Genap 15 Hari Arwah Ibu Mertua Mrs A Pergi Buat Selamanya


Bismillahhirahmannirrahim... 
As Salam and greetings to dear readers.
Genap 15 Hari Arwah Ibu Mertua Mrs. A Pergi Buat Selamanya. Dah 15 hari berlalu tapi sebak dan sedih masih terasa nak tulis entry ini pun air mata bergenang. Ibu mertua Mrs. A sangat baik orangnya dia layan Mrs. A dan menantu-menantu yang lain macam anak sendiri dan semua sama sahaja. Hubungan kekeluargaan side Mr. A memang sangat akrab. Sebab itulah pemergian mak yang secara tiba-tiba sangat kami rasai

Pada petang Rabu 16 Disember 2020, lebih kurang pukul 3.11 petang time tu Mrs. A kat office tengah kerja. Dapat whatsapp dari Mr. A tulisnya "Bu balik Jiboi sekarang... mem jatuh tak sedar". sekali dengan gambar. Allahuakbar terkejut Mrs. A. Terus jumpa bos bagitahu nak balik. Mujurlah bos okay

Sesampai aje di Jiboi tengok masing-masing tengah bersedih menangis Mrs. A terus pergi kepada s.i.l tanya "N mana mak? Mak dah naik ambulance dah! pergi HTJ. Angah ikut sekali dalam ambulance" kata N. (Angah merujuk kepada Mr. A). Ya Allah sedihnya Mrs. A time tu, hanya Allah yang tahu. Berdoa dan berharap m.i.l (mother-in-law) takde apa-apa cause dah lama tak jumpa dia (lama tu kira sebulan kot). Nak sangat jumpa dia dalam keadaan sihat macam biasa nak mintak maaf dah lama tak datang jengok walaupun Jiboi dan Forest Height takdelah jauh mana huwaaaa...waaa..waaaa 
Genap 15 Hari Arwah Ibu Mertua Mrs. A Pergi Buat Selamanya
Ya Allah kurniakan syurga tanpa hisab buat arwah ibu mertuaku Hjh Zabidah bt Abu Bakar
Bila Mrs. A masuk ke ruang tamu tengok masing-masing sedang membaca surah Yasin iaitu anak-anak cucu, menantu mana yang ada. Mrs. A pulak time tu uzur sama jugak dengan biras lagi sorang tu. Bila dah nak hampir waktu asar Along (b.i.l) minta semua yang boleh solat bersedia untuk solat asar berjemaah. Sedang masing-masing bersedia nak solat tu s.i.l dapat call dari Mr. A katanya dah dapat heart bit mak semula tapi masih lemah. Allahuakbar masing masing tersenyum happy sambil mengucap syukur alhamdulillah. Tapi semua tu tak lama pun selang beberapa minit kemudian dapat call lagi sekali dari Mr. A kali ni dia call Along pulak memberitahu khabar duka yang mak telah tiada lagi telah pergi buat selamanya time tu lebih kurang pukul 4.46 petang. Meraunglah kami masing-masing pada ketika  itu. Setelah selesai solat asar. Kami bincang siapa yang nak pergi HTJ dan siapa yang tinggal kat rumah. Akhirnya yang pergi hospital adalah Mrs. A, f.i.l dan kesemua in-laws bawalah apa yang patut iaitu tudung dan beberapa helai kain batik. Sampai di HTJ we all terus ke emergency dan dibenarkan masuk secara bergilir di tempat jenazah diletakkan sementara. Kemudian Mr. A dan adik-beradiknya sepakat untuk membawa jenazah balik dimandi dan dikapankan di rumah dan akan dikebumikan pagi esoknya di Makan Tuan Hj Said sebelum waktu Zohor. Alhamdulillah urusan membawa jenazah m.i.l balik ke rumah dipermudahkan olehNYA. Tak perlu post-mortem dan tak masuk pun ke bilik mayat. Dari bilik ruang menunggu emergency setelah selesai segala urusan report polis dan report terus di bawa ke ruang menunggu ke van jenazah terus. Tak lama pun proses menunggu tu sebelum magrib kami semua telah selamat membawa mak pulang ke rumah di Jiboi. Mrs.A dan s.i.l yang temankan arwah mak menaiki van jenazah dari HTJ ke Jiboi.

Sesampai di rumah Mrs. A tengok dah ramai jiran dan sedara mara yang sampai. Kemudian arwah mak we all letakkan di tengah rumah di atas katilnya, cause itu memang pesanan beliau jika dia meninggal nanti katanya katil tu jangan bukak letakkan aje mak atas katil kecik yang kat tengah rumah tu. Huwaaa..waa..waaa.... sedihnya bila diingat-ingat semula. Jenazah arwah mak kami lap-lap seluruh badan beliau biar bersih dan buka ikatan ditangan. Malam itu anak, cucu, menantu, sedara-mara yang datang ziarah bergilir-gilir membaca surah Yasin sehinggalah ke pagi waktu jenazah hendak dimandikan lebih kurang pukul 9.00 pagi. 
Pada sebelah malam Tok Mat datang ziarah dan membacakan surah Yasin. Time kat HTJ Mr. A dah calling-calling Tok Mat bagi tahu m.i.l masuk hospital. 

Tok Mat sedang berborak dengan f.i.l sebelum balik
Tepat pukul 9.00 pagi sepertimana yang dijanjikan pihak yang hendak memandikan jenazah itupun sampai mereka adalah sekeluarga ibu ayah dan anak perempuannya. Mereka ini adalah contact Along (b.i.l) Along dah siap-siap runding untuk tujuan mandi jenazah dan sediakan kain kapan sekali harga lebih kurang RM250.00 kalau tak silap Mrs. A. 
Semua anak menantu dan abah sepakat nak mandikan arwah mak dengan cara dipangku oleh anak-anaknya sambil ditunjuk ajar oleh tukang mandi jenazah tersebut iaitu ibu dan anak perempuannya. Mrs. A pun terlibat sama sewaktu memandikan arwah m.i.l pengalaman pertama yang sangat berharga buat Mrs. A. Yang pangku adalah 5 orang iaitu di bahagian kepala Along, diikuti A (cucu perempuan), s.i.l dan seterusnya Alang dan Ateh. Kedudukan tukang pangku adalah berselang seli. Pada mulanya Mrs. A ingatkan hanya orang perempuan sahaja yang boleh mandikan arwah al-maklumlah jenazah perempuan. Tapi sebenarnya tidak kalau yang meninggal itu ibu, anak lelaki dan suami adalah dibenarkan untuk mandi jenazah. 
Setelah jenazah di pangku, jenazah akan ditutup dengan kain batik lepas kemudian disiram mulai dari kepala hingga ke kaki. Baju dan kain yang dipakai sebelum itu diletak dalam baldi lain yang diasingkan. Kemudian tukang mandi jenazah itu sediakan air sembilan yang akan digunakan di akhir setelah selesai mandi nanti. Bertuahnya m.i.l semua yang memandikan beliau adalah kelima-lima anaknya, suami (abah sekadar melihat sambil berzikir) dan menantu serta cucu tidak membabitkan orang lain selain tukang mandi jenazah dan anak perempuanya. Atas permintaan abah setiap cucunya dibagi peluang untuk menyiram opah mereka sekali dari kepala ke kaki sambil disuruh berniat 'Sahaja aku mandikan opah fardhu kifayah kerana Allah Taala'. Begitu jugalah yang lain-lain siraman pertama masing-masing dari kepala ke kaki hendaklah berniat, sahaja aku mandikan mak fardhu kifayah kerana Allah Taala. 
Genap 15 Hari Arwah Ibu Mertua Mrs. A Pergi Buat Selamanya.
Arwah ibu mertua Mrs. A disolatkan di rumah di Jiboi
Lebih kurang pukul 11.00 pagi jenazah telah siap untuk dibawa ke Makan Tuan Haji Said untuk dikebumikan


Selamat dikebumikan lebih kurang pukul 12.30 tengahari Khamis 17.12.2020







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mrsablogstori.blogspot.com/2020/12/genap-15-hari-arwah-ibu-mertua-mrs.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Terselamat Dalam Kemalangan Sebenarnya Belum Tahu Tiga Anak Sudah Pergi Buat Selamanya

Ibu Terselamat Dalam Kemalangan Sebenarnya Belum Tahu Tiga Anak Sudah Pergi Buat Selamanya

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 396 hits
789 total views 789 views today Perjalanan empat beranak berakhir dengan tragedi pilu apabila terlibat dalam kemalangan ngeri di Kilometer 272 5 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Gunung Lang Ipoh pada Rabu Namun memetik lapora...
Sayang Ibu Selamanya Anak Hadiahkan Bunga Citra Lestari Kad Ucapan Sempena Hari Ibu Sweetnya Noah

