Ganti Rugi Barang Yang Dirosakkan Kanak Kanak Belum Mumayyiz



SOALAN:
Siapakah yang patut menjamin ganti rugi barang yang dirosakkan oleh kanak-kanak yang belum mumayyiz dengan sengaja? Mohon penjelasan. Terima kasih.

JAWAPAN:
Sesungguhnya Allah SWT telah mengangkat taklif bagi orang yang tidur, kanak-kanak dan juga orang gila berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

رُفِع القلمُ عن ثلاثةٍ: عن النّائمِ حتّى يستيقظَ وعن الغلامِ حتّى يحتلِمَ وعن المجنونِ حتّى يُفيقَ
“Telah diangkat pena dari tiga golongan; dari orang yang tidur sehingga dia terjaga, dari seorang kanak-kanak sehingga dia baligh dan daripada orang yang gila sehingga dia sedar.” [Riwayat Abu Daud (4403) dan Ibn Hibban (142)]

Makna ‘telah diangkat pena’ di dalam hadith bermaksud, tidak dibebankan dengan taklif dan tidak dikenakan hukuman atau dosa terhadap apa yang dilakukan oleh mereka. (Rujuk: Faidh al-Qadir Syarh Jami’ al-Saghir, 4:46)

Oleh itu, setiap perbuatan ketiga-tiga golongan tersebut termasuk kanak-kanak yang belum baligh, sama ada sengaja ataupun tidak, maka mereka tidak dihukum dengan apa-apa hukuman. Hal ini kerana kaedah fiqh menyebutkan bahawa:

عَمْدُ الصَبِيّ خَطَأٌ
“Perbuatan sengaja seorang kanak-kanak dikira sebagai dia tersilap.”

Justeru, bayi atau kanak-kanak yang belum baligh, apabila melakukan hal yang menyebabkannya layak untuk menerima hukuman, mereka tidak dihukum dengan hukuman orang dewasa seperti hukuman hudud. Walau bagaimanapun, boleh diberikan hukuman ta’zir yang bersifat mendidik dan memberi pengajaran. Ini kerana mereka masih belum matang pemikirannya, perbuatan sengaja mereka dikira sebagai mereka tersilap melakukannya. (Rujuk: Usul Fiqh Li Abd Wahab Khalaf, 137)

Ini juga kerana, Allah SWT mengampunkan bagi umat Nabi Muhammad SAW perbuatan kemaksiatan yang dipaksa mereka melakukannya, perbuatan yang tersalah dan terlupa. Rasulullah SAW bersabda:

إنَّ اللهَ تَجاوَزَ لِأُمَّتي عما استُكرِهوا عليهِ، وعنِ الخَطَأِ والنِّسيانِ
“Sesungguhnya Allah SWT mengampunkan bagi umatku daripada perbuatan yang dipaksakan untuk mereka melakukannya, perbuatan disebabkan oleh tersilap (tidak sengaja) dan juga terlupa.” [Riwayat Ahmad (1:561)]

Disamping itu juga, para fuqaha’ menjelaskan bahawa walaupun tiada hukuman, jaminan ganti rugi terhadap barang yang dirosakkan masih tetap ada kerana melibatkan hak orang lain. Hal ini seperti yang disebut di dalam kitab Tuhfat al-Muhtaj Syarh al-Minhaj:

ولا عقوبة على صبى ومجنون ومكره وإن ضمنواً النفس والمال
“Tiada hukuman terhadap kanak-kanak, orang gila dan orang yang dipaksa walaupun mereka perlu membayar ganti rugi bagi nyawa (diyat) dan harta yang dirosakkan.” (Rujuk: Tuhfat al-Muhtaj, 4:151)

Ini kerana, secara asasnya barang yang menjadi hak atau milik orang lain jika dirosakkan sama ada sengaja ataupun tidak, maka hendaklah diganti rugi oleh orang yang merosakkannya tersebut. Dalam hal ini, al-Hafiz Ibn Abd Barr menyebutkan bahawa:

الأمر المجتمع عليه عندنا في ذلك أن الأموال تُضمن بالعمد والخطأ
“Perkara yang disepakati di sisi kami dalam bab tersebut adalah harta yang dirosakkan hendaklah diganti rugi sama ada sengaja ataupun tidak.” (Rujuk: al-Istizkar, 7:279)

Maka dalam isu ini, apabila seorang kanak-kanak merosakkan barangan milik orang lain dengan sengaja, maka hendaklah diganti rugi dengan menggunakan harta kanak-kanak terlebih dahulu, jika ada dan mencukupi. Namun jika sekiranya tiada atau tidak mencukupi, ibu bapa atau walinya boleh melunaskan bagi pihak anaknya tanpa wajib melakukan demikian.

إن أتلف صبي مال غيره يلزم الضمان من ماله وإن لم يكن له مال ينتظر إلى حال يسر ولا يضمنه وليه
“Jika sekiranya seorang kanak-kanak merosakkan harta milik orang lain, maka wajib ke atasnya ganti rugi daripada hartanya, jika sekiranya dia tiada harta, maka ditunggu sehingga keadaan yang dilapangkan hartanya, dan tidak wajib dijamin oleh walinya.” (Rujuk: Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, 4:297)

Kesimpulan

Berdasarkan perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa kanak-kanak yang belum mumayyiz tidak dihukum atas kesalahannya sama ada sengaja ataupun tidak, kecuali dengan hukuman yang bersifat mendidik dan memberi pengajaran sahaja. Manakala, ganti rugi barang yang dirosakkan oleh kanak-kanak yang belum mumayyiz itu adalah dilunaskan daripada hartanya sendiri, jika dia memiliki harta.

