Geng Suri Rumah Akan Dilindungi Skssr
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Geng Suri Rumah akan dilindungi SKSSR | Suri rumah, satu kerjaya yang amat mulia dan nilai tinggi di sisi Islam… wanita yang bergelar suri rumah sepenuh masa yang terlebih bernilai sebab tak mudah sebenarnya jadi suri rumah tangga sepenuh masa
Namun, sekarang ni… pada MF nak cari suri rumah tangga sepenuh masa macam mak-mak kita zaman 80-an 90-an dulu macam mustahil kan? Sebabnya seiring perkembangan zaman…suri rumah tangga sekarang ramai yang menceburi bidang perniagaan dan bekerja dari rumah sambil mengasuh, menguruskan rumahtangga.
Suri rumah? Siapa sebenarnya yang digelar suri rumah? Seorang perempuan sama ada berkahwin atau belum, yang menguruskan rumah tangga secara sepenuh masa atau tidak termasuk isteri, ibu, janda, balu atau ibu tunggal
Maknanya, wanita walaupun belum berkahwin tapi bekerja dari rumah juga digelar suri rumah ..
Peranan suri rumah
Suri rumah ni kerjanya banyak sangat… dari celik mata sampai pejam mata kerjanya tak habis-habis.
Jadi suri rumahtangga ni otak sebab nak fikir kerja-kerja rumah yang tak pernah habis. MF walaupun bekerjaya.. tapi kena musim cuti sekolah, hah… jadi suri rumah tangga sepenuh masa jugalah…
Sebelum subuh dah bangun… sampai jam 12 malam kadang tak tido lagi sebab selesai apa yang patut… itu kalau anak tido lewat… lagilah… tak habis…
Punyalah banyak kan kerja suri rumah ni kan…
Disebabkan kadang kepenatan ni satu benda yang suri rumah terlepas pandang iaitu aspek keselamatan diri…
Ye lah…badan dah penat buat itu ini… otak ligat berfikir dari pagi.. ingat mudah…
Pasti ada punya yang terlepas pandang.
Ini contoh kemalangan di tempat kerja… contoh ini boleh berlaku juga di rumah… sebab suri rumah tempat kerjanya di rumah kan… (Sumber: Google images)
Pengalaman MF sendiri… bila badan penat …balik kerja kena masak .. kemas rumah..layan anak… otak kadang-kadang jadi ‘lost’... Banyak benda terlupa…
Paling MF tak boleh lupa… terlupa nak tutup api dapur lepas goreng ayam ..
Sekali terhidup asap berkepul-kepul kat dapur.. kelam kabut lah kan…
Dan ini bukan kali pertama juga… pernah juga nak memasak..dalam masa yang sama basuh pinggan… tak ingat buka api dapur nak menumis sekali menjulang api sebab kuali dah disambar api… fuhh.. memang menyirap.. peristiwa macam ni MF rasa kebanyakan suri rumah alami..
Atas faktor itulah, pihak kerajaan memperkenalkan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah ringkasnya SKSSR
Apa itu Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)?
Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) telah diperkenalkan pada 1 Disember 2022. Dan dah dilaksanakan pun… Cuma mungkin sekarang ni ramai tak tahu kewujudan skim MF rasa… macam takde pendedahan kan… jadi,meh MF nak citer…
Skim ni diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada golongan wanita, sama ada suri rumah sepenuh masa atau separuh masa, daripada bencana domestik dan keilatan.
Setiap suri rumah yang mendaftar di bawah skim perlindungan suri rumah ini akan mendapat pelbagai faedah dan manfaat jika terlibat dengan bencana domestik atau mengalami kecacatan yang menjejaskan keupayaan mereka untuk menguruskan rumahtangga.
Contoh bencana domestik tu macam kemalangan, penyakit atau sebarang insiden yang berlaku ketika melakukan kerja-kerja berkaitan rumah tangga sehingga menyebabkan hilang upaya kekal atau keilatan termasuk ketika mereka menghantar atau mengambil anak di sekolah.
Tapi bagi kecederaan akibat keganasan rumah tangga, skim tak cover ye… itu masuk kes lain… contoh kena pukul dengan suami ke.. itu tak boleh claim la dengan skim ni.
