Hari Hari Dia Tak Henti Buat Saya Kagum Anak Makin Aktif Juliana Evans Akui Bahagia Jadi Ibu
Anak sedang membesar antara momen yang paling berharga buat seorang ibu. Pelakon jelita, Che Puan Juliana Evans mengakui hidupnya kini cukup gembira melalui fasa kehidupan sebagai seorang ibu.
Lagi-lagi bila anaknya, Tengku Kamiliah Shariffudin yang kini sudah pun berusia 1 tahun 4 bulan semakin aktif setiap hari.
Kata ibu cantik ini lagi menerusi Astro Gempak, setiap hari adalah hari yang menggembirakan baginya dan karaktor Kamiliah sentiasa membuatkan ibu muda ini kagum.
“Kamiliah sangat aktif, hari-hari dia tak henti membuat saya kagum dengan apa yang dipelajarinya.
“Lagi-lagi sekarang dia sudah mula bercakap dan lari sana sini. Saya sangat sukakan fasa kehidupan sebagai seorang ibu sekarang ini,” katanya lagi.
Ibu berdarah campuran ini juga mengakui dia kini cukup bahagia dengan kehidupannya sebagai isteri dan ibu kepada anaknya. Pada masa yang sama juga katanya, kerjayanya berjalan lancar.
“Saya sudah bergelar ibu dan bahagia dengan perkahwinan dan anak saya, pada masa yang sama kerjaya saya juga berjalan dengan lancar.
” Alhamdulillah semuanya teratur dengan baik dan saya tidak terkejar-kejar berbanding zaman bujang saya dulu,” katanya lagi.
Terdahulu, Juliana mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Tengku Shariffudin pada April 2017, Pasangan ini kini dikurniakan seorang cahaya mata, Tengku Kamiliah yang kini berusia 1 tahun 4 bulan.
Artikel berkaitan: Cantiknya Serba Pink, Majlis Akikah & Cukur Jambul Puteri Sulung Che Puan Juliana Evans Dapat Pujian Netizen!
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Kredit: Astro Gempak & @julianaevans
The post “Hari-Hari Dia Tak Henti Buat Saya Kagum”, Anak Makin Aktif, Juliana Evans Akui Bahagia Jadi Ibu! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/hari-hari-dia-tak-henti-buat-saya-kagum-anak-makin-aktif-juliana-evans-akui-bahagia-jadi-ibu/