Gdm Waktu Hamil Bahayakan Ibu Bayi Cuba Kawal Ikut Tip Pemakanan Ni


Masalah GDM atau kencing manis bukanlah satu masalah yang boleh dipandang ringan dan dibiarkan tanpa sebarang rawatan. Ini kerana terdapat beberapa risiko pada kesihatan yang mungkin boleh berlaku kepada ibu hamil. Jadi jangan leka dan buat tak kisah.
Antaranya seperti pendarahan, pitam, risiko melahirkan anda bersaiz besar juga tidak ketinggalan risiko bayi terdedah kepada jaundis serta banyak lagi. Semua ini amat berbahaya untuk ibu dan bayi.

Petua Hilangkan Kencing Manis Semasa Mengandung
Ada beberapa langkah yang boleh ibu lakukan untuk menangani kencing manis semasa mengandung. Antaranya adalah:
1. Ubah diet pengambilan makanan seharian
Diet yang penuh nutrisi adalah salah satu cara terbaik untuk mengawal gula darah. Wanita hamil perlu mengehadkan makanan yang mempunyai kadar gula dan karbohidrat yang tinggi.
Ibu perlu makan pelbagai jenis makanan seperti kanji, zat besi, vitamin, dan makanan rendah lemak. Makan tiga hidangan kecil dan satu hingga tiga makanan ringan setiap hari.
Wanita yang mengandung juga harus makan banyak makanan kaya serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, beras bijirin penuh, roti.

Di bawah adalah beberapa tip memilih makanan baik yang boleh anda ikuti:
Makanan bijirin penuh seperti roti gandum penuh Pilih makanan rendah GI, Indeks Glisemik- adalah bagaimana mengukur makanan yang mengandungi karbohidrat meningkatkan glukosa darah, seperti pasta yang diperbuat daripada tepung gandum, epal, oren, kekacang, jagung manis dan bubur. Henti minum minuman manis Pilih makanan yang dipanggang, bukannya digoreng Amalkan makanan berserat seperti perbanyakkan pengambilan sayuran berdaun hijau dan buah-buahan 2. Makan secara tetap
Ibu perlu memastikan mempunyai jadual pemakanan secara tetap dan elakkan daripada melangkau sebarang waktu hidangan makanan walau sesibuk mana anda dalam melaksanakan pekerjaan harian anda.
Maka petua hilangkan kencing manis ketika mengandung yang harus diamalkan adalah untuk makan 3 kali hidangan makanan yang bersaiz kecil atau sederhana.
Jangan mengambil sesuatu hidangan makanan dalam kuantiti yang besar dan banyak. Jika perlu, anda juga boleh untuk menambah waktu pengambilan snek dalam pemakanan harian anda.
Sarapan pagi antara jam 6.30 pagi hingga 8.00 pagi
Makan tengah hari antara jam 12 tengah hari hingga 1.30 petang
Makan malam antara jam 6.30 petang hingga 7.00 malam

Waktu untuk snek:
Minum pagi antara jam 10.30 pagi hingga 11.00 pagi
Minum petang antara jam 4.00 petang hingga 4.30 petang
Minum malam antara jam 10.00 malam hingga 10.30 malam
Cuba makan pada masa yang sama setiap hari dan pada jumlah yang sama setiap kali. Ini dapat membantu tahap gula dalam darah anda kekal stabil.
Elakkan semua jenis gula, minuman berkarbonat, kordial, sirap, jem, kaya,kuih manis, aiskrim, susu pekat manis, yogurt manis, buah dalam tin, jeli dan lain-lain.
3. Lakukan aktiviti fizikal untuk elak kencing manis
Senaman pastinya merupakan satu aktiviti fizikal yang dapat membantu menurunkan tahap gula dalam darah dengan berfungsi mengangkut gula ke sel untuk digunakan sebagai sumber tenaga.
Bersenam juga dapat meningkatkan kepekaan terhadap insulin, yang bermakna badan tidak memerlukan insulin untuk membantu membawa gula ke sel-sel badan. Lakukan aktiviti fizikal ini secara tetap dan teratur selama 15 sehingga 30 minit setiap hari.

4. Pantau tahap gula dalam darah
Periksa dan pantau paras gula dalam darah agar dalam keadaan terkawal. Anda perlu menguji tahap gula dalam darah anda secara teratur, sebelum makan dan antara 1 atau 2 jam selepas pengambilan sebarang hidangan makanan utama.
Terdapat juga sesetengah individu wanita hamil memerlukan rawatan insulin. Insulin adalah hormon yang digunakan untuk merawat diabetes dengan mengawal gula dalam darah.
Jika diet dan senaman tidak cukup untuk mengimbangi gula dalam darah, wanita hamil akan disuntik dengan insulin supaya jumlah glukosa dalam darah kembali ke tahap yang selamat.
Menarik: Uqasha Senrose Tayang Wajah Anak Selepas Dua Bulan, “Comelnya Macam Ibu”? Majlis Aqiqah & Kesyukuran Anak Kamal Adli, Uqasha Meriah, Cantik Serba Merah Jambu Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK! Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Rugi kalau tak join, penyertaan percuma! Daftar sekarang dengan klik saja di sini 👇🏼https://docs.google.com/forms/d/1ri7TZR7G3fyj2GXVQDHoBaEyhUkdGoF3KZZJt18GmEQ/edit?usp=forms_home&ths=true
Dah daftar terus join Grup Telegram di bawah 👇🏻
https://t.me/+t5RGPHBUsBQ4NTU1  untuk kita kongsikan segala info dan link Webinar!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
The post GDM Waktu Hamil Bahayakan Ibu & Bayi, Cuba Kawal Ikut Tip Pemakanan Ni! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/gdm-waktu-hamil-bahayakan-ibu-bayi-cuba-kawal-ikut-tip-pemakanan-ni/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punca Ibu Hamil Sukar Tidur Waktu Malam

Punca Ibu Hamil Sukar Tidur Waktu Malam

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 190 hits
Assalamualaikum wbt Apa khabar ibu ibu hamil Berapa minggu sudah usia kandungan kalian Apabila kandungan masuk ke trimester ketiga keadaan bayi dalam kandungan semakin membesar Ini menyebabkan sedikit kesulitan kepada ibu hamil untuk dapat ...
Teringin Makan Durian Waktu Hamil Sihatkah Untuk Ibu Mengandung

Teringin Makan Durian Waktu Hamil Sihatkah Untuk Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 150 hits
Teringinnya nak makan durian Ayat ayat sebegini selalu kita dengar dari ibu hamil Soalnya bolehkah ibu hamil makan buah durian Walaupun tinggi dengan khasiat terdapat banyak spekulasi berkenaan sama ada selamat ke untuk wanita hamil makan d...
Badan Lesu Sering Pening Waktu Hamil Petanda Anemia

Badan Lesu Sering Pening Waktu Hamil Petanda Anemia

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 145 hits
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi Semasa mengandung badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin Sekiranya zat besi atau vitamin B12 dan folat tidak dibekalkan de...
Anak Bijak Sihat Boleh Rangsang Waktu Hamil Tak Perlu Tunggu Besar

Anak Bijak Sihat Boleh Rangsang Waktu Hamil Tak Perlu Tunggu Besar

papar berkaitan - pada 8/7/2024 - jumlah : 135 hits
Sejak kecil lagi malah sejak berada di dalam kandungan lagi anak sudah boleh dirangsang untuk menjadi lebih baik Nak tahu apa tipnya Tip yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad wajib ibu ayah praktikkan sejak di dalam kandungan lagi Cuba ...
Ibu Hamil Korban Tewas Kebakaran Gudang Perabot Di Bekasi Sempat Teriak Minta Tolong

Ibu Hamil Korban Tewas Kebakaran Gudang Perabot Di Bekasi Sempat Teriak Minta Tolong

papar berkaitan - pada 3/7/2024 - jumlah : 121 hits
Ibu Hamil Korban Tewas Kebakaran Gudang Perabotan di Bekasi Sempat Teriak Minta Tolong
Sup Ikan Berkhasiat Untuk Otak Bayi Kaya Dha Ibu Bolehlah Selalu Masak Untuk Anak Makan

Sup Ikan Berkhasiat Untuk Otak Bayi Kaya Dha Ibu Bolehlah Selalu Masak Untuk Anak Makan

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 154 hits
berkhasiat untuk otak bayi kaya DHA ibu bolehlah selalu masak untuk anak makan Sup ikan memang baik untuk bayi Sarat dengan DHA Anda boleh mengikuti resepi daripada ibu ini untuk menyediakan sup ikan yang mesra bayi Sup Ikan Berkhasiat Untu...
Posisi Tidur Sesuai Untuk Ibu Hamil Ada Plasenta Previa Ini Panduannya

Posisi Tidur Sesuai Untuk Ibu Hamil Ada Plasenta Previa Ini Panduannya

papar berkaitan - pada 3/7/2024 - jumlah : 204 hits
Ibu yang sedang mengalami masalah uri di bawah atau plasenta previa memerlukan rehat yang secukupnya Tidur yang cukup antara yang disyorkan Pun begitu jom ketahui posisi tidur bagaimana yang disyorkan untuk ibu hamil dengan plasenta previa ...
Trimester Kedua Ibu Hamil Makin Sihat Ini Aktiviti Perlu Buat

Trimester Kedua Ibu Hamil Makin Sihat Ini Aktiviti Perlu Buat

papar berkaitan - pada 5/7/2024 - jumlah : 126 hits
Sebaik anda menyedari gelaja morning sickness semakin bertambah baik malah selera makan juga semakin meningkat itu bermakna anda sudah pun memasuki trimester kedua kehamilan Apa yang berlaku di trimester kedua dan apa yang boleh bakal ibu l...
Ini Punca Ibu Hamil Kerap Buang Air Kecil Penatnya Ulang Alik Ke Tandas

Ini Punca Ibu Hamil Kerap Buang Air Kecil Penatnya Ulang Alik Ke Tandas

papar berkaitan - pada 9/7/2024 - jumlah : 123 hits
Kerap buang air kecil Pastinya satu pengalaman baru bagi bakal ibu yang baru hamil anak pertama Apa sebabnya kerap buang air kecil ini ketika hamil Bagi yang pernah hamil beberapa kali sebelum ini mungkin sudah tidak terkejut namun bagi mom...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi