Rumah Kecil Penuh Dengan Jiwa Yang Tenang


Setiap kali termenung di sudut rumah, aku sering membayangkan satu ruang yang sederhana, tetapi sarat dengan ketenangan. Rumah kecil, tetapi penuh dengan jiwa yang tenang!Rumah Idaman Hati


Setiap sudutnya seolah-olah berbicara dengan bisikan ketenangan dan kebahagiaan. Inilah rumah idaman hati!Rumah kecil untuk jiwa yang tenang, tempat segala keresahan dunia diredakan oleh keindahan alam dan rekaan yang serba sederhana.

Selalu membayangkan, kediaman townhouse yang suatu hari nanti ini akan ubah menjadi rumah impian. Dari luar, rumah ini nampak seperti biasa, tetapi bila melangkah masuk, suasana berubah

Baca Juga:
Pokok Bunga Hiasan Dalam Rumah Berikan Ketenangan
Petua Halau Lipas Di Rumah & Kereta
Terapi Jiwa

Ruang tamu terbuka luas, menghadap pemandangan hijau yang mendamaikan di luar. Setiap pagi, cahaya matahari menari masuk melalui jendela besar, menyapa lantai kayu yang hangat.

Ruang tamu itu menjadi saksi saat-saat aku duduk di sofa kesayangan dengan secawan kopi di tangan, mencipta kandungan sebagai ‘content writer’ sambil menikmati suasana luar yang begitu mendamaikan.

Di garaj, ada taman kecil yang menghijau, tempat aku tanam bunga-bunga dan herba yang memeriahkan ruang. Sesekali, aku duduk di situ, hanya untuk menikmati aroma segar yang dihembuskan oleh angin petang. Taman kecil ini bukan sekadar hiasan, tetapi terapi jiwa yang sering kali melepaskan beban harian.

Balkoni bilik tidur pula menjadi tempat kedua yang aku cintai. Di situ, ada beberapa pokok hijau yang tumbuh subur.

Setiap kali aku perlu lari seketika dari dunia, aku hanya perlu duduk di balkoni itu, menikmati keindahan langit yang terbentang, sambil bernafas dalam-dalam.

Ruang Dapur Yang Cukup Mendamaikan



Dan dapur! Ah, dapur idaman yang luas, dihiasi dengan ‘kitchen island’ yang bergaya industri moden. Di sinilah tempat segala eksperimen masakan terjadi. Jendela besar yang terbuka luas memberikan pemandangan luar yang dipenuhi pokok-pokok rimbun.

Setiap kali memasak, aku seolah-olah berdiri di tengah-tengah hutan kecil, ditemani kicauan burung dan bunyi daun yang bergeseran. Dapur ini bukan sekadar tempat memasak, tetapi juga ruang untuk mencipta dan merasai kebahagiaan.

Mimpi Kecil Menjadi Nyata

Inilah impian kecilku, sebuah rumah kecil yang penuh dengan ketenangan, bersama insan-insan tersayang yang melengkapkan kebahagiaan. Mungkin buat masa ini, ia hanya sekadar mimpi yang berlegar di ruang fikiran, namun setiap impian bermula dengan angan-angan.

Dan memandangkan angan-angan itu percuma, biarkan ia terbang setinggi langit, seluas cita-cita kita. Siapa tahu, mungkin satu hari nanti, mimpi kecil ini akan menjadi nyata, menjadi tempat berlindung dari hiruk-pikuk dunia.

Tiada yang salah dalam berangan, kerana dari angan-angan inilah kita melangkah lebih dekat ke arah realiti. Barangkali, rumah kecil untuk jiwa yang tenang ini sudah menanti untuk diwujudkan. Insya-Allah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aniemohamed.blogspot.com/2024/10/rumah-kecil-penuh-dengan-jiwa-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gaji Kecil Pun Boleh Beli Rumah

Gaji Kecil Pun Boleh Beli Rumah

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 928 hits
Gaji kecil tak semestinya perlu menghalang anda daripada membeli rumah pertama Selagi anda bertanggungjawab dalam menjaga perbelanjaan hartanah akan jadi aset yang sangat berguna dan
Orang M Sia Temui Kecoak Kecil Merayap Atas Pastri Di Bakery Tempatan

Orang M Sia Temui Kecoak Kecil Merayap Atas Pastri Di Bakery Tempatan

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 77 hits
Kedai makanan dan minuman sepatutnya mematuhi peraturan keselamatan makanan yang ketat Salah satu perkara penting adalah memastikan premis makanan bebas daripada kotoran sampah dan serangga perosak Contohnya lipas Serangga ini bukan saja me...
Skater Langgar Budak Kecil Di Skatepark Kelantan Netizen Tak Puas Hati

Skater Langgar Budak Kecil Di Skatepark Kelantan Netizen Tak Puas Hati

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 125 hits
Satu kejadian di sebuah skatepark di Pasir Puteh Kelantan yang melibatkan seorang skateboarder yang terlanggar seorang budak kecil menjadi viral di media sosial Dalam kapsyen video itu penulis meminta agar ibu bapa lebih peka dan menjaga an...
Tak Sangka 3 Asbab Ni Rumah Tangga Fattah Fazura Bergolak

Tak Sangka 3 Asbab Ni Rumah Tangga Fattah Fazura Bergolak

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 95 hits
Akhirnya mahligai yang dibina selama 7 tahun musnah setelah pasangan ini Fattah 34 melafazkan cerai terhadap Fazura 41 kira kira pukul 9 45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari di Shah Alam Biarpun para peminat kedua sele...
Bukan Benci Tapi Sudah Kecil Hati

Bukan Benci Tapi Sudah Kecil Hati

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 156 hits
Assalamualaikum Korang pernah rasa macam ni tak Atau pernah terjadi dalam kehihupan korang SA sedang laluinya bukan masalah rumahtangga tapi lebih kepada masalah pergaulan di tempat kerja Apa yang SA buat adalah menjauhkan diri dari terliba...
Maman Abdurrahman Resmi Dilantik Sebagai Menteri Umkm Janjikan Percepatan Pemberdayaan Usaha Kecil

Maman Abdurrahman Resmi Dilantik Sebagai Menteri Umkm Janjikan Percepatan Pemberdayaan Usaha Kecil

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 200 hits
BloggerBorneo com Presiden Joko Widodo resmi melantik Maman Abdurrahman sebagai Menteri Usaha Mikro Kecil dan Menengah dalam reshuffle kabinet yang berlangsung di Istana Negara hari ini Maman yang sebelumnya menjabat sebagai Ketua Komisi VI...
Reka Bentuk Kotak Ayam Goreng Saiz Kecil Yang Praktikal Dan Menarik Kunci Untuk Menarik Pelanggan

Reka Bentuk Kotak Ayam Goreng Saiz Kecil Yang Praktikal Dan Menarik Kunci Untuk Menarik Pelanggan

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 209 hits
Dalam industri makanan segera yang semakin kompetitif pembungkusan memainkan peranan penting dalam menarik perhatian pelanggan dan memastikan produk anda menonjol di pasaran Kotak ayam goreng saiz kecil bukan sahaja berfungsi sebagai alat u...
Andai Kata Mak Tengok Video Ni Pelajar Upm Dibesarkan Nenek Sejak Kecil Terlalu Rindu Merayu Ibu Untuk Pulang

Andai Kata Mak Tengok Video Ni Pelajar Upm Dibesarkan Nenek Sejak Kecil Terlalu Rindu Merayu Ibu Untuk Pulang

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 173 hits
Tular di media sosial baru baru ini mengenai kisah seorang penuntut Universiti Putra Malaysia yang meluahkan kerinduan terhadap ibunya ketika dalam satu program anjuran pusat pengajian itu Dalam video tersebut pensyarah UPM yang dikenali se...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia