Gesaan Otai Reformis 1998 Papar Kegelojohan Pkr


14 Jun lalu, Pengerusi Otai Reformis 1998 merangkap ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad, telah membuat gesaan berikut:
“Otai Reformis 1998 dalam mesyuarat tergempar, Rabu 12 Jun 2019, di Restoran Amjal jam 1000 malam telah sebulat suara dan sepakat mengambil pendirian berikut: Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri, wajar menetapkan time frame dan tarikh bila beliau bercadang menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8 bagi menggantikan tempat beliau. Ketidaktentuan peralihan kuasa ini menjadi polemik di kalangan rakyat dan ini menjejas kepercayaan pelabur-pelabur asing untuk melabur di negara kita ini. Ianya juga menimbulkan rasa curiga di kalangan ahli-ahli politik Pakatan Harapan sendiri terhadap keikhlasan Tun Dr Mahathir untuk menyerahkan jawatan tersebut.”
Menjawab soalan pemberita kemudiannya, Dr Idris juga berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk turun semula ke jalan raya sekiranya Tun Dr Mahathir gagal mengotakan janji beliau untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar.
Tidak hairanlah gesaan ini segera disambut oleh tiga hero BERSATU berikut:
(1) Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU yang juga Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof, yang menyebut: “Tun Dr Mahathir sedang giat melaksanakan agenda reformasi. Ada yang mudah, ada yang mesti diteliti dan ada yang khusus disebutkan dalam manifesto perlu ditimbal balik supaya ia boleh dipenuhi dengan lebih praktikal dan munasabah. Malah, Dr Mahathir sedang membina kembali asas yang betul dan kuat untuk memastikan pengganti beliau tidak dibebani masalah yang boleh membebankan bakal pemimpin yang mungkin dilihat belum mempunyai kebolehan sepenuhnya seperti kebolehan keseluruhan yang dipamerkan oleh seorang negarawan ulung bertaraf dunia. Tak sabar mereka ni. Pada mereka, agendanya semata-mata jawatan. Rasa kesal dengan kenyataan dan desakan kumpulan ini untuk kembali `demonstrasi di jalanan’ semata-mata nak turunkan PM. Apa salah Tun terhadap usaha untuk mengembalikan kesejahteraan negara dan rakyat yang kita nak berdemonstrasi? Adakah ini satu reformasi yang dilaung-laungkan?”
(2) Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya, yang menyebut: “Saya fikir semua pihak khususnya Otai Reformis 1998 ini tahu bahawa majoriti rakyat telah memilih serta memberi mandat kepada Pakatan Harapan sebagai kerajaan kerana Dr Mahathir diangkat sebagai Perdana Menteri. Itulah persetujuan yang dicapai oleh semua pimpinan parti komponen Pakatan Harapan sebelum ini. Mengapa tidak menghormati persetujuan yang telah dicapai ini? Ketika ini, Dr Mahathir sedang berusaha keras untuk memulihkan negara. Sepatutnya semua pihak perlu memberikan sokongan serta mengutamakan agenda nasional, bukannya kemaruk memaksa Perdana Menteri tetapkan masa dan tarikh peralihan kuasa dengan segera. Peralihan kuasa memang akan tetap berlaku, namun kaedahnya harus diambil kira agar ia tidak memberi kesan kepada rakyat dan negara. Mengapa ada pihak tidak sabar-sabar dalam perkara ini? Namun saya ada rasa skeptikal di sebalik desakan Otai Reformis ini. Apakah tindakan mereka itu mewakili suara rakyat atau mewakili ketua mereka semata-mata.”
(3) Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU yang juga Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan, yang menyebut: “Tidak ada sesiapa menafikan bahawa peralihan kuasa akan berlaku. Maka yang perlu kita lakukan ialah memastikan asas negara ini dibina semula dengan kukuh agar transisi itu nanti berlaku dengan baik. Jika proses membina semula negara itu dirosakkan oleh mereka yang tidak sabar ini, dan jika seterusnya ini menyebabkan proses transisi tidak lancar atau terus gagal, maka golongan yang gelojoh inilah yang wajar dipersalahkan. Dalam disiplin berorganisasi, kita orang Islam diajar jangan menjadi golongan “musta’jilun” atau golongan gelojoh. Maka jauhilah golongan musta’jilun sebegini. Sebaliknya dalam mengusahakan reformasi, sikap yang lebih baik ialah “tadarruj”, atau melakukan perubahan secara berperingkat dan tersusun.”
Pandangan saya sendiri adalah Otai Reformis 1998 sepatutnya tidak membuat gesaan berikut kerana ia hanya akan memburukkan keadaan, mewujudkan suasana ketidakpercayaan dan mencambahkan iklim persengketaan antara pemimpin Pakatan Harapan.
Datuk Seri Anwar sendiri sering memaparkan gambar-gambar pertemuan rutin antara beliau dan Tun Dr Mahathir, begitu juga dengan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dilangsungkan dari semasa ke semasa bagi membincangkan soal-soal kepartian.
Perkara mengenai tarikh peralihan kuasa ini tidak sepatutnya disuarakan secara terbuka sebaliknya hendaklah dibincangkan secara tertutup dalam pertemuan antara Datuk Seri Anwar dan Tun Dr Mahathir serta dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Malah, Datuk Seri Anwar sendiri telah pernah menyebut di UKM pada 15 Mei lalu bahawa perbincangan berhubung peralihan kuasa berjalan dengan baik sambil menambah soal mengenai tarikh dan hal lain yang berkaitan biarlah dibincangkan oleh mereka berdua.
Bila Otai Reformis 1998 membuat gesaan terbuka mengenainya maka persepsi yang terbentuk adalah saluran perbincangan antara Datuk Seri Anwar dan Tun Dr Mahathir serta dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan gagal berfungsi seperti sewajarnya.
Atau lebih teruk lagi adalah persepsi bahawa PKR adalah golongan gelojoh.
Dr Kamarul Zaman Yusoff