Apa faedah masuk Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah ni?
Contoh faedah yang ditawarkan bagi yang daftar SKSSR ni..
Faedah Perubatan Surirumah • Hilang upaya kekal
• Elaun keuzuran
• Elaun layanan sentiasa
• Kemudahan pemulihan jasmani / dialisis
• Pengurusan mayat
• Pencen penakat
Syarat Kelayakan
• Warganegara Malaysia / pemastautin tetap
• Belum mencapai umur 55 tahun
• Suri rumah yang melakukan aktiviti berkaitan pengurusan rumah tangga.
• Membayar caruman bagi tempoh 12 bulan secara terlebih dahulu (advance payment).
Pelaksanaan Skim Keselamatan Suri Rumah SKSSR PERKESO
Melalui skim itu, suami boleh mencarum untuk isteri secara sukarela dan tiada tindakan untuk mereka yang gagal melaksanakannya.
Bagaimanapun, jika pasangan berkenaan bercerai atau suami terbabit tidak mampu membayar caruman isterinya akibat hilang punca pendapatan atau seumpamanya, maka komitmennya untuk membayar caruman adalah terbatal.
Tetapi, isterinya atau suri rumah boleh membayar caruman SKSSR secara sukarela atau bayaran caruman tersebut juga boleh dibuat oleh mana-mana pihak ketiga contohnya mak ayah, anak yang bekerjaya atau sesiapa sahaja pihak ketiga tu.
Cara Daftar Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR PERKESO)
Yang berminat boleh buat permohonan daftar SKSSR melalui portal PERKESO iaitu https://suri.perkeso.gov.my
Selain itu, alternatif lain, pihak PERKESO memperkenalkan kad baucar suri.
Dengan hanya RM120 setahun, mereka bakal dilindungi sekiranya mengalami kemalangan atau apa-apa insiden semasa melakukan urusan berkaitan rumah tangga. Contoh, jatuh tangga ke, terbakar ke kat dapur atau slip disc masa menguruskan rumahtangga… kes ni banyak terjadi dalam kalangan kawan-kawan MF juga… memang sakit berpanjangan kalau sakit tu.. Nauzubillah…
Daftar di suri.perkeso.gov.my atau kunjungi mana-mana pejabat PERKESO di seluruh negara.
Bagi yang bekerja, majikan dah buat caruman keselamatan ini dalam slip gaji kan… tujuan untuk melindungi keselamatan pekerja…
Jadi, alternatif kerajaan ini satu alternatif yang terbaik untuk melindungi para suri rumah juga.
Haaaa… para suami yang sayangkan isteri, meh daftar SKSSR ni untuk pasangan hidup anda… bukan apa…skim ini adalah insurans kemalangan rumahtangga. Ye lah kan… malang tak berbau ye tak… sangat molek kiranya “Sediakan payung sebelum hujan”.
Memang MF rekemen la untuk semua pakat daftar SKSSR ini untuk keselamatan kita.
Mungkin ada yang kata,
“Alah…kalau dah cacat laki cari lain juga”
Ye .. mungkin… tapi jika kita ada skim ni… sekurang-kurangnya kita dapat lindungi diri kita.. dapat faedah perubatan surirumah… takdelah pening kepala pasal duit jika kita sakit, cacat dan ditinggalkan suami… ada yang dapat cover untuk kita teruskan hidup…
Ya… segalanya kita serah kepada Allah.. hanya Allah tempat kita bergantung harap.. tiada lain melainkan Dia bantu kita, namun.. Allah juga suruh kita berusaha kan…
MF pun nak suruh lah kakak-kakak MF daftar SKSSR ni… sebab dalam adik beradik MF sendiri… MF ja ibu bekerjaya… kakak-kakak MF suri rumah sepenuh masa. Jadi, molek sangat kalau depa ambil kan.. untuk diri kita juga kan… kalau bukan kita nak sayang diri.. siapa lagi ye dak…
Sekian…
Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat
Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdz.com/2024/10/geng-suri-rumah-akan-dilindungi-skssr.html