Gerakan Rasuahbuster Ayuh Bina Malaysia Yang Lebih Baik


puteradaily.com
February 17, 2021 7:33 am
Assalamualaikum wrt wbh & Salam Sejahtera,

Kami menyeru semua rakyat Malaysia untuk bergabung bersama kami di dalam Gerakan #RasuahBusters dan menjadi agen perubahan di dalam masyarakat.

Apakah #RasuahBusters
#RasuahBusters ialah sebuah kempen untuk membanteras rasuah di Malaysia – rasuah, peras ugut, kronisme, nepotisme, memberi sogokan untuk mendapatkan perlindungan, salahguna kuasa, suapan dan penyelewengan dana. Ini termasuk rasuah besar atau kecil, konvensional atau tidak, secara terbuka mahupun tertutup.
Kenapa kita perlu banteras rasuah?
Rasuah memberi kesan buruk kepada masyarakat dan perniagaan. Sumber ekonomi tidak diuruskan dengan baik. Orang yang salah dan tidak layak mendapat peluang, pekerjaan atau kuasa.

Produktiviti bermakna menggunakan sumber paling sedikit untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Rasuah menghalang produktiviti berlaku kerana ia mendorong pembaziran terjadi (sumber yang berlebihan digunakan). Apabila orang yang salah mendapat pekerjaan, kesannya produk akhir atau khidmat yang diberikan bukanlah yang terbaik, malah tidak mencapai kualiti yang diharapkan.

Apabila rasuah disogokkan, dan orang yang tidak layak diberikan projek, semua orang rugi, termasuk yang menerima sogokan. Kesannya adalah pengurangan kualiti ke atas projek itu sendiri. Penerima suapan rasuah tidak akan melakukan kerja mengikut piawaian yang sepatutnya, kerana kepentingan mereka bukan lagi kepentingan awam tetapi diri sendiri.

Ketika kejujuran hilang dan rasuah berleluasa di dalam Negara ini, setiap warga Malaysia berada dalam kerugian. Kita tidak mahu perkara ini terus berlaku. CUKUP, CUKUP SUDAH!

Kita perlukan perkhidmatan moden dan tahap kehidupan yang lebih baik. Kita perlukan kemudahan perubatan setaraf dunia dinikmati oleh rakyat Malaysia. Kita hasratkan infrastruktur yang mantap dan cekap sebagai sistem sokongan ke arah kehidupan yang lebih unggul,

Namun, semua impian kita telah musnah oleh rakusnya Rasuah!

Kita inginkan kemudahan yang lebih baik; sekolah, jalanraya, hospital, pejabat, kedai, perumahan. Kita impikan kualiti pengajian yang lebih baik di institusi pendidikan tinggi di mana anak-anak kita boleh berkembang maju setelah mereka menerima ijazah, mendapat kerja yang baik dengan pendapatan bagus. Kita inginkan peningkatan untuk bergerak ke hadapan dengan masa hadapan yang bersinar.

Tetapi rasuah mencuri semua harapan ini dari kita!

Pada tahap yang lebih dalam, rasuah adalah amat bertentangan dengan kepercayaan, keyakinan dan nilai moral kita.

Kita perlu sedar, walau masyarakat boleh membina institusi, merangka peraturan dan undang-undang mencegah rasuah, namun pada akhirnya ia terpulang kepada diri kita sendiri.

Di dalam kita mengatur strategi menggempur rasuah, kita perlu fokus kepada diri kita juga. Kita perlu saling memberikan keyakinan bahawa rasuah ini boleh meranapkan semua yang kita ada dan impikan pada akhirnya. Kita perlu bertegas mengingatkan pemimpin bahawa kita inginkan pembangunan tanpa rasuah dan pada masa yang sama kita perlu berikrar bahawa kita tidak akan tunduk pada apapun atas nama rasuah, hatta untuk mengelakkan saman jalanraya!

Kita boleh lakukannya! Kita ada kebolehan dan keupayaan untuk membina diri yang lebih baik, dan Malaysia yang lebih sejahtera!

Kitalah #RasuahBusters! Kami perlu anda untuk bersama. Bersama kita berganding bahu membina hati nurani Negara ini.

Apakah pendekatan kami?

Kompas kami adalah Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan dan nilai-nilai yang dikongsi bersama di dalam budaya dan kepercayaan beragama.

