Gempa Bumi Pakar Seru Pemetaan Semula Sesar Tingkatkan Kesiapsiagaan Negara


Gempa Bumi: Pakar Seru Pemetaan Semula Sesar, Tingkatkan Kesiapsiagaan Negara
JOHOR BAHRU, 29 Ogos (Bernama) — Beberapa siri gempa bumi lemah yang melanda Johor sejak Ahad lepas mencetuskan keperluan mendesak untuk mempergiat usaha pemetaan semula dan pemantauan terhadap sesar aktif serta sesar purba di Semenanjung.
Penyelaras Program Pengurusan Bencana dan Pensyarah Kanan di ELMU University Dr Rabieahtul Abu Bakar berkata antara kawasan yang wajar diberi perhatian ialah Sesar Mersing, selain beberapa sesar purba seperti Bukit Tinggi, Bentong-Raub dan Kenyir.
Beliau berkata kajian menyeluruh terhadap sesar-sesar ini perlu melibatkan penggunaan teknologi terkini termasuk pemetaan 3D serta zonasi mikroseismik bagi mengenal pasti tahap risiko sebenar di kawasan berkenaan.
“Rangkaian seismometer berkepekatan tinggi serta teknologi GNSS (Global Navigation Satellite System) dan InSAR (Interferometric Synthetic Aperture Radar) perlu digunakan bagi mengesan deformasi mikro pada kerak bumi, terutamanya dalam konteks mikrozonasi kawasan bandar seperti yang disarankan oleh pakar seismik.
“Selain itu, peta bahaya seismik negara dan parameter reka bentuk struktur bangunan perlu dikemas kini. Nilai aksi hantaran puncak (PGA), misalnya harus dikemas kini berdasarkan data kejadian Segamat 2025,” katanya kepada Bernama hari ini.
Selain itu, Rabieahtul berkata reka bentuk struktur pula mesti mematuhi Eurocode 8 (MS EN 1998) versi Malaysia yang mula diguna pakai secara meluas selepas insiden Ranau pada 2015.
“Audit struktur kritikal juga perlu dilaksanakan, khususnya ke atas sekolah, hospital, masjid dan jambatan. Sekiranya perlu, kerja-kerja pengukuhan atau retrofitting harus dilakukan. Kerjasama bersepadu antara Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Kerja Raya dan pihak berkuasa tempatan amat penting untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan.
“Sistem amaran awal berasaskan siaran percuma perlu dibangunkan, termasuk pemasangan siren di lokasi berpotensi gempa berdasarkan pemetaan kesesuaian geospatial serta sistem notifikasi pantas yang mampu memberi amaran awal secara berkesan kepada masyarakat,” katanya.
Rabieahtul turut memetik data daripada Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pengurangan Risiko Bencana (UNDRR) yang menunjukkan bahawa setiap pelaburan sebanyak USD1 dalam pengurangan risiko dan kesiapsiagaan bencana mampu menjimatkan sehingga USD15 dalam kos pemulihan pascabencana.
Beliau turut menyeru agar Malaysia bergerak ke arah menjadi negara yang bersiap siaga secara proaktif dan tidak reaktif dengan memastikan kesiapsiagaan bermula daripada sekarang sebelum sesuatu bencana berlaku.
Beliau berkata ibu bapa digalakkan mengenal pasti tempat evakuasi terdekat serta menasihati anak-anak mengenai langkah keselamatan seperti menutup kepala dengan helmet atau buku keras, mengelakkan penggunaan lif dan membawa kit kecemasan yang telah disediakan jika perlu evakuasi dari rumah.
“Guru dan sekolah pula disarankan memberi pendidikan kesiapsiagaan bencana dan latihan evakuasi yang berkesan, manakala anak-anak perlu diberi kesedaran agar tidak menunggu ibu bapa untuk bertindak ketika gegaran, sebaliknya segera ke kawasan lapang demi keselamatan.
“Paling mustahak adalah rakyat perlu fahami langkah keselamatan Drop, Cover, Hold On seperti turun, sembunyi bawah meja kukuh, pegang hingga gegaran berhenti, keluarkan diri dengan tenang selepas gegaran, jangan guna lif serta elak kawasan retak seperti dinding dan siling,” katanya.
Terdahulu, gempa bumi lemah dengan magnitud 3.4 pada skala Richter dikesan berlaku di Segamat awal pagi ini, menjadikannya kejadian keempat direkodkan di daerah itu sepanjang minggu ini.
Sebelum ini, Segamat merekodkan tiga kejadian gempa bumi lemah masing-masing pada 24, 27 dan 28 Ogos dengan magnitud antara 2.5 hingga 4.1.
Sumber: BERNAMA
The post Gempa Bumi: Pakar Seru Pemetaan Semula Sesar, Tingkatkan Kesiapsiagaan Negara appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/29/gempa-bumi-pakar-seru-pemetaan-semula-sesar-tingkatkan-kesiapsiagaan-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gempa Bumi Apa Itu Sesar Jenis Jenisnya

Gempa Bumi Apa Itu Sesar Jenis Jenisnya

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 1716 hits
Gempa Bumi Apa Itu Sesar Jenis Jenisnya Sejak kebelakangan ini negara digemparkan dengan beberapa siri gempa bumi lemah yang berlaku di Segamat Johor Meskipun tiada sebarang laporan kemalangan jiwa dilaporkan musibah yang menimpa ini menimb...
Gempa Segamat Bukti Fenomena Pengaktifan Semula Sesar Kuno Masih Berlaku Jmg

Gempa Segamat Bukti Fenomena Pengaktifan Semula Sesar Kuno Masih Berlaku Jmg

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 638 hits
Gempa Segamat Bukti Fenomena Pengaktifan Semula Sesar Kuno Masih Berlaku JMG JOHOR BAHRU 25 Ogos Kejadian gempa bumi di Segamat semalam mengingatkan bahawa kerak benua di Semenanjung Malaysia masih menyimpan tegasan tektonik yang boleh dile...
Gempa Bumi Segamat Kerajaan Negeri Johor Saran Masjid Surau Anjur Solat Hajat

Gempa Bumi Segamat Kerajaan Negeri Johor Saran Masjid Surau Anjur Solat Hajat

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 6936 hits
JOHOR BAHRU Kerajaan Johor menyarankan semua masjid dan surau di negeri ini menganjurkan majlis doa selamat serta solat hajat berikutan kejadian gempa bumi kecil yang melanda Segamat pagi tadi Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam ne...
Gempa Bumi Lemah Gegar Segamat Tiga Laporan Polis Diterima

Gempa Bumi Lemah Gegar Segamat Tiga Laporan Polis Diterima

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 2048 hits
SEGAMAT Tiga laporan polis diterima susulan gegaran gempa bumi lemah yang melanda daerah ini awal pagi tadi Ketua Polis Daerah Segamat Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata laporan berkenaan membabitkan kerosakan siling surau retakan s...
Gegaran Gempa Bumi Lemah Dikesan Di Johor Malaysia

Gegaran Gempa Bumi Lemah Dikesan Di Johor Malaysia

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 1693 hits
Gegaran Gempa Bumi Lemah Dikesan Di Johor Malaysia Satu gempa bumi lemah telah dilaporkan berlaku di Johor Malaysia pada jam 6 13 pagi hari ini Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 2 5 Utara dan 102 8 Timur dengan magnitud 4 1 pada skal...
Gempa Bumi Petronas Sahkan Tiada Kesan Ke Atas Operasi Paip Gas

Gempa Bumi Petronas Sahkan Tiada Kesan Ke Atas Operasi Paip Gas

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 728 hits
Tiada sebarang kelainan atau gangguan dikesan susulan gegaran gempa bumi lemah bermagnitud 4 1 di Segamat Petronas Gas Bhd aktif berkomunikasi dengan PBT dan MetMalaysia bagi mendapatkan maklumat secara berterusan susulan gegaran di Segamat...
Gempa Bumi Sederhana Landa Utara Laut Maluku

Gempa Bumi Sederhana Landa Utara Laut Maluku

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 437 hits
Gempa Bumi Sederhana Landa Utara Laut Maluku Gempa bumi sederhana telah dilaporkan berlaku di Utara Laut Maluku pada jam 11 03 malam sebentar tadi Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 2 2 Utara dan 127 1 Timur dengan magnitud 5 2 pada s...
Sultan Pahang Seru Rakyat Negeri Ini Agar Tampil Jadi Pelopor Hidupkan Semula Roh Pengunaan Tulisan Jawi

Sultan Pahang Seru Rakyat Negeri Ini Agar Tampil Jadi Pelopor Hidupkan Semula Roh Pengunaan Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 2571 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menyeru rakyat agar tampil sebagai pelopor dalam menghidupkan semula roh dan penggunaan tulisan Jawi Baginda percaya memelihara tulisan Jawi bukan sekadar amanah s...
Jabatan Peguam Negara Sebanyak 70 Saksi Termasuk Pakar Patologi Akan Beri Keterangan Inkues Kematian Zara

Jabatan Peguam Negara Sebanyak 70 Saksi Termasuk Pakar Patologi Akan Beri Keterangan Inkues Kematian Zara

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 3051 hits
KUALA LUMPUR Sebanyak 70 orang saksi termasuk pakar patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas jenazah pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir akan dipanggil untuk memberi keterangan pada prosiding inkues berhubung kematian remaja ...
Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

China Eastern Airlines Cipta Rekod Penerbangan Komersial Paling Jauh Dunia


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Selasa Dak Jasmine

Lirik Lagu Terang Bulan Zamzuriah Zahari

Siapakah Ahmed Al Ahmed Wira Yang Menyelamatkan Nyawa Dalam Serangan Tembakan Sydney

Sambal Bawang Homemade Paling Sedap Padu Resipi Viral Buka Selera

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Parti Keadilan Rakyat Temerloh Bantah Tuntutan Dikemukakan Penasihat Dap Kepada Kerajaan Berkaitan Pengiktirafan Uec