Gerakan Ke China Cara Anwar Ibrahim


Malaysiakini | Tidak lama selepas kembali sebagai anggota Dewan Rakyat, bakal perdana menteri dan presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan kunjungan ke Beijing.

Kunjungan itu atas jemputan Jabatan Perhubungan Antarabangsa Parti Komunis Cina - parti pemerintah negara itu.

Beberapa pakar hubungan antarabangsa yakin Anwar akan berusaha memperbaiki hubungan dengan China, susulan keputusan kerajaan menilai semula beberapa projek infrastruktur mega melibatkan negara itu.

Penganalisis politik Phoon Wing Keong berkata Anwar dijangka memainkan peranan berbeza dengan pendirian tegas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan perkara itu.

"China membuat beberapa perhubungan dengan Mahathir dan dapati beliau ambil pendirian yang sangat tegas. Maka mereka mungkin meletakkan harapan kepada Anwar," katanya yang juga pensyarah Kolej Universiti Selatan, Johor.

Katanya, Anwar adalah seorang pakar dalam bahasa diplomatik dan ia mampu mengendurkan ketegangan antara dua negara.

Beliau berkata anggota parlimen Port Dickson itu dalam satu forum di Hong Kong telah berkata di sebalik keperluan kerajaan menyemak semula beberapa projek berkaitan China, hubungan antara dua negara masih kukuh.

"Kata-kata seumpama itu mampu mengurangkan kebimbangan China.

"Dalam acara sama, Anwar berkata: 'China adalah ekonopmi yang hebat, kita mahu mengekalkan persahabatan Malaysia-China'...Beliau menyebut Pakatan Harapan (HARAPAN) menyemak semula projek meragukan oleh kerajaan BN, tetapi ia tidak bermakna China diketepikan.

"Ini bukan menandakan beliau lembut, tetapi beliau menggunakan retorik untuk mengendurkan ketegangan," kata Phoon.

Berhubung spekulasi oleh media antarabangsa bahawa Anwar mungkin membangkitkan layanan China terhadap etnik Uighur, terutama berhubung hak mereka dalam agama dan bergerak, Phoon berkata isu itu akan menjadi ujian terhadap kemahiran diplomatik Anwar.

Katanya, Anwar berpotensi 'menyelam sambil minum air' dengan menunjukkan Malaysia sebagai pembela hak asasi manusia dan menguatkan imej HARAPAN dalam negara berhubung agama Islam.

"Anwar diketahui ada hubungan dengan Turki. Beliau boleh memudahkan perbincangan tentang isu Uighur," katanya lagi.

Sementara itu, pemangku Pengarah Institut Pengajian China Universiti Malaya Ngeow Chow Bing berkata, jemputan antara parti dalam kunjungan itu bermakna Anwar dan Beijing tidak akan berdepan tekanan sama berbanding kunjugan Mahathir - yang mewakili kerajaan - pada Ogos lalu.

"Ia akan menjadi lawatan untuk bertukar pendapat dan pengetahuan dan bukan antara kerajaan," katanya.


Dialog peradaban

Beliau berkata, hubungan antara Malaysia dan China kebanyakannya terbina daripada manfaat ekonomi bersama, tetapi Anwar mampu memasukkan unsur kecendiakawanan ketika lawatannya.

Anwar akan menyampaikan syarahan bertajuk 'Kedaulatan undang-undang di Malaysia dan masa depan kerjasama Malaysia-China' di Universiti Renmin - salah satu universiti paling penting di negara itu.

"Dengan bercakap di sebuah universiti yang berprestij di China...Anwar mempunyai minda hubungan peradaban. Beliau tidak mungkin mengabaikan China, sebuah peradaban Asia Timur.

"Beliau menulis Asian Renaissance dan mencadangkan dialog peradaban pada era 1990-an. Beliau tidak setuju dengan teori Pertembungan Peradaban (oleh Samuel P Huntington) dan ada rasa hormat terhadap Confucianisme," katanya lagi.

Anwar tidak asing dalam arena syarahan universiti. Beliau antaranya pernah mengajar di Kolej St Antony di Universiti Oxford, Universiti George Hopkins dan Universiti Georgetown.

Anwar dijangka bertolak ke Beijing pada 22 Oktober ini, diiringi delegasi termasuk Anggota Parlimen Tanjong Malim Chang Lih Kang dan duta khas ke China Tan Kok Wai.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/10/gerakan-ke-china-cara-anwar-ibrahim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Will Anwar Ibrahim End The Nep

Will Anwar Ibrahim End The Nep

papar berkaitan - pada 8/10/2018 - jumlah : 296 hits
Kua Kia Soong NOW that Datuk Seri Anwar Ibrahim s destiny as 8th prime minister draws potentially closer with the costly Port Dickson by election Malaysians wait with bated breath for him to reveal his vision for the country when he takes o...
Terdiam Semua Anwar Ibrahim Dedah Kerajaan Ph Terpaksa Bayar Hutang Najib Rosmah 8 Bilion Setahun

Terdiam Semua Anwar Ibrahim Dedah Kerajaan Ph Terpaksa Bayar Hutang Najib Rosmah 8 Bilion Setahun

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 404 hits
Terdiam Semua Anwar Ibrahim Dedah Kerajaan Ph Terpaksa Bayar Hutang Najib Rosmah 8 Bilion Setahun
Prk Pd Soalan Cepumas Saiful Bukhari Untuk Anwar Ibrahim

Prk Pd Soalan Cepumas Saiful Bukhari Untuk Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 401 hits
PORT DICKSON Calon Bebas dalam PRK Parlimen Port Dickson Mohd Saiful Bukhari Azlan melontarkan dua soalan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan kerajaan menamatkan kontrak MMC Gamuda bagi projek Transit Aliran Massa Pertama ad...
Hisbah Tuntut Penjelasan Tpm Ds Azizah Dan Suaminya Ds Anwar Ibrahim

Hisbah Tuntut Penjelasan Tpm Ds Azizah Dan Suaminya Ds Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 311 hits
1 Kira kira 48 jam yang lalu Hisbah telah menarik perhatian umum khususnya TPM DS Azizah dan suaminya DS Anwar terhadap laporan yang diterima dan juga sebahagiannya sudah tular dimedia sosial tentang penggunaaan asst2 ahli perniagaan oleh D...
Anwar Ibrahim Angkat Sumpah Sebagai Ahli Parlimen

Anwar Ibrahim Angkat Sumpah Sebagai Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 323 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim sah menjadi Ahli Parlimen Port Dickson selepas mengangkat sumpah di Dewan Rakyat hari ini Majlis pada jam 10 pagi itu dimaklumkan turut dihadiri hampir 600 penyokong Anwar yang menyaksikan perjalanan de...
Anwar Ibrahim Advises Najib And Rosmah On How To Survive In Prison

Anwar Ibrahim Advises Najib And Rosmah On How To Survive In Prison

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 327 hits
Anwar was not in the cellblock like all the other prisoners One section of the prison hospital was blocked off for Anwar with a curtain for his privacy Anwar also had about six helpers or dayang mostly young Indonesian men or boys who were ...
Commentary First Hurdle Down But Not All Smooth Sailing For Pm In Waiting Anwar Ibrahim

Commentary First Hurdle Down But Not All Smooth Sailing For Pm In Waiting Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 302 hits
Even with the Port Dickson seat in the bag there are more obstacles to clear before Anwar can assume the country s top position says one observer at the ISEAS Yusof Ishak Institute Norshahril Saat Channel News Asia On Saturday Malaysia s so...
Adakah Ini Cara Pelajar Di China Belajar Agar Mereka Akan Terus Pandai Dan Tidak Tertidur

Adakah Ini Cara Pelajar Di China Belajar Agar Mereka Akan Terus Pandai Dan Tidak Tertidur

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 446 hits
Patutlah orang China atau Cina memang pandai dan sering selangkah ke hadapan dari kita Cuba tengok mereka langsung tak kisah dipanggil nerd dan terus maju ke hadapan dalam semua bidang Jadi untuk mengelakkan mereka daripada tertidur semasa ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo