Gempar Salahuddin Dedah Kartel Daging Tawar Pakej Percutian Mewah


 



February 9, 2021 Seorang bekas menteri berkata, dia dan keluarganya pernah ditawarkan perjalanan mewah ke Eropah sebagai “kunjungan hormat”, oleh seorang pengimport daging beku yang didakwa ada kaitan dengan skandal kartel daging.
Bekas menteri pertanian dan industri asas tani Salahuddin Ayub memberitahu New Straits Times pengimport tersebut mendekatinya beberapa bulan selepas Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya pada 2018, dalam apa yang sepatutnya menjadi satu “sesi pengenalan” dengan pemain industri.
Namun, timbalan presiden Amanah merasa ada yang tidak kena ketika beliau ditawarkan pakej percutian ke Eropah sebagai “kunjungan hormat”.
“Mereka menawarkan pakej percutian mewah kepada saya dan keluarga. Perjalanan berbayar ke Eropah. Tetapi saya menolaknya,” katanya kepada wartawan dalam wawancara.
Bagaimanapun, Salahuddin tidak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tidak pasti tentang “sifat” tawaran itu, manakala syarikat itu tidak meminta apa-apa sebagai balasan.
Beliau berkata, syarikat yang menawarkan percutian itu menjalankan perniagaan dengan beberapa rumah penyembelihan di India yang mengeksport daging ke Malaysia.
Katanya, beliau cuba untuk menangani isu melibatkan import daging semasa menjadi menteri, terutama selepas mendapat tahu terdapat monopoli ke atas import daging beku.
“Kami terima laporan sebuah syarikat memonopoli bekalan dari rumah penyembelihan yang ada, jadi saya menambahkan beberapa lagi untuk mengatasi masalah ini,” katanya, menjelaskan tujuannya untuk memecahkan monopoli.
“Tetapi kita menghadapi pelbagai isu birokrasi. Agensi meminta justifikasi mengapa kami perlu mengesahkan lebih banyak rumah penyembelihan apabila apa yang kita sudah ada cukup untuk pasaran.”
Jemaah Menteri diminta untuk membantu sebelum persetujuan akhirnya diberikan, katanya.
Salahuddin juga berkata, beliau mahu membawa wakil SPRM dan NGO untuk mengiringi pegawai Kementerian Kesihatan, Jabatan Kemajuan Islam Jabatan, dan Perkhidmatan Veterinar semasa lawatan ke rumah penyembelihan sebelum kelulusan import dikeluarkan.
Ini untuk memastikan ketelusan dan segala amalan rasuah di sektor itu dapat ditangani, katanya, sambil menjamin produk tersebut selamat untuk rakyat dan halal.
“Tetapi itu tidak berlaku. Ia memerlukan lebih daripada hanya satu penggal menjadi kenyataan. Saya juga tertanya-tanya, ketika agensi kerajaan ini pergi ke sana, siapa yang jaga mereka?”
Beliau mengulangi gesaan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat skandal kartel daging, kerana ia cara terbaik untuk menyiasat perkara itu.
Dilaporkan pegawai kanan dari sekurang-kurangnya empat agensi kerajaan dipercayai bekerjasama dengan kartel yang membawa daging yang tidak diperakui ke Malaysia dan memasarkannya sebagai produk halal.
Sumber yang tidak dinamakan dilaporkan mendakwa pegawai-pegawai kanan ini, yang diberi kepercayaan untuk memastikan standard halal dipatuhi, menerima rasuah dan layanan seksual untuk memastikan operasi kartel tidak dapat dikesan.
Negara yang disahkan pihak berkuasa Malaysia untuk mengimport daging halal adalah Australia, Argentina, Brazil, India, Afrika Selatan, Pakistan, Jepun, New Zealand dan AS, dengan import dikendalikan oleh Jakim dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/gempar-salahuddin-dedah-kartel-daging.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5395 Mg Bukan Setakat Kartel Daging Bidang Farmasi Pun Ada Kartel Ppim Malaysia Gazette Tv 11 02 2021

5395 Mg Bukan Setakat Kartel Daging Bidang Farmasi Pun Ada Kartel Ppim Malaysia Gazette Tv 11 02 2021

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 352 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia hari ini mendedahkan terdapat kartel yang terlibat dalam bidang farmasi dan ubat ubatan negara Menurut ketua aktivisnya Datuk Nadzim Johan pihanya diberitahu bahawa ada sarikat syarikat farmasi ini yang ber...
5394 Bukan Setakat Daging Bidang Farmasi Pun Ada Kartel Ppim Malaysia Gazette 12 02 2021

5394 Bukan Setakat Daging Bidang Farmasi Pun Ada Kartel Ppim Malaysia Gazette 12 02 2021

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 385 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia hari ini mendedahkan terdapat kartel yang terlibat dalam bidang farmasi dan ubat ubatan negara Menurut ketua aktivisnya Datuk Nadzim Johan pihaknya diberitahu bahawa ada syarikat syarikat farma...
Gempar Zahid Dedah Rahsia Besar Usaha Satukan Umno Pas Sudah Bermula Sejak 1998

Gempar Zahid Dedah Rahsia Besar Usaha Satukan Umno Pas Sudah Bermula Sejak 1998

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 271 hits
February 16 2021 Selepas bebeberapa ketika Muafakat Nasional tidak disebut atau dibincangkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha tersebut harus diteruskan pada masa depan Menurut beliau hubungan kedua dua parti masih b...
Isu Kartel Daging Kerajaan Serah Pada Pihak Berautoriti

Isu Kartel Daging Kerajaan Serah Pada Pihak Berautoriti

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 306 hits
Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri KUALA LUMPUR Kerajaan menyerahkan kepada pihak penguatkuasa yang diberi autoriti mengikut lunas perundangan bagi menyiasat dan menyelesaikan isu kartel daging import Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Da...
Kartel Daging Tajuddin Tahu Tapi Najib Tak Tahu

Kartel Daging Tajuddin Tahu Tapi Najib Tak Tahu

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 382 hits
Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia dari 3 April 2009 hingga ke 10 May 2018 manakala Tajuddin Abdul Rahman menjadi Timbalan Menteri Pertanian dari 2013 hingga 2018 semasa Najib jadi Perdana Menteri la tu Najib kata Walaupun media melapor...
Jika Benar Kenapa Salahuddin Tidak Lapor Sprm Tawaran Percutian Kelas Pertama

Jika Benar Kenapa Salahuddin Tidak Lapor Sprm Tawaran Percutian Kelas Pertama

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 209 hits
SHAH ALAM Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Salahuddin Ayub sewajarnya melaporkan tawaran percutian kelas pertama di Eropah yang didedahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pensyarah Kanan Kolej Undan...
Kartel Daging Syarikat Sejuk Beku Pengarah Dan Pengurus Didakwa Guna Logo Halal Palsu

Kartel Daging Syarikat Sejuk Beku Pengarah Dan Pengurus Didakwa Guna Logo Halal Palsu

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 291 hits
Astro AwaniSyarikat dan dua tertuduh serta seorang yang masih bebas didakwa menggunakan memiliki dan menawarkan 3 418 kotak makanan sejuk beku menggunakan perihal dagangan palsu tanpa kelulusan Foto Astro AWANI JOHOR BAHRU Sebuah syarikat s...
Gempar Pendakwa Dedah Umno Ada Akaun Bank Rahsia Yang Tidak Diaudit

Gempar Pendakwa Dedah Umno Ada Akaun Bank Rahsia Yang Tidak Diaudit

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 224 hits
February 11 2021 Umno mempunyai akaun rahsia yang tidak diaudit bagi menerima sumbangan politik kata pendakwa raya hari ini Perkara itu didedahkan ketika pihak pendakwaan menyanggah dakwaan bahawa wang tunai RM114 16 juta yang dituntut oleh...
Fitnah Import Daging Tak Halal Raihanah Cold Storage Saman Penulis Blog Rm150 Juta

Fitnah Import Daging Tak Halal Raihanah Cold Storage Saman Penulis Blog Rm150 Juta

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 437 hits
Pengasas syarikat Raihanah Cold Storage Sdn Bhd memfailkan saman menuntut ganti rugi RM150 juta terhadap pemilik akaun Facebook Zaharin Mohd Yasin juga dikenali sebagai Sang Kelembai yang didakwa menerbitkan kenyataan memfitnah membabitkan ...
9 Bilion Untuk Skechers Indeks Jatuh Dan Lonjakan Saham Asia

5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Sunner Museum By Atelier Alter Architects Blends Landform Design With Industrial Heritage

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Larangan Ke India

Rasa Gementar Juga Bila Pertama Kali Kena Hantar Cikcha Balik Ke Nilai

Resepi Mi Kuah Daging

Apakah Rafizi Senasib Dengan Ghafar Baba

Membazir Beli Magnetic Eyelash

Yang Tumbuh Selepas Hujan