Geran Pertembungan Antara Hak Dan Batil



Sudah lama rasanya saya menanti filem seperti ini lahir dari tangan pengarah Malaysia.
Ternyata saya tidak hampa.
Filem bertajuk ‘Geran‘ yang diarahkan oleh Areel Abu Bakar ini mengisahkan tentang dua orang sahabat baik, Pak Nayan dan Haji Daud yang juga rakan seguru dalam ilmu persilatan.
Namun disebabkan ada sejarah di antara mereka berdua, mereka saling berdendam dan persengketaan terus berlarutan.
Peluang bagi Haji Daud membalas dendamnya terbuka apabila Mat Arip (Fad Anuar) bertaruh dalam satu judi dan kalah. Akibat kekalahan itu, geran pusaka dipertaruhkan.
Begitulah serba sedikit sinopsisnya.
Percayalah, jalan cerita filem ini agak ringan sahaja, bahkan tiada pula ‘plot twist’ di akhirnya. Penyampaiannya lurus, dan pada saya itu bukan satu bentuk kekurangan.

Selling Point
Terus terang saya katakan, semangat saya hendak ke panggung hanyalah kerana saya seorang anak silat. Kalau nak dikatakan barisan pelakonnya yang menjadi daya tarikan, saya hanya kenal dan ‘cam’ beberapa nama sahaja seperti Namron, Fad Anuar, Taiyuddin Bakar, Aeril Zafrel, dan Azlan Komeng.
Nama-nama lain agak asing bagi saya kerana mereka masih baru, atau saya yang sudah lama tidak mengikuti dunia perfileman Melayu.
Tetapi kerana semangat hendak menonton aksi persilatan itulah yang mendorong kaki saya melangkah ke pawagam, dan apabila sesampainya diri saya di sana, agak terperanjat juga apabila melihat suasananya bagaikan ‘hari raya’ untuk bangsa Melayu.
Semuanya pakat bertanjak dan berbusana.
Sebut tentang Fad Anuar, saya agak tertarik dengan lakonan beliau yang membawakan watak ‘budak nakal kampung’, iaitu Mat Arip.
Ada antara dialog dilontarkan begitu senang diingati dan ia sungguh berkesan lagi melucukan.
Watak beliau menggambarkan sifat tipikal remaja kampung yang juga sudah biasa saya temui pada rakan-rakan saya sendiri.
Dari kegemarannya bermain snooker, bertaruh judi, hinggalah kepada berlumba kereta, itu semua perkara ‘normal’ bagi remaja yang terlalu dimanjakan, dan ia satu gambaran tepat.
Akibat dari ‘hobi’ berjudi inilah menjadi permulaan kepada semua masalah yang timbul kemudian.

Dekat Dengan Realiti
Saya kerap kali bosan menonton filem ‘aksi’ pengarah Melayu sebelum ini, kerana mereka suka menampilkan hero berbadan kekar berwajah kacak sebagai daya penarik penonton hadir ke panggung.
Tidak perlulah saya sebutkan tajuk filemnya, kerana filem aksi tempur tidak begitu banyak dan anda boleh agak sendiri yang mana satu.
Tetapi itu tidak berlaku dalam filem ini.
Bukan saya nak kata heronya tidak kacak, atau heroinnya tidak cantik, kerana sebaliknya juga yang berlaku (mereka tetap ‘elok paras rupa’).
Cuma apa yang hendak saya katakan, sekali imbas pengarahnya tidak begitu mementingkan daya penarik hanya bersandar kepada paras rupa apatah lagi populariti pelakon.
Pendekatan ini membuat filem terasa seakan lebih dekat dengan realiti apabila suasana kampungnya dapat dirasai, begitu ‘asli’ sekali.
Mereka memang asalnya dari kampung, serta loghat Utara juga sangat pekat lagi likat. Buat yang kurang faham, jangan bimbang kerana sarikata ada disediakan.

Penampilan Barisan Pelakon Baru
Kalau nak diulas tentang pelakon-pelakonnya, ternyata tidak cukup satu entri dan sangat panjang jadinya nanti. Tambahan kita ada Namron, yang membawa watak Pak Nayan dengan begitu menusuk hati sekali. Itulah dia bagaimana watak seorang ayah (dari Utara semestinya) yang lembut sekali mendidik anak-anak, dan berkata-kata dengan penuh berhemah.
Saya cuma teringatkan pelakon-pelakon baru seperti Khoharullah Majid dan Feiyna Tajudin.
Kalau nak diikutkan, hubungan yang terasa ‘asli’ seperti adik beradik hanyalah antara Fatimah (kakak) dengan adiknya Mat Arip. Antara Mat Arip dan abangnya Ali (Khoharullah) pula tidak begitu terasa dekat di hari.
Tetapi bila dikenang semula, sememangnya wujud keluarga yang begitu. Dari luar nampak hambar, tetapi abang mana yang tak sayang adiknya?
Tidak lupa juga lakonan dan aksi dari saudari Feiyna Tajudin. Saya berasa teramatlah bangga melihatnya. Dari lontaran suara, kepada lontaran penumbuk, keduanya sama ‘pergi’, sama padu.
Kemudian kita ada juga watak pak lawak seperti Mi Piang (Taiyuddin Bakar). Rasanya tak perlu lagi saya perkenal kepada semua. Taiyuddin, berlakon sebagai Taiyuddin. Dengan hanya menjadi dirinya sendiri pun memang sudah sedia lucu, apatah lagi perlu bertutur dalam loghat Utara, bertambah lucunya.
‘Piang’ ini kalau di tempat saya (Ipoh) bermaksud ‘curi’. Bila digelar ‘Mi Piang’, kita boleh fahamlah ciri individu tersebut bagaimana. Boleh jadi kaki curi barang motosikal, kereta, atau barang-barang kawan (heheh).

Koreografi Dan Sinematografi
Saya tiada masalah dengan koreografi tempurnya. Pada saya aksi pertempuran antara watak baik dan jahat sudah seimbang dan mantap.
Mudah kata, agak realisitik, sebagai contoh, ketika Ali berlawan dengan dua orang penjahat. Pada waktu itu dapat dilihat kedua-dua penjahat menyerang Ali serentak dan adakalanya mereka dapat mengambil kesempatan untuk dapat membuat pukulan atas kelebihan nombor yang ada (dua lawan satu).
Saya cuma kurang gemar kepada pergerakan kameranya.
Pada saya, majoriti watak sudah mahir seni tempur Melayu ini. Maka sudah tidak perlu kepada pergerakan kamera melampau, apatah lagi bergegar.
Saya sangkakan mata bermasalah, rupanya pergerakan kamera yang terlalu mengikut aksi, contoh jelas di akhir pertempuran, menyebabkan saya terpaksa menggosok mata beberapa kali.
Tetapi dalam banyak perkara, jujur saya katakan hanya itu sahaja yang saya rasa boleh diperbaiki. Selain itu, tiada apa lagi yang ingin saya lihat ditambah baik.
Jika filem Geran 2 dibuat, saya harap barisan pelakonnya dikekalkan.

Akhir Kata
Filem Geran pada saya banyak mengambil ‘vibe’ atau inspirasi dari filem-filem tempur lain seperti Merantau (Merantau Warrior) dan Ong Bak. Ada beberapa babak dalam filem yang sangat serupa dengan babak dari Merantau, yang mana pada sesetengah orang akan gelar ia sebagai plagiat idea, tetapi saya pula rasa ia lebih kepada ‘paying homage’ atau memberi penghormatan kepada filem sebelumnya.
Apa yang pasti, filem ini telah membuka lembaran baru dalam industri perfileman tanahair, yang mana sebelum ini ia hanya dipelopori dan dimonopoli oleh kalangan yang sudah sedia popular dan berwajah boleh laris.
Kali ini Geran membawa nafas baru dengan menampilkan wajah-wajah segar dan terbaik dari ladang… atau lebih sesuai lagi terbaik dari gelanggang.
Gambar-gambar sumber dari: Geran The Movie.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/geran-pertembungan-antara-hak-dan-batil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Pengarah Jkdm Antara Yang Dibebaskan Selepas 5 Hari Ditahan Reman

Bekas Pengarah Jkdm Antara Yang Dibebaskan Selepas 5 Hari Ditahan Reman

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 404 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Nampak Biasa Saja Tapi Ini Adalah Antara Pekerjaan Paling Bahaya Dalam Sejarah Dunia

Nampak Biasa Saja Tapi Ini Adalah Antara Pekerjaan Paling Bahaya Dalam Sejarah Dunia

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 449 hits
Sekali pandang gambar diatas mungkin kelihatan biasa saja tak ada yang menarik Hanya gambar seorang wanita sedang melakar sesuatu Namun tahu tak bahawa gambar diatas menunjuk kan salah satu pekerjaan paling merbahaya didunia dalam sejarah d...
Penjawat Awam Antara Boikot Dan Perubahan Ideologi

Penjawat Awam Antara Boikot Dan Perubahan Ideologi

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 259 hits
Tetapi betulkah ada usaha penjawat awam mensabotaj kerajaan PH
Tahniah Maybank Dinamakan Antara Bank Paling Selamat Di Asia

Tahniah Maybank Dinamakan Antara Bank Paling Selamat Di Asia

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 533 hits
Malayan Banking Bhd sekali lagi dinamakan sebagai bank paling selamat di Malaysia oleh majalah kewangan bulanan Global Finance sebagai sebahagian daripada kaji selidik eksklusifnya yang akan diterbitkan dalam keluaran November 2019 Selain d...
Mereka Yang Dilahirkan Antara 1985 Dan 1995 Adalah Unik

Mereka Yang Dilahirkan Antara 1985 Dan 1995 Adalah Unik

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 292 hits
Tahukah anda mengapa orang yang dilahirkan antara 1985 dan 1995 adalah generasi paling unik sepanjang zaman Mereka berada di antara dua generasi iaitu sebelum internet dan teknologi mengambil alih dan generasi selepas itu Generasi sebelumny...
Dua Punca Doa Tidak Dimakbulkan Allah Ini Antara Sebab Yang Kita Tak Tahu

Dua Punca Doa Tidak Dimakbulkan Allah Ini Antara Sebab Yang Kita Tak Tahu

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 358 hits
Dua Punca Doa Tidak Dimakbulkan Allah Ini Antara Sebab Yang Kita Tak Tahu Orang orang yang ditolak doanya adalah disebabkan beberapa perkara seperti berikut Dua Punca Doa Tidak Dimakbulkan Allah Ini Antara Sebab Yang Kita Tak Tahu 1 Orang y...
Solat Tahajjud Antara Ibadah Yang Patut Diamalkan Dalam Mencari Jodoh

Solat Tahajjud Antara Ibadah Yang Patut Diamalkan Dalam Mencari Jodoh

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 509 hits
Solat Tahajjud Antara Ibadah Yang Patut Diamalkan Dalam Mencari Jodoh Apa kaitan Solat Tahajjud dengan menjemput jodoh Selain berusaha dengan melakukan Taaruf atau sebaliknya dalam memperoleh atau mencari Jodoh juga antara salah satu ibadah...
Tessa Thompson Alexandra Shipp Antara Aktres Yang Disenarai Pendek Untuk Watak Catwoman

Tessa Thompson Alexandra Shipp Antara Aktres Yang Disenarai Pendek Untuk Watak Catwoman

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 258 hits
Khabar angin mengenai watak Catwoman dalam filem The Batman arahan Matt Reeves semakin bertiup kencang di Hollywood Dalam laporan sebelum ini Matt Reeves dikatakan sedang mencari pelakon wanita berwarna untuk watak Selina Kyle Catwoman dan ...
Di Antara Nasi Ayam Terbaik Terengganu Di Restoran Nurul Iman Batu Buruk Memang Terbaik

Di Antara Nasi Ayam Terbaik Terengganu Di Restoran Nurul Iman Batu Buruk Memang Terbaik

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 927 hits
Restoran Nurul Iman yang terletak di hadapan SMA Sultan Zainal Abidin Batu Burukyang juga sekolah Admin dulu adalah antara restoran Nasi Ayam yang terbaik di Terengganu Bayangkan selepas 30 tahun meninggalkan alam persekolahan disini masih ...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator