Gencatan Senjata Israel Hamas Awal Kemenangan Islam





Ahmad Yasin HAMAS dalam kenanganPosted on 24 Mac 2009 by Ustaz Halim 
USTAZ Syeikh Ahmad Yasin (1937-2004), pengasas gerakan HAMAS, Palestin. Dibedil syahid pada 22/3/2004. Pengganti beliau, Dr. Abdul Aziz Ar-Rantisy 1947-2004, doktor pakar kanak-kanak (pediatrik) juga dibedil syahid pada 17/4/2004, kurang sebulan selepas mengambilalih tugas dari Ustaz Ahmad Yasin. 
Kelmarin, 22/3/2009, genap 5 tahun perginya Ustaz Ahmad Yaasin, pengasas HAMAS di Palestin yang syahid bila kereta yang dinaikinya semasa pulang dari solat di masjid dibedil dengan peluru berpandu Israel dari helicopter Apache buatan Amerika. 
Musuh menyangka HAMAS hidup kerana kewujudan tubuh badannya, tetapi hakikatnya HAMAS terus hidup dengan Manhaj yang ditanam olehnya kedalam jiwa umat dan disuburi pula oleh darah syahidnya yang mengalir suci.
Ahmad Yasin dilahirkan di Askalan, Palestin tahun 1937, menjadi pelarian tahun 1948 di Gaza selepas pengisytiharan Negara haram “I.s.r.a.e.l” ketika pembunuhan dan pengusiran beramai-ramai. Beliau lumpuh ketika berumur 12 tahun dalam kemalangan ketika bermain dan hidup diatas kerusi roda sepanjang hayatnya selepas itu. 
Ketika belajar di Universiti Al-Azhar, Kaherah, beliau menganggotai gerakan Ikhwan Muslimin. Sekembali ke Gaza, beliau mengasaskan Pusat Islam pada tahun 1973 yang kemudiannya banyak mempengaruhi institusi-institusi pendidikan lain di Gaza. Pernah dihukum penjara 13 tahun mulai 1984 atas tuduhan memiliki senjata, mengasaskan gerakan penentangan terhadap Israel, namun beliau dibebaskan pada tahun berikutnya atas pertukaran banduan. Pada tahun 1987, bersama dengan beberapa tokoh, Ustaz Ahmad Yasin mengasaskan gerakan HAMAS bermisikan tarbiyah umat dan membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Barat.
Setiap hari beliau mempunyai jadual yang berbeza akan tetapi ada jadual yang tetap iaitu bangun sejam sebelum azan Subuh untuk membaca Al-Quran dan solat sehingga azan. Selepas solat Subuh, beliau menyambung membaca Al-Quran dan berehat seketika kerana beliau hanya tidur selama 2 jam diwaktu malamnya. 
Ini adalah kerana, para tetamu selalunya selesai dilayan kesemuanya sehingga jam 1 atau 2 selepas tengah malam. Beliau bangun jam 9 atau 10 pagi., bersaparan dan pergi ke pejabatnya iaitu sebuah bilik di rumahnya sendiri. Dikala itu, keadaan di Gaza tidak seperti sebuah negara seperti hari ini. Pejabatnya yang berupa sebuah bilik di rumahnya itulah seperti kerajaan, bahkan negara dengan segala agensi-agensinya. 
Di situ berlaku perjumpaan politik, temubual wartawan, kuliah agama dan pentadbiran gerakan. Di situ juga zakat dan derma dikumpulkan dan diagihkan. Di situ perbalahan dalam masyarakat dihakimi dan dileraikan, permasalahan keluarga diselesaikan dan apa sahaja isu yang tergambar difikiran seseorang. Di situ juga tempat orang datang meminta pertolongan mencari pekerjaan, jodoh pasangan atau mencari penyelesaian melanjutkan pelajaran.


Isteri, Hajjah Halimah Yaasin
Isteri beliau, Hajjah Halimah Yaasin atau dipanggil Ummu Muhammad berkata, “Ustaz seorang yang hebat jiwanya, memiliki kesemua pengertian kemanusiaan. Beliau sentiasa redha terhadaap kami, senyuman jarang terpisah dari bibirnya. Kam benar-benar kehilangannya namun beliaau telah mendapat apa yang dicita-citakannya (syahid).
“Syahid adalah cita-cita beliau yang tertinggi. Itulah doa beliau yang sering dilafazjkan dihari-harinya yang terakhir. Beliau telah lama merinduinya. Alhamdulillah, beliau mendapat syahid ketika dia amat memerlunya iaitu ketika penyakit-penyakit yang beliau hadapi sudah sampai ke peringkat kronik.  Kehidupannya teratur. Masanya dibahagikan kepada ibadah, amal siyasi dan kemasyarakatan. Adakalanya beliau mengambil kesempatan membimbing keluarganya dan memberi kasih sayangkepada cucu-cucunya.
Beliau bangun sejam sebelum subuh, berwudhuk, bersiap untuk solat di Masjid Al-Mujammak Al-Islamy yang terletak di Hayyu Faisaly. Selepas solat subuh beliau menyampaikan kuliah kepada jemaaah surau dan kemudian ke pejabatnya untk meneliti surat-surat yang tiba. Selepas itu beliau membuka pejabatnya kepada sesiapa yang datang berurusan, mendengar permasalahan mereka dengan teliti dan menghulurkan bantuan di nama yang termampu.
Beliau sentiasa memastikan dirinya menjadi contoh tauladan dalam semua aspek hidup dan perjuangan. Walaupun dalam keadaan sakit, kemahuannya yang kuat sering mengalahkan semangat orang-orang lain yang sihat, terutama dalam berkhidmat kepada masyarakat sekelilingnya. 



Seorang  anak perempuan Ustaz Ahmad Yasiin bernama Maryam berkata, “Dia adalah seorang ayah penyayang yang telah menganugerahkan kepada kami kasih saying yang tiada hadnya. Sungguh kehilangannya bukan sahaja kehilangan buat kami, malah kehilangan buat umat ini. Beliau sangat tersusun dalam urusannya, seimbang dalam tiap aspek, untuk keluarganya, untuk Dakwahnya, tidak lupa bersama kami dalam memberikan kasih saying. 
Beliau adalah murabbi, sangat menepati sebarang temujanji, tidak mengeluh walaupun sakit kerana lumpuhnya memuncak, sebaliknya sentiasa bermanis muka sambil memuji Allah swt. Beliau sangat tawadhuk, tidak pernah menolak makanan yang dihidang, menyukai kanak-kanak, gembira bila melihat mereka bersuka ria. 
Yang paling meyempitkan jiwanya ialah bila mendengar mereka menangis. Beliau mempunyai 3 anak lelaki, 8 anak perempuan dan 40 cucu. Dia tidak bertangguh dalam membantu saya walaupun jika terpaksa menggunakan dulu wang perbelanjaan rumah.


Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna (1906-1949), pengasas Ikhwan Muslimin (1928), fikrah atau ideologi yang membawa tertubuhnya HAMAS oleh Asy-Syahid Ahmad Yaasin (1937-2004) pada tahun 1987 menggantikan ideologi dan perjuangan FATAH (1964) yang telah banyak terhakis.Anak lelaki Ustaz Ahmad Yasin bernama Abdul Hamid berkata, “Lima tahun selepas kesyahidannya, setelah beliau menanam benih kabaikan ke dalam umat Palestin sejak tahun 1950an lagi, hari ini kita dapat menyaksikan buah hasil dari usaha dan darah ayah dan sahabat-sahabatnya dalam gerakan HAMAS. Yang turut menyerlah ialah kemenangan HAMAS dalam Pilihanraya Parlimen 2006 dan membentuk Kerajaan Palestin.
“Dengan anugerah Allah, HAMAS terus berkembang dan maju hingga kita saksikan gagalnya Israel dalam serangan terakhir ke atas Gaza dalam berdfepan dengan Mujahideen Al-Qassam”. 
“Beliau ada kebolehan menarik manusia, meyakinkan mereka terhadap Fikrah dan hujahnya, baik dalam pergaulan, tinggi akhlak, bercampur dengan semu alapisan masyarakat, kaya dan miskin, sering didatangi ramai manusia.
Seorang lagi anak perempuan Asy-Syahid, Khadijah berkata, “Pernah satu syarikat menderma sejumlah kain mahal bermutu tinggi lalu abang kami mencadangkan supaya syarikat tersebut menukarkan jenis kain kepada mutu yang lebih rendah agar jumlah kain tersebut menjadi lebih banyak dan dapat dimiliki oleh orang miskin yang lebih ramai bilangannya. Ayah tidak bersetuju dengan pandangan kami, sebaliknya beranggapan bahawa orang miskin juga berhak memakai pakaian yang baik mutu kainnya.
Salah seorang pemimpin HAMAS di Gaza Utara, Ibrahim Solah berkata, “Kami sentiasa mengenang Ustaz Ahmad Yasin bilamana kami berjaya memenangi Pilihanraya, memasuki Parlimen, memimpin Perang Gaza dan mengalahkan musuh. Kami mengenang pengasas kepada usaha-usaha ini terutama Ustaz Ahmad Yasin yang memimpin HAMAS sehingga berjaya sampai ke tahap ini. Kami akan sentiasa terus berada di atas Jalan dan Manhaj ini walau betapa hebat tekanan yang datang. Pengorbanan yang dicurahkan tidak akan berhenti dan berakhir”.
Seorang mujahid Batalion Al-Qassam (sayap jihad HAMAS) berkata, “Pernah kami kagum dalam perbincangan dengan Ustaz Ahmad Yasin secara terperinci tentang taktik peperangan. Ia bukan sekadar perbincangan semangat tetapi perincian operasi. Kami menggunakannya di dalam operasi kami di medan diantaranya ialah cara memilih jalan-jalan yang akan ditanam periuk api untuk membinasakan kereta-kereta kebal musuh, cara dan alat-alat yang akan diagih-agihkan oleh mujahideen di medan di sekitar Gaza, jalan-jalan yang akan digunakan oleh Yahudi untuk memasuki Gaza dan lain-lain lagi.


Berkata seorang wartawan yang menziarahi beliau, Wisam Afifah, “Ustaz Ahmad Yasin sangat memberikan kepentingan kepada aspek Media. Ramai wartawan datang menemui beliau untuk mendapatkan komentar beliau terhadap isu-isu semasa. Belia adalah contoh unik kepada seorang yang berjaya mengatasi kecacatannya, salah seorang symbol bagi Palestin dan kemuliaan Arab dan Islam, meyakini perlunya tarbiyah, pembinaan syahsiyah, jihad dan bekerja tanpa mengenal penat dan bosan sehingga datang ketentuan Allah swt. 
Beliau juga contoh teladan kepada seorang yang berjuang demi Prinsip dan Fikrah. Bila kamu disibukkan oleh dunia atau mula leka dari menghulurkan pengorbanan dan sumbangan, maka ingatlah perjuangan dan pengorbanan yang dicurahkan oleh Ustaz Ahmad Yasin.
Pada 6/9/2003 beliau terselamat dari cubaan bunuh oleh Israel apabila pejabat HAMAS dibom oleh jet pejuang Israel. Pada 22/3/2004 beliau syahid apabila kereta dinaikinya dibedil peluru berpandu dari helikopter Apache ketika pualng dari solat di masjid. Moga Allah swt menerima amalan dan jihad beliau, menggolong Asy-Syahid bersama para Anbiyak, Siddiqiin, Syuhadak dan Solihin di Syurga nanti dan menjadi teladan kepada kita semua dalam mencari redha Ilahi. Ameen.
‘Dikalangan orang-orang beriman, ada mereka yang benar dengan apa yang mereka janjikan kepada Allah. Sebahagian mereka telah syahid, sebahagian lagi sedang menunggu dan mereka tidak mengubah sedikitpun janji mereka” (Al-Quran).
Ustaz Halim: INI JALANKU  www.inijalanku.wordpress.com


Komen Weblog Ibnu Hasyim:   Gencatan senjata, Israel/HAMAS awal kemenangan  Islam?        
Lihat komen ini..


(i) Akmal Haji Kamarudin, Kisah ISTERI ASY SYAHID SYEIKH AHMAD YASIN MENINGGAL DUNIA
Petang selasa semalam 24/6/2020 telah kembali ke rahmatullah Halimah Yasin 76 tahun isteri kepada pengasas gerakan Islam pembebasan Palestin HAMAS.Beliau meninggal setelah lama bertarung dengan penyakit. Suami beliau Asy Syahid Syeikh Ahmad Yasin meninggal pada tahun 2004 setelah dibom oleh tentera zionis yahudi ketika keluar dari masjid setelah menunaikan solat subuh.Syeikh Ahmad Yasin mengasaskan gerakan Islam pembebasan Palestin HAMAS pada tahun 1987 bagi menentang penjajahan Israel terhadap bumi Paleatin.Halimah Yasin telah teguh bersama suaminya dalam dakwah dan jihad dan sabar menghadapi pelbagai rintangan. Semoga Allah s.w.t mengampunkan dosanya dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah.https://m.arabi21.com/story/1280917ARABI21.COMوفاة زوجة مؤسس "حماس" الشيخ أحمد ياسينتوفيت، مساء الثلاثاء، بمدينة غزة زوجة الشيخ أحمد ياسين، مؤسس حركة المقاومة

(ii) Benarkah 'Palestin: Gencatan senjata bersama kemenangan awal kumpulan Islam'?
Ini hujjah Prssiden PAS.. (Selanjutnya rujuk  ABDUL HADI AWANG, Presiden PAS– HARAKAHDAILY 28/11/2023)





PEPERANGAN ialah suatu tindakan politik yang terpaksa dicetuskan, apabila perdamaian yang menjadi keutamaan menemui kebuntuan. Inilah petunjuk al-Quran dan hikmah Rasulullah SAW yang menjadi teladan kepada seluruh umat manusia. Perdamaian lebih diutamakan kerana memberi lebih peluang bagi semua pihak mengenali Islam.
Begitu jugalah peperangan yang berlaku di Gaza, diikuti pula dengan peperangan yang tercetus di sekelilingnya yang boleh merebak dengan lebih parah. Maka, peluang gencatan senjata dicadangkan oleh Harakah al-Muqawwamah al-Islamiyyah (Hamas) dengan syarat-syarat yang akhirnya terpaksa diterima oleh Israel. Hal ini demikian kerana, Israel berhadapan dengan tekanan untuk membebaskan tawanan mereka yang ramai jumlahnya melalui pertukaran dengan membebaskan tahanan Palestin.
Israel pada masa ini dikuasai oleh pelampau Yahudi Zionis bersama kuasa besar Amerika Syarikat, Eropah dan sekutunya yang menyokong semua tindakan yang dilakukannya tanpa sempadan. Hal ini menguatkan cita-cita yang tersirat dalam perjuangan Zionis untuk menegakkan negara Israel Agung yang berpusat di Jerusalem (Bait al-Maqdis) menjadi kuasa terbesar dunia sebagaimana impiannya. 
(Selanjutnya sila rujuk  ABDUL HADI AWANG, Presiden PAS– HARAKAHDAILY 28/11/2023)
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.




Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.


Ikutilah siri keganasan Israel di Palestin, tanda hayatnya sudah dekat..1. Gencatan senjata, Israel/HAMAS awal kemenangan Is...2. Rahsia kekuatan HAMAS. & Misteri wanitanya..3. Ini, Mossad Israel, buru HAMAS hingga ke M'sia, ki...4. Ini, Abu Ubaidah jadi hujung tombak Al-Qassam HAMAS.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2023/11/gencatan-senjata-israelhamas-awal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hamas Setanyahu Melengahkan Gencatan Senjata Qatar Akan Umumkan Dalam Masa Terdekat

Hamas Setanyahu Melengahkan Gencatan Senjata Qatar Akan Umumkan Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 271 hits
Ahli Biro Politik Hamas Izzat Al Rishq semasa wawancara dengan TV Al Arabi Kami semakin hampir untuk mencapai perjanjian gencatan senjata dan kami berharap ia akan berlaku dalam beberapa jam akan datang Al Rishq Sejak kebelakangan ini pihak...
Setelah Ramai Tenteranya Mampus Israel Terima Gencatan Senjata

Setelah Ramai Tenteranya Mampus Israel Terima Gencatan Senjata

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 278 hits
Seorang journalist dari negara haram Israel mendakwa sejak dari 7 Oktober yang lalu lebih dari 2 985 Tentera Israel telah mampus dalam operasi di GAZA dan sekurang kurangnya lebih dari 11 600 orang tentera cedera dalam pertempuran dengan Ha...
Update Perang Kenyataan Hamas Israel Setuju Genjatan Senjata 4 Hari Bersyarat

Update Perang Kenyataan Hamas Israel Setuju Genjatan Senjata 4 Hari Bersyarat

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 196 hits
KENYATAAN MEDIA HAMAS BERHUBUNG RUNDINGAN PEMBEBASAN TAWANAN ISRAEL PALESTIN DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG Berdasarkan tanggungjawab kita ke atas rakyat kami yang kental dan tabah dan usaha berterusan kami untuk me...
184 Terbunuh Selepas Gencatan Senjata Tamat

184 Terbunuh Selepas Gencatan Senjata Tamat

papar berkaitan - pada 2/12/2023 - jumlah : 146 hits
ReutersASAP menjulang ke udara selepas serangan udara Israel selepas gencatan senjata berakhir FOTO AFPReutersGaza Serangan kedua yang memasuki hari kedua selepas gencatan senjata berakhir semalam sudah membunuh 184 mangsa dan mencederakan ...
Negara Islam Perlu Henti Jual Minyak Gas Kepada Israel Tun M Utusan Malaysia 15 11 2023

Negara Islam Perlu Henti Jual Minyak Gas Kepada Israel Tun M Utusan Malaysia 15 11 2023

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 223 hits
Artikel oleh Utusan MalaysiaNEGARA ISLAM PERLU HENTI JUAL MINYAK GAS KEPADA ISRAEL TUN M
Selepas Membunuh Guna Lebih Rm224 Bilion Gencatan Senjata Bermula 1 Tengah Hari Ini

Selepas Membunuh Guna Lebih Rm224 Bilion Gencatan Senjata Bermula 1 Tengah Hari Ini

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 240 hits
HarapanDaily comSelepas negara pengganas Israel berbelanja lebih RM224 bilion untuk membunuh rakyat di Gaza gencatan senjata di wilayah musnah teruk itu berkuatkuasa selama empat hari bermula hari ini Lapor AFP memetik pengantara Qatar pert...
Hamas Bebaskan Kumpulan Kedua Tahanan Israel

Hamas Bebaskan Kumpulan Kedua Tahanan Israel

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 188 hits
Hamas bebaskan kumpulan kedua tahanan Israel Dikemas kini 56 minit yang lalu Diterbitkan pada 26 Nov 2023 8 04AM
Penipuan Israel Telaga Dikatakan Tunnel Hamas

Penipuan Israel Telaga Dikatakan Tunnel Hamas

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 225 hits
Tentera Israel telah menerbitkan rakaman yang menunjukkan apa yang didakwanya sebagai terowong pengganas sepanjang 55 meter yang penting 10 meter di bawah Hospital Shifa Video itu bagaimanapun telah disunting dengan jelas ia bermula dengan ...
Roket Hamas Bedil Kemudahan Simpanan Nuklear Israel

Roket Hamas Bedil Kemudahan Simpanan Nuklear Israel

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 138 hits
SINAR HARIANWASHINGTON Roket dilancarkan pejuang Hamas ketika Operasi Taufan al Aqsa bermula pada 7 Oktober lalu berjaya membedil pangkalan tentera yang dipercayai menempatkan misil nuklear milik Israel Laporan itu didedahkan The New York T...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik