Geng Najib Serang Balas Kj



JIKA ADA SATU KESILAPAN NAJIB ADALAH KERANA KEDEGILAN BELIAU MELANTIK KJ YANG DIBENCI MAHATHIR

Oleh Datuk Lokman Noor Adam

Nampaknya ada yang sakit hati bila majlis santai bersama Dato’ Sri Najib Razak mendapat sambutan luar biasa tadi. Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin Abu Bakar menemplak kenyataan DS Najib yang menyatakan bahawa BN kalah akibat janji-janji manis Pakatan Harapan dan fitnah mereka. Sebaliknya, Khairy mengatakan bahawa punca kekalahan BN hanyalah kerana 1MDB, itu sahaja.

Saya tidak pasti apa masalah Khairy yang meroyan seperti orang datang bulan. Tapi apa yang pasti, jika beliau meneruskan sikap menunding jari secara berterusan, saya rasa beliau boleh berhenti bermimpi untuk menjadi Presiden UMNO. Sepatutnya, selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy kena menilai sama ada aktiviti menjadi model sambilan di Majalah Maskulin, hobi ber-selfie dan kepakaran memilih warna stokin yang betul, telah berjaya menarik minat orang muda untuk menyokong BN.

Kita masuk bertanding sebagai satu pasukan, adalah sangat tidak bertanggungjawab sebagai seorang Ketua Pemuda, kita menunding jari kepada Presiden Parti seorang setelah kalah. Harus diingatkan bahawa bukan sahaja Presiden UMNO dan isterinya difitnah Pakatan Harapan, boleh dikata hampir semua Menteri Kabinet juga telah difitnah kecuali Dato’ Seri Shabery Cheek yang terselamat dari fitnah Pakatan Harapan.

Malah, Khairy sendiri terpalit dengan fitnah penyelewengan 100 juta ringgit KBS, fitnah kononnya beliau mempunyai hubungan dengan Maya Karin, fitnah beliau ambil ice, fitnah pengagihan projek membina gelanggang futsal kepada kroninya, fitnah berhubung “1 Stop Visa Center” yang melibatkan Wan Quraish (Wan Badak) yang dikatakan merupakan proksinya dan pelbagai fitnah lain yang melibatkan hubungan beliau dengan pihak Singapura.

Adakah semua fitnah-fitnah yang melibatkan dirinya ini langsung tidak mengakibatkan BN hilang walaupun 1 undi?

Sepatutnya, sebagai seorang Ketua Pemuda yang mempunyai ijazah dalam bidang ekonomi dan dikatakan bijak kerana merupakan graduan Oxford, Khairy sepatutnya mengambil pendekatan cuba memahami isu 1MDB dan GST.

Dua isu ekonomi yang sangat kompleks ini memang menyumbang kepada kecelaruan rakyat dan mengakibatkan kita kehilangan undi dalam pilihanraya lalu. Namun, apa yang mengecewakan saya, Khairy langsung tidak melihatkan sumbangannya dalam usaha memperjelaskan dua isu ini.

Hanya beberapa individu seperti saudara Tun Faisal dan Arul Kanda yang membantu kami pihak MOF untuk menjelaskan isu ini kepada rakyat.

Menunding jari memang mudah, tetapi jika Dato Sri Najib mempunyai Ketua Pemuda yang proaktif dan bersungguh-sungguh memainkan peranan dalam menangkis fitnah pembangkang dan mempertahankan dasar dan polisi kerajaannya, sudah pasti kita akan dapat meraih lagi 33 kerusi untuk memerintah semula.

Saya masih ingat, sebaik sahaja Dato Sri Najib mengisytihar BN telah kalah, saya telah pergi ke rumah beliau untuk memohon maaf di atas kegagalan saya mempertahankan Presiden saya dari fitnah pihak musuh.

Tapi saya tidak boleh fikir, bagaimana seorang Menteri Kabinet dan Ketua Pemuda Parti yang menjadi tunjang pemerintahan negara ini boleh pergi ke rumah Presiden pada malam kita kalah, menuntut supaya Presiden meletakkan jawatan.