Sayang Ibu Selamanya Anak Hadiahkan Bunga Citra Lestari Kad Ucapan Sempena Hari Ibu Sweetnya Noah

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 476 hits
Jika bulan Mei menjadi bulan bagi menghargai semua ibu ibu di negara kita Indonesia pula memilih tanggal 22 Disember untuk meraikan golongan wanita yang bergelar ibu Penyanyi dan pelakon popular Indonesia Bunga Citra Lestari tidak terkecual...
Kemalangan Di Mache Arwah Ibu Selalu Berpesan Supaya Jaga Ayah Dan Adik Dengan Baik

Kemalangan Di Mache Arwah Ibu Selalu Berpesan Supaya Jaga Ayah Dan Adik Dengan Baik

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 323 hits
Pada mulanya saya menerima panggilan memberitahu ayah rebah di kedai makan namun tidak menyangka panggilan kedua yang diterima memaklumkan ibu pula terbabit dalam kemalangan sehingga meragut nyawanya kata Amir Zaim Mohd Zin 22 Amir Zaim ada...
Pergi Kerja Rasa Bersalah Tinggal Anak Balik Rumah Di Marah Sebab Penat Dilema Ibu Bekerjaya

Pergi Kerja Rasa Bersalah Tinggal Anak Balik Rumah Di Marah Sebab Penat Dilema Ibu Bekerjaya

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 286 hits
Di tempat kerja asyik ingatkan anak anak dan tak dapat beri yang terbaik Sedangkan macam mana rezeki nak jadi halal jika buat kerja tak fokus dan low standard Makan gaji buta dan makan diri namanya tu Nak pergi kerja tapi rasa bersalah nak ...
Hari Hari Dia Tak Henti Buat Saya Kagum Anak Makin Aktif Juliana Evans Akui Bahagia Jadi Ibu

Hari Hari Dia Tak Henti Buat Saya Kagum Anak Makin Aktif Juliana Evans Akui Bahagia Jadi Ibu

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 1020 hits
Anak sedang membesar antara momen yang paling berharga buat seorang ibu Pelakon jelita Che Puan Juliana Evans mengakui hidupnya kini cukup gembira melalui fasa kehidupan sebagai seorang ibu Lagi lagi bila anaknya Tengku Kamiliah Shariffudin...
10 Tahun Kenal Suami Redha Isteri Pergi Selepas 44 Hari Bernikah Kerana Barah

10 Tahun Kenal Suami Redha Isteri Pergi Selepas 44 Hari Bernikah Kerana Barah

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 444 hits
Dua hari lepas tular di media sosial berkenaan seorang wanita yang baru sahaja melangsungkan pernikahan pada bulan lepas meninggal dunia disebabkan barah Sebelum ini foto foto pernikahan mereka tular di media sosial apabila bernikah diatas ...
Al Fatihah Pengantin Virai Hidap Barah Meninggai Dunia Selepas Genap 44 Hari Bergelar Isteri

Al Fatihah Pengantin Virai Hidap Barah Meninggai Dunia Selepas Genap 44 Hari Bergelar Isteri

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 424 hits
Sekitar pertengahan November lalu sepasang mempelai telah membuktikan cinta sejati masih wujud Walaupun pengantin perempuan diuji setelah menghidap Barah Limforma Tahap 4 dan sekadar terIantar di atas katil sahaja Namun ia bukan menjadi sat...
Bubur Nasi Terakhir Untuk Mak Sekelip Mata Macam Mimpi Mak Pergi Untuk Selamanya

Bubur Nasi Terakhir Untuk Mak Sekelip Mata Macam Mimpi Mak Pergi Untuk Selamanya

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 294 hits
loading Ibunya tak ada tanda tanda sakit cuma sakit perut tiba tiba Kemudian anak ini Umira Morad bawa ibunya ke klinik Sampai rumah dia pun siapkan bubur nasi untuk ibu
Hari Ini Genap 100 Hari Pemergiannya Nur Aqilah Sering Teringat Amp Ceritakan Apa Yang Berlaku

Hari Ini Genap 100 Hari Pemergiannya Nur Aqilah Sering Teringat Amp Ceritakan Apa Yang Berlaku

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 373 hits
Hari ini genap 100 hari pemergian tiga sahabat karib Sharifah Fariesha Syed Fathi Ayuni Shazwani Shabri dan Nur Adilah Mohd Safwan yang menjadi m ngsa ker cunan karbon monoksida pada 16 September lalu Nur Aqilah satu satunya m ngsa yang te
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba