Gelagat Gajah Usik Penunggang Motor Tarik Perhatian Ramai
Gelagat Gajah ‘Usik’ Penunggang Motor Tarik Perhatian Ramai
Setiap kali memandu kereta atau menunggang motosikal, kita sering dinasihatkan agar sentiasa membawa kenderaan itu dengan berhati-hati. Namun kadang kala ada perkara yang tidak terjangka berlaku di atas jalan raya walaupun kita sudah membawa kenderaan dengan cermat dan baik.
Mungkin dilanggar oleh kenderaan lain atau mungkin juga terpaksa berhadapan dengan haiwan liar.
Seperti yang dialami oleh seorang penunggang motosikal yang telah ‘diusik’ oleh seekor gajah.
BACA JUGA: Dipercayai ‘Kantoi’ Makan Tebu Di Sebuah Ladang, Anak Gajah Cuba Menyorok Di Sebalik Tiang
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ridzaham14, gajah yang berada di dalam lori Perhilitan itu dilihat menjulurkan belalainya ketika penunggang tersebut berada di sisi lori.
Namun, beliau sempat mengelak dengan memecutkan motosikal dan mujur tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.
@ridzaham14
Part 2 rider on top sempat mengelak, cabutt






#fypシ゚viral #fypシ゚viral #gajah #perhilitan #part2 @akulilin


♬ original sound – ℝ𝕀𝔻ℤ𝔸ℍ𝔸𝕄 ⁴⁷⁷⁶ – ℝ𝕀𝔻ℤ𝔸ℍ𝔸𝕄 ⁴⁷⁷⁶
Video tersebut mendapat perhatian ramai dan kebanyakan mereka terhibur melihat tingkah laku gajah tersebut kerana ia seakan-akan dilihat ingin ‘bergurau’ dengan penunggang terbabit.
“Dah dapat cium helmet, dia menari-nari ya”
“Kira nak mengusik ja noh”
“Imaginasi aku ni tinggi sangat ke? Kenapa aku duk risua abang tu dengan motor terangkat sebab gajah sedut”
“Dia ingat itu kura-kura kot”
“Syukur rider itu selamat”
“Dah buat orang tu cuak pastu gelakkan rider tu ek. Ingat taktau kau gelak cikjah”
Sumber: ridzaham14
The post Gelagat Gajah ‘Usik’ Penunggang Motor Tarik Perhatian Ramai appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/13/gelagat-gajah-usik-penunggang-motor-tarik-perhatian-ramai/