Jika Tak Mahu Akui Kesilapan Lebih Baik Daim Diam Ku Nan



Lebih baik Tun Daim Zainuddin diam jika tidak mahu kesilapan sendiri dan jangan pula cuba memalitkan UMNO dan tunding jari kepada pihak lain.
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas kenyataan Daim bertanya, siapa sebenarnya yang tidak berada dalam dunia realiti dan masih beranggapan mempunyai kuasa yang dapat menentukan apa-apa mengenai negara berdasarkan kehendak peribadi.
Sehingga ada yang suka-suka meletak jawatan sebagai Perdana Menteri (PM) yang kemudian mencalonkan diri sendiri juga sebagai PM berikutnya.
“Bukankah itu kroni Daim sendiri?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau yang mesra disapa dengan panggilan Ku Nan berkata, barangkali Daim juga tidak mengetahui apa makna ditolak oleh rakyat sehingga begitu mudah bercakap tanpa melihat kepada fakta.

“Kalau penolakan hendak diukur dengan pilihan raya, Daim seharusnya melihat kepada siri Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan sebelum ini
”Ya, barangkali Daim lupa Pakatan Harapan (PH) yang menjadi kroninya telah tewas dalam beberapa siri pilihan raya kecil kepada BN yang diterajui UMNO.
”Barisan Nasional berdepan DAP berjaya mempertahankan Cameron Highlands, Barisan Nasional berdepan calon PPBM (Parti pribumi Bersatu Malaysia) berjaya merampas kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) Semenyih, Barisan Nasional ditentang PKR tetap mengekalkan Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai ADUN (Ahli Dewan Undangan) Rantau malah dalam Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini pun UMNO masih ada, bertanding dan menang yang bermakna UMNO tidak ditolak,” kata Bendahari UMNO itu lagi.
 
Daim dalam wawancara dengan sebuah portal berkata, UMNO tidak lagi mampu menarik sokongan majoriti rakyat kerana sarat dengan warlord (panglima perang) yang beranggapan mereka masih menerajui negara.
Selain itu, ramai pemimpin UMNO ‘tidak belajar dari sejarah’ dan gagal menawarkan sebarang kepimpinan bermakna untuk kebaikan rakyat.
Malah, Daim juga menolak keyakinan dalam kalangan pucuk pimpinan UMNO bahawa parti itu mampu memenangi pilihan raya umum jika diadakan sekarang.
Ku Nan berkata, beliau tersenyum sendiri membaca kecaman Daim terhadap UMNO.
”Inilah padahnya, bercakap tak ukur baju di badan, tak lihat muka di cermin maka berkata hanya untuk menampakkan kedangkalan dan betapa ‘tak bijaknya’ pemikiran beliau,” ujarnya.
Menurutnya, UMNO juga tidak lupa bahkan tetap ingat siapa sebenarnya yang benar-benar mahu meneruskan perjuangan parti dan berkhidmat untuk rakyat atau siapa yang hanya mahu menjadikan UMNO sebagai batu loncatan bagi memuaskan kepentingan sendiri.
“Rakyat sudah melihat dan UMNO juga sudah belajar dari pengalaman dan PRU-14 lalu sudah cukup untuk dijadikan bukti mana individu yang setia dan berkhidmat demi agama, bangsa dan negara.
”UMNO akui… BN hilang majoriti sokongan dan UMNO juga terpalit malah lebih perit apabila ada yang melompat atau ‘ditarik’ oleh PH dengan pelbagai ugutan, tawaran dan macam-macam lagi.
”Mana yang melompat… tak apalah, pergilah kerana UMNO ini parti akar umbi dan teruskan perjuangan bukan kerana kuasa, pangkat dan kedudukan.
”Lebih teruk, UMNO disabitkan pula dengan macam-macam tuduhan yang tak masuk akal… ditekan dari segi perundangan… pun tak apalah, akar umbi UMNO ada dan rakyat tidak berhenti menilai,” katanya.
Mengulas kenyataan Daim bahawa UMNO sekarang terlibat dalam pertengkaran dengan PPBM kerana menganggap mereka parti paling kuat dan boleh menang PRU, Ku Nan berkata, kalau ikut logik siapa sanggup dibuli.
”Siapa sanggup ditipu berkali-kali? Siapa sanggup dijadikan bahan mainan politik dan dipergunakan untuk kepentingan sendiri?
”UMNO tak cari gaduh… UMNO tak mahu bertengkar dengan sesiapa apatah lagi yang sebangsa dan seagama namun UMNO pertahankan hak dan kepentingannya sendiri malah menteri UMNO yang ada dalam pemerintahan PN hari ini pun bukan penumpang sebaliknya adalah layak atas keupayaan sokongan dan dokongan yang telah diberikan.
”UMNO bukan gila kuasa, bukan haloba mahukan pangkat dan jawatan sebagaimana sokongan dibuat mengangkat PM yang bukan dari UMNO tapi UMNO sedar bahawa nasib rakyat hanya akan dapat dibela dengan adanya kuasa.,” tegasnya.
Memandangkan UMNO adalah sebahagian daripada kerajaan PN maka UMNO juga berhak bersuara apatah lagi hal-hal yang disuarakan adalah berkaitan dengan kepentingan rakyat.
Secara sinis, Ku Nan berkata, barangkali Daim sengaja membutakan mata, memekakkan telinga daripada melihat dan mendengar hal berkaitan rakyat tapi perkara seperti itu tidak berlaku pada UMNO.
Khidmat UMNO setiap masa, tanpa kuasa, tanpa jawatan, malah sebelum ini ketika menjadi pembangkang pun UMNO tetap berusaha membantu rakyat, katanya.
Jelas Ku Nan, UMNO tidak mengadakan reformasi, tidak buat perhimpunan haram, tidak rosakkan harta benda awam sebaliknya UMNO kekal teguh percaya pada prinsip keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
”Pada Daim… jika tidak mahu mengakui kesilapan sendiri pun janganlah cuba palitkan UMNO dan tuding jari kepada pihak lain. Cukup-cukuplah bersalutkan nista kebencian dengan melindungi kebatilan, jika tidak pun Daim baik diam!,” katanya. – MG

The post Jika tak mahu akui kesilapan, lebih baik Daim diam – Ku Nan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/16/jika-tak-mahu-akui-kesilapan-lebih-baik-daim-diam-ku-nan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=jika-tak-mahu-akui-kesilapan-lebih-baik-daim-diam-ku-nan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 100 00 Kes Pemalsuan Data Kualiti Pembekal Komponen Toyota Dan Nissan Akui Kesilapan

Lebih 100 00 Kes Pemalsuan Data Kualiti Pembekal Komponen Toyota Dan Nissan Akui Kesilapan

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 170 hits
Akebono Brake Industry pembekal utama komponen komponen untuk industri automotif di Jepun yang mempunyai pelanggan seperti Toyota Motor dan Nissan Motor mengakui telah menemui 114 000 salah laku termasuklah pemalsuan data penilaian kualiti ...
Dia Boleh Jaga Saya Dengan Baik Elisya Sandha Akui Anak Sheila Rusly Ialah Cinta Pertamanya

Dia Boleh Jaga Saya Dengan Baik Elisya Sandha Akui Anak Sheila Rusly Ialah Cinta Pertamanya

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 391 hits
Meskipun tak segan untuk memuat naik gambar bersama di laman media sosial sebelum ini ramai nyata terkejut apabila pelakon Elisya Sandha dan anak sulung Sheila Rusly Uzair Haqimy berkongsi mengenai majlis pertunangan mereka pada hujung ming...
Kabar Baik Bulan Depan Beli Mobil Bebas Ppnbm Harga Jadi Lebih Murah

Kabar Baik Bulan Depan Beli Mobil Bebas Ppnbm Harga Jadi Lebih Murah

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 298 hits
Industri otomotif merupakan salah satu sektor manufaktur yang terkena dampak pandemi Covid 19 paling besar Untuk menggeliatkan kembali pertumbuhan agar kontribusi terhadap perekonomian nasional Kemenperin mengusulkan kepada Kementerian Koor...
Ubah Nasib Kehidupan Kepada Yang Lebih Baik Dengan Ikhlas Sedekah Berterusan Walaupun Sedikit Sedikit

Ubah Nasib Kehidupan Kepada Yang Lebih Baik Dengan Ikhlas Sedekah Berterusan Walaupun Sedikit Sedikit

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 301 hits
MERUBAH TAKDIR SUATU HARI MALAIKAT MAUT MENDATANGI NABI IBRAHIM A S LALU BERTANYA MALAIKAT SIAPA ANAK MUDA YANG TADI MENDATANGIMU WAHAI IBRAHIM NABI IBRAHIM ITU TADI SAHABATKU
Mana Yang Lebih Baik

Mana Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 272 hits
MANAKAH YANG LEBIH BAIK Seorang murid bertanya pada gurunya manakah yang lebih baik Rajin ibadah tapi sombong atau jarang ibadah tapi baik hatinya Lalu guru menjawab Boleh jadi suatu saat si ahli ibadah yang sombong itu bertaubat lalu ia me...
Jarakkan Diri Lebih Baik Dari Marah Anak Bimbang Anak Simpan Dalam Hati

Jarakkan Diri Lebih Baik Dari Marah Anak Bimbang Anak Simpan Dalam Hati

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 270 hits
Kita bukan robot untuk sentiasa menjadi ibu terbaik dengan mood sempurna dan positif setiap masa Ada waktunya kita sendiri gagal mengawal emosi kita dek kerana terlampau penat menguruskan tanggungjawab dan rutin harian Ada waktunya kemaraha...
Luhut Akui Lebih Dari 2 Juta Kasus Covid 19 Belum Terlaporkan

Luhut Akui Lebih Dari 2 Juta Kasus Covid 19 Belum Terlaporkan

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 246 hits
Menteri Koordinator bidang Maritim dan Investasi Luhut Binsar Pandjaitan mengakui bahwa masih ada sekitar dua juta kasus Covid 19 yang belum tercatat dalam data nasional penanganan pandemi Luhut mengatakan hal itu disebabkan oleh data pemer...
Beratur Tampil Mohon Maaf Pekerja J T Baling Barang Akui Kesilapan

Beratur Tampil Mohon Maaf Pekerja J T Baling Barang Akui Kesilapan

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 268 hits
Selepas video para pekerja syarikat perkhidmatan penghantaran barang J T didakwa melakukan mogok dengan membaling parcel milik pembeli tular di media sosial banyak kecaman telah diterima oleh mereka Video yang berdurasi beberapa detik itu m...
Buka Semula Sekolah Lebih Baik Beri Kuasa Autonomi Kepada Sekolah

Buka Semula Sekolah Lebih Baik Beri Kuasa Autonomi Kepada Sekolah

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 437 hits
Pakatan Harapan menzahirkan kebimbangan terhadap arahan mengejut Kementerian Pendidikan Malaysia yang mahu membuka kembali sesi persekolahan yang digantung akibat peningkatan jangkitan Covid 19 pada awal Mac ini Menurut kenyataan Jawatankua...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025