Sultan Pahang Seru Rakyat Negeri Ini Agar Tampil Jadi Pelopor Hidupkan Semula Roh Pengunaan Tulisan Jawi




KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat agar tampil sebagai pelopor dalam menghidupkan semula roh dan penggunaan tulisan Jawi.
Baginda percaya memelihara tulisan Jawi bukan sekadar amanah sekolah atau institusi agama semata-mata tetapi tanggungjawab bersama seluruh lapisan masyarakat.
"Tulisan Jawi adalah nadi dan wajah sebenar identiti bangsa Melayu, andai ia pupus daripada kehidupan kita, maka seakan-akan hilanglah sebahagian daripada roh dan jiwa bangsa ini.
"Biarlah ia tidak sekadar menjadi khazanah usang yang terperap di muzium tetapi terus berdenyut sebagai nadi kehidupan, dari desa terpencil hingga ke kota raya, dari urusan pentadbiran hingga ke hamparan maya tanpa batas," titah baginda pada Majlis Perasmian Penutup Konvensyen Antarabangsa Jawi dan Warisan Melayu 2025 di sini pada Selasa.
Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.
Pada majlis itu, Sultan Pahang berkenan melancarkan buku "Mahir Jawi: Panduan Komprehensif Untuk Semua Peringkat" yang dihasilkan Munsyi Dewan Jawi daripada Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS).
Al-Sultan Abdullah bertitah baginda turut menyedari bahawa dalam arus kemodenan, tulisan Jawi berdepan cabaran besar apabila tulisan itu kurang digunakan dalam kehidupan seharian, terpinggir dalam komunikasi rasmi dan semakin jauh daripada generasi muda.
Sehubungan itu, bagi memperkasakan tulisan Jawi, baginda menyarankan beberapa langkah yang boleh dilaksanakan termasuk memanfaatkan teknologi digital dengan mewujudkan aplikasi dan platform media sosial berasaskan Jawi agar ia segar dalam jiwa anak muda.
Baginda bertitah pihak berkuasa tempatan juga perlu menyeragamkan penulisan Jawi di premis perniagaan dan tempat pelancongan di Pahang selain usaha melahirkan lebih ramai pakar Jawi menerusi kursus intensif secara konsisten serta mempertingkatkan penyelidikan berkaitan manuskrip Melayu bertulisan Jawi.
Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah menasihatkan agar pemakaian baju Melayu terus dijadikan amalan.
"Bukan salah pakai jubah, tetapi jangan lupa pakai baju Melayu. Saya juga nak maklumkan, Majlis Kesultanan Pahang akan berusaha untuk menukar sikit corak pakaian di istiadat atau upacara di istana dengan pemakaian tanjak," titah baginda.
Seramai 200 peserta termasuk pembentang dari Jepun, Singapura dan Brunei terlibat dalam konvensyen dua hari bermula semalam itu yang antara lain bertujuan menyemarakkan budaya perkongsian ilmu dan pengalaman memfokuskan pada tulisan Jawi, khat, pengajian bahasa Melayu dan manuskrip. #AstroAwani
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/08/sultan-pahang-seru-rakyat-negeri-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Pahang Titah Agar Semua Masjid Surau Seluruh Negeri Buat Solat Hajat Demi Keadilan Zara Qairina

Sultan Pahang Titah Agar Semua Masjid Surau Seluruh Negeri Buat Solat Hajat Demi Keadilan Zara Qairina

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 855 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah agar semua masjid dan surau di negeri ini melaksanakan solat hajat khas Kesultanan Pahang melalui kenyataan di Facebook memaklumkan solat hajat itu diadak...
Farhan Penstrukturan Semula Majlis Pimpinan Negeri Pkr Pahang Perkukuhkan Kepimpinan Negeri

Farhan Penstrukturan Semula Majlis Pimpinan Negeri Pkr Pahang Perkukuhkan Kepimpinan Negeri

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 789 hits
KUANTAN Parti Keadilan Rakyat Pahang telah melaksanakan penstrukturan semula Majlis Pimpinan Negeri menerusi mesyuarat yang diadakan pada Jumaat sebagai langkah memperkukuh barisan kepimpinan parti di negeri ini Pengerusi MPN PKR Pahang Dat...
Kerajaan Pahang Rancang 145 Projek Pr1ma Bantu Rakyat Miliki Rumah Mampu Milik Selesa Dan Berkualiti

Kerajaan Pahang Rancang 145 Projek Pr1ma Bantu Rakyat Miliki Rumah Mampu Milik Selesa Dan Berkualiti

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 472 hits
KUANTAN Sebanyak 145 projek Program Perumahan Rakyat 1Malaysia Pahang dirancang sehingga kini antara lain bagi menyediakan perumahan mampu milik yang selesa dan berkualiti kepada rakyat negeri ini kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan...
Blog Terkini Memerlukan Masa Terluang Agar Blog Tampil Kualiti Terima Kasih Adsends

Blog Terkini Memerlukan Masa Terluang Agar Blog Tampil Kualiti Terima Kasih Adsends

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 1280 hits
Harus fokus apabila kemaskinikan blog kesayangan anda Jumaat 22 08 Blog kemas kini lagi tetapi agak lama zahirkan idea atau publishkan catatan dan gambar hiasi blog kali ini Bukan ketiadaan ruang dan masa tetapi agak banyak masa melihat ber...
Wan Rosdy Pahang Berpotensi Untuk Muncul Sebagai Negeri Pengeluar Lembu Wagyu Terbesar Di Malaysia

Wan Rosdy Pahang Berpotensi Untuk Muncul Sebagai Negeri Pengeluar Lembu Wagyu Terbesar Di Malaysia

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 437 hits
RAUB Pahang berpotensi muncul sebagai negeri pengeluar lembu wagyu terbesar di Malaysia selepas projek ternakan baka premium itu di Bukit Kajang Raub menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah ternakan kini mencecah 300 ekor Menteri Bes...
Perancangan Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang 2025 2030 Perlu Di Bahaskan Di Sidang Dun

Perancangan Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang 2025 2030 Perlu Di Bahaskan Di Sidang Dun

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 645 hits
KUANTAN Perancangan Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang 2025 2030 perlu dibentangkan dan dibahaskan secara menyeluruh di Dewan Undangan Negeri agar ahli dewan memahami hala tuju ekonomi negeri selari dengan Rancangan Malaysia Ke 13 Timbalan P...
Program Air Percuma Pemuda Pas Sambut Baik Langkah Kerajaan Negeri Pahang Ikut Jejak Terengganu

Program Air Percuma Pemuda Pas Sambut Baik Langkah Kerajaan Negeri Pahang Ikut Jejak Terengganu

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 417 hits
KUANTAN Dewan Pemuda PAS Pahang menyambut baik langkah Kerajaan Negeri Pahang menjenamakan semula Rebat Air Makmur kepada Program Air Percuma Pahang 1st yang menawarkan 20 meter padu air percuma kepada pengguna yang layak Ketua Pemuda PAS P...
Madani Rakyat Negeri Sembilan

Madani Rakyat Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 931 hits
Hari ini di Nilai Negeri Sembilan saya tegaskan bahawa transformasi digital dan kecerdasan buatan mesti menjadi wahana yang memperkukuh tahap khidmat kita kepada rakyat mengangkat produktiviti dan memperluas pendedahan rakyat kepada dunia d...
Umno Tampil Politik Bengkeng Menjauhkan Rakyat Dari Parti Itu

Umno Tampil Politik Bengkeng Menjauhkan Rakyat Dari Parti Itu

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 717 hits
Jogho MalayaISU BENDERA TERBALIK UMNO Tampil Politik Bengkeng Tak Bertempat rugi dimata masyarakat Saya tersangat pelik dan jelik setiap kali ada isu bendera tersalah pasang terbalik pemuda UMNO mengamuk seolah olah negara diserang kuasa as...
Tentera Israel Pintas Kapal Bantuan Global Sumud Flotilla Peserta Malaysia Antara Ditahan

K1gt 12 K1gt Top 52 By Selena

Half Its Cabinet Will Be Wiped Out If Malaysia Emulates China To Send Corrupt Ministers To Face Firing Squad

Sheraton Johor Bahru Opens A New Luxury Landmark For Families Foodies Weekend Getaways

Zra Kongsi Tawaran Diberikan Tentera Isra L Ketika Pintas Kapal Mengaku Salah Atau Dibicarakan Amp Dilokap

Tiga Kapal Global Sumud Flotilla Diculik Disabotaj Tentera Laut Israel

Star Expected To Quit Grs After Seat Sharing Dispute

Malaysia Retains Tier 2 Ranking In Us Human Trafficking Report


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Asia S Brightest Young Builders Crowned At Legoland School Challenge 2025

Kewujudan Zionis Kecil Di Malaysia Bawa Agenda Subversif Dan Semai Api Kebencian Perlu Dibanteras Unit Risikan Malaysia

Hunter Nabbed In Bangkok Says Thai Cops Don T Know Why They Were Arresting Him

Kotak Packaging Produk Fesyen Cara Buat Jenama Anda Lebih Menonjol

Adm789 22 December Adm789 Top 22 By Brianna

Babet55 14 Babet55 Top 85 By Aiden