Gel Dari Daun Lidah Buaya Boleh Redakan Ekzema Antara Rawatan Yang Boleh Dilakukan Di Rumah


Ekzema adalah sejenis keradangan kulit yang boleh menyebabkan bengkak, gatal atau ruam merah yang mengakibatkan kulit kelihatan seperti melecur. Dikenali sebagai atopic dermatitis, masalah kulit ekzema ini biasa berlaku pada bahagian muka, tangan, siku atau lutut, sering dialami oleh kanak-kanak dibawah usia 5 tahun, tetapi ia boleh dihidapi oleh sesiapa pada mana-mana peringkat usia.

Pelbagai cara boleh digunakan untuk merawat masalah ini, seperti penggunaan krim, produk semula jadi atau menjalani perubahan gaya hidup. Salah satu cara lain adalah dengan menggunakan kaedah rawatan rumah untuk merawat ekzema. Berikut adalah beberapa tip yang boleh digunakan.
Gel lidah buaya
Terdapat pelbagai kegunaan gel yang berasal dari tumbuhan lidah buaya ini. Salah satu fungsi umumnya adalah untuk melegakan ekzema. Gel ini mempunyai ciri-ciri antibakteria, antimikrobial, meningkatkan sistem imun dan penyembuhan luka.
Anda boleh mengambil gel ini dari daun lidah buaya sendiri dan menggunakannya secara terus dari daun.

Minyak kelapa
Terdapat kajian yang mengatakan penggunaan minyak kelapa dapat mengurangkan jumlah bakteria pada kulit dan menghindari risiko jangkitan. Minyak kelapa mengandungi asid lemak yang sihat yang boleh menambah kelembapan pada kulit, sekali gus baik untuk individu dengan masalah kulit kering dan ekzema.
Anda boleh menyapu minyak kelapa, selepas mandi atau beberapa kali dalam sehari untuk melembapkan kulit. Pastikan anda turut menyapunya sebelum tidur untuk memastikan kelembapan kulit sepanjang malam. Pastikan anda menggunakan minyak kelapa ‘dara’ atau ‘cold pressed’ – kaedah pengekstrakan minyak yang tidak menggunakan bahan kimia yang boleh menjejaskan kulit. Individu yang mempunyai alahan kepada kelapa, tidak patut menggunakan minyak kelapa.
Cuka epal
Dipercayai antara rawatan rumah yang popular untuk pelbagai masalah kesihatan, termasuk masalah kulit. Walaupun tiada kajian untuk mengesahkan fakta ini, tetapi National Eczema Association (NEA) melaporkan bahawa cuka epal ini boleh membantu masalah kulit ekzema. Cuka epal dipercayai dapat memberikan keseimbangan kepada tahap keasidan kulit dan melawan bakteria.
Perkara paling penting dalam penggunaan cuka adalah untuk mencairkan (dilute) cuka terlebih dahulu dengan cara mencampurkan sesudu cuka bersama segelas air, jika tidak, cuka boleh menyebabkan luka terbakar atau kecederaan lain.
Anda boleh memilih sama ada untuk menggunakannya dengan cara balutan basah iaitu dengan meletakkan campuran cuka yang telah dicairkan ke atas kapas atau kain kasa dan letakkan ia pada bahagian kulit yang bermasalah dan lindunginya atau tutupnya dengan kain yang bersih. Anda juga boleh memilih cara mandian dengan mencampurkan dua cawan cuka ke dalam tab mandian panas dan rendam selama 15-20 minit. Selepas itu bilas badan dengan air yang bersih. Sapu pelembap pada badan beberapa minit selepas mandi.
Minyak matahari
Berfungsi untuk meningkatkan ciri pelindung kulit dan membantu mengekalkan kelembapan serta mempunyai fungsi anti-keradangan. Anda boleh menyapu minyak ini kepada kulit individu dewasa sebanyak dua kali sehari, dengan salah satu sapuan dilakukan selepas mandi dalam keadaan kulit masih basah. Tetapi jika anda mengetahui bahawa anda alah kepada biji bunga matahari, elakkan penggunaan minyak ini.
Madu
Merupakan agen antibakteria dan anti-keradangan semula jadi kerana dapat membantu menyembuhkan luka dan meningkatkan fungsi imun yang bermakna dapat membantu melawan jangkitan. Madu dapat membantu mencegah jangkitan semasa melembapkan kulit dan mempercepatkan penyembuhan bagi individu yang mengalami ekzema. Anda boleh mencuba kaedah ini dengan menyapu sebatian madu ke bahagian yang bermasalah.
Tetapi rawatan setiap ekzema adalah berbeza mengikut jenis kulit dan diri individu tersebut. Yang penting anda perlu kenal pasti apa pencetus ekzema dalam diri anda ataupun anak anda.
Sumber: Hello Doktor
The post Gel Dari Daun Lidah Buaya Boleh Redakan Ekzema, Antara Rawatan Yang Boleh Dilakukan Di Rumah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/gel-dari-daun-lidah-buaya-boleh-redakan-ekzema-antara-rawatan-yang-boleh-dilakukan-di-rumah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kampus Umi Perkenalkan Cara Bikin Hand Sanitizer Dari Alkohol Dan Gel Lidah Buaya

Kampus Umi Perkenalkan Cara Bikin Hand Sanitizer Dari Alkohol Dan Gel Lidah Buaya

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 441 hits
Mengantisipasi kelangkaan hand sanitizer menyusul maraknya virus corona prodi Teknik Kimia Fakultas Teknis Industri Universitas Muslim Indonesia Makassar memperkenalkan dan mengedukasi masyarakat untuk membuat sendiri hand sanitizer dari ba...
Ubat Sapu Jenis Steroid Berbahaya Untuk Ekzema Sebenarnya Mitos Ubat Ini Antara Salah Satu Rawatan Utama

Ubat Sapu Jenis Steroid Berbahaya Untuk Ekzema Sebenarnya Mitos Ubat Ini Antara Salah Satu Rawatan Utama

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 333 hits
Sehingga kini tidak jelas punca sebenar yang menyebabkan penyakit ekzema Ekzema bukanlah penyakit berjangkit tetapi ianya adalah satu masalah alahan yang diwarisi dan juga bersangkut paut dengan sistem imun badan bayi yang kurang matang Sel...
5 Perkara Bermanfaat Yang Boleh Dilakukan Sepanjang Pelaksanaan 14 Hari Perintah Kawalan Pergerakan

5 Perkara Bermanfaat Yang Boleh Dilakukan Sepanjang Pelaksanaan 14 Hari Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 429 hits
Seperti semua sedia maklum hari ini merupakan hari kedua berkuatkuasanya Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin Pelaksanaannya bertujuan untuk mengurangkan pergerakan...
Anak Mengadu Sakit Tekak Guna Larutan Air Masak Garam Boleh Bantu Redakan

Anak Mengadu Sakit Tekak Guna Larutan Air Masak Garam Boleh Bantu Redakan

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 323 hits
Dengan cuaca yang tidak menentu dan kes penularan COVID 19 yang semakin meningkat sudah tentu sebagai ibu ayah kita akan merasa risau jika tiba tiba anak tidak sihat Mungkin tidak serius setakat batuk atau kurang selera makan tetapi tetap b...
Covid 19 Orang Ramai Tidak Boleh Bergerak Di Antara Negeri

Covid 19 Orang Ramai Tidak Boleh Bergerak Di Antara Negeri

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 271 hits
KUALA LUMPUR Orang ramai yang mahu membuat perjalanan keluar dari negeri masing perlu memaklumkan kepada polis sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula tengah malam ini sehingga 31 Mac depan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hami...
Duduk Rumah Pun Masih Boleh Makan Sedap Melalui Penghantaran D Salai By Felda D Saji

Duduk Rumah Pun Masih Boleh Makan Sedap Melalui Penghantaran D Salai By Felda D Saji

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 578 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia berkuat kuasa semalam 18 Mac hingga 31 Mac 2020 bagi mem...
Sebab Solat Jumaat Boleh Untuk Tidak Dilakukan

Sebab Solat Jumaat Boleh Untuk Tidak Dilakukan

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 642 hits
Solat Jumaat Dibatalkan dengan BersyaratSelama tempoh 14 hari Perintah Kawalan Pergerakan untuk mencegah penularan baharu wabak COVID 19 solat Jumaat di Malaysia tidak akan dilaksanakan di masjid secara berjemaah seperti kebiasaannya Maka s...
39 Cadangan Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Sempena Perintah Pergerakan Covid 19

39 Cadangan Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Sempena Perintah Pergerakan Covid 19

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 640 hits
39 Cadangan Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Sempena Perintah Pergerakan Covid 19 Alhamdulillah dah 3 hari berlalu yang berjaya kita harungi perintah pergerakan yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia kerana untuk mencegah merebaknya penyakit Co...
8 Hal Yang Tak Boleh Dilakukan Selama Wabah Virus Corona

8 Hal Yang Tak Boleh Dilakukan Selama Wabah Virus Corona

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 286 hits
Pandemi virus corona telah membuat semua orang terkejut Internet dipenuhi dengan informasi tentang virus dan penyebarannya banyak juga yang salah memberi informasi dan menyebabkan kepanikan di kalangan masyarakat Atas penyakit ini kita semu...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi