5394 Bukan Setakat Daging Bidang Farmasi Pun Ada Kartel Ppim Malaysia Gazette 12 02 2021




KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mendedahkan terdapat kartel yang terlibat dalam bidang farmasi dan ubat-ubatan negara.
Menurut ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan, pihaknya diberitahu bahawa ada syarikat-syarikat farmasi yang berbelanja besar kepada individu untuk mendapatkan projek-projek kerajaan.
“Ada juga kartel dalam faktor kesihatan, jangan ingat tidak ada. Maknanya syarikat-syarikat besar ini, rasuah percutian itu biasa, penerbangan kelas pertama, hotel lima bintang. Ini dedahkan oleh bekas pengarah syarikat farmasi yang pernah bekerja di syarikat-syarikat tersebut.
“Mereka jaga semua perkara ini, tidak payah buka mulut pun. Batuk pun sudah ada yang hantar (rasuah). Jadi benda ini kita kena ubah, selagi tidak ubah benda ini ia akan berterusan,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Nadzim berkata demikian setelah diberitahu oleh bekas-bekas pengarah syarikat-syarikat berkaitan farmasi dan ubat ubatan terbabit.
Beliau berkata demikian bagi mengulas pendedahan bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang pernah ditawarkan percutian mewah ke Eropah daripada syarikat pengimport yang mempunyai kaitan dengan kartel daging ketika menjadi menteri.
Salahuddin berkata, tawaran tersebut diberikan ketika beliau mengadakan perjumpaan bersama wakil pengimport daging itu beberapa bulan selepas dilantik menjawat jawatan tersebut.

Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan ketika di temuramah oleh Malaysia Gazzate di pejabat beliau di Kuala Lumpur. Foto FIKRI YAZID 11 FABRUARI 2021
Nadzim berkata, tindakan memberi rasuah kepada golongan atasan seperti menteri bukan perkara baharu.
Nadzim berkata, tindakan memberi rasuah kepada golongan atasan seperti menteri bukan perkara baharu.
Malah ia turut melibatkan orang-orang bawahan yang jelas sudah menjadi budaya kepada masyarakat, ujarnya.
“(Rasuah) percutian ini di celah kuku sahaja, ini melibatkan arah tuju dan jutaan ringgit, melibatkan banyak perkara.
“Bukan perkara baru, yang low gun (orang bawahan) pun sudah jadi budaya. Ini yang kita kena lihat secara serius, tapi apabila berlaku kepada top gun, ia merupakan sumbangan atau entertaiment.
“Cuba bayangkan, pergi bercuti kursus dan sebagainya, ini tidak ramai dedahkan,” katanya.
Justeru itu, PPIM mencadangkan pegawai-pegawai penguatkuasa yang diamanahkan untuk menjaga keabsahan halal di negara ini supaya lebih berhati-hati dan tidak ambil mudah akan kes ini.
“Kita harap pegawai-pegawai penguatkuasa ini melihat perkara ini sebagai serius, mungkin Marqis, Kastam, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan semua kena melihat perkara ini sebagai satu yang serius supaya ia tidak berterusan.
“Saya takut selepas ini ada lagi, apa tindakan segera, mungkin polisi perlu diperbetulkan. Contoh kita ambil lembu yang hidup, daripada Mongolia, Pakistan yang disebelih di sini depan mata kita,” katanya lagi.
Isu Kartel Daging mula tular pada 2 Disember tahun lalu berikutan terbongkar kegiatan menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina.
Kartel berkenaan kemudian membungkus semula daging itu menggunakan logo halal sebelum menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia.
Ia terbongkar hasil serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai yang menemui 1,500 tan daging sejuk beku bernilai RM30 juta.
Kegiatan itu dipercayai dijalankan sejak beberapa tahun lalu dengan menjadikan gudang berkenaan sebagai lokasi untuk membuat label dan cap palsu yang akan ditampal pada kotak daging dibungkus semula sebelum dijual di pasaran tempatan sebagai daging halal. 

Artikel oleh: Malaysia Gazette
BUKAN SETAKAT DAGING, BIDANG FARMASI PUN ADA KARTEL - PPIM
https://malaysiagazette.com/2021/02/11/bukan-setakat-daging-bidang-farmasi-pun-ada-kartel-ppim/




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/02/5394-bukan-setakat-daging-bidang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5395 Mg Bukan Setakat Kartel Daging Bidang Farmasi Pun Ada Kartel Ppim Malaysia Gazette Tv 11 02 2021

5395 Mg Bukan Setakat Kartel Daging Bidang Farmasi Pun Ada Kartel Ppim Malaysia Gazette Tv 11 02 2021

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 349 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia hari ini mendedahkan terdapat kartel yang terlibat dalam bidang farmasi dan ubat ubatan negara Menurut ketua aktivisnya Datuk Nadzim Johan pihanya diberitahu bahawa ada sarikat syarikat farmasi ini yang ber...
5409 Ahli Politik Wajar Contohi Dap Mca Ppim Malaysia Gazette 16 02 2021

5409 Ahli Politik Wajar Contohi Dap Mca Ppim Malaysia Gazette 16 02 2021

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 318 hits
KUALA LUMPUR Ahli politik Melayu wajar mencontohi DAP dan MCA kerana kedua dua parti itu tidak mencetuskan ketidakharmonian dalam kalangan kaum mereka Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata semua ahli pol...
5418 Kunjungan Ppim Ke Kementerian Pengangkutan Malaysia Fb Wee Ka Siong 17 02 2021

5418 Kunjungan Ppim Ke Kementerian Pengangkutan Malaysia Fb Wee Ka Siong 17 02 2021

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 293 hits
Hari ini saya dan Timbalan Menteri Pengangkutan YB Datuk Haji Hasbi Haji Habibollah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang diketuai oleh Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan bagi membincangkan beberapa perk...
5389 Ppim Serah Sumbangan Petugas Barisan Hadapan Wacana 10 02 2021

5389 Ppim Serah Sumbangan Petugas Barisan Hadapan Wacana 10 02 2021

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 220 hits
KUALA LUMPUR 10 Feb Ketika mana negara berdepan pandemik COVID 19 banyak pihak yang terkesan dari segi ekonomi mahupun kesihatan Pada tempoh sukar ini kita dapat melihat perpaduan rakyat Malaysia berbilang kaum yang tidak putus memberi soko...
5391 Mereka Pilih Satria Untuk Hidup Bebas Ancaman Ahlong Tv Ppim 10 02 2021

5391 Mereka Pilih Satria Untuk Hidup Bebas Ancaman Ahlong Tv Ppim 10 02 2021

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 368 hits
Mereka ini telah pun berjaya membebaskan diri daripada cengkaman ahlong Takkan anda nak hidup menderita sampai bila bila Berhenti hidup dalam ketakutan Jangan tangguh dari mendapatkan solusi masalah Ahlong anda Hubungi SATRIA sekarang Whats...
5392 Jangan Biarkan Mereka Derita Dalam Senyap Tv Ppim 11 02 2021

5392 Jangan Biarkan Mereka Derita Dalam Senyap Tv Ppim 11 02 2021

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 368 hits
PKP lagi Ramai yang terkesan termasuklah keluarga di luar sana yang kehilangan pekerjaan dan tidak mampu membeli bekalan asas makanan Lebih menyedihkan lagi apabila ada keluarga yang mengalami kecelakaan anggota badan hingga tidak mampu mer...
5406 Hentikan Perpecahan Kaum Sendiri Kenyataan Akhbar Ppim 16 02 2021

5406 Hentikan Perpecahan Kaum Sendiri Kenyataan Akhbar Ppim 16 02 2021

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 240 hits
Kuala Lumpur 16 Feb Persatuan Pengguna Islam Malaysia mahu kaum Melayu di negara ini mengabaikan cubaan memecahbelahkan mereka Ia amat menyedihkan apabila perpecahan yang berlaku adalah di kalangan kaum Melayu sendiri Ketua Aktivis PPIM Nad...
5390 Sengat Sofi Jikan Pun Tak Mampu Nak Lawan Satria Tv Ppim 10 02 2021

5390 Sengat Sofi Jikan Pun Tak Mampu Nak Lawan Satria Tv Ppim 10 02 2021

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 388 hits
Sofi Jikan datang nak menyengat tapi SATRIA punya sengat lagi kuat Kenapa anda perlu takut dengan ahlong yang datang menindas SATRIA kan ada Kembalikan ketenangan dalam hidup anda daripada ancaman dan penindasan ahlong Nak bebas daripada ah...
5415 Tolong Jangan Selfish Tv Ppim 16 02 2021

5415 Tolong Jangan Selfish Tv Ppim 16 02 2021

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 373 hits
Sanggupkah Anda melihat Kita Terus Dipijak Ditindas Siapa peduli nasib kami Pemaju penipu Mana Hak Kami pengadu Ini lah yang masyarakat kita sedang alami Begitu mudah kita ditindas Begitu mudah maruah kita mereka calarkan Apa nak jadi Hakik...
Metamask Security Warning

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Trump Threatens Additional 50pct Tariffs If China Doesn T Retreat

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Happy Birthday Adik Mijan

Gambar Raya 2025 Di Melaka

Lirik Lagu Kekasih Bayangan Cakra Khan

Growth Mindset In Startups

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Bukan Mahram Yang Tak Boleh Bersalam