Gelagat Cik Yam Main Alat Solek Buat Mawar Terkejut Kecil Kecil Dah Pandai Nak Cantik
Genap setahun anak dara Fizo Omar dan Mawar, Maryam sentiasa jadi perhatian peminat mama dan daddynya. Ibaratnya Maryam turut dapat tempias populariti tersebut.
Bak kata orang, semakin meningkat umur anak, makin panjang akalnya. Begitulah perkembangan terkini Maryam yang dah mula aktif dan pandai meneroka mengikut apa yang nampak di depan matanya.
Terbaru menerusi perkongsian video terbaru Mawar di instagramnya, menunjukkan gelagat Maryam yang mesra dipanggil Cik Yam yang dah pandai main alat make-up mamanya.
View this post on Instagram
Ya Allah Maryam pagi2 nak p beraya tengok tarian naga ka
, make up shading bagai ni
. Thanks Maryam @maryamfareedakids make up mama yg keberapa ntah dh habis main
A post shared by Madam Rose (@mawar_karim) on Feb 4, 2019 at 6:52pm PST
Dengan muka yang tak bersalah, Maryam berjaya buatkan hati mamanya sejuk walaupun dalam keadaan terkejut. Mungkin sebab selalu lihat Mawar bersolek, Maryam pun dah pandai nak tiru gaya mamanya.
Lagi satu gelagat comel Maryam yang berjaya curi perhatian netizen, nampaknya Cik Yam pun dah mula belajar makan nasi kandar.
View this post on Instagram
Adakah ini di katakan di mana tak tumpah nasi kandaq kuah taruh ataih ka?
. Gituuu la Maryam tu @maryamfareedakids
A post shared by Madam Rose (@mawar_karim) on Feb 5, 2019 at 1:42am PST
Menerusi kapsyen yang ditulis oleh Mawar, adakah Cik Yam pun dah mula suka nasi kandar?
Diruangan komen, ramai yang suka melihat gaya Maryam itu. Ada yang kata kecil-kecil dah pandai makan nasi kandar kuah campur.
Nampaknya mama pun dah ada geng makan nasi kandarlah selepas ini.
The post Gelagat Cik Yam Main Alat Solek Buat Mawar Terkejut. Kecil-Kecil Dah Pandai Nak Cantik! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/gelagat-cik-yam-main-alat-solek-buat-mawar-terkejut-kecil-kecil-dah-pandai-nak-cantik/