Geran Agropreneur Muda Jenis Bantuan Syarat Syarat Cara Memohon
Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi Program Geran Agropeneur Muda kini dibuka bagi golongan muda yang berusia antara 18 hingga 40 tahun.
Program yang termaktub dalam perlaksanaan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) ini diwujudkan bagi membantu serta menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawan agro.
Program ini menyasarkan aktiviti projek yang merangkumi skop seperti berikut :
TanamanPerikananTernakanIndustri Asas TaniPemasaranPerkhidmatan dan input sokongan pertanianAgropelancongan
Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai Program Geran Agropeneur Muda (GAM) secara lebih lanjut.
Baca Juga : AGRONet: Cara Login Dan Daftar Agrobank Online
Tarikh Permohonan Geran Agropreneur Muda
Untuk makluman, tarikh permohonan dibuka sepanjang tahun bagi menggalakkan penglibatan golongan muda dalam sektor ini.
Syarat-Syarat Kelayakan
Pemohon Geran Agropreneur Muda perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
Warganegara MalaysiaGolongan muda berusia antara 18 hingga 40 tahunBoleh membaca, mengira dan menulisIndividu yang baru memulakan projek wajib mengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan atau diiktiraf oleh Jabatan /Agensi di bawah MOA atau yang diiktiraf oleh MOA.Individu yang baru memulakan projek dan memiliki Sijil/Diploma/Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan di bawah MOA berkaitan projek pertanian yang dicadangkan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal.Keutamaan kepada golonga muda yang mempunyai kemudahan tanah atau premis sedia ada.
Syarat Permohonan Pembiayaan
Syarat permohonan pembiayaan adalah seperti berikut :
Projek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasiProjek berdaya maju dan sesuai untuk penambahan kapasiti bagi pembesaranMendapat sokongan teknikla daripada Jabatan/Agensi pembimbing dan Agensi pembiayaan.
Jenis Bantuan
Jenis bantuan yang ditawarkan adalah seperti berikut :
Khidmat nasihat teknikal dan latihanGeran berbentuk barangan
Pakej khas pembiayaan bagi perkembangan projek pertanian sedia ada daripada agensi pembiayaan seperti berikut :
TEKUN Nasional – sehingga RM 50,000 bagi setiap projekAgrobank – sehingga RM 500,000 bagi setiap projek
Cara Memohon
Individu yang berkelayakan boleh lakukan permohonan di Pejabat jabatan / Agensi Daerah di bawah MOA atau Negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah), MAFI (Negeri Sabah) atau MANRED (Negeri Sarawak) yang terdekat dengan melengkapkan dokumen-dokumen berikut :
Borang UAM 01/14 (pin. 02/18)Salinan kad pengenalan yang disahkan pegawai Jabatan / Agensi dan gambar berukuran passportKertas Rancangan Perniagaan yang lengkapSenarai cadangan barangan yang dinyatakan pada Borang UAM 01/14 perlu disertakan dengan anggaran Sebut HargaSalinan sijil Diploma/Ijazah yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan di bawah MOA atauBorang permohonan pembiayaan Agrobank atau TEKUN Nasional (bagi permohonan kategori Pembiayaan).Dokumen yang lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan / Agensi MOA.
Nota : Tawaran permohonan adalah terhad. Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dihubungi. Permohonan dianggap gagal sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan mengikut fasa.
Borang Permohonan
Anda boleh muat turun borang permohonan seperti di bawah :
Peringkat Rancangan Perniagaan
Lampiran 1 : Penyediaan Rancangan Perniagaan
Lampiran 2 – Borang Permohonan UAM
Lampiran 3 – Borang Penilaian Permohonan Geran
Lampiran 4 – Borang Permohonan Peluang Kedua
Peringkat Pembekalan
Lampiran 5 – Borang Permohonan Pertukaran Spesifikasi GAM
Lampiran 6 – Borang Permohonan Pelanjutan Tempoh Serahan Dokumen Sebut Harga Bagi GAM
Lampiran 7 – Borang Penilaian Sebut Harga Pembekalan GAM
Lampiran 8 – Borang Permohonan Pelanjutan Tempoh Pembekalan GAM
Lampiran 9 – Borang Permohonan Pembatalan Pembekal GAM
Peringkat Pembayaran
Lampiran 10 – Borang Pembekalan GAM
Lampiran 11 – Surat Aku Janji
Peringkat Pemantauan
Lampiran 12 – Borang Laporan Pemantauan
Lampiran 13 – Borang Kemajuan Prestasi Usahawan
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai Program Geran Agropeneur Muda (GAM), sila rujuk portal rasmi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/geran-agropreneur-muda/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=geran-agropreneur-muda