Namun begitu, jika melihat kepada hal kebiasaan bahawa kanak-kanak yang belum mumayyiz tidak mempunyai harta, maka ibu bapa atau penjaganya hendaklah melunaskan ganti rugi tersebut bagi pihak kanak-kanak tersebut kerana mereka bertanggungjawab untuk menjaganya daripada melakukan hal-hal sedemikian.

Ingatlah bahawa Rasulullah memberi peringatan untuk menjaga nyawa, harta dan maruah seorang Muslim yang tidak boleh diganggu dan dirosakkan. Rasulullah SAW bersabda:

كُلُّ المُسْلِمِ على المُسْلِمِ حَرامٌ، دَمُهُ، ومالُهُ، وعِرْضُهُ
“Setiap Muslim itu adalah haram (tidak boleh diganggu) darah, harta dan maruah kehormatannya.” [Riwayat Bukhari (6064) dan Muslim (2564)]

Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya serta taufiq dan hidayah untuk melaksanakan ibadah ikhlas semata-mata kerana-Nya. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/ganti-rugi-barang-yang-dirosakkan-kanak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jasa Marga Ganti Rugi Kendaraan Pecah Ban Akibat Jalan Tol Berlubang

Jasa Marga Ganti Rugi Kendaraan Pecah Ban Akibat Jalan Tol Berlubang

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 257 hits
Agus menjelaskan klaim tersebut dapat dilakukan dengan menunjukkan bukti fisik kerusakan kendaraan dan penyebab kerusakan serta bukti tanda terima transaksi tol
Masih Minim Pengawasan Indonesia Belum Siap Terapkan Ai

Masih Minim Pengawasan Indonesia Belum Siap Terapkan Ai

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 172 hits
Ekonom Institute for Development of Economics and Finance Bhima Yudistira menyebutkan Indonesia belum mampu menerapkan kecerdasan buatan atau artificial intelligence karena belum adanya aturan hukum yang jelas
Wanita Ini Kongsi Cara Dan Dokumen Yang Diperlukan Untuk Menukar Atau Memendekkan Nama Anak Yang Belum Berusia 12 Tahun

Wanita Ini Kongsi Cara Dan Dokumen Yang Diperlukan Untuk Menukar Atau Memendekkan Nama Anak Yang Belum Berusia 12 Tahun

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 423 hits
Bagi ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata proses untuk memilih nama anak tidak dapat dinafikan adalah salah satu proses yang sangat menggembirakan Bagaimanapun selepas nama anak sudah dipilih dan akhirnya didaftarkan ibu bapa perlu bers...
Resepi Daging Bakar Danok Belum Cuba Belum Tahu Dah Cuba Baru Tahu

Resepi Daging Bakar Danok Belum Cuba Belum Tahu Dah Cuba Baru Tahu

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 799 hits
RESEPI DAGING BAKAR DANOK BELUM CUBA BELUM TAHU DAH CUBA BARU TAHUesok cuti boleh la try buat untuk anak anak kan
Umno Belum Buat Keputusan Usul Sokong Pm Tok Mat

Umno Belum Buat Keputusan Usul Sokong Pm Tok Mat

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 273 hits
Umno belum membuat sebarang keputusan berhubung usul menyokong Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang akan dibawa PAS pada sidang Parlimen Mac ini Bagaimanapun Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata beliau telah dimaklumkan mengenai...
Dokter Paru Masih Belum Ketahui Kapan Persebaran Virus Corona Bakal Usai

Dokter Paru Masih Belum Ketahui Kapan Persebaran Virus Corona Bakal Usai

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 184 hits
Ketua Umum Pokja Infeksi Pengurus Pusat Perhimpunan Dokter Paru Indonesia Erlina Burhan mengatakan karena wabah infeksi Novel Coronavirus masih baru belum bisa dinyatakan dengan tepat kapan heboh virus corona akan berakhir
Penjualan Belum Selesai Dulu Tuduh Negara Bankrap Mana Datang Aset Yang Ph Jual Lambak

Penjualan Belum Selesai Dulu Tuduh Negara Bankrap Mana Datang Aset Yang Ph Jual Lambak

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 231 hits
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hairan dengan tuduhan yang dibuat oleh Pakatan Harapan dahulu yang berkata Malaysia sudah dijual olehnya dan bankrap Tetapi bidasnya dalam satu hantaran di Facebook dari mana pula datangnya begitu banya...
Belum Reda Wabak Covid 19 Saintis Dakwa Temui Virus Misteri Yang Tak Dikenali Di Brazil

Belum Reda Wabak Covid 19 Saintis Dakwa Temui Virus Misteri Yang Tak Dikenali Di Brazil

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 421 hits
Para saintis mendakwa telah menemui satu virus misteri yang tidak pernah dilihat sebelum ini di sebuah tasik yang terletak di Brazil dan menamakannya sempena cerita mitos seekor duyung mengumpan askar masuk ke dalam air sehingga lemas Yarav...
Pemprov Dki Perhelatan Formula E Belum Tentu Setiap Tahun Di Monas

Pemprov Dki Perhelatan Formula E Belum Tentu Setiap Tahun Di Monas

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 207 hits
Dia juga menyebut saat perhelatan di Roma Italia ataupun Meksiko juga melapisi cobblestone nya dengan aspal
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab