Gelombang Haba Empat Negeri Dalam Status Berjaga Jaga


SHAH ALAM – Status gelombang haba di Semenanjung Malaysia dilaporkan berada pada tahap satu
dengan suhu mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius.
Berdasarkan kemas kini Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) setakat jam 4.45 petang semalam,
empat negeri meliputi lapan kawasan berada pada Tahap Satu iaitu BERJAGA-JAGA.
GELOMBANG HABA : 4 NEGERI STATUS BERJAGA-JAGA Kawasan disenaraikan ialah Chuping di Perlis; Kota Setar, Pendang, Baling dan Sik (Kedah); Batang Padang dan Hulu Perak di Perak serta Kuala Krai (Kelantan).
Gelombang haba tersebut dijangka berlarutan selama TIga hari berturut-turut.
FOTO : Status gelombang haba Semenanjung Malaysia setakat jam 4.45 petang semalam (14 Mac 2019). Bagaimanapun, kawasan Kuala Kangsar (Perak) dan Gua Musang serta Jeli (Kelantan); termasuk Maran, Jerantut,Raub, Temerloh dan Bentong (Pahang) yang berada pada TAHAP 1 kelmarin, mencatatkan penurunan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celsius.
Sementara itu, Sabah dan Sarawak pula juga mencatatkan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celsius.
NASIHAT BUAT ORANG RAMAI KHUSUS KAWASAN TERLIBAT Orang ramai perlu mematuhi langkah-langkah yang perlu diambil dengan memantau aktiviti yang boleh mendedahkan diri kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas.
“Semua aktiviti luar di kawasan yang terlibat dengan cuaca panas dan kering perlu ditangguhkan sehingga dimaklumkan keadaan telah pulih
ELAKKAN AKTIVITI LUAR Pakar Kesihatan berkata, suhu panas yang mencecah sehingga 36 darjah Celsius akan memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia.
Dalam cuaca panas dan kering seperti sekarang, semua orang dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar.

Elak mendedahkan diri kepada cahaya matahari keterlaluan yang boleh menyebabkan strok haba.
Bagi kaki bersenam, pilih waktu lebih sejuk seperti awal pagi atau malam untuk melakukan aktiviti kecergasan.
PASTIKAN BEKALAN AIR BERSIH MENCUKUPI Selain itu, bekalan air minuman bersih perlu mencukupi dan jika di sekolah, pihak sekolah perlu menggalakkan murid membawa air minuman dan membekalkan air kepada murid di asrama sekiranya kekurangan bekalan.
AKIBAT DAN KESAN SAMPINGAN? Terdedah kepada sinaran matahari terik dan gelombang haba berterusan (lebih 40 darjah Celsius) boleh memberi kejutan kepada tubuh sehingga menyebabkan kegagalan pengawalan mekanisme penyejukan semula jadi tubuh.
Keadaan itu menyebabkan tubuh memberi reaksi tertentu termasuk pening, pitam diiringi muntah dan sebagainya yang merujuk ia sebagai serangan STROK HABA.
Selain cuaca panas terik, individu yang tidak sedar badannya kekurangan air sangat berisiko untuk mengalami strok haba.

Andainya berlarutan, ia boleh mendatangkan risiko tinggi bagi kanak-kanak dan bayi, warga emas, pesakit kr0nik serta individu yang sakit sehingga memberi ancaman komplikasi lebih serius seperti kerosakan organ dalaman seperti buah pinggang, hati, pembuluh darah dan kem atian.
Orang dewasa berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding golongan muda.
Dalam cuaca panas ini jugalah ibu bapa perlu memantau pergerakan anak-anak.
Leka bermain menyebabkan kanak-kanak tidak menghiraukan cuaca panas sedangkan mereka yang berumur lima tahun ke bawah lebih berisiko tinggi untuk mengalami strok haba.
Semoga kita semua peka dan mulakan langkah berjaga-jaga
The post GELOMBANG HABA : Empat Negeri Dalam Status Berjaga-Jaga appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/gelombang-haba-empat-negeri-dalam-status-berjaga-jaga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gelombang Haba Kini 31 Kawasan Sudah Mencecah Suhu Paras Berjaga Jaga