Sebagai ejen perubahan, panduan berikut menjadi etika dan pegangan para #RasuahBusters

ETIKA #RasuahBusters
1. Berbudi dan berihsan sebagai tindakan terawal dalam mencari penyelesaian
2. Tidak mudah menghukum dan semua orang adalah tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya
3. Niat tidak membenarkan cara. Proses adalah sama pentingnya dengan tujuan
4. Menggunakan kata-kata positif dan tidak bersikap kasar
5. Sentiasa berfikir ke hadapan dan menggunakan hikmah kebijaksanaan dalam mempertimbangkan kemaafan sekiranya bersesuaian serta bersyarat

Siapakah #RasuahBusters?
Kami, anda dan saya adalah gabungan pihak yang berkemahuan dan bersedia dengan perubahan ini. Sama ada individu atau pun dalam bentuk kumpulan.

Gerakan ini mengambil pendekatan desentralisasi iaitu Pasukan Pusat Rasuah Busters (PPRB) di peringkat pusat bertindak sebagai pemula. PPRB bertindak membentuk kesedaran dan penyediaan material asas, kepakaran, skil dan pengetahuan berkaitan bagi memulakan dan memperkembangkan gerakan #RasuahBusters ini.

#RasuahBusters membantu menyusun asas sikap serta tingkah laku yang diperlukan bagi mewujudkan budaya positif untuk mengelakkan pengambilan dan pemberian rasuah. Kami juga berusaha dalam bentuk kerangka yang lebih besar untuk membantu Negara melalui proses dan struktur penting yang mendatangkan impak untuk jangka masa yang panjang.

Anda juga boleh menjadi sebahagian dari #RasuahBusters dengan MULA bertindak sebagai:

Individu yang mewakili kepercayaan anda sendiri
Keluarga anda.
Komuniti sekitar anda – kumpulan rakan-rakan, sekolah, kelab-kelab, di pejabat, qariah atau di mana sahaja.
Tempat Kerja sama ada di badan kerajaan mahupun bukan kerajaan – contohnya ketua boleh melancarkan inisiatif #RasuahBuster dan memulakannya di dalam organisasi masing-masing dan mengerakkan Tim #RasuahBusters di tempat kerja
Kumpulan sosial ataupun politik –Badan-badan NGOs, NPOs, parti politik, kumpulan-kumpulan tertentu dan lain-lain lagi
* Jangan lupa untuk merujuk kepada Panduan #RasuahBusters, sebagai sistem operasi standard tingkahlaku kita

Bila, di mana, dan Bagaimana kita ingin memulakan Gerakan #RasuahBusters?
SEKARANG!

Bermula dengan berjanji dengan diri sendiri bahawa kita akan berusaha sedaya upaya untuk tidak mengambil atau pun menerima rasuah seumur hidup kita;
Tegas dan nyatakan pendirian anda dan lakukannya di hadapan keluarga dan sahabat handai anda;
Bina Pasukan #Rasuah Busters anda di dalam kumpulan sosial anda yang tersendiri, sama ada secara langsung mahu pun maya. Namakan Pasukan Rasuan Busters anda contohnya #RasuahBustersGangLamaPg, #RasuahBustersKeluargaMamat, #RasuahBustersFrenz4Life dan lain-lain lagi.
Jemput keluarga dan rakan-rakan anda untuk Bersama dengan berkongsi surat ini dengan mereka.
Kongsi dan hasilkan bahan-bahan yang berkaitan dengan Gerakan ini,
Sebarkan seluas-luasnya maklumat berkenaan #RasuahBusters ini dengan mengajak keluarga dan rakan anda mendaftar sebagai #RasuahBusters dan layari platform-platform di bawah untuk mendapatkan maklumat serta bahan berkaitan:

Daftar #RasuahBusters di : https://bit.ly/3ctmxSy

Portal: www.rasuahbusters.com
Facebook: Rasuah Busters
Instagram: rasuahbusters
Twitter:rasuahbusters
email : [email protected],

(WA) :
019-3823635 – Untuk bergabung sebagai sukarelawan #RasuahBuster
019-6680920 – Untuk sebarang aduan

Gunakan hashtag #RasuahBusters untuk penilaian kempen ini

 | GBEnable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/02/gerakan-rasuahbuster-ayuh-bina-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buka Semula Sekolah Lebih Baik Beri Kuasa Autonomi Kepada Sekolah

Buka Semula Sekolah Lebih Baik Beri Kuasa Autonomi Kepada Sekolah

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 438 hits
Pakatan Harapan menzahirkan kebimbangan terhadap arahan mengejut Kementerian Pendidikan Malaysia yang mahu membuka kembali sesi persekolahan yang digantung akibat peningkatan jangkitan Covid 19 pada awal Mac ini Menurut kenyataan Jawatankua...
Saf Solat Lebih Baik Mohib Tarik Balik Pendirian

Saf Solat Lebih Baik Mohib Tarik Balik Pendirian

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 346 hits
NASUHA RAHMANPenceramah bebas Syeikh Mohib Khouli wajar mengaku bahawa pendiriannya menolak peraturan renggang saf solat ketika pendemik COVID 19 adalah salah Menurut Ustaz Zolkharnain Abidin adalah lebih baik Muhib menarik balik pendirian ...
Di Malaysia Ada Ke Bangunan Lebih 5 Tingkat

Di Malaysia Ada Ke Bangunan Lebih 5 Tingkat

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 234 hits
Melihat gambar jalan bertingkat ini teringat cerita adik yang berlajar di salah sebuah negara Timur Tengah Ketika berada di sana adik ambo ditanya oleh rakan dari negari berkenaan berkenaan Malaysia Soalan tersebut di Malaysia ada bangunan ...
Wanita Ini Belanja Lebih S 3 500 Bina 039 Tempat Lepak 039 Atas Rumah Untuk Kucing Kesayangan

Wanita Ini Belanja Lebih S 3 500 Bina 039 Tempat Lepak 039 Atas Rumah Untuk Kucing Kesayangan

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 203 hits
BANGKOK Cara paling bertanggungjawab memelihara kucing kesayangan adalah memastikan ia selamat di dalam rumah dan tidak mengganggu jiran yang tidak gemar kepada kucing Cara itu juga mengelakkan haiwan tersebut daripada ditimpa kecelakaan Na...
Parti Gerakan Rakyat Malaysia Sah Sertai Gabungan Perikatan Nasional Hari Ini

Parti Gerakan Rakyat Malaysia Sah Sertai Gabungan Perikatan Nasional Hari Ini

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 260 hits
KUALA LUMPUR Parti Gerakan Rakyat Malaysia sah menjadi parti politik terbaharu diterima menyertai gabungan Perikatan Nasional hari ini Presidennya Datuk Dr Dominic Lau berkata perkara pihaknya menerima surat pengesahan yang ditandatangani P...
Mesti Cringe Nanti Sahut Baik Idea True Beauty Versi Malaysia Janna Nick Tak Kisah Dikritik Netizen

Mesti Cringe Nanti Sahut Baik Idea True Beauty Versi Malaysia Janna Nick Tak Kisah Dikritik Netizen

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 502 hits
Memang hebat betul penangan drama remaja True Beauty kan Sampaikan ramai rakyat Malaysia yang tahu mengenai kehangatan drama tersebut Sampaikan ada yang berharap agar drama bersiri Korea itu diterbitkan dalam versi tempatan Disebabkan Janna...
Jika Tak Mahu Akui Kesilapan Lebih Baik Daim Diam Ku Nan

Jika Tak Mahu Akui Kesilapan Lebih Baik Daim Diam Ku Nan

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 224 hits
Lebih baik Tun Daim Zainuddin diam jika tidak mahu kesilapan sendiri dan jangan pula cuba memalitkan UMNO dan tunding jari kepada pihak lain Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas kenyataan Daim bertanya siapa sebenarnya yang tidak ...
Jarakkan Diri Lebih Baik Dari Marah Anak Bimbang Anak Simpan Dalam Hati

Jarakkan Diri Lebih Baik Dari Marah Anak Bimbang Anak Simpan Dalam Hati

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 271 hits
Kita bukan robot untuk sentiasa menjadi ibu terbaik dengan mood sempurna dan positif setiap masa Ada waktunya kita sendiri gagal mengawal emosi kita dek kerana terlampau penat menguruskan tanggungjawab dan rutin harian Ada waktunya kemaraha...
Facebook 67 Pengguna Di Malaysia Lebih Gemar Pm Tepi Sebelum Membeli

Facebook 67 Pengguna Di Malaysia Lebih Gemar Pm Tepi Sebelum Membeli

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 166 hits
Tahun 2020 telah menyaksikan pelbagai cabaran selain turut banyak merubah landskap kehidupan dunia ketika ini Ini termasuklah pengubahsuaian gaya hidup masyarakat di mana rutin kerja harian yang sibuk dan aktitivi riadah hujung minggu kini ...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Migraine Sebelum Haid

Cetaphil Toner Bantu Kulit Flawless

Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm