Malakoff Amazing Hunt 2023 My Jejak Rasa Juara Kategori Media
Malakoff Amazing Hunt 2023 : My Jejak Rasa Juara Kategori Media | Assalamualaikum semua.. Sabtu lepas bersamaan dengan 16 Disember 2023, sis dan juga Team My Jejak Rasa telah menyertai satu pertandingan ala-ala macam Amazing Race tu tapi yang ni anjuran Malakoff Corporation Berhad iaitu Malakoff Amazing Race 2023. Ini pertama kali sis join under team My Jejak Rasa, so jom sis kongsikan pengalaman kami sepanjang Malakoff Amazing Hunt 2023 ni berlangsung
Untuk pengetahuan korang, penganjuran Malakoff Amazing Hunt 2023 ini adalah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan media, pihak berkepentingan dan juga kakitangan tentang penjenamaan semula Malakoff yang meliputi identiti jenama baharu Malakoff, tonggak perniagaan dan hala tuju perniagaan strategik ke arah ekonomi yang lebih mampan dan masa depan yang lebih hijau. Selain tu, melalui program begini dapat juga Memupuk dan mengekalkan hubungan baik dengan peserta melalui acara tidak formal, program yang mendebarkan, dan bermaklumat
Konsep program ini adalah berasaskan cabaran mencari kereta, bermula dari Plaza Sentral (Pejabat Ibu Pejabat Malakoff – flagoff) dan berakhir di Putrajaya untuk majlis penutup dan penyampaian hadiah. So untuk team My Jejak Rasa (sis, Moka, Momi dan Kak Min), kami berkumpul di Plaza Sentral seawal 7.00 pagi. Seramai 100 orang peserta mengambil bahagian dan dibahagi kepada 25 kumpulan di mana setiap kumpulan ada 4 orang. Daripada 25 kumpulan tersebut, terbahagi pula kepada 3 kumpulan iaitu :
o Media - 5 teamso Stakeholders of Malakoff Corporation Berhad and Alam Flora Sdn Bhd, asubsidiary of Malakoff Group - 12 teamso Staff from Malakoff Corporation Berhad and Alam Flora Sdn Bhd - 8 teams
Memandangkan kami antara yang terawal daftar maka kami dapat team No.2. Maknanya 2nd car untuk flag off. hehe, depan kan. Selain tu, di sini juga kami diberi taklimat, baju, beg dan yang paling penting adalah soalan. Fuh, berdebar ye bila dapat soalan tu tapi kami tak boleh buka lagi sehingga flag-off. Lebih kurang dalam pukul 8.00am, kami pun dilepaskan untuk ke next destinasi iaitu di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi bagi misi mencari jawapan.
Masa dalam perjalanan, sis bertindak sebagai pilot a.k.a driver so sis perlu fokus pada pemanduan ke destinasi seterusnya. Moka, Momi dan Kak Min pula membuka, membaca dan mencari jawapan kepada soalan. Ada beberapa elemen yang perlu kami completekan termasuk soalan, mengambil gambar dan juga mencari harta karun untuk dapat markah penuh
Sampai je di lokasi berikutnya kami tengok dah ada peserta lain yang dah sampai. Uish laju juga mereka ni drive. So, apa lagi.. Masing-masing meliar la mata memerhati ke arah signboard untuk mencari jawapan. Lebih kurang sejam gitu kami dah dapat jawapan tapi ada 1 soalan tu agak confuse jawapan dia tapi kami decide untuk tak mau buang masa dan teruskan ke next destinasi iaitu ke Cyberjaya
Sampai je Cyberjaya, kami nampak ada mini market. Ahaaa, teringat yang kami perlu membeli barang untuk jawapan Set A iaitu Mi Segera Numee dan Biskut Nabati. Jadi, Kak Min turun untuk membeli dan yang lain terus mencari jawapan. Tapi kan dek kerana Moka ni dah biasa masuk Treasure Hunt, cepat je dia dapat tangkap jawapan. Tak sampai 10 minit dah siap. Apa lagi, terus pick up Kak Min. Malangnya barang yang dicari tiada stok. Adessss.
Tanpa berlengah, kami meneruskan perjalanan untuk misi seterusnya iaitu mengambil gambar di 2 check point iaitu di Anjung Floria dan juga Tangga Putrajaya. Sampai je ke lokasi terus kami settlekan kedua-dua misi ni dan upload gambar ke media social dan juga Whatsapp. Sepatutnya kami dah boleh ke lokasi terakhir tapi disebabkan masih belum dapat Mi Segera Numee dan Biskut Nabati maka kami pusing-pusing sekitar Putrajaya mencari mini market
Part ni la paling mencabar bagi kumpulan kami apabila stok Mi Segera Numee tiada. Nasib baik Biskut Nabati dah jumpa di Mydin Putrajaya. Adesss.. mana nak cari ni. Pusing punya pusing, akhirnya yang dicari-cari dapat juga iaitu di Pasaraya Big Bazaar. Yippieee, dah boleh ke Last Check Point iaitu di Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS), Putrajaya
Di Last Check Point ni kami perlu menyelesaikan tugasan terakhir, menjual barangan terpakai serta menghantar jawapan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan lega rasanya. Fuhhh.. sekarang hanya perlu tunggu keputusan je la.. hehe
Untuk Acara Penutup dan Penyampaian Hadiah Malakoff Amazing Hunt 2023 , majlis ini diadakan di SUNSET Glashaus, Marina Putrajaya. Memandangkan masa tu dah pukul 12.30 tgh hari, kami menjamu selera dahulu sementara menunggu keputusan.
Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu tiba. Team My Jejak Rasa dinobatkan Champion (Juara) untuk Kategori Media. Yayyy.. Alhamdulillah, tak sangka boleh menang sebab masa sessi reveal jawapan ada kumpulan yang betul semua. Apapun Tahniah juga kepada semua team lain dan Terima kasih kepada pihak Malakoff Amazing Hunt 2023. Moga ada lagi program sebegini akan datang. Boleh kami join lagi.. hehe.
Mengenai Malakoff Corporation Berhad
Sebuah syarikat penjanaan tenaga multinasional dan penyelesaian alam sekitar yang dipacu lestari, Malakoff komited untuk meningkatkan kehidupan dan memperkayakan komuniti. Ia adalah yang terbesar di Malaysia Penjana Tenaga Bebas (“IPP”) dengan kapasiti penjanaan 6,953 MW melalui loji haba di Malaysia dan kapasiti penjanaan 151 MW dalam Tenaga Boleh Diperbaharui
Menerusi anak syarikatnya, Alam Flora Sdn Bhd, Malakoff juga merupakan antara yang terkemuka di negara ini syarikat perkhidmatan alam sekitar, menguruskan jumlah sisa sebanyak 5,748 tan sehari. Malakoff telah mewujudkan jejak antarabangsa bagi penyelesaian inovatif, terutamanya melaluinya penjanaan kuasa dan usaha penyahgaraman air di Arab Saudi, Bahrain dan Oman.
Kini dalam peringkat transformasi seterusnya, Malakoff sedang memacu perubahan untuk merealisasikan hasrat Negara cita-cita berkecuali karbon dan ekonomi bulat melalui tiga entiti terasnya; Penyelesaian Malakoff Green untuk boleh diperbaharui melalui solar, hidro kecil, biogas, biojisim dan infrastruktur mobiliti bebas karbon; Penyelesaian Alam Sekitar Malakoff untuk sisa pepejal pengurusan dan pembersihan awam, pembersihan infrastruktur dan penyelesaian sisa, bersepadu pengurusan kemudahan, kitar semula, penyelesaian marin dan sisa berbahaya, penyahgaraman air dan projek Sisa kepada Tenaga; dan Malakoff Energy untuk aset penjanaan kuasa haba, operasi dan penyelenggaraan, pengagihan elektrik dan sistem penyejukan daerah.
Dalam mengejar dunia yang lebih bersih dan hijau, Malakoff berdedikasi untuk memupuk kerjasama, perkongsian pengetahuan, dan memanfaatkan kepakaran kolektif untuk mencipta lebih banyak lagi masa depan yang mampan dan berdaya tahan untuk semua.
Untuk maklumat lanjut tentang Malakoff, sila lawati www.malakoff.com.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.dikbee.com/2023/12/malakoff-amazing-hunt-2023-my-jejak.html