Gara Gara Perancang Tidak Bersesuaian 34 Hari Turun Darah


Bayangkan turun darah dari hari 44 berpantang iaitu bertarikh 24 Januari 2025. Ku sangkakan ianya darah period, rupa-rupanya bukan. Sebab semakin berlarutan sehingga Ramadan ke-6 1446H / 2025M bersamaan 6 Mac 2025. Ya ampun, kalau tidak penat mungkin saya tidak akan serah diri ke klinik agaknya. Tunggu sehingga darah berhenti sendiri.
Allahuakbar! sehingga lah satu hari saya tidak larat lagi ketika berpuasa. Saya cakap pada suami, tidak larat sangat-sangat. Penat! rasa macam nak mati pun ada dah. Disebabkan saya sibuk pada awal bulan, maka saya ke klinik berbayar yang biasa pergi.
Doktor ambil bacaan darah, check bacaan oksigen dan tekanan darah. Semuanya ok! tapi, dalam scan tu tidak cantik. Ada bengkak pada rahim saya. Doktor cakap, kemungkinannya adalah Fibroid! dalam kepala terus fikir, aku minum kerap kopi ke jadi gitu? terus dalam kepala ni macam pita wayang mainkan moment-moment saya order air kopi dari Zuss Coffee, TeaLive. Dan saya insaf pada hari tersebut! terus suami buat appointment di MySejahtera bagi pihak saya.
Table of ContentsTemujanji melalui MySejahtera di Klinik KesihatanRawatan di Klinik KesihatanPlanning doktorKeadaan saya sewaktu turun darah 34 hariBerkat Jumaat Temujanji melalui MySejahtera di Klinik Kesihatan Mujur sangat, ada kekosongan temujanji pada hari tersebut. Jam 10 pagi, saya bergegas ke Klinik Kesihatan berdekatan rumah iaitu Poliklinik Kesihatan Beserah. Siap daftar di kaunter, terus ke bahagian pesakit luar. Semua ruangan penuh dengan umat manusia dari pelbagai umur, jantina dan kaum yang ingin mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan ( KK ).
Mahu atau tidak, kena sanggup beratur dan menunggu giliran dipanggil oleh doktor. Tidak ingat berapa lama tempoh menunggu, apa yang pasti siap urusan pada jam 1.30 tengah hari.
Rawatan di Klinik Kesihatan Setelah nama dipanggil, saya masuk ke bilik yang ambil darah. Urat saya jenis halus, jadi beberapa kali cubaan mengambil darah oleh petugas gagal. Entah kali ke berapa, berjaya!
Seterusnya selepas hampir sejam menunggu untuk ke bilik scan doktor. Maklumlah, bilik ini banyak pesakit yang ingin dapatkan scan secara menyeluruh.
Masa kejadian, ada 5 doktor semuanya termasuk doktor pakar yang bersoal jawab dengan kes saya.
Antara soalan dari doktor :

“Puan ada bersama suami ke sebelum ini?” doktor wanita 1

“Saya dalam pantang. Takkan nak bersama suami. Kata saya kepada doktor perempuan.”
“Nak ambil urine, tapi puan belum bersama kan? mustahil.” Sambung doktor tadi.

“Oh, lupa nak tunjuk ni. Doktor sana cakap saya berkemunginan fibroid. Saya dari klinik dotdotdot tadi, ini scan dari klinik tersebut.”
“Klinik tu ye??” 5 orang doktor termasuk Doktor pakar tersenyum sebaik sahaja saya mention nama klinik tersebut.
“Tapi puan masa mengandung ada Fibroid?” doktor pakar tanya saya.
“Takde pun.”
“Dah tu, kalau puan ni ada fibroid kenapa tak dibuang dan detect masa bersalin hari tu?” bincang doktor pakar ( lelaki ) bersama anak buahnya.
Dalam situasi ini, saya disoal bagaikan berada dalam bilik siasatan. Takut pun ada, lawak pun yer juga. Eh, korang.
Dipendekkan cerita, doktor KK minta saya habiskan ubat yang diterima dari Klinik berbayar. Appointment seterusnya selepas seminggu.
Planning doktor Doktor pakar dari Klinik Kesihatan mahu saya berhenti ambil perancang depo, dan sambung dengan Implan. Memandangkan saya kata, takut dengan cerita-cerita dari para isteri dan ibu yang mengambil perancang yang masuk di bawah .
Ikutkan Implanon adalah berbayar. Saya pernah bertanya di klinik , kos implanon Rm 700 pada tahun 2025. Modal nya saya sudah ada, tapi itu lah. Tidak bersesuaian dengan saya, kerana Depo dan Implanon sama iaitu berkaitan dengan hormon.
Doktor pakar nak berikan kepada saya secara percuma, tapi saya tidak sanggup untuk mengambil risiko. Jadi, saya akan teruskan dengan pil perancang sebagai alat pencegah kehamilan .
Keadaan saya sewaktu turun darah 34 hari Turun darah disebabkan perancang menyebabkan kesihatan saya semakin tidak baik. Dalam tempoh 34 hari, darah turun dengan pelbagai warna dari darah pekat, cair dan coklat. Allahuakbar! tapi, dalam tempoh tersebut saya masih menunaikan solat, berpuasa dan membaca Al-Quran seperti biasa. Saya faham bahawa, darah tersebut adalah darah penyakit. Jadi setiap kali ingin menunaikan solat dan membaca Al-Quran, saya tukar pad baru.
Penat, wang ringgit susut bagi pembelian pad wanita dan ketidak selesaan semasa dalam tempoh tersebut hanya Allah SWT yang tahu.
Dalam tempoh tersebut, resah dan takut menyelubungi diri saya. Tidak mahu ke hospital memandangkan dah nak raya dan mempunyai baby. Huh!
Keadaan semakin teruk dimana kepala saya semakin pening. Paling ketara, apabila saya baring. Keadaan sekeliling seperti dinding rumah, siling, dan kipas siling seakan mahu jatuh. Walhal tidak, kesan tekanan darah saya semakin turun. Keadaan membahayakan apabila sujud dalam solat, saya terasa loya tekak dan berpeluh. Kepala pening tidak usah cakap!
Itu semua kesan pabila darah tidak berhenti yang keluar dari vagina dalam tempoh 34 hari.
Berkat Jumaat Saya menangis di tikar solat! saya kata, kenapa Allah uji lagi aku? kenapa diuji dengan kesihatan? sedangkan saya dah banyak lalui ujian sejak dari bersalin kan anak nombor 5, Muhammad Muqarabbin.
Dalam doa tersebut, saya minta Allah angkat segera kesakitan ini. Tidak sanggup hadapi dengan mempunyai baby yang masih kecil. Allah maha mendengar! Malam hari yang sama, darah saya menunjukkan nak berhenti. Dari darah fresh, bertukar kepada darah coklat dan seterusnya separuh pad serta setitik darah. Masya-Allah! syukur sangat. Akhirnya masalah turun darah selesai , sebelum tamatnya bulan ramadan. Gembira tidak terhingga pabila dapat beramal dengan suci.
Ubat-ubatan yang dibekalkan oleh klinik ? dah habis, tapi itulah. Asbab Allah nak saya merayu pada-Nya. Meminta dengan bersungguh-sungguh.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ehbelogaku.com/34-hari-turun-darah-perancang-tidak-sesuai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Hari Raya Abah Abah Sekalian

Selamat Hari Raya Abah Abah Sekalian

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 147 hits
Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya bersama keluarga tersayang Namun tidak semua berpeluang meraikannya dengan orang yang mereka sayangi Bagi mereka yang berjauhan atau telah kehilangan insan tersayang pastinya perayaan ini men...
Senarai Akhir Calon Yang Layak Bertanding Dalam Pemilihan Pkr 2024 Peringkat Cabang Diumum Hari Ini

Senarai Akhir Calon Yang Layak Bertanding Dalam Pemilihan Pkr 2024 Peringkat Cabang Diumum Hari Ini

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 122 hits
KUANTAN Senarai akhir calon yang layak bertanding dalam pemilihan PKR 2025 peringkat cabang akan diumumkan hari ini Setiausaha Agung PKR Dr Fuziah Salleh berkata pengumuman itu dibuat selepas Jawatankuasa Pemilihan Parti selesai meneliti pr...
Nak Buat Boleh Tak Buat Pun Tak Apa 5 Amalan Hari Raya Yang Hanya Ikut Tradisi

Nak Buat Boleh Tak Buat Pun Tak Apa 5 Amalan Hari Raya Yang Hanya Ikut Tradisi

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 196 hits
Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan yang dinanti nantikan oleh umat Islam selepas sebulan berpuasa Namun ada beberapa amalan tradisi yang sering dilakukan semasa raya tetapi sebenarnya tidak wajib pun Kalau nak buat boleh saja tapi kalau t...
Hari Raya Bagi Saya Seorang Oku

Hari Raya Bagi Saya Seorang Oku

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 250 hits
Di bawah bentangan langit Syawal yang biru nan luas ketika gema takbir mengalun merdu dan harum ketupat menari nari di udara saya bersemayam di beranda rumah teres sederhana di Kelana Jaya memandang dunia dengan sepasang mata yang kini sara...
6 Idea Roadtrip 2 Hari 1 Malam Dari Kuala Lumpur Sesuai Untuk Korang

6 Idea Roadtrip 2 Hari 1 Malam Dari Kuala Lumpur Sesuai Untuk Korang

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 229 hits
6 Idea Roadtrip 2 Hari 1 Malam Dari Kuala Lumpur Hujung minggu adalah masa terbaik untuk bawa keluarga atau kawan kawan berseronok Berikut adalah enam destinasi menarik yang boleh korang pertimbangkan untuk roadtrip dua hari satu malam Gope...
Celcomdigi Tawar 5gb Data Percuma Sempena Hari Raya

Celcomdigi Tawar 5gb Data Percuma Sempena Hari Raya

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 146 hits
Sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 CelcomDigi akan memberikan 5GB data percuma pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 31 Mac 2025 Inisiatif ini selari dengan Rebat Insentif RAHMAH yang diumumkan keraja...
Hanya Anwar Ibrahim Yang Berani Ke Kampung Rawa Pada Hari Itu

Hanya Anwar Ibrahim Yang Berani Ke Kampung Rawa Pada Hari Itu

papar berkaitan - pada 28/3/2025 - jumlah : 183 hits
Ia merupakan konflik ketegangan yang melibatkan masjid dan kuil yang berdekatan pada tahun 1998 Menurut Dr Xavier Jayakumar Sebenarnya Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu adalah satu satunya pemimpin kerajaan yang berani turun...
Hiburan Data Minimum 5gb Percuma Buat Rakyat Malaysia Pada Hari Raya Pertama Menteri Komunikasi

Hiburan Data Minimum 5gb Percuma Buat Rakyat Malaysia Pada Hari Raya Pertama Menteri Komunikasi

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 182 hits
Kerajaan akan memberikan rebat Rahmah berupa tambahan kuota data minimum 5GB kepada pengguna telekomunikasi pascabayar dan prabayar warga Malaysia pada hari pertama Aidilfitri ini Menteri Komunikasi memaklumkan bahawa kos tambahan kuota ter...
Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Daqmie Korbankanlah Chord

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Filem Martabat Misi Berdarah

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Destinasi Pelancongan Yang Wajib Anda Kunjungi Semasa Ke Kelantan

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Death Thought Legacy

Ke Segar Amat Lane Bersama Anak Anak Buah

Resipi Sayur Lemak Putih Kelantan Menu Kampung Sedap Pancing Selera

June 10 2025