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/06/16/gesaan-otai-reformis-1998-papar-kegelojohan-pkr/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Pkr Ph Harus Jadikan Nostalgia Hitam 1998 Sebagai Sempadan

Ahli Pkr Ph Harus Jadikan Nostalgia Hitam 1998 Sebagai Sempadan

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 312 hits
Ahli PKR dan juga Pakatan Harapan disarankan supaya menjadikan nostalgia hitam tahun 1998 membabitkan pemecatan dan fitnah terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu sebagai sempadan Demikian ditegaskan oleh...
Otai Reformis Sikap Mahathir Berbeza Sungguh

Otai Reformis Sikap Mahathir Berbeza Sungguh

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 277 hits
Bercutilah sementar itu tuntutan kumpulan Otai Reformis kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali bagi membolehkan siasatan dilakukan berhubung isu klip video seks sejenis yang dikaitkan dengannya Pengerusi Otai Reformis Dr Idris Ahmad ber...
Otai Reformis Curiga Dengan Tun M

Otai Reformis Curiga Dengan Tun M

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 309 hits
IDRIS AHMAD bercakap sesuatu dalam sidang akhbar mengenai isu video seks mirip seorang menteri Kabinet di Kuala Lumpur hari ini UTUSAN ONLINE HAFIZ JOHARI14 Jun 2019 11 19 AM426KUALA LUMPUR Pertubuhan bukan kerajaan Otai Reformis 1998 mengg...
Bekas Pegawai Penyelidik Terlibat Dadah Pkr Nafi Insiden Tumbuk

Bekas Pegawai Penyelidik Terlibat Dadah Pkr Nafi Insiden Tumbuk

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 355 hits
Setiausaha Akhbar Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan seorang pegawai penyelidik parti itu terlibat dalam insiden gaduh dengan pemimpin negeri Foto oleh Mukhriz HazimKUALA LUMPUR 10 Jun Seorang pegawai penyelidik PKR yang didakwa ter...
Bila Haziq Membuat Pengakuan Bermulalah Perang Besar Dalam Pkr Yang Menang Adalah Dr Mahathir

Bila Haziq Membuat Pengakuan Bermulalah Perang Besar Dalam Pkr Yang Menang Adalah Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 1181 hits
Pagi ini kita dikejutkan dengan PENGAKUAN BERANI SUSK Shamsul Iskandar Mohd Akin HAZIZ AZIZ bahawa individu di dalam klip klip video yang sedang melakukan hubungan intim sejenis adalah dirinya Malahan di dalam pengakuannya itu juga dia meny...
Pkr Polls Committee Confident Results Will Be Out By This Weekend

Pkr Polls Committee Confident Results Will Be Out By This Weekend

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 271 hits
PKR POLLS PKR election committee head Rashid Din said he was confident that his team will be able to announce the new office bearers at the party s national delegates congress this weekend Yes we can said Rashid when contacted by Malaysiaki...
Pkr Polls Just The Latest In A Series Of Disappointments

Pkr Polls Just The Latest In A Series Of Disappointments

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 211 hits
Tian Chua s call to PKR members to and reward Rafizi with a post on the central leadership council merely shows how he probably like the others in the party think the public are foolish PKR has consistently disappointed whether in its Kajan...
Apa Dah Jadi Terhadap Pkr

Apa Dah Jadi Terhadap Pkr

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 736 hits
SIAPA LAGI YANG DIHARAPKAN MENJADI PIEM MALAYSIA INILAH POKOKNYA LIKU LIKU TERANCANG UNTUK MENJADI PIEM MALAYSIA NO 1 DAN NO 2 SAMA JE TUTUP JE LA PARTI TU Saya di atas ranjang bersama menteri itu kata Haziq Lelaki yang dikaitkan dengan vid...
Sayalah Individu Bersama Dalam Video Viral Semalam Setiausaha Sulit Kanan Pemimpin Pkr Buat Pengakuan

Sayalah Individu Bersama Dalam Video Viral Semalam Setiausaha Sulit Kanan Pemimpin Pkr Buat Pengakuan

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 768 hits
The ReporterViral di media sosial video dua lelaki yang salah seorangnya didakwa menyerupai seorang menteri kabinet sedang melakukan hubungan sejenis dengan pasangannya di sebuah bilik hotel Dalam klip video itu menunjukkan dua lelaki terba...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba