Ucapan Sembah Tahniah Dan Ikrar Taat Setia Oleh Yab Menteri Besar Kedah




UCAPAN SEMBAH TAHNIAH DAN IKRAR TAAT SETIA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR MENTERI BESAR NEGERI KEDAH DARUL AMAN SEMPENA ISTIADAT PERTABALAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL AMINUL KARIM  SULTAN SALLEHUDDIN IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN KE-29 PADA  HARI ISNIN 22 OKTOBER 2018 BERSAMAAN 13 SAFAR 1440H DI ISTANA ANAK BUKIT KEDAH DARUL AMAN

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

1. Menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman.

2. Menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman.
Ampun Tuanku Beribu Ampun, Sembah Patik Pohon Diampun.

3. Patik merafak sembah takzim ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan di istiadat pertabalan yang penuh barakah ini. Berpaksikan Islam dan bersendikan adat, maka sempurnalah sudah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku ditabalkan sebagai Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Kedah Darul Aman Ke-29 pada hari ini, tanggal 22 Oktober tahun 2018 Masehi, bersamaan 13 Safar 1440 Hijri.

4. Dipanjatkan doa ke hadrat Ilahi, semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah dilanjutkan usia dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam rahmat dan maghrifah Allah Subhanahuwataala.

Ampun Tuanku,

5. Bersempena istiadat yang penuh berkat ini, patik mewakili Kerajaan Negeri serta seluruh rakyat jelata dengan penuh takzim menzahirkan kegembiraan dan merafak sembah tahniah, menjunjung kasih serta ikrar taat setia ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah sempena pertabalan Tuanku sebagai Sultan Negeri Kedah Darul Aman yang ke-29.

6. Sesungguhnya, pada hari yang penuh kemuliaan ini, tertulislah kesinambungan sejarah sebuah kerajaan dengan daulat kesultanan yang tertua, yang bernama Kedah seperti pernah tercatat dalam al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan Hikayat Merong Mahawangsa. Tradisi negeri bersultan dan rakyat beraja yang diwarisi sejak zaman berzaman ini didoakan akan terus kekal merentasi peredaran masa.

Ampun Tuanku,

7. Izinkan patik menelusuri sejarah pada abad ke-18, dengan memetik bait-bait Syair Sultan Maulana yang menggambarkan pemerintahan seorang Sultan di Negeri Kedah:
Dengarkan tuan suatu madah kisah baginda Sultan di Kedah negerinya ramai terlalu indah
isi negeri semuanya mudah Ismu baginda Sultan Maulana Ahmad Tajuddin gelar rencana ibni Sultan Abdullah yang ghana bangsa di atas takhta kencana Akal baginda sangat sempurna Adil dan murah terlalu bermakna Masyur lempah anta permana Dikasihi oleh mulia dan hina.

8. Demikianlah, gambaran Negeri Kedah yang diperintah ketika itu oleh Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I yang bijak, adil dan pemurah. Beruntunglah rakyat dan negeri yang amat bertuah ini kerana daulat Sultan
dan pemerintahannya selama ini. Maka tidak hairanlah kalau baginda mendapat sokongan daripada setiap lapisan rakyat.

9. Demikian juga pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sebagai Sultan dan Raja Pemerintah pada hari yang mulia ini. Sesungguhnya raja dan rakyat itu tidak pernah dipisahkan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan umpama pohon rendang tempat rakyat berteduh, teras keutuhan kerajaan yang berdaulat.

10. Berkat naungan pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang adil dan saksama serta arif lagi bijaksana, mudah- mudahan negeri Kedah Darul Aman berada dalam keadaan aman dan sentosa, bertambah makmur dan sejahtera, Inshaa Allah.

Ampun Tuanku,

11. Sebelum patik mengakhiri sembah ucapan patik pada pagi ini, di kesempatan ini juga patik bagi pihak kerajaan negeri ingin menzahirkan ucapan menjunjung kasih di atas keberangkatan:

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Negara Brunei Darussalam dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri;

Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan;
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang;

Tuan-Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri-Negeri dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan-Toh Puan;

Duli-Duli Yang Teramat Mulia Raja-Raja Muda dan Raja-Raja Puan Muda serta Yang Amat Mulia-Yang Amat Mulia Wakil-Wakil Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja;

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Siti Hasmah Binti Mohd Ali;

Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim;

Yang Amat Berhormat Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri;

Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Bendahara Kedah;

Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah; Yang Teramat Mulia Tunku Laksamana Kedah;

Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan dan Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan;

Serta Semua Tetamu-Tetamu Istiadat. Ampun Tuanku,

12. Akhirul kalam, patik bagi pihak Kerajaan Negeri dan sekalian rakyat jelata mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman, dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman, sentiasa beroleh riayah dan inayah daripada Allah Subhanahuwataala dalam menaungi Negeri Kedah yang tercinta ini.
Daulat Tuanku.

Ampun Tuanku Beribu Ampun, Sembah Patik Pohon Diampun.

Sekian, Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mukhrizmahathirfc.blogspot.com/2018/10/ucapan-sembah-tahniah-dan-ikrar-taat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedah Sedia Pinda Undang Undang Tubuh Had Penggal Menteri Besar

Kedah Sedia Pinda Undang Undang Tubuh Had Penggal Menteri Besar

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 310 hits
October 20 2018 7 40 PM ALOR SETAR Kerajaan negeri sedia meminda Undang undang Tubuh Kerajaan Kedah bagi membolehkan tempoh perkhidmatan jawatan menteri besar dihadkan kepada 2 penggal Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata pelak...
Johari Abdul Ke Jawatan Menteri Besar Kedah Dan Mukhriz

Johari Abdul Ke Jawatan Menteri Besar Kedah Dan Mukhriz

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 502 hits
Tengah berlegar ekarang ni dalam media sosial tentang pertukaran jawatan Menteri Besar antara Mukhriz dengan Johari Abdul Katanya Mukhriz akan diangkat menjadi Menteri Dalam Negeri dan Johari akan diangkat menjadi Menteri Besar Kedah yang b...
Fasha Sandha Keliru Ucapan Tahniah Bekas Suami

Fasha Sandha Keliru Ucapan Tahniah Bekas Suami

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 602 hits
Tidak mengiyakan juga tidak menidakkan tindakan bekas suami Jejai mengucapkan tahniah di Instastory namun Fasha Sandha meminta masa kerana masih belum bersedia The post appeared first on
Darjah Kebesaran Najib Dan Rosmah Ditarik Serta Merta Oleh Istana Besar Seri Menanti

Darjah Kebesaran Najib Dan Rosmah Ditarik Serta Merta Oleh Istana Besar Seri Menanti

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 613 hits
Gelaran Darjah Seri Utama Negeri Sembilan Najib Razak dan Darjah Seri Paduka Tuanku Ja afar Yang Amat Terpuji Rosmah Mansor ditarik balik Foto Istana Besar Seri Menanti menarik semula pengurniaan darjah kebesaran kepada bekas Perdana Menter...
Tun M Pengerusikan Mesyuarat Menteri Besar Ketua Menteri

Tun M Pengerusikan Mesyuarat Menteri Besar Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 249 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke 132 di Perdana Putra di sini Ini merupakan mesyuarat pertama setelah Pakatan Harapan yang dipimpin Dr Mahathir meme...
Menteri Jonan Usul Penataan Ulang Pemukiman Hindari Korban Jiwa Besar Akibat Bencana

Menteri Jonan Usul Penataan Ulang Pemukiman Hindari Korban Jiwa Besar Akibat Bencana

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 217 hits
Menurut Menteri Jonan sampai saat ini belum ada yang bisa memperkirakan terjadinya gempa dan besar kekuatannya namun bisa dimitigasi berdasarkan kondisi kebumian Sebab itu perlu dilakukan peninjauan ulang Rencana Tata Ruang dan Wilayah
Ucapan Tengku Adnan Di Putar Belit Oleh Pihak Yang Tak Bertanggungjawab Tengkuadnanreal Najibrazak

Ucapan Tengku Adnan Di Putar Belit Oleh Pihak Yang Tak Bertanggungjawab Tengkuadnanreal Najibrazak

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 287 hits
Lain kali cuba dengar dengan teliti apa yang maksudkan oleh Tengku Adnan jangan cepat sangat melatahDalam satu ucapan Datuk Seri Tengku Adnan Menteri Wilayah Persekutuan telah memberi motivasi dan kesedaran kepada pelajar tentang apa yg ker...
Johari Abdul Tolak Dakwaan Bakal Di Lantik Jadi Menteri Besar

Johari Abdul Tolak Dakwaan Bakal Di Lantik Jadi Menteri Besar

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 347 hits
ALOR SETAR nbsp Ahli Dewan Undangan Negeri Gurun Datuk Johari Abdul menolak khabar angin yang mendakwa beliau bakal dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu bagi menggantikan penyandangnya Datuk Seri Muhkriz Mahathir Johari yang jug...
Nak Kahwin Gadis Johor Bawah 18 Tahun Perlu Kelulusan Menteri Besar Atau Ketua Menteri

Nak Kahwin Gadis Johor Bawah 18 Tahun Perlu Kelulusan Menteri Besar Atau Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 678 hits
Kenapa perkahwinan perlu dibuat had umur Bukankah ia satu diskriminasi terhadap nafsu seks samada lelaki atau perempuan Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju Secara normal jarang kita tanya gadis yang umur 18 tahun pada hari ini bersedi...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game

Penganjur Tarian Wanita Mencolok Mata Boleh Berdepan Tindakan

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025