Cara Pergi Kedai Nizam Cendol Goncang Naik Lrt Dah Viral Oleh Khairul Aming Confirm Ramai Orang
Kalau sebut pasal Khairul Aming, pasti ramai yang kenal dimana individu yang terkenal di media sosial terutamanya dalam masakan dengan trademark tersendiri 'hey wassup guys'.
Setiap tahun, orang jumpa muka dia di setiap platform media sosial bila tiba bulan Ramadan dengan content '30 Hari 30 Resepi'. Dalam waktu itu juga, kalau nak cari bahan-bahan kat kedai, confirm cepat licin.
Baru-baru ini, KA ada kongsikan satu resepi untuk hasilkan burger oblong seakan Burger Prosperity Mekdi yang diberi nama McMing. Disbebakan video tersebut, stok burger oblong Ramlee seluruh Malaysia 'sold out' dengan pantas.
BACA : Dapatkan Daging Obling 'McMing' Secara Online
Tetapi masih belum reda dengan penangan tersebut, KA datang lagi dengan satu perkara yang confirm akan viral selepas ini apabila Khairul Aming review kedai makan kecil tempatan di Kuala Lumpur.
Perkara tersebut dikongsikan menerusi aplikasi Twitter (X). Sebenarnya kita mungkin biasa tengok dia review masakan, tapi jarang sangat beliau sendiri review dan cadangkan kedai makan.
Selalu lepak makan sini, and i think they deserve a promo.
Korang try mee bandung dan bihun sup dia. memang sedap. cendol dia pun rm1 semangkuk
📍Nizam Cendol Goncang, Taman Melati KL
(dah mintak izin owner untuk tolong viralkan. dia dah prepare extra staff) pic.twitter.com/XfdWJkQi4z
— Khairulaming (@khairulaming) December 13, 2023
Khairul Aming cadangkan sebuah kedai cendol iaitu Nizam Cendol Goncang dimana kedai ini selalu dia datang dan lepak makan dan untuk isi perut. Disebabkan itu, dia rasakan kedai tersebut perlu kepada promosi.
Antara cadangan yang diberikan, Mee Bandung, Bihun Sup dan Cendol yang katanya berharga RM1 sahaja semangkuk. Rasa kick, sedap, tidak terlalu manis apa yang diberitahu oleh KA dalam video tersebut.
Orang cakap, kalau influencer terbaik, Khairul Aming dah suggest ni memang tempat tersebut terbaik lah. Jadi lepas ni confirm kedai cendol tersebut viral dan penuh dengan orang untuk rasa sendiri makanan-makanan tersebut.
KA tahu penangan aura daripada beliau, jadi dia dah tanya owner kedai dan minta kebenaran untuk viralkan kedai Nizam Cendol Goncang dan owner benarkan serta akan sediakan pekerja tambahan.
Untuk info lain, kawasan kedai makan ini sebenarnya kurang tapak parking, lepas ni orang ramai datang, pasti jammed kat sini kan. Jadi sebagai alternatif, sebenarnya anda boleh datang naik LRT.
Cara Naik LRT Untuk Pergi Ke Kedai Nizam Cendol GoncangUntuk orang Kuala Lumpur khususnya, kalau nak datang naik kereta, boleh waze sahaja Nizam Cendol Goncang dan akan terus dibawa ke kedai tersebut.
Bagi yang ingin naik train, anda boleh naik LRT dan berhenti di Stesen Taman Melati (K J2). Kemudian jalan kaki dalam 5 minit, anda akan sampai kedai Nizam Cendol Goncang. Tak perlu bersesak parking kereta.
Ianya berdekat dengan masjid Masjid Salahuddin Al-Ayubi Taman Melati dan Apartment Seri Tioman 1. Memang ramai la turun makan sini nanti orang berdekatan.
Waktu BerniagaUntuk yang plan atau bercadang nak datang ke Nizam Cendol Goyang ni nanti, anda boleh tengok dulu waktu operasi seperti dibawah:
Waktu Operasi : Ahad - Rabu (9.30 am - 10.00 pm) & Isnin, Selasa tutup
Jadi lepas ni kalau tak sempat datang siang, lepas kerja, boleh la datang cuba kat sini. Betul ke apa yang dikata oleh Khairul Aming tentang Nizam Cendol Goncang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aimanabdullah.com/2023/12/cara-pergi-ke-kedai-nizam-cendol-goncang-naik-lrt.html