Gelombang Haba Kini 31 Kawasan Sudah Mencecah Suhu Paras Berjaga Jaga

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 838 hits
KUALA LUMPUR Terbaru Sebanyak 31 kawasan di Semenanjung dilaporkan berada pada paras berjaga jaga atau Tahap 1 dengan suhu mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celcius berbanding 23 kawasan semalam Berdasarkan kemas kini Jabatan Meterologi M...
Kerajaan Campuran Pas Umno Di Empat Buah Negeri Perak Kedah Dalam Pemerhatian Viralhancing

Kerajaan Campuran Pas Umno Di Empat Buah Negeri Perak Kedah Dalam Pemerhatian Viralhancing

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 632 hits
JASIN UMNO bercadang untuk mewujudkan kerajaan campuran di empat negeri yang ditadbir Barisan Nasional dan PAS ketika ini Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan berkata cadangan itu sudah dikemukakan kepada PAS baru baru dan masih pa...
Lebihnya Kepada Berjaga Jaga

Lebihnya Kepada Berjaga Jaga

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 263 hits
Assalammualaikum wbtLEBIHNYA KEPADA BERJAGA JAGA Terlampau berani pun ada buruknya Terlampau takut pun ada kesannya Tengah tengahnya adalah sederhana Sederhana yang berani dan takut ketika perlu dan pada tempatnya Lagi satu Jangan kutuk ora...
Gelombang Haba

Gelombang Haba

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 555 hits
Gelombang HabaKULIM kini termasuk dalam kawasan yang didalam ketegori 1 Berjaga jaga iaitu suhu dicatat mencecah 35c 37c selama 3 hari berturut turut Jadi pastikan jangan berada di kawasan terbuka untuk elakkan strok haba Sumber FB Malaysia...
Kerajaan Penyatuan Ummah Umno Pas Di Empat Negeri Tok Mat

Kerajaan Penyatuan Ummah Umno Pas Di Empat Negeri Tok Mat

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 394 hits
UMNO berhasrat mewujudkan kerajaan campuran dikenali sebagai kerajaan Penyatuan Ummah di empat buah negeri yang kini ditadbir Barisan Nasional dan Pas Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan berkata hasrat itu telah dibincangkan denga...
Pendang Dijangka Akan Cecah Suhu Gelombang Haba 37 40 Darjah Celsius

Pendang Dijangka Akan Cecah Suhu Gelombang Haba 37 40 Darjah Celsius

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 276 hits
17 Mac Status gelombang haba di sembilan negeri Semenanjung hari ini dilaporkan berada pada Tahap 1 yakni paras berjaga jaga manakala hanya kawasan Pendang di Kedah pada Tahap 2 iaitu suhu antara 37 dan 40 darjah Celsius Berdasa
Berhati Hati Dengan Gelombang Haba Yang Melanda

Berhati Hati Dengan Gelombang Haba Yang Melanda

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 341 hits
Pemandangan matahari terbit di Jambatan Kedua Pulau Pinang atau nama rasminya Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Batu Maung yang baru berusia lima tahun sejak dirasmikan pada 01 Mac 2014 Negara dilanda gelombang haba dengan suhu maksi...
Bahaya Gelombang Haba Akibat Cuaca Terlalu Panas

Bahaya Gelombang Haba Akibat Cuaca Terlalu Panas

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 544 hits
Gelombang haba adalah suatu tempoh dan keadaan di mana cuaca dirasakan terlalu panas dan mungkin disertai dengan kelembapan yang tinggi terutamanya di negara negara beriklim lautan Meskipun takrifan tepat yang diberikan adalah berbeza gelom...
Sso Pdrm Status Pengambilan Konstabel Polis Dan Inspektor

Sso Pdrm Status Pengambilan Konstabel Polis Dan Inspektor

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 433 hits
SSO PDRM Status Pengambilan Konstabel Polis dan Inspektor Jom masuk polis Kepada yang mahu melakukan permohonan jawatan kosong yang ditawarkan Polis Diraja Malaysia PDRM seperti jawatan Konstabel Polis ataupun Inspektor Polis boleh hantar p...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi