Gesaan Dr Mahathir Wajar Dilaksanakan


ULASAN

Dr Mahathir mempamerkan memoir 
terbarunya.GESAAN yang dilontarkan oleh Dr Mahathir Mohamad supaya diadakan perbincangan awam melibatkan hal ehwal dan peranan sistem raja berpelembagaan di negara ini wajar diberi perhatian dan tidak prejudis terhadap gesaan itu.Setelah sistem berkenaan berjalan sejak lebih setengah abad (dikira mulai tahun 1955), sewajarnya ia dibincang bagi menyemak sejauh mana kebekesanannnya dan juga apa-apa kemungkin kesan huduh terhadap pentadbiran negara yang dilahirkan dari sistem itu. 
Perkara itu dibuat Dr Mahathir dalam memoir terbarunya, Capturning Hope, ketika membincangkan soal kaum dalam Malaysia Baru. Rasanya belum ada perbincangan awam mengenai mauduk itu seperti mana dihasratkan Dr Mahathir. Kita kadang-kadang begitu berhati-hati alias "penakut" untuk membincangkan isu-isu berkaitan raja-raja kerana ia sensitif, walhal isu itu sepatutnya ditangani secara terbuka dan professional bagi memastikan kerelevansinya.
Sistem raja berpelembagaan bukan hak eksklusif golongan nigrat semata-mata, tetapi ia juga adalah hak semua rakyat yang menjunjuginya. 
Bekas PM dua kali itu memperakui subjek itu sukar untuk dibincang(?), tetapi beliau mengakui seorang percaya kepada sistem itu bagaimana pun perbincangan mesti dilakukan kerana sistem itu ada sisi negatifnya. Misal katanya, orang Melayu tidak maju kerana sifat berserah hampir feudal kepada kerabat dan orang bergelar".
Tanpa menolak peranan raja-raja dalam perlembagaan beliau juga menyebut kepentingan peranan rakyat dan orang politik yang dijamin dalam perlembagaan.
Gesaan Mahathir itu mungkin tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu khasnya golongan pro feudalisme, pencium tangan sultan dan sebagainya, apa lagi mengenangkan pada sepanjang pentadbirannya sebagai perdana menteri Dr Mahatahir pernah meminda perlambagaan negara bersabit kekebalan raja-raja hampir 30 tahun lalu. Keberanian dan tanggungjawab Dr Mahathir meminda perlembagaan itu menyebabkan beliau telah dituduh cuba membuang raja-raja.
Tetapi yang jelasnya setelah 35 tahun kesemua sembilan Raja-Raja di negara ini masih kekal dan berdaulat serta selamat bersemayam di takhta masing-masing. Setengahnya memiliki lebih daripada dua istana. Setiap sebuah istana boleh membina 200 rumah untuk rakyat miskin.
Logiknya sebagai seorang bersifat patriotik, Dr Mahathir ada hujah dan kebimbangan sendiri kenapa sistem itu perlu dibincang secara umum. Perbincangan itu sudah pasti untuk menambahbaikan sistem berkenaan agar ia terus dihormati, kekal dan bukan untuk melupuskannya. 
Sebagai seorang PM selama 22 tahun campur 22 bulan, Dr Mahathir sangat memahami akan risiko dengan apa dilontarkan itu. Beliau nampak apakah hambatan dan kecacatan di sebalik sistem berkenaan berkaitan peranan dan tanggungjawab raja-raja selepas lebih 25 tahun menjadi pengurus besar negara ini. Dan beliau juga sedar risikonya akan dikritik bila mengbangkitkan perkara itu. 
Misalnya gesaan beliau terbaru itu, tidak sampai 48 jam sudah ada anak raja yang menempelak Dr Mahathir yang mempersoalkan tindakannya dengan menganggap tindakan Dr Mahathir menyerang institusi Mahathir tidak menyelesaikan masalah-masalah negara yang diciptanya. Anak raja itu juga menuduh Drf Mahathir tidak jujur dalam beberapa perkara dan mempedayakan raja dan rakyat.  
Apa yang dapat difahami kenapa Dr Mahathit menyarankan perbincangan itu bagi memperbetul atau meletakkan kuasa dan peranan raja-raja di atas paksi sebenar menurut perlembagaan dan semangat raja dan rakyat yang diamalkan selama ini. Selebihnya beliau tentu mahu rakyat memahami akan hak dan peranan mereka serta garisa pemisah kuasa dan hak rakyat dengan kuasa dan hak sistem raja berpelembagaan. 
Mungkin ada kalangan kita masih menganggap raja-raja Melayu yang ada kini masih bersifat raja atau sultan yang mempunyai kuasa secara monarki.
Dengan menyebut satu kes seorang penyampai radio (Patrick Teoh) diheret ke mahkamah atas tuduhan menghina seorang putera raja, Dr Mahathir menyatakan kekesalan atas tindakan itu dimana menurutnya sepatutnya anak raja itu menyaman Petrick Teoh bukan menggunakan pengaruh raja untuk menangkap penyamapi radio itu. Kejadian itu benar-benar mencabar beliau sebagai seorang demokratik. 
Hal-hal sebegitulah membuka hati Dr Mahathir menyebabkan beliau mencadangkan agar diadakan perbincangan awam berhubung peranan dan tanggungjawab raja berpelembagaan. 
Bertolak dari situ sewajarnya badan-badan atau majlis-majlis perundingan bangsa, Ngo yang memperjuangkan hak dan keadilan rakyat, atau Ngo yang mempertahankan institusi raja-raja mengambil bahagian dengan menyahut cadangan Dr Mahathir itu. 
Dalam wacana awam kelak boleh diundang sama pihak raja-raja atau wakil rja-raja untuk sama hadir bukan sahaja mengdengarnya, atau mempertahankan diri, bahkan berbincang, bertukar pandangan dan idea dengan cara itu mereka akan mendapat solusi terbaik serta memurnikan lagi sistem raja berpelembagaan yang kita sama-sama junjung itu.  
Memang tidak dinafikan peranan dan tanggungjawab raja untuk negara dan rakyat. Tetapi tidak boleh diselindung dan diketepikan juga ada peranan dan pengaruh raja-raja dalam hal-hal atau aspek yang boleh dipertikaikan atau pun mencacatkan sistem lain yang seiringan dengannya.
Seperti pengaruh dan kedudukan mereka digunakan untuk tujuan perniagaan sewenang-wenangnya, ia merupakan satu pengeksploitasi yang boleh memburukkan keadaan dan mencemarkan nama baik dan mulia raja-raja dan isntitusi itu sendiri. Mungkin tindakan itu atas tindakan diluar pengetahuan dan restu raja-raja, tetapi kalau tidak dibendung ia boleh memburukan nama baik raja-raja. 
Manakala kepada pelaksana tugas dan tanggungjawab (kerajaan) seperti pihak bertanggungjawab meluluskan projek, tander atau peniagaan itu tidak dapat bertindak menurut garis panduan ditetapkan kalau nama raja atau sultan sudah dikaitkan. Apa lagi kalau mereka dipanggil ke istana walaupun atas niat dan tujuan lain, menyebabkan mereka terpaksa memberi perhatian merit kepada penawar atau kontraktor menjaja nama raja itu dan sudah tidak akan dapat berlaku adil lagi. 
Sepekiara lagi mengenai peranan atau pengaruh istana dalam politik. Ambil dalam soal pelantikan menteri besar atau anggota majlis mesyuarat negeri (Exco) yang kuasa melantiknya terletak di tangan raja-raja. Menurut perlembagaan raja-raja atau sultan mempunyai kuasa mutlak dalam proses ini, tetapi mereka tetap juga perlu bergantung kepada perlembagaan atau kuasa demokrasi.
Tetapi sudah acap berlaku walaupun seseorang itu mendapat sokongan daripada partinya, dan berhak untuk dilantik menjadi menteri besar apabila ia tidak mendapat restu sultan atau bergaduh dengan pihak istana. Ini menyebabkanh individu yang diangkat rakyat melalui sistem dibenarkan perlembagaan tidak dapat mengangkat sumpah kerana ada peranan istana. Hal-hal sebegini menyebabkan sistem itu tempang dan cacat. 
Situasi seperti inilah perlu kepada perbincangan untuk menjelaskan serta meletakkan garis lurus sejauh mana peranan dan tanggungjawab raja-raja dalam soal ini. Justeru gesaan Dr Mahathir itu perlu diterima secara objektif dan jangan sama sekali menganggap bahawa Dr Mahathir mahu menggerakan usaha untuk membuang raja untuk kesekian kali seperti mana ditohmahkan kepadanya. [11:14 am 16/12/2021]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/12/gesaan-dr-mahathir-wajar-dilaksanakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Mahathir Najib Could Return As Pm Since Src Conviction Penalties Stayed For Appeal

Dr Mahathir Najib Could Return As Pm Since Src Conviction Penalties Stayed For Appeal

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 214 hits
Langkawi MP Tun Dr Mahathir Mohamad speaks during a press conference in Langkawi September 18 2021 Bernama picKUALA LUMPUR Dec 8 Tun Dr Mahathir Mohamad claimed Datuk Seri Najib Razak could become the prime minister again as his sentence fo...
Malaysia Mungkin Catat Rekod Banduan Jadi Pm Mahathir

Malaysia Mungkin Catat Rekod Banduan Jadi Pm Mahathir

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 185 hits
Oleh Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air Tun Dr Mahathir Mohamad GAMBAR Abd Razak Aid ALHAMDULILLAH Malaysia mungkin buat rekod sekali lagi kerana banduan dianugerah jawatan Perdana Menteri Demikian kata Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air Tun ...
Mahathir Dedahkan Tony Pua Angkuh Berlagak Macam Menteri

Mahathir Dedahkan Tony Pua Angkuh Berlagak Macam Menteri

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 192 hits
Dr Mahathir Mohamad hari ini menganggap Tony Pua sebagai angkuh dan berlagak seperti seorang menteri semasa ahli parlimen Damansara berkhidmat sebagai setiausaha politik Lim Guan Eng Lim ketika itu merupakan menteri kewangan kepada kerajaan...
Guan Eng S Adviser Was Arrogant Mahathir Maintains

Guan Eng S Adviser Was Arrogant Mahathir Maintains

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 219 hits
He says the aide behaved as though he were the minister instead of a political secretary Dr Mahathir Mohamad today defended his remarks about an aide to former finance minister Lim Guan Eng whom he accused in his latest memoir of interferin...
Why Are Mahathir And Muhyiddin Quiet About Zeti Asks Puad Zarkashi

Why Are Mahathir And Muhyiddin Quiet About Zeti Asks Puad Zarkashi

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 238 hits
An Umno Supreme Council member has questioned the apparent silence of two former prime ministers over former central bank governor Zeti Akhtar Aziz and that of her husband s link to the 1MDB scandal calling it hypocritical Puad Zarkashi sai...
Mahathir Kes Src International Penangguhan Hukuman Terhadap Najib Satu Rekod Dunia

Mahathir Kes Src International Penangguhan Hukuman Terhadap Najib Satu Rekod Dunia

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 252 hits
KUALA LUMPUR Keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan jelas membuktikan Datuk Seri Najib Razak bersalah atas dakwaan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd kata Tun Dr Mahathir Mohamad Bagaimanapun beliau tidak berpuas hati apabi...
Finally Mahathir Reveals The Truth

Finally Mahathir Reveals The Truth

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 281 hits
Hadi knows that Umno President Zahid Hamidi is collaborating with Anwar who in turn is DAP s stooge Hence abandoning Bersatu and going to bed exclusively with Umno will strengthen the Zahid Anwar alliance and in turn strengthen Pakatan Hara...
I Don T See Mahathir Becoming Pm For A Third Time Says Kit Siang

I Don T See Mahathir Becoming Pm For A Third Time Says Kit Siang

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 239 hits
Opposition leader Lim Kit Siang said PH was disappointed that it could not enjoy the full five year mandate given by the people in GE14 to see through all its election promises under former prime minister Dr Mahathir Mohamad PETALING JAYA D...
My Sole Aim Of Working With Anwar In Ge14 Was To Oust Najib Says Dr Mahathir

My Sole Aim Of Working With Anwar In Ge14 Was To Oust Najib Says Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 243 hits
Dr Mahathir Mohamad said he decided to work with Anwar Ibrahim despite knowing that the man had no idea how to govern the country because their common goal was to oust Najib Razak according to his latest book In a section of his book titled...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun