Gempak Most Wanted Awards 2023 Kategori Dan Calon
Bagi menghargai dan mengiktiraf bakat-bakat artis dan selebriti tanah air, maka Astro membawakan majlis anugerah Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA23)
Penganjuran GMWA23 pada kali ini menyaksikan pertambahan 3 kategori baharu, menjadikan 9 kategori keseluruhan yang dipertandingkan untuk edisi kali ini.
Latarbelakang
Gempak Most Wanted Awards (GMWA)merupakan acara anugerah yang mencalonkan kandungan-kandungan terhangat pilihan peminat di arus media sosial melalui carta mingguan rancangan hiburan Gempak Most Wanted bagi mengiktiraf personaliti dan bakat digital terkemuka dalam industri hiburan tempatan menerusi platform digital Facebook, Instagram, TikTok, YouTube dan Twitter.
Gempak Most Wanted bermula hanya di laman sesawang Astro Gempak semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020 sehingga 2021 dengan menyenaraikan beberapa kategori sehingga mendapat perhatian Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan peminat dikehendaki mengundi bagi menentukan kemenangan bagi kategori yang dipertandingkan.
Gempak Most Wanted Award merupakan program televisyen serta acara anugerah yang penyertaannya terbuka untuk semua platform atau OTT (over-the-top media), bukan hanya kandungan atau personaliti dari Astro semata-mata.
Secara ringkasnya, GMW satu program berkonsep ‘chart show’ yang unik dan menyeronokkan.
Sesiapa sahaja penonton atau netizen boleh hantar pencalonan yang dirasakan layak kerana trending dan penyertaan tidak kira dari stesen televisyen pesaing asalkan merupakan kandungan yang sohor kini dan viral.
Artikel menarik: Cara Daftar Astro Go Percuma Di Telefon Pintar & Peranti Mudah Alih
Senarai kategori
Berikut merupakan senarai kategori yang dipertandingkan untuk Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA23):
1. Video Muzik Tergempak 2023 – Video muzik rasmi yang memperoleh 1 juta atau lebih tontonan merentasi semua platform digital di dalam tempoh sah.
2. Drama Tergempak 2023 – Drama TV atau siri drama digital yang sohor kini merentasi semua platform digital dan memperoleh sekurang-kurangnya 1 juta tontonan di dalam tempoh sah.
3. Lagu/Audio Tergempak 2023 – Lagu/Audio yang sohor kini kecuali audio siar (podcast) yang memperoleh 1 juta atau lebih tontonan merentasi semua platform digital dan memiliki sekurang-kurangnya 10,000 penggunaan di TikTok di dalam tempoh sah.
4. Video Tergempak 2023 – Video sohor kini merentas semua platform digital yang memperoleh 1 juta atau lebih tontonan dalam tempoh sah.
5. Digital Content Creator (Hiburan) Tergempak 2023 – Personaliti dan individu berbakat yang mencipta kandungan hiburan seperti Komedi, Ulasan/Reaksi bagi Filem/Drama/Lagu, Meme, Sketsa dan memiliki sekurang-kurangnya 100,000 pengikut merentasi semua platform digital di dalam tempoh sah.
6. Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak 2023 – Personaliti dan individu berbakat yang mencipta kandungan Gaya Hidup seperti Fesyen, Masakan/Makanan, Pelancongan, Kecantikan, Teknologi, Automotif dan memiliki sekurang-kurangnya 100,000 pengikut merentasi semua platform digital di dalam tempoh sah.
7. Digital Content Creator (Motivator) Tergempak 2023- Personaliti dan individu berbakat yang menerbitkan kandungan positif atau kerohanian dan memiliki sekurang-kurangnya 100,000 pengikut merentasi semua platform digital di dalam tempoh sah.
8. Gamer Tergempak 2023 – Personaliti dan individu berbakat yang bermain permainan video elektronik dan memiliki sekurang-kurangnya 50,000 pengikut merentasi semua platform digital di dalam tempoh sah.
9. Selebriti Digital Tergempak 2023 – Selebriti hiburan sama ada penyanyi, pelakon, pelawak atau pemain muzik berdasarkan tanda pagar yang sohor kini dan memiliki sekurang-kurangnya 100,000 pengikut merentasi semua platform digital di dalam tempoh sah.
Senarai calon Top 20
Pencalonan Top 20 merupakan kandungan yang dihasilkan oleh pengguna media sosial selama satu tahun, bermula 15 November 2022 hingga 15 November 2023.
Calon-calon ini disenarai pendek berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh pihak penganjur untuk melayakkan kandungan ini ke Carta Mingguan GMW.
Kandungan di dalam carta yang berjaya mengekalkan kedudukan lima teratas di setiap minggu dipilih sebagai calon Top 20, mengikut jumlah mata pada tarikh akhir undian yang ditetapkan.
Berikut merupakan senarai Top 20 bagi setiap kategori yang dipertandingkan dalam Gempak Most Wanted Awards 2023:
KATEGORI 1: Video Muzik Tergempak
Andai Itu Takdirnya – Vanessa Reynauld
Ayuh – Malique, Kmy Kmo, Aman Ra & Ernie Zakri
Bang Jamal – Baby Shima
Budi – Sufian Suhaimi, Kmy Kmo & Luca Sickta
Damelo – DOLLA
Depresi – iamNEETA
Inilah JalanNya – MASDO
Izinkanlah – Tuah Adzmi & Zack Zakwan
Kudrat – Sekumpulan Orang Gila x Naim Daniel
Lantaklah – XONE
Look At This – DOLLA
Malampagi Remix – Saixse X MK K-Clique
Mungkin Aku Tak Penting? – Luqman Podolski (feat. Tish Errda)
Pujaanku – MASDO feat Aisyah Aziz
Rindunya Rindu – Afieq Shazwan
Selagi Ku Ada – Khai Bahar X Nabila Razali
Sengkek (Prod. By SonaOne) – Yonnyboii
Takdir Cinta Kita – Asfan Shah & Erin CTJ
Umpan Jinak Di Air Tenang – Dayang Nurfaizah
Waktu – Hasif Upin & Ziana Zain
KATEGORI 2: Drama Tergempak 2023
Akira Khan – Astro Ria
Aku Yang Kau Sakiti – TV3 Malaysia
Andai Itu Takdirnya – Astro Ria
Budak Hostel Otaknya Sewel – Astro Ria
Bukan Cinta Sempurna – Astro Ria
Bukan Sekadar Lafaz – TV3 Malaysia
Chinta Wrong Direction – Astro Ria
From Saga With Love – Viu Original
Hijrah Jannah – Astro Ria
Imam Instant, Ustazah Scammer – Astro Ria
Kerana Cinta Itu Ada – TV3 Malaysia
Melur Untuk Firdaus 2 – TV3 Malaysia
My Famous Ex-Boyfriend – Astro Ria
Nenek Bongkok Tiga – Viu Original
One Million Dollar Voice – Astro Ria
Perempuan Itu – tonton
Projek High Council – Astro Originals
Rajuk Karina – TV3 Malaysia
Saat Hilang Cintamu – TV3 Malaysia
Scammer Geng Marhaban – Astro Ria
KATEGORI 3: Lagu/Audio Tergempak 2023
“Wei Shila” – @zahidgaf
Ayuh – Malique, Kmy Kmo, Aman Ra & Ernie Zakri
BoboiBoy Galaxy Versi Nasyid – @farihinhalim29
Budi – Kmy Kmo & Luca Sickta ft. Sufian Suhaimi
Hasrat – Amir Jahari
Jangan Mati Rasa Itu – Aina Abdul
Kau Ni Apa? – Upin & Ipin
Langit Yang Sama – Dalia Farhana
Makcik Dodoi – @chemass_kaklong
Makcik Makcik Marhaban – @wahkamisah
Malampagi – Saixse
Menggenggam Bahagia – Sufian Suhaimi
Mungkin Aku Tak Penting – Luqman Podolski
Nak Cepat – Rozyana Roslan
Pergilah Cinta – Danial Kifli
Retak Hatiku – Iera Milpan
Sampai Bila Nak Jadi Munafik – @ermafatimarahmad
Santai – Faizal Tahir
Test Drive – Firdaus Rahmat
Umpan Jinak Di Air Tenang – Dayang Nurfaizah
KATEGORI 4: Video Tergempak 2023
Anak & Ayah Blushing: @gob_ahmad
Anak Muabellaz Menari: @muabellaz
Awal Ashari & Scha Al Yahya Join Trend Tepuk Tangan @awalashaari
Biasa? Biasa Maksudnya?: @bananadibs
BoBoiBoy Merajuk: @boboiboy
DSV Hampir Lemas: @datoserividaofficial
Freestyle Anak-Anak Kudrat: @naimdanielx
Healing Dalam Tasik: @orochi01._
Kena Marah Dengan Ayam: @jemblenggg
Kesian Girlfriend Lapar: @mikhailimaan
Mak Nyanyi Lagi Kpop: @wawannakkurus
Nak Makan Tapi Kena Patuk Dengan Ayam: @davidvidz3
No Text I Understand: @lokoih_
Nyanyi Dengan K-Clique Dalam Lift: @roystoremy2
Parodi Abang Tesla: @reenrahimmy
POV Ex Aizat Saha Tak Boleh Move On: @aiztsaha
Remake MV Berdua Bersatu Forteen: @fariqmacfly
Tak Nak Langgar Jodoh: @syarifahfissa
Trend Healing Tak Jadi: @mochanaer
Zeppo At Body Rock 2023: @zeppoyoungsterz
KATEGORI 5: Digital Content Creator (Hiburan) Tergempak 2023
Ain Ramli: @theainramli
Aya Amiruddin: @freakayaisfreak
Ayie Mat Piah: @ayie.piah
Faisal Suhaimi: @faisal.suhaimii
Farihi Narnia: @farihinarnia
Foreppppp: @foreppppp
Ijat Haikal: @_ijathaikal
Ikhmal Nour: @ikhmaln0ur
Izhaikal: @izhyekal
Linda Said: @wanitabermisai
Mira Rosli: @mrarsli_
Nayiiem: @nayiiem
Pinn Yang: @yang
Rahman Chea: @rahmanchea
Ryan Bakery: @ryanbakery
Syerrasun: @syerrasun
Two Sided: @two_sided8
Ubaimz: @ubaimz
Wan Chai: @wanchai_31
Zachary Chiah: @zacharychiah
KATEGORI 6: Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak 2023
Afiq Rahim: @mrafiqrahim93
Amin & Abid Othman: @aminxabid
Auntie Purple: @auntiepurple248
Boss James: @bossjames_oe
Che Nom: @chenom_tiktok
Cikgu Faiz: @cikgufaiz_official
Dahlia Rizal: @indomie.d
Fendy Mojo: @fendymojo
Iman Rashid: @imanmulamemasak
Jenul Masak: @zainulrusydi
Jiela: @fhazilanasir
Kim Seri Eina: @kimseri_eina
Nelysa Norazlan: @nelysa_norazlan
Ozzie Manan: @ozziemanan
Qisthena: @qstnaadi
Sofea Shra: @sofeashra
Syamimia: @syamimia_
UmeCikin: @umeazhar
Dekam San: @dekamsan
Marbitter: @marbitter
KATEGORI 7: Digital Content Creator (Motivator) Tergempak 2023
Aminahtul Mardiah: @aminahtulmardiah
Cikgu Saffuan: @cikgusaffuan
Dr. Malar Santhi: @drmalarss
Dr. Say Shazril: @say_shazril
Dr. Syed Aliff Fauzan: @drsyedaliffauzan
Dr. Zamir Mohyedin: @zamirmohyedin
Fathi Hussein: @mathsanova
Fatin Nabila: @fatinnabila1
Furqan Fawwaz: @furqanfawwaz
Hanif Loid: @hanifloid
Iqbal Ahyar: @iqbalahyar
Kevin Zahri: @kevinzahri
Mashy: @n.mashyaircond
Muhammad Noor: @dodosentoso
Qawiyaro: @qawiyaro
Reina Lum: @reinalum
Tun Laila: @yarafaee
Ustaz Adnin Roslan: @adninroslan
Uzairi Taib: @uzairitaib
Zhiddin Aziz: @zhiddinaziz
KATEGORI 8: Gamer Tergempak 2023
Adibah Humairah
Akif Iskandar
Ayam Kahau
Cikgu Misai
Drah_Eyra
FanCFfreakz
Fattahzie
Fluffiiee
Heysyanel
Inaoki
Intan Serah
Kambing Golek
Kiddo’Bae
Man Parang
Moon
Naeem
Pok Ro Gaming
Raa Suzuran
Tya Edros
XK Penjahat
KATEGORI 9: Selebriti Digital Tergempak 2023
Adira Suhaimi
Aedy Ashraf
Aeril Zafrel
Alif Satar
Amelia Henderson
Amir Ahnaf
Amir Masdi
Anna Jobling
Bell Ngasri
Beto Kusyairy
Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Elly Mazlein
Meerqeen
Mierul Aiman
MK K-Clique
Nadhir Nasar
Shiera Ijoy
Shukri Yahaya
Siti Khadijah Halim
Zizan Razak
Cara Undi GMWA23
Undian bagi pemilihan calon Top 5 pula boleh dilakukan di laman rasmi GMW bermula 30 November, jam 8.00 pagi sehingga 30 Disember 2023, jam 11.59 malam.
Undian terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan warganegara asing yang menetap di Malaysia.
Anda boleh mengundi calon-calon yang disenaraikan di atas melalui laman web rasmi GMWA23 di alamat https://voting.astro.com.my/gempak-most-wanted-awards-2023
Pemenang utama di setiap kategori akan diumumkan pada acara kemuncak GMWA 2023 pada Februari tahun depan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/gempak-most-wanted-awards/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=gempak-most-wanted-awards