Gambar Sisa Domestik Kenapa Kita Perlu Mengasingkan Sisa Pepejal Di Rumah
Pihak kerajaan akan mewajibkan pengasingan sisa pepejal di rumah mulai 1 September 2015. Pelaksanaan perkara ini berdasarkan Peraturan di bawah Akta Pengurusan Sisa
Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Secara umumnya, pengasingan sisa
pepejal di rumah ini adalah mengikut jenis komposisi sisa pepejal seperti berikut :
a.Kertas – surat khabar , majalah, buku panduan, komik, katalog, kertas computer,
kertas A4, kertas berwarna, resit, bil , kotak kertas, kadbod, kalender, sampul surat,
poskad, risalah, dan bungkusan pos.
b.Plastik – botol minuman ringan, botol jus, botol minuman air mineral, bekas makanan,
bekas sabun cecair mandian, botl syampu, botol makanan kesihatan/vitamin, bekas
pencuci pakaian/lantai, botol kicap, baldi, ,beg plastik, bekas ais krim dan lain – lain
jenis plastik,
c.Lain – lain bahan yang boleh dikitar semula iaitu :-
i.Kaca/Seramik - botol kicap, botol sos, botol jem, botol minuman ringan, botol vitamin,
bekas kosmetik, pinggan kaca dan sebagainya.
ii.Tin aluminium/besi/logam lain - tin minuman ringan, tin makanan dan sos, tin biskut,
tin makanan cecair, alatan dapur seperti sudu, periuk senduk dan sebagainya.
iii.Sisa elektrik/barang elektrik kecil – bateri, kalkulator, telefon bimbit, peralatan elektrik,
lampu kalimantang, lampu LED,cerek elektrik, dapur elektrik dan sebagainya.
iv.Bahan fabrik/kasut/getah/kulit – kasut, beg tangan, pakaian, sarung tangan dan
sebagainya.
v.Sisa berbahaya – bekas penyembur ubat nyamuk,tin cat, bekas racun, bekas bahan
pelarut, bekas ubat anai – anai dan sebagainya.
d.Sisa Kebun/Taman – sisa halaman rumah seperti daun kering, ranting,pelepah pokok,
batang pokok, rumput dan sebagainya.
e.Sisa Pukal – sisa peralatan rumah yang besar seperti peti sejuk, almari, katil, mesin basuh, sofa, perabot dan sebagainya.
Bagi komposisi sisa pepejal yang telah diasingkan di atas hendaklah dimasukkan dalam
bekas yang sesuai/plastik sampah dan diletakkan di tepi tong sampah pada hari kutipan yang
ditetapkan di sesuatu kawasan. Manakala bagi Sisa Pukal hendaklah diletakkan dengan
kemas di bahu jalan hadapan rumah pada hari kutipan. Kutipan sisa pepejal berkenaan akan dibuat satu (1) kali seminggu oleh syarikat konsesi yang telah dilantik.
Di samping itu, bagi Sisa Baki pula, sisa berkenaan perlu dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai/plastik sampah dan dimasukkan ke dalam tong sampah. Sisa Baki ini merangkumi
sisa makanan, lampin pakai buang, tisu, sisa –sisa lain yang kotor dan tercemar.Kutipan bagi
Sisa Baki ini akan dibuat kutipan dua (2) kali seminggu oleh syarikat konsesi yang telah
dilantik.
Pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di rumah ini akan melibatkan negeri-negeri yang menerimapakai Akta 672 iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Pahang,
Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah.
Bagi memastikan maklumat dan informasi berkaitan pengasingan sisa pepejal isi rumah disebarkan secara meluas dan berkesan kepada semua lapisan masyarakat, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah merangka Pelan
Tindakan Kesedaran Awam Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca 2015 yang bertujuan untuk mendidik
dan membudayakan amalan pengasingan sisa pepejal di kalangan masyarakat Malaysia ke
arah mewujudkan masyarakat yang menghargai sisa pepejal sebagai satu sumber, menjaga kebersihan persekitaran dan memelihara kelestarian alam sekitar. Pelan ini juga mengariskan 3 strategi dan beberapa tindakan yang dijangka mampu untuk merealisasikan aspirasi di atas
iaitu :-
a.Meningkatkan penyebaran maklumat dan promosi tentang pengasingan sisa di punca
melalui pelbagai medium:-
-Promosi melalui pelbagai saluran TV;
-Promosi melalui pelbagai saluran radio;
-Hebahan melalui artikel yang diterbitkan melalui akhbar harian;
-Hebahan melalui media sosial seperti facebook, twitter, instagram dan blog;
-Edaran panduan pengasingan sisa di rumah dalam bentuk brosur kepada setiap premis;
-Penyediaan risalah, poster dan sebagainya.
b.Mewujudkan kolaborasi strategik dengan pelbagai pihak iaitu :- -
-Kolaborasi dengan Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan pembinaan kurikulum
dan ko-kurikulum berkaitan pengasingan sisa di punca dan amalan 3R di peringkat prasekolah/tadika, sekolah rendah, menengah dan IPT;
-Kolaborasi dengan komuniti setempat seperti JKKK, Persatuan Penduduk dan
Jawatankuasa Rukun Tetangga melalