Gangguan Siaran Menteri Minta Penjelasan Mytv


MALAYSIAKINI

   
MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) perlu mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menjelaskan kedudukan sebenar syarikat itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Beliau berkata penting untuk MYTV ​​​​​selaku pembekal perkhidmatan siaran kepada masyarakat untuk mengambil serius aduan gangguan siaran yang dibuat dan memberikan maklumat balas yang berkesan.

“Perlu jelaskan kedudukan mereka dengan cepat, nyatakan masalah yang berlaku dan langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasinya,” kata beliau dalam catatan di laman Twitter pagi ini.

Gobind berkata beliau telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menyediakan laporan berkenaan masalah MYTV dan menyerahkan kepadanya secepat mungkin.

Beliau berkata demikian dalam responsnya kepada pertanyaan seorang pengguna Twitter @niniey_rashid yang ingin tahu sama ada MYTV hendak dihapuskan, dan mendakwa siaran saluran itu telah terganggu selama seminggu di Kelantan.

@ssafuan01 pula ingin tahu berapa lama lagi gangguan siaran MYTV akan berterusan.

Pada 11 Okt lepas, SKMM dalam satu kenyataan menjelaskan perkhidmatan televisyen terestial digital (DTT) yang mengalami gangguan pada tarikh itu adalah disebabkan beberapa isu komersial yang tidak dapat diselesaikan antara MYTV Broadcasting dan vendornya.

Bagaimanapun, menurut SKMM penonton masih boleh menonton perkhidmatan televisyen percuma itu melalui platform analog semasa.

Menjawab soalan @DonZukri mengenai monopoli MYTV, Gobind berkata perkara itu kini dalam perhatian kementerian.

MYTV dilantik oleh kerajaan untuk membangun dan mengendalikan infrastruktur serta rangkaian perkhidmatan DTT di Malaysia bagi membolehkan sistem penyiaran negara beralih daripada analog kepada digital.

Sementara itu, laman web MYTV mengesahkan siaran DTT mengalami gangguan di Sarawak, Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak dan usaha sedang diambil untuk mengembalikan siaran dalam tempoh terdekat.- Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/gangguan-siaran-menteri-minta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mytv Tiada Siaran Adakah Ia Akan Ditamatkan

Mytv Tiada Siaran Adakah Ia Akan Ditamatkan

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 893 hits
Pada 11 Oktober 2018 yang lalu laman telah mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung gangguan siaran dan perkhidmatan Televisyen Terestial Digital MyTV Pengguna dan kawasan yang terjejas akan mendapati dekoder MyTV mereka akan menunjukkan kod...
Patutlah Cina Tak Mahu Menteri Gaji 76 Penjawat Awam Kurang Rm5 000

Patutlah Cina Tak Mahu Menteri Gaji 76 Penjawat Awam Kurang Rm5 000

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 414 hits
KUALA LUMPUR Gaji bagi 76 daripada 1 1 juta penjawat awam dan polis kurang daripada RM5 000 kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong Data Jabatan Akauntan Negara menunjukkan 866 270 daripada 1 146 222 orang yang sedang b...
Ucapan Sembah Tahniah Dan Ikrar Taat Setia Oleh Yab Menteri Besar Kedah

Ucapan Sembah Tahniah Dan Ikrar Taat Setia Oleh Yab Menteri Besar Kedah

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 626 hits
UCAPAN SEMBAH TAHNIAH DAN IKRAR TAAT SETIA YANG AMAT BERHORMAT DATO SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR MENTERI BESAR NEGERI KEDAH DARUL AMAN SEMPENA ISTIADAT PERTABALAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL AMINUL KARIM SULTAN SALLEHUDDIN IBNI ALMARH...
Bila Akauntan Cabuk Dapat Jadi Menteri Kewangan Macam Ni La Jadinya

Bila Akauntan Cabuk Dapat Jadi Menteri Kewangan Macam Ni La Jadinya

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 265 hits
Siapa tak kenal yang memang terkenal dengan tabiatnya yang memanipulasi angka angka kewangan kerajaan untuk mengaburi mata orang ramai terutamanya penyokong PH Masa jadi Ketua Menteri Penang dulu yang selalu dia canang kononnya hutang Keraj...
Penasihat Khas Menteri Pendidikan Ke London Ketika Negara Mengalami Hutang Yang Banyak

Penasihat Khas Menteri Pendidikan Ke London Ketika Negara Mengalami Hutang Yang Banyak

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 501 hits
Ibarat lebih sudu dari kuah Jawatannya hanyalah sebagai Penasihat Khas Menteri Pendidikan namun kuasanya mampu melebihi dari seorang Menteri dan Timbalan Menteri Siapa Wan Saiful untuk membuat lawatan dan kononnya membawa deligasi Kementeri...
Nak Kahwin Gadis Johor Bawah 18 Tahun Perlu Kelulusan Menteri Besar Atau Ketua Menteri

Nak Kahwin Gadis Johor Bawah 18 Tahun Perlu Kelulusan Menteri Besar Atau Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 723 hits
Kenapa perkahwinan perlu dibuat had umur Bukankah ia satu diskriminasi terhadap nafsu seks samada lelaki atau perempuan Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju Secara normal jarang kita tanya gadis yang umur 18 tahun pada hari ini bersedi...
Menteri Kewangan Berbohong Di Dewan Rakyat

Menteri Kewangan Berbohong Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 294 hits
USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI MENTERI Kewangan Lim Guan Eng sekali lagi hari ini 22 Oktober 2018 di Dewan Rakyat telah memfitnah Kerajaan Kelantan kononnya tidak dapat membayar gaji kakitangan Nampaknya Menteri Kewangan ini begitu berdendam den...
Rupanya Pemandu Teksi Yang Buat Kecoh Di Upah Pihak Tertentu Supaya Kurang Ajar Dengan Perdana Menteri

Rupanya Pemandu Teksi Yang Buat Kecoh Di Upah Pihak Tertentu Supaya Kurang Ajar Dengan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 331 hits
Rupanya Pemandu Teksi Yang Buat Kecoh Di Upah Pihak Tertentu Supaya Kurang Ajar Dengan Perdana MenteriRupanya Pemandu Teksi Yang Buat Kecoh Di Upah Pihak Tertentu Supaya Kurang Ajar Dengan Perdana Menteri
Maszlee Kena Jawab Tular Penasihat Menteri Ke London

Maszlee Kena Jawab Tular Penasihat Menteri Ke London

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 379 hits
KUALA LUMPUR Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik diminta memberi penjelasan berhubung tindakan Penasihat Khasnya yang bertindak di luar bidang kuasa dengan membawa rombongan rasmi ke luar negara Bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir K...
Family Staycation Indonesia Menikmati Pemandangan Indah Di Kawah Putih Tempat Cantik Untuk Ootd

7 Easy Ways To Top Up Your Touch N Go Card In Malaysia

Tahniah Dan Terima Kasih

Nak Tahu Apa Itu Biopsy Jom Fahami Proses Dan Kenapa Ia Penting

Elderly Support Building A Caring Future Today

Harimau Merah Intrik Dalaman

Rafizi Masih Boleh Main Peranan Besar Di Luar Kabinet

Selepas Rafizi Nik Nazmi Pula Umum Letak Jawatan Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

Renew Road Tax Kereta Atau Motor Tak Sampai 2 Minit

Mengapa D Sora Business Boutique Hotel Menjadi Pilihan Hati

Menghubungkan Node Red Dengan Blynk

Kerabu Taugeh Kacang Botol

Sbdj Siri 226 Wanita Dalam Bilik Pawang