor penanda meja yang unik ni - berbentuk ikan, diperbuat daripada kayu. Sempatlah minuman kami berfoto dengan ikan kayu ni sebelum ia diambil setelah hidangan makanan tiba
Kedudukan kami berhampiran dengan sebuah ruang rumah kucing. Tak ada sebarang bau yang tak menyenangkan dan kucing-kucing di dalamnya nampak sedang bersenang-senang tidur. Ada seekor dah bangun, saya rakam fotonya dari meja makan kami
Tak rasa bosan menunggu makanan tiba sebab saya dapat menikmati keindahan alam semula jadi di sini. Saya perhatikan terdapat beberapa jenis burung di pantai, paruhnya yang panjang sibuk mematuk pasir pantai mencari makanan
Terdapat juga beberapa buah bot melintas menuju ke lautan
Hidangan kami tiba. Ini merupakan kali pertama kami makan hidangan shell out.
Saya kurang gemar makan makanan laut bercengkerang, jadinya saya fokus makan ikan siakap goreng tepung dan sotong goreng tepung je
Siakap goreng tepung dan sotong goreng tepungnya sedap rangup di luar lembut di dalam. Tapi kena makan cepat, bila dah sejuk jadi kurang sedap
Atas - siput mentarang. Encik Suami suruh cuba, saya makan juga satu
Semasa kami nak balik, jalanan agak sesak. Rupa-rupanya orang ramai sedang berkumpul membeli hasil laut. Tentunya hasil laut segar yang baru dibawa naik oleh para nelayan|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |