Ganjaran Pahala Berpuasa Pada 10 Muharram Dan Peristiwa Yang Terjadi Pada Hari Tersebut


Saban tahun apabila menjelang bulan Muharram, sudah tentu umat Islam akan mengingati tarikh 10 Muharram dengan pelbagai amalan dan ibadah yang dilakukan. Apakah keistimewaan dan kelebihan yang ada pada hari ke 10 dalam bulan Muharram?


Di Malaysia, apabila tibanya 10 Muharram, maka kebanyakan dari Ahli Jawatankuasa masjid dan surau bertungkus lumus membuat persiapan untuk menyediakan juadah khusus yang terkenal iaitu Bubur Asyura untuk diagih-agihkan kepada orang ramai.

Itulah antara adat atau tradisi yang baik yang dilakukan oleh umat Islam di Malaysia bahkan masih wujud sehingga ke hari ini disamping melakukan amal ibadah khusus yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW iaitu berpuasa.

Adakah puasa yang dilakukan oleh umat Islam pada 10 Muharram merupakan adat tradisi atau sebaliknya?

Ada di antara umat Islam di Malaysia yang menganggap ibadah puasa sunat pada hari tersebut sengaja diada-adakan dan tidak ada dalam Islam.

Malang sekali, kerana ada segelintir dalam kalangan umat Islam di Malaysia telah membawa masuk ajaran menyeleweng syiah ketika sambutan 10 Muharram dengan memukul-mukul dada sambil mengalunkan lagu-lagu dengan senikata untuk memperingati seseorang yang telah meninggal dunia, kononnya untuk mengenang kembali peristiwa Karbala.

Malah, ada umat Islam di beberapa negara Asia Barat yang menyambut hari 'Asyura' (10 Muharram) dengan memukul-mukul badan mereka menggunakan senjata tajam seperti pedang, pisau dan alatan lain sehingga luka dan mendatangkan kecederaan yang parah.

Kanak-kanak dan bayi kecil yang tidak tahu apa-apa turut menjadi mangsa kerakusan ajaran yang jauh tersimpang dari landasan Islam yang sebenar.

Adakah amal perbuatan sebegini dianjurkan oleh Islam?

Islam adalah agama Rahmatan Lil A'lamin (rahmat bagi sekelian alam) yang melarang umatnya daripada membinasakan dan mencederakan diri sendiri demi mendapatkan ganjaran dan keredhaan serta rahmat dari Allah SWT.

Mengimbau semula sejarah 10 Muharram yang dirujuk kepada hadis-hadis Rasulullah SAW adalah penting bagi mencari kebenaran dan merungkai keraguan ummah seterusnya memastikan amalan yang dilakukan oleh umat Islam hari ini bertepatan dengan kehendak syariat Islam dan menjauhi perkara atau amalan yang sengaja diada-adakan.

Salah satu daripadanya ialah hadis yang diriwayatkan daripada Ibn 'Abbas RA yang bermaksud: "Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda SAW melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari 'Asyura', lalu Baginda bertanya: Apakah ini? Mereka menjawab: "Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa. Lalu Baginda SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu." Maka Rasulullah SAW pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa. (Riwayat al-Bukhari)

Selain itu terdapat sebuah hadis lain yang diriwayatkan daripada oleh Syaidatina Aisyah r.a. bermaksud; "Hari Asyura adalah suatu hari yang mana orang-orang Quraish berpuasa padanya ketika Jahiliyyah. Dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari tersebut. Ketika sampai di Madinah, Nabi SAW berpuasa pada hari Asyura dan baginda menyuruh umat Islam berpuasa pada hari tersebut. Namun apabila difardhukan puasa Ramadhan, baginda bersabda mafhumnya: "Sesiapa yang hendak, maka berpuasalah ia (pada hari Asyura), dan sesiapa yang tidak mahu tinggallah ia (puasa Asyura)." (Riwayat: al-Bukhari dan Muslim)

MENGHAPUSKAN DOSA SETAHUN

Dapat difahami bahawa puasa pada hari Asyura adalah suatu perkara yang wajib sebelum difardhukan puasa Ramadhan.

Apabila puasa Ramadhan difardhukan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur, namun ia tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut.

Malah, berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Qatadah bahawa Nabi SAW bersabda: "Puasa hari Asyura itu; sesungguhnya Aku bermohon kepada Allah agar dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya." (Riwayat: al-Tirmizi).

Terbuktilah bahawa amalan berpuasa pada hari Asyura atau 10 Muharram ADALAH sunnah Nabi SAW.

Rasulullah SAW tidak pernah melakukan sesuatu yang boleh merosak dan membinasakan diri, apatah lagi menganjurkan kepada umatnya untuk melakukan sedemikian.

Ternyata amalan atau perbuatan melukai diri dan memukul dada serta perbuatan yang boleh memudaratkan diri dan orang lain, bukanlah datangnya daripada sunnah Rasulullah SAW. Sebaliknya, ia adalah amalan yang menyesatkan.

Sekiranya ada amalan sebegini daripada Rasulullah SAW, maka adalah lebih afdal Rasulullah SAW meminta para sahabatnya untuk mengingati para syuhada yang mati syahid dalam peperangan Badar, Uhud dan peperangan lain. Contohnya, Saidina Hamzah RA yang digelarAsadullah (Singa Allah), yang syahid dalam peperangan Uhud. Mengapa tidak ditemui hadis-hadis yang menganjurkan amalan sedemikian jika itulah kebenarannya seperti yang dilakukan oleh segelintir umat Islam hari ini ketika tibanya hari ke sepuluh dalam bulan Muharram?

Malangnya, ada di antara umat Islam yang menolak hadis, sekaligus menolak amalan berpuasa dan kelebihan yang ada pada hari kesepuluh dalam bulan Muharram konon kerana ia tidak terdapat dalam al-Quran.

Sama-samalah kita mencari keberkatan dengan berpuasa sunat bukan sahaja pada 10 Muharram tetapi juga berpuasa pada 9 Muharram berdasarkan hadis Nabi SAW yang maksudnya:

"Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang ramai berpuasa, maka para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah! Asyura adalah hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani." Maka baginda bersabda: "Jika datang tahun hadapan kita akan berpuasa pada hari Tasu'a (hari ke-9 di bulan Muharam)." (Berkata Ibn Abbas, "Maka belum tiba tahun hadapan, Rasulullah SAW telah wafat." (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati umat Islam dengan amalan-amalan yang diredhai-Nya dan menjauhkan dari perkara-perkara yang menyimpang dari landasan Islam yang sebenar.

Wallahu a'lam

BACA INI JUGA: Keberkatan Puasa Sunat Tarwiyah Dan Arafah Pada 8, 9 ZulhijjahTiada Amalan Khusus Di Bulan Rejab, Kemuliaan Dicemari Kepalsuan
sumber: (1)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2022/04/puasa-10-muharram-sunnah-nabi-saw.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ganjaran Pahala Itu Luas

Ganjaran Pahala Itu Luas

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 128 hits
Ada orang masuk syurga kerana baktinya kepada ibu bapa Ada juga menjadi penghuni syurga kerana memberi anjing minum Bahkan ada yang diterima ibadatnya dan dimasukkan syurga kerana sebelum tidurnya selalu memaafkan orang lain Ada pula masuk ...
Lirik Hari Raya Untuk Semua Fieya Julia

Lirik Hari Raya Untuk Semua Fieya Julia

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 309 hits
hari raya hari untuk berbahagiabersama kita meraikannyadihari raya kita bergembirasesama insan kita bermaafan selamat hari rayaku ucap pada semuatua dan muda bersama samaselamat hari rayaku ucap pada semuakaya dan miskin bersama sama oh har...
Buat Nasi Kari Kambing Guna Kari Kambing Adabi Je Untuk Tetamu Hari Raya

Buat Nasi Kari Kambing Guna Kari Kambing Adabi Je Untuk Tetamu Hari Raya

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 188 hits
Bagi penggemar nasi kari kambing rasanya tak sah kalau tak pekana nasi kari kambing setiap bulan Jom buat sendiri menggunakan resipi yang dikongsi dibawah Sumpah sedapp nasi kari kambing tin adabi ni Bahan bahan 2 tin kari kambing adabi 5 p...
Pekerja Di Shanghai Dipaksa Kuarantin Dan Tidur 12 Hari Di Pejabat Video

Pekerja Di Shanghai Dipaksa Kuarantin Dan Tidur 12 Hari Di Pejabat Video

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 116 hits
Pekerja Di Shanghai Dipaksa Kuarantin Dan Tidur 12 Hari Di Pejabat VIDEO BEIJING China dilaporkan mengenakan langkah terbaharu untuk mengekang penularan Covid 19 di Shanghai dengan mengarahkan pekerja tidur di pejabat selama berhari hari la...
Lepas Beberapa Hari Nikah Suami Dilaporkan Hilang Isteri Kedua Mengaku Bunuh Suami Tanam Bawah Katil

Lepas Beberapa Hari Nikah Suami Dilaporkan Hilang Isteri Kedua Mengaku Bunuh Suami Tanam Bawah Katil

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 137 hits
Misteri kehilangan seorang lelaki dari Iran akhirnya terjawab selepas pihak polis menemui mayat manusia yang ditanam di bawah katil Lebih mengejutkan apabila mengetahui mangsa yang dilaporkan hilang selama setahun itu sebenarnya telah dibun...
Kerajaan Benarkan Rakyat Pulang Ke Kampung Raikan Perayaan Hari Raya Aidil Fitri Tahun Ini

Kerajaan Benarkan Rakyat Pulang Ke Kampung Raikan Perayaan Hari Raya Aidil Fitri Tahun Ini

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 235 hits
BERA Kerajaan masih berpegang dengan pendiriannya sebelum ini untuk membenarkan rakyat pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Malah kata Perdana Menteri beliau sendiri telah berp...
Sam Ke Ting Dibenarkan Tangguh Hukuman Atau Tidak Akan Diketahui Hari Ini

Sam Ke Ting Dibenarkan Tangguh Hukuman Atau Tidak Akan Diketahui Hari Ini

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 188 hits
Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6 000 terhadap Sam Ke Ting atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak dalam kejadian lima tahun lalu Sam Ke...
Ganjar Imbau Pengusaha Di Jateng Cairkan Thr 7 Hari Sebelum Lebaran Jangan Dicicil

Ganjar Imbau Pengusaha Di Jateng Cairkan Thr 7 Hari Sebelum Lebaran Jangan Dicicil

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 168 hits
Kader PDIP ini meminta pemberian THR bagi pekerja dicairkan paling lambat tujuh hari sebelum lebaran Supaya masyarakat tidak kesulitan ekonomi saat membeli persediaan menjelang lebaran
Hari Yang Paling Penting Bermakna Cl Kongsi Sebab 2ne1 Kembali Bersatu Di Coachella

Hari Yang Paling Penting Bermakna Cl Kongsi Sebab 2ne1 Kembali Bersatu Di Coachella

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 176 hits
Persembahan kejutan 2NE1 di Coachella semalam memang telah menjadi perhatian dan bualan peminat K pop seluruh dunia ARTIKEL BERKAITAN Pada 18 April CL telah memuat naik foto penampilan 2NE1 di Coachella Los Angeles Dalam kapsyen yang dituli...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor