Menteri Kewangan Berbohong Di Dewan Rakyat


USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI

  MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng sekali lagi hari ini 22 Oktober 2018 di Dewan Rakyat telah memfitnah Kerajaan Kelantan kononnya tidak dapat membayar gaji kakitangan. Nampaknya Menteri Kewangan ini begitu berdendam dengan Kelantan yang telah ditadbir oleh PAS sekian lama. Padahal soalan tambahan yang diajukan Dato Takiyuddin Hassan (PAS - Kota Bharu) adalah soalan biasa yang tidak mempunyai unsur provokasi
 Apa yang diutarakan oleh Kota Bharu ialah berhubung pandangan kerajaan jika Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu memulakan inisiatif sendiri untuk menyiapkan projek ECRL? Menteri Kewangan dengan sinis menjawab, "Bagaimana mahu siapkan ECRL jika bayar gaji kakitangan pun tidak mampu?" Di dalam Dewan, kami ahli-ahli Parlimen dari Kelantan menuntut agar Menteri Kewangan menarik balik kenyataannya kerana ia mengelirukan Dewan namun tidak dibenarkan. Kita minta dibuktikan dengan jelas bilakah Kelantan tidak mampu membayar gaji kakitangannya
 Jika disebut bahawa Kelantan menerima bantuan Kerajaan Persekutuan untuk membayar gaji, perlulah dinyatakan bahawa tidak ada satu pun negeri di Malaysia yang tidak menerima peruntukan di bawah Perbendaharaan Negara. Saya merujuk kepada data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada 27 Oktober 2017 di bawah tajuk Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2018
 Di dalam Lampiran E iaitu di bawah tajuk Pemberian Sebenar Kepada Kerajaan Negeri Tahun 2016, Kelantan dinyatakan telah menerima sejumlah RM397,989,333.00
 Jika dibandingkan dengan Negeri Selangor, negeri tersebut telah menerima sebanyak RM761,803,058.00 di bawah peruntukan Perbendaharaan Negara untuk tahun 2016
 Tidaklah dinafikan kelayakan Selangor menerima peruntukan yang lebih banyak kerana jumlah pemberian tersebut berasaskan kepada keperluan tersendiri termasuklah bilangan penduduk. Namun ia mengesahkan bahawa tiada negeri yang tidak menerima wang daripada Kerajaan Pusat
 Jika ditinjau kepada senarai berkenaan, dapat dilihat bahawa Negeri Johor menerima sebanyak RM802,219,813.00, Kedah (RM373,288,565.00), Pahang (RM391,115,129.00), Sabah (RM1,086,260,027.00) dan Sarawak (RM1,159,277,479.00)
 Fakta-fakta ini menjelaskan bahawa Menteri Kewangan hari ini sekali lagi berbohong dan memfitnah Kelantan di dalam Dewan Rakyat
 USTAZ AHMAD FADHLI SHAARIAhli Parlimen Pasir Mas 
HARAKAHDAILY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/10/menteri-kewangan-berbohong-di-dewan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Speaker Pula Tegur Menteri Timbalan Menteri Perlu Hadir Sesi Soal Jawab Dewan Rakyat

Speaker Pula Tegur Menteri Timbalan Menteri Perlu Hadir Sesi Soal Jawab Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 307 hits
KUALA LUMPUR 26 Okt 8211 Menteri atau Timbalan Menteri perlu hadir bagi menjawab soalan dalam sesi soal jawab lisan pada Persidangan Dewan Rakyat kata Yang di Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof Kita tidak boleh berharap seratu...
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Tegur Menteri Dan Timbalan Tak Hadir Sidang Parlimen

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Tegur Menteri Dan Timbalan Tak Hadir Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 448 hits
JEMAAH menteri dan timbalan sepatutnya lebih berdisiplin dan hadir Sidang Parlimen seperti yang dijadualkan kata timbalan speaker Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon Selepas ketiadaan Menteri Dalam Negeri dan timbalannya untuk menjawab so...
Laporan Ekonomi Dan Kewangan Jadi Bahan Mainan Ini Jenis Menteri Haprak Dr Puad

Laporan Ekonomi Dan Kewangan Jadi Bahan Mainan Ini Jenis Menteri Haprak Dr Puad

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 243 hits
Semakin menjadi jadi perangai haprak menteri menteri Kerajaan Pakatan Harapan sekarang ini kata Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi Katanya selain timbul warna stokin pelajar sekolah terbaru Menteri Pertahanan Mohamad...
Berbekal Kewangan Rm450 Juta Menteri Kewangan Yang Kelakar

Berbekal Kewangan Rm450 Juta Menteri Kewangan Yang Kelakar

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 403 hits
Menteri Kewangan kita kelakar Dia bercakap seolah olah Kerajaan berhenti menerima hasil sejak 9 Mei Harungi 5 bulan mencabar berbekalkan RM450 juta Hasil Kerajaan 2018 Januari RM18 9b Februari RM11 5b Mac RM24 0b April RM17 6b Mei RM20 8b J...
Menteri Kewangan Malaysia

Menteri Kewangan Malaysia

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 301 hits
Senarai Menteri Kewangan MALAYSIA Jom belajar sejarah siapa orang penting yang pernah menjawat Menteri Kewangan Malaysia 1 Tun Hau Shaik Lee 3 tahun 1957 1959 MCA 2 Tun Tan Siew Sin 10 tahun 1959 1969 MCA 3 Tun Abdul Razak Hussein 2 tahun 1...
Guan Eng Digesa Henti Blaming People Portfolio Menteri Kewangan Perlu Otak Dan Kepakaran

Guan Eng Digesa Henti Blaming People Portfolio Menteri Kewangan Perlu Otak Dan Kepakaran

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 265 hits
KUALA LUMPUR 17 Okt 8220 Sudah sampai masa Menteri Kewangan berubah sikap menjadi menteri yang lebih bertanggungjawab dan berhenti mengamalkan sikap menyalahkan orang lain 8221 ujar Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa
Menteri Terpulang Kepada Rakyat Untuk Berhenti Bermimpi Miliki Lebuh Raya Tanpa Tol

Menteri Terpulang Kepada Rakyat Untuk Berhenti Bermimpi Miliki Lebuh Raya Tanpa Tol

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 269 hits
October 18 2018 11 18 AMBaru Bian dilaporkan berkata keputusan berhubung penghapusan tol lebuh raya akan diketahui dalam 2 hingga 3 bulan lagi KUALA LUMPUR Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata terpulang kepada rakyat sekiranya mahu berhenti...
Bila Akauntan Cabuk Dapat Jadi Menteri Kewangan Macam Ni La Jadinya

Bila Akauntan Cabuk Dapat Jadi Menteri Kewangan Macam Ni La Jadinya

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 225 hits
Siapa tak kenal yang memang terkenal dengan tabiatnya yang memanipulasi angka angka kewangan kerajaan untuk mengaburi mata orang ramai terutamanya penyokong PH Masa jadi Ketua Menteri Penang dulu yang selalu dia canang kononnya hutang Keraj...
Your Ultimate Defense The Benefits Of A Strong Toto Verification Community

Revolutionize Your Viewing Experience With Xtv Ultra Iptv Player

Perbezaan Antara Buah Naga Merah Dan Buah Naga Putih

Ppim Kemuka Syor Lindungi Pengguna Sinar Ahad 01 12 2024

Haji Hadi Ajak Selamatkan Orang Melayu

Ballet Nights Kuala Lumpur Persembahan Balet Sensasi London Menampilkan Penari Cilik Cemerlang Sophia Ong Dari Selangor

Kerajaan Madani Lebih Menjaga Kebajikan Calon Di Kawasan Banjir

Champions League Possibilities Bedste Betting Sider Og Tips


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Berbahagi Suami Slot Tiara Astro Prima Adaptasi Siri Indonesia Berbagi Suami The Series

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Bagaimana Paradoks Pilihan Membuatkan Kita Jadi Takut Buat Keputusan

Mengapa Individu Pandai Lebih Sedih dan Tertekan Dalam Hidup


Home Stay Jogjakarta Murah Meriah Dekat Malioboro Dan Masjid Jogokariyan

Tpfx Pontianak Menyediakan Pilihan Akun Trading Mikro Lot Dan Standar

Learning To Create And Experience 360 Degree Videos

Recipe For Baking A Baking New York Strip

Bekal Apa Harini Maggi Goreng

Seorang Anggota Polis Bunuh Ibu Kandung Pukul Dengan Tabung Gas