Adakah Khairy sudah lupa bahawa Tun Mahathir mula marah kepada Dato Sri Najib kerana kedegilan beliau melantik Khairy, orang yang dibenci Mahathir dan pesaing Mukhriz, sebagai Menteri Belia dan Sukan?

Kalau Dato Sri Najib tidak ada Ketua Pemuda yang bebal dan gopoh seperti ini, tidak mustahil Dato Sri Najib yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional dan merupakan parti yang memenangi kerusi paling banyak, dapat mentadbir negara ini sebagai “Care Taker Government” selama 3 bulan lagi selepas 9 Mei, 2018.

Dalam tempoh 3 bulan itu, mungkin Dato Sri Najib sudah berjaya memujuk parti-parti lain untuk membentuk kerajaan campuran dan Khairy mungkin masih kekal sebagai Menteri Belia dan Sukan, bukan anak kecil yang gemar ber-selfie di dalam tab mandi.

Jika UMNO gagal menghentikan sikap menunding jari dan menanam sikap susah dan senang bersama serta kesetiaan kepada pemimpin, sampai bilapun UMNO tidak akan berjaya menjadi parti yang kuat.

Itu sebabnya, bila nak pilih pemimpin, pertama kena pilih yang elok, kedua barulah pilih yang pandai. Kalau pandai belajar sampai Oxford pun tidak ada gunanya, kalau perangai tidak elok.

Jangan marah ya, kalau suka mengkritik, sekali-sekala terimalah kritikan.

Lokman Adam

IDontGoToOberCee University

KEHEBATAN KHAIRY

Pemilik nama Khairy Jamaluddin Abu Bakar ini yang lebih mesra disapa KJ ini memang hebat dan bukan calang-calang orangnya. Walaupun beliau sama seperti graduan lain dari Oxford namun beliau bukan orang sembarangan.

Beliau menantu kepada Perdana Menteri Malaysia kelima. Beliau menjadi Menteri ketika Perdana Menteri Malaysia keenam dan kehilangan jawatan Menteri ketika Perdana Menteri Malaysia ketujuh. Beliau terlibat dengan tiga Perdana Menteri Malaysia, bukan setiap lulusan Oxford ada peluang dan tuah seperti beliau.

Beliau dilahirkan di Kuwait, anak Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom dan bersekolah menengah di United World College of South East Asia di Singapura. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi dan Sarjana Teori Undang-Undang & Politik.



“Si genius yang suka berjenaka” seperti yang digambarkan oleh majalah Maskulin ini juga merupakan felo di Pusat Pengajian Islam Oxford dan English beliau tentunya ‘berabuk’.

Khairy sebelum menjadi Menteri, beliau telah didedahkan dengan dunia politik selepas berkahwin pada tahun 2001 dengan anak Tun Abdullah Badawi yang ketika itu Menteri Luar Negeri.

Ketika bapa mentuanya menjawat jawatan Perdana Menteri kurang sepenggal, Khairy sempat menjadi Pegawai Khas kepada bapa mentuanya itu dan beliau mempunyai akses istimewa di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri dan mendapat jolokan “budak tingkat empat”.

Khairy juga mempunyai persamaan dengan pengganti beliau sebagai Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu sama-sama suka ber-selfie dan menonjolkan diri, sesuai dengan jawatan ‘Menteri Belia’ mereka.

Beliau juga mempunyai persamaan dengan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, juga daripada parti Bersatu seperti Saddiq, iaitu percaya dengan keupayaan diri sendiri tanpa menggunakan pengetahuan dalam bidang akademik masing-masing, sesuatu yang boleh kita banggakan.

Seperti Maszlee yang mempunyai PhD dalam Good Governance dan tidak mempraktikkan prinsip ‘good governance‘ yang dipelajari dalam pentadbiran beliau sehari-hari selaku Menteri, begitu juga Khairy yang  mempunyai dua ijazah sarjana turut tidak mempraktikkan prinsip undang-undang dan politik serta falsafah yang dipelajari apabila kerap mengkritik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Sekiranya beliau betul-betul faham mengenai apa yang dipelajarinya tentu beliau tahu dengan baik kejatuhan Barisan Nasional adalah isu kolektif iaitu kegagalan satu pasukan mengawal baik persepsi dan fitnah yang dilemparkan pembangkang yang ketika ini telah menjadi kerajaan, termasuk beliau yang gagal maraih undi jutaan anak muda ketika itu terutamanya ‘first voter’.

Inilah unik dan hebatnya seorang anak muda yang mempunyai laluan mudah dalam politik negara kerana sebagaimana cepat beliau naik, juga sebegitu cepat beliau melupakan jasa-jasa mereka yang membantu beliau.

Inilah kehebatan Khairy yang bijak mencari angle menarik untuk ber-selfie serta bijak mengintai peluang  dalam politik yang tidak mungkin dapat ditandingi oleh mana-mana ahli atau pemimpin UMNO sehingga kini.

Baca berita selanjutnya di;

https://www.editormalaysia.com/5164/

RAMAI MASIH SAYANG NAJIB

Aku pergi tadi di majlis dialog DSN di PWTC. Awalnya dijadualkan pertemuan di Restoran River Side namun di saat2 akhir ditukar tempat di dalam dewan. Ya Allah, ramai betul yg hendak bertemu DSN sampai x muat dewan. Ada yg terpaksa duduk di luar menonton di layar besar. Mereka datang dr jauh dan dekat semata2 utk bertemu mantan PM itu. 

Seorang budak lelaki cina autisme menyapa ku di perkarangan pwtc. "Hello, mana itu River Side? Sy sudah telefon itu facebook mau jumpa Najib". Aku tunjuk arah ke dewan. Sungguhlah teruja dia sampai sanggup membeli baju BN di tempat pendaftaran dan terus memakainya. Semasa program berlangsung, dia diberi peluang utk bercakap dgn DSN. Dengan penuh bersemangat dia berikrar akan turunkan Mahathir dan memenangkan semula BN pada PRU akan datang.

Seorang pemuda melayu OKU juga teruja mahu bercakap dgn DSN. Dia mengangkat2 tangan meminta kebenaran utk bercakap dgn DSN. Dia mengadu kerajaan baharu tidak peduli orang OKU sptnya. Tiada langsung disebut dalam bajet Malaysia Baharu tentang OKU. Manakala, seorang wanita mualaf warga emas yg baru menjalani pembedahan mata mengucapkan berjuta2 terima kasih sambil mendoakan keselamatan buat DSN dan isterinya. Seumur hidupnya hanya DSN lah PM yg memberinya rumah PPR dan bantuan kewangan spt BR1M. 

Aku duduk di sebelah sami wanita. Semasa tok ayah membacakan doa dan kami mengaminkannya, sami wanita memejamkan mata dan merapatkan kedua2 belah tapak tangannya turut berdoa. Demikian dgn uncle India yg berdiri di tepi dinding bertafakur berdoa. Ternyata DSN disenangi rakyat pelbagai kaum. Tiada siapa mengarahkan  mrk datang. Tiada siapa yg bayar. Mereka ikhlas mahu berjumpa DSN.

Seusai majlis aku berselisih dgn pemuda melayu OKU tadi. Dia menadah tangan dan berdoa. Aku dengar doanya, Ya Allah, selamatkanlah DS Najib dan jadikanlah dia PM semula. Org ramai berpusu2 menghantar DSN hingga ke kereta. Mengucapkan terima kasih dan memberikan kata2 semangat. Melambai2 apabila kereta berplat TN50 itu bergerak meninggalkan PWTC.Rakyat masih sayang DSN. Rakyat rindukan dia. DSN bertuah kerana begitu ramai yg mendoakannya. 

Kami Geng Najib Razak

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/11/geng-najib-serang-balas-kj.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Utusan Serang Najib Najib Berbohong Derma Arab Saudi

Utusan Serang Najib Najib Berbohong Derma Arab Saudi

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 276 hits
Akhbar Utusan Malaysia milik Umno melancarkan serangan terhadap bekas presiden parti Datuk Seri Najib Razak mendakwa beliau berbohong kerana tidak tahu sumber wang yang didepositkan ke dalam akaun banknya Sebelumnya Najib mendakwa wang itu ...
Dr M Ada Bukti Dakwa Najib Bukan Balas Dendam

Dr M Ada Bukti Dakwa Najib Bukan Balas Dendam

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 219 hits
BANGKOK Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa tiada sesiapa boleh terkecuali daripada undang undang Setiap orang tidak kira sama ada dia perdana menteri yang sedang memerintah atau perdana menteri yang telah bersara atau...
Panas Tun Dr Mahathir Balas Balik Sindir Najib Banyak Orang Takut Najib Saya Pun Takut

Panas Tun Dr Mahathir Balas Balik Sindir Najib Banyak Orang Takut Najib Saya Pun Takut

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 655 hits
Panas Tun Dr Mahathir Balas Balik Sindir Najib Banyak Orang Takut Najib Saya Pun Takut
Pemimpin Umno Serang Najib Nak Sumbang Apa Lagi Pada Negara Parti

Pemimpin Umno Serang Najib Nak Sumbang Apa Lagi Pada Negara Parti

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 305 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan tidak lagi mahu menjadi Presiden Umno atau Perdana Menteri namun mahu diberi ruang bersuara untuk parti dan negara Foto Getty Images oleh Shahbudin Husin Di sebalik bermulanya serangan daripada beberapa...
Darjah Kebesaran Najib Dan Rosmah Ditarik Serta Merta Oleh Istana Besar Seri Menanti

Darjah Kebesaran Najib Dan Rosmah Ditarik Serta Merta Oleh Istana Besar Seri Menanti

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 508 hits
Gelaran Darjah Seri Utama Negeri Sembilan Najib Razak dan Darjah Seri Paduka Tuanku Ja afar Yang Amat Terpuji Rosmah Mansor ditarik balik Foto Istana Besar Seri Menanti menarik semula pengurniaan darjah kebesaran kepada bekas Perdana Menter...
Benarkan Tiada Derma Dari Arab Saudi Kepada Najib

Benarkan Tiada Derma Dari Arab Saudi Kepada Najib

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 314 hits
Apa sebab Saifuddin keluarkan statement on behalf kononnya drpd pihak Adel Aljubier Adakah utk mewujudkan ruang supaya boleh dispin Kenapa tak letak je Adel depan wartawan Apa lah yg nak ditakutkan Saifuddin jika ianya keluar dr mulut Adel ...
Berani Ker Najib Petik Nama Besar Yang Bersongkongkol Curi Duit 1mdb

Berani Ker Najib Petik Nama Besar Yang Bersongkongkol Curi Duit 1mdb

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 385 hits
Pepatah melayu kata alang2 menyeluk perkasam biar ke pangkal lengan Alang2 panglima bugis dipanggil didakwa baik secara berhemah Persoalannya jika golongan bangsawan malaysia yang terlibat mungkinkah malaysia akan mencipta satu sejarah baru...
Mahathir Advises Najib To Lodge Report On 1mdb Claims

Mahathir Advises Najib To Lodge Report On 1mdb Claims

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 288 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad PETALING JAYA Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said his predecessor Datuk Seri Najib Tun Razak should lodge a report with the authorities over his claim of possible involvement of other international figures in...
Kamu Tidak Adil Pada Saya Najib Tinggalkan Wawancara Aljazeera

Kamu Tidak Adil Pada Saya Najib Tinggalkan Wawancara Aljazeera

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 245 hits
Kamu tidak adil pada saya Najib tinggalkan wawancara Aljazeera Najib kelihatan kecewa apabila ditanya mengenai pelbagai tuduhan terhadapnya
Tahap Empat Babitkan Keseluruhan Kulit Otot Dan Tulang Ini Gambaran Lecur Mengikut Tahap

Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Pertumbuhan Berterusan Wall Street Hijau Untuk Hari Ketiga Berturut Turut

218 Fibonaci

Don T Let Renovations Ruin Your Home And Your Budget Or Some Tips For Choosing A Contractor

Faisal Halim Kini Di Icu Tangan Kiri Tiada Tindak Balas



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Arau Kopi Arau

Resipi U S Waffle Cut Fries With Zesty Mango Blueberry Salsa Istimewa Hari Ibu

Resepi Makaroni Bakar

Tiga Simbol Terpapar Di Dashboard Kereta

Apakah Surat Asy Syu Ara Disebut Juga Surat Pemusik

Terapkan Budaya Kemas Dan Susun Di Mana Saja Anda Berada