Gejala Ikhtilat Merosakkan Umat



Pada hari ini gejala ikhtilat (bercampur-gaul) di antara lelaki dengan perempuan berlaku dengan meluas sekali. Seolah-olah seperti tiada siapa yang menyedari perkara tersebut termasuk suatu yang terlarang di sisi agama. Disebabkan hilangnya kesedaran itu jugalah, maka ia menjadi salah satu faktor yang mendedahkan kaum wanita kepada pelbagai bentuk ancaman keselamatan dan maruah.

Allah SWT berfirman:
“…hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah terdahulu.” (Surah al-Ahzab, 33:33)

Walaupun ayat ini zahir asalnya untuk isteri-isteri Nabi, tetapi sebenarnya ia turut mencakup seluruh kaum wanita beriman secara umum. Kerana wanita beriman itu mengikuti isteri-isteri Nabi dan menyelisihi perilaku kaum wanita jahiliyyah. Hal ini antaranya sebagaimana dijelaskan dalam Tafsir al-Qurthubi dan Tafsir Ibnu Katsir.

Juga firman-Nya:
“Maka wanita yang solehah adalah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tiada dengan apa yang Allah telah pelihara mereka.” (Surah an-Nisaa’, 4:34)

Nabi SAW juga pernah bersabda:
“Persoalan anak Adam berkaitan zina telah ditentukan. Tidak mustahil ia pasti melakukannya. Dua mata berzina dengan melihat, dua telinga berzina dengan mendengar, lidah berzina dengan kata-kata, tangan berzina dengan menyentuh, kaki berzina dengan melangkah, hati berzina dengan angan-angan (keinginan), dan kemaluanlah yang akan membenarkan (merealisasikan) atau mendustakan semua itu.” (H.R. Muslim, 13/125, no. 4802)

Hadith ini menunjukkan bahawa perbuatan di antara lelaki dan wanita yang saling memandang, saling berbual tanpa keperluan syar’i, bersentuhan atau bersalaman, serta apa yang disebutkan melalui hadith ini tentang zina adalah terlarang dan perlu dielakkan.

Jika kita teliti betul-betul, nescaya kita akan temui catatan-catatan yang sahih berkaitan wanita-wanita yang terdiri dari kalangan para sahabiyah di zaman Nabi. Yang mana mereka ini sifatnya amat pemalu. Mereka berusaha mengelak dari menjadi tatapan kaum lelaki dengan tetap mendiami rumah-rumah mereka. Jika mereka keluar pun, mereka akan keluar atas alasan yang syar’i dalam keadaan yang terjaga serta ditemani oleh mahram mereka.

Di antara sebab wanita dibenarkan keluar adalah seperti untuk solat berjemaah, menuntut ilmu agama, dan beberapa yang lainnya yang diperlukan selagi mana berada dalam keadaan aman dari fitnah, mendapat izin dari wali atau suami, dan setelah hak-hak suami dan anak-anak ditunaikan dengan sempurna. Jika mereka keluar, diwajibkan pula untuk mendapat pengawasan atau ditemani oleh mahram, bebas dari ikhtilat, dan berpakaian dengan pakaian yang syar’i (menutup aurat dengan sempurna).

Walaupun wanita dibenarkan untuk solat berjemaah di masjid bersama dengan yang lainnya, Rasulullah SAW tetap menegaskan bahawa solat terbaik bagi kaum wanita adalah di rumah mereka masing-masing. Untuk ke masjid pula, Rasulullah SAW menyediakan pintu khas untuk para wanita bagi mengelakkan percampuran dengan kaum lelaki. Dalam solat, Islam mengasingkan pula saf wanita di belakang dan lelaki di hadapan.

Nabi SAW bersabda:
“Sebaik-baik saf lelaki adalah yang paling hadapan dan yang paling buruk adalah yang paling belakang. Dan sebaik-baik saf bagi wanita adalah yang paling belakang, yang terburuk bagi mereka adalah yang paling depan.” (H.R. Muslim, 2/435, no. 664)

Manakala ketika tamat sahaja solat (sebaik salam diucapkan), kaum wanita perlu segera beredar. Manakala kaum lelaki, mereka beranjak setelah para wanita selesai keluar terlebih dahulu. Ini sebagaimana yang diceritakan oleh Ummu Salamah r.ha (salah seorang isteri Nabi SAW).

Beliau berkata:
“Bahawasanya pada zaman Rasulullah SAW, kaum wanita segera bergerak keluar (beredar) apabila mereka telah mengucapkan salam pada solat fardhu. Sementara itu, Rasulullah SAW dan kaum lelaki yang solat bersama-sama beliau tetap berada di tempat mereka bersesuaian dengan apa yang dikehendaki Allah. Apabila Rasulullah SAW bangun, maka mereka pun ikut bangun.” (H.R. Bukhari)

Bagi majlis-majlis ilmu pula, Rasulullah SAW mengasingkan (memisahkan) di antara lelaki dengan wanita.

Abu Sa’id al-Khudri r.hu menceritakan:
Ada seorang wanita datang menemui Rasulullah lalu berkata: “Wahai Rasulullah, kaum lelaki telah pergi dengan membawa hadith-hadith daripada engkau. Maka luangkanlah satu hari untuk kami (kaum wanita) supaya kami dapat menemui engkau pada hari tersebut dan engkau mengajarkan kepada kami apa-apa yang telah diajarkan Allah kepada engkau.” Rasulullah SAW pun menjawab: “Berkumpullah kamu pada hari ini dan ini, di tempat ini dan ini.” Setelah itu, para wanita pun berkumpul di tempat yang dijanjikan tersebut, maka Rasulullah SAW menemui mereka dan mengajar mereka perkara-perkara yang telah diajarkan oleh Allah SWT kepadanya. (H.R. Bukhari, 22/284, no. 6766)

Namun agak sedih hari ini, fitnah ikhtilat amat berleluasa bukan sahaja di pasar-pasar, di jalan-jalan, di pusat-pusat membeli-belah, di tempat-tempat kerja, atau di majlis-majlis walimah, tetapi juga telah sampai sehingga ke masjid-masjid dan pusat-pusat pengajian umat Islam. Aisyah r.ha (Ummul Mukminin) sendiri pernah mengutarakan sesuatu apabila beberapa bentuk fitnah dari kalangan wanita mula berlaku.

Beliau mengatakan:
“Sekiranya Rasulullah SAW melihat apa yang dilakukan oleh para wanita pada masa sekarang ini, nescaya baginda akan melarang mereka dari pergi ke masjid sebagaimana kaum wanita Bani Israel dilarang ke masjid.” (H.R. Bukhari, 3/378)

Dalam sebuah hadith yang lain, daripada Hamzah B. Abu Usaid al-Anshari rah daripada bapanya, bahawasanya dia pernah mendengar Rasulullah SAW berbicara ketika berada di luar masjid sehinggalah berlaku percampuran lelaki dan wanita di tengah jalan.

Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda kepada kaum wanita:
“Hendaklah kalian melambatkan dalam berjalan (supaya berjalan di belakang), kerana kamu tidak berhak untuk memenuhi tengah-tengah jalan. Dan hendaklah kamu berjalan di tepi jalan, sehingga ada seorang wanita yang serta-merta berjalan merapat ke dinding, hingga bajunya tersangkut pada dinding disebabkan terlalu rapat dengan dinding.” (H.R. Abu Daud)

Bayangkanlah,wanita di zaman Nabi dan para sahabat pun mereka tetap bersembunyi dan mengelakkan diri dari khalayak kaum lelaki. Yang mana pada masa tersebut kita ketahui orang-orang yang teguh beriman amat ramai serta mendominasi pula masyarakat pada ketika itu. Berbeza dengan zaman ini, lelaki yang tegar beriman semakin kurang. Yang beriman tetapi lemah pun ramai. Lelaki-lelaki fasiq dan suka mengambil kesempatan pula yang banyak berkeliaran. Yang kafir juga tidak kurang ramainya.

Maka, sepatutnya kaum wanita beriman pada hari ini wajib lebih berhati-hati dan perlu memiliki rasa malu yang tinggi dari menjadi tatapan lelaki-lelaki asing di luar. Apatah lagi khabar-khabar fitnah dan jenayah yang mengaitkan wanita dalam masyarakat hari ini begitu banyak sekali.

Semoga kita semua tidak menjadi fitnah di antara satu sama lain sebagaimana dikhabarkan Rasulullah SAW dalam sabdanya:
“Aku tidak meninggalkan fitnah sepeninggalanku yang lebih bahaya bagi lelaki melebihi fitnah wanita.” (H.R. Bukhari dan Muslim –Muttafaq ‘alaih)

Sayyidina Ali r.a pernah berkata kepada isterinya, (iaitu) Fatimah r.ha: “Wahai Fathimah, apa yang terbaik untuk seseorang wanita?” Fatimah menjawab: “Hendaklah dia tidak melihat lelaki (yang bukan mahramnya) dan lelaki pun tidak melihatnya.” Ali berkata lagi: “Tidakkah kamu malu? Tidakkah kamu cemburu? Salah seorang di antara kamu membiarkan isterinya pergi ke khalayak kaum lelaki dan dia melihat mereka serta mereka (para lelaki) pun melihat mereka pula.” (Adz-Dzahabi, al-Kaba’ir, m/s.171-172)

Jadilah wanita muslim yang beriman. Wanita beriman itu bukan wanita murahan. Kerana wanita beriman itu amat mahal lagi berharga. Yang harganya tidak ternilai sedikit pun dengan helaian wang ringgit. Melainkan dengan apa yang telah dinilai dan ditetapkan oleh Allah s.w.t bagi diri-diri mereka. Mereka menerima, bersyukur, dan redha dengannya. Ganjaran buat mereka adalah Syurga Allah yang luas terbentang.

Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seorang wanita telah mendirikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya (atau kemaluannya), serta mentaati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya: “Masuklah engkau ke dalam Syurga dari pintu mana pun yang engkau mahu.” (H.R. Ahmad, 3/199, no. 1661. Ath-Thabrani, al-Mu’jam al-Ausath, 5/34, no. 4598. 8/339, no. 8805. Ibnu Hibban, Shahih Ibnu Hibban, 9/471, no. 4163. Hadith hasan lighairihi)

Wallahua’lam.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/12/gejala-ikhtilat-merosakkan-umat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seruan Dari Persatuan Ulama Uighur Untuk Umat Islam Se Dunia

Seruan Dari Persatuan Ulama Uighur Untuk Umat Islam Se Dunia

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 430 hits
Persatuan Ulama Uighur mengumumkan secara resmi situasi yang sebenarnya tengah terjadi pada umat muslim di Uighur Xinjiang Cina Pengumuman tersebut diunggah oleh pemilik kanal YouTube Kiblat News pada hari Jumat 20 Desember 2019 Pengumuman ...
Sidang Kl Satu Usaha Didik Umat Ke Arah Kebangkitan Baru Presiden Pas

Sidang Kl Satu Usaha Didik Umat Ke Arah Kebangkitan Baru Presiden Pas

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 333 hits
Antara OIC dan Sidang Kemuncak Kuala LumpurPertubuhan Kerjasama Islam lahir daripada Sidang Kemuncak Islam yang diadakan di Rabat Maghribi selepas tragedi pembakaran Masjid Al Aqsa beberapa dekad pada abad yang lalu Ia ditubuhkan untuk mere...
Video Seruan Jihad Ulama Muslim Uighur Kepada Umat Islam Menentang Kekejaman China

Video Seruan Jihad Ulama Muslim Uighur Kepada Umat Islam Menentang Kekejaman China

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 600 hits
Ketinggian tembok penjara yang dibina China tidak dapat lagi menyembunyikan kekejaman mereka menyembelih umat Islam Uighur Video dibawah ini merupakan rintihan dan seruan agar umat Islam berani menentang kekejaman yang sedang menimpa umat I...
Umat Kristen China Diminta Ganti Foto Yesus Dengan Presiden Xi Jinping

Umat Kristen China Diminta Ganti Foto Yesus Dengan Presiden Xi Jinping

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 220 hits
Ribuan umat Kristen di sebuah kawasan pedesaan miskin di wilayah tenggara China diminta mengganti gambar Yesus di rumah mereka dengan foto Presiden Xi Jinping Langkah ini merupakan bagian dari program pengentasan rakyat miskin sekaligus men...
Umat Beragama Diminta Dewasa Memahami Perbedaan

Umat Beragama Diminta Dewasa Memahami Perbedaan

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 227 hits
Ketum PKPI Diaz Hendropriiyono merasa bahwa seharusnya sesama rakyat Indonesia harus berdiri bersama menjaga bangsa ini Sehingga tidak perlu lagi negara ini hanya diramaikan keributan pelarangan perayaan hari raya agama apapun
Yudi Latief Umat Katolik Bahagia Akan Merembetkan Kebahagiaan Ke Nusantara

Yudi Latief Umat Katolik Bahagia Akan Merembetkan Kebahagiaan Ke Nusantara

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 171 hits
Kedatangan Yudi bersama dengan yang lainnya itu juga untuk mempererat silaturahmi bersama dengan umat nasrani dan umat beragama lainnya Terlebih tujuan silaturahmi ini untuk mencegah ada perpecahan antar umat beragama
Umat Katolik Bulukumba Gelar Misa Malam Natal Di Gedung Pkk

Umat Katolik Bulukumba Gelar Misa Malam Natal Di Gedung Pkk

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 195 hits
Sedikitnya ada 200 jemaat Katolik di Kabupaten Bulukumba Sulsel bakal menggelar ibadah misa malam natal bersama di gedung PKK Penyebabnya mereka tidak mendapat persetujuan dari warga yang akan menggelar ibadah di rumah pastor di Jalan Wahid...
Tinjau Gereja Gubernur Anies Harap Umat Kristiani Rayakan Natal Dengan Damai

Tinjau Gereja Gubernur Anies Harap Umat Kristiani Rayakan Natal Dengan Damai

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 241 hits
Gubernur DKI Jakarta Anies Baswedan bersama Forum Komunikasi Pimpinan Daerah dan Forum Kerukunan Umat Beragama Provinsi DKI Jakarta dan beberapa kepala dinas meninjau beberapa gereja di Jakarta menjelang malam Natal 2019
26 Desember Gerhana Matahari Kemenag Imbau Umat Islam Dirikan Sholat Kusuf

26 Desember Gerhana Matahari Kemenag Imbau Umat Islam Dirikan Sholat Kusuf

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 382 hits
Fenomena alam berupa gerhana matahari diperkirakan akan kembali terjadi di wilayah Indonesia Berdasarkan data astronomis bahwa pada Kamis 26 Desember 2019 betepatan 29 Rabiul Akhir 1441H di wilayah Indonesia akan terjadi Gerhana Matahari Ci...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik