Gerakan Muda Agresif Rafizi Beri Saingan Kepada Saifuddin





Pemilihan PKR 2022 kali ini berlaku dalam keadaan parti itu dan Pakatan Harapan (PH) berada dalam keadaan tidak menentu, khususnya dalam menetapkan hala tuju politiknya.
Strategi khemah besar yang sering dicanang pimpinan tertinggi PH nampaknya kurang mendapat sokongan daripada akar umbi.
Strategi khemah besar hanya memperlihatkan pimpinan PKR dan PH seolah-olah kembali menerima pihak yang selama ini disifatkan melakukan pengkhianatan kepada PH.
Justeru, pemilihan kali ini dilihat mampu membuka peluang terbaik kepada calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk kembali berada dalam saf kepemimpinan tertinggi PKR, sekali gus menewaskan pesaingnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Saifuddin mempunyai kekuatan tersendiri kerana selama ini menjadi orang kepercayaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berulang kali bertegas usaha memperkuatkan parti menjadi keutamaan perjuangannya.
Beliau juga berjanji memberikan peranan kepada calon yang kalah dalam pemilihan untuk turut sama memperkuatkan parti tanpa meminggirkannya.
Meraikan perbezaan pendapat tanpa mempunyai pasukan khusus turut menjadi kekuatan Saifuddin dalam menyatupadukan parti menghadapi PRU-15. Konsep 'Kita Semua KeAdilan' menjadi kunci kekuatan Saifuddin merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.
Bagaimanapun, suara akar umbi PKR tidak boleh dipandang sepi. PKR dan PH mengalami kekalahan berturut-turut dalam beberapa siri pilihan raya negeri (PRN).
Strategi khemah besar yang cuba diusahakan, walaupun ketika itu belum ada tanda-tanda dapat direalisasikan, menjadikan pimpinan PKR dan PH seolah-olah sudah mati akal untuk mendapatkan kembali sokongan akar umbi.
Pada masa sama, Rafizi pula mempunyai kekuatan ampuh kerana berada di barisan kelompok muda dalam PKR yang turut mendapat sokongan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.
Rafizi sememangnya mempunyai pengaruh cukup kuat. Meskipun ideanya menolak strategi khemah besar dianggap sebagai pandangan minoriti dalam kepemimpinan parti, kehadiran beliau dalam saf kepemimpinan tertinggi pasti akan mencorakkan pandangan baharu.
Bagaimanapun, PKR perlu mengelakkan perpecahan dalam parti sekiranya mahu kembali berada di landasan tepat mendapatkan kembali sokongan rakyat.
Di sebalik kemenangan UMNO-Barisan Nasional (BN), terutama dalam dua PRN, iaitu PRN Melaka dan PRN Johor, sokongan rakyat di peti undi tidak banyak berubah.
Oleh itu, PKR perlu menjadi parti utama menggerakkan PH dengan menumpukan usaha untuk mendapatkan kembali sokongan daripada pengundi atas pagar.
Berdasarkan sentimen peringkat bawah, Rafizi dilihat mampu memenangi pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR.
Rafizi selama ini dilihat banyak membantu PKR dan PH menggoyah keyakinan rakyat terhadap UMNO-BN melalui pendedahan dibuat terhadap kerajaan terdahulu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Jangkaan kemenangan Rafizi itu juga berdasarkan gerakan agresif beliau kekal dengan pendirian asal PKR, iaitu meyakini rakyat yang menjadi model kemenangan dalam PRU-14 lalu.
Beliau lantang menolak sebarang kerjasama politik baharu atau jajaran politik baharu dengan mana-mana parti politik khususnya PAS dan BERSATU yang dilihat sebagai punca kejatuhan kerajaan PH.
Gandingan Rafizi bersama saf kepemimpinan muda PKR yang progresif dengan kempen Ayuh Malaysia dilihat mampu memperkuatkan PKR menghadapi PRU-15 dengan pendekatan meyakinkan pengundi atas pagar. Kepemimpinan muda terbabit mampu menjadi barisan pemimpin diyakini.
Bagaimanapun sebarang keputusan pemilihan bergantung kepada kebijaksanaan ahli yang perlu memilih pemimpin muda progresif atau barisan pemimpin dengan 'gaya lama' mengambil pendekatan berbincang merangka strategi parti di bilik tertutup membabitkan elit politik tertentu sahaja.
Dr Ilyas Abdullah
Pensyarah Kanan Sains Politik,
Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi,
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Raub



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2022/05/gerakan-muda-agresif-rafizi-beri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jamal Harap Sri Pahang Fc Terus Kekal Beraksi Dalam Saingan Liga Malaysia Pada Musim Depan

Jamal Harap Sri Pahang Fc Terus Kekal Beraksi Dalam Saingan Liga Malaysia Pada Musim Depan

papar berkaitan - pada 6/4/2025 - jumlah : 448 hits
KUANTAN Saya tidak sanggup melihat Sri Pahang FC tidak beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim depan tegas legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail Dia yang pernah menggalas jawatan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Paha...
Penjaja Belon Bertindak Agresif Tolak Anggota Penguat Kuasa Dbkl

Penjaja Belon Bertindak Agresif Tolak Anggota Penguat Kuasa Dbkl

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 1322 hits
KUALA LUMPUR 29 Mac Situasi tegang yang berlaku melibatkan seorang penjaja belon tidak berlesen dengan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman berikutan tindakan agresif individu itu terhadap ...
Laporan Akhir Nahas Pesawat Kapar Juruterbang Bawa Agresif Tahap Alkohol Tinggi

Laporan Akhir Nahas Pesawat Kapar Juruterbang Bawa Agresif Tahap Alkohol Tinggi

papar berkaitan - pada 10/4/2025 - jumlah : 321 hits
BERNAMAPutrajaya Juruterbang pesawat Blackshape Gabri l BK 160TR yang terhempas di Kapar Selangor tahun lalu didapati melakukan gerakan penerbangan agresif melebihi had kemampuan pesawat menurut laporan akhir kemalangan itu Hal itu menyumba...
Niat Nak Tolong Saifuddin Difitnah

Niat Nak Tolong Saifuddin Difitnah

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 218 hits
Ketika menerima sumbangan Aidilfitri kepada skuad Kedah Darul Aman 25 Mac lalu terdengar seorang pemain memberitahu Saifuddin Nasution Ismail agar mengambil alih pasukan yang sedang berhadapan masalah kewangan kronik itu Hat tu kita bincang...
Ronda Ronda Ferringhi Bay

The Lantis Bila Chord

Suka Meluah Di Media Sosial Bagus Ke

Laptop Terbaik Untuk Blogger Content Creator 2025 Pilihan Profesional

The Complete Guide What To Expect From Malaysia S New School Curriculum 2027

Gambar Hari Ini Walaun Jangan Koyak Sebab Kamu Buat Lebih Lagi

Genap Dua Tahun Menyusun Atur Telur Ayam Jom Meneka Dalam Kesamaran Lagi

2 Tahun Tak Nampak Bayang Akhirnya Muncul Semula Di Penghujung Tahun 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kecantikan Patung Keanggunan Seni Halus Dari Abad Ke 16 Hingga Ke 19

Penghargaan Fam Kepada Pihak Terlibat Dalam Membangunkan Bolasepak Malaysia

Ditegur Menteri Agama Universal Music Turunkan Muzik Video Dolla Jaga Sensitiviti

Sistem Ng Mers 999 Perkasa Infrastruktur Kecemasan Digital Malaysia

Suami Isteri Maut Bayi 6 Bulan Cedera Nahas Di Kota Tinggi

Polis Tahan Lelaki Disyaki Liwat Campak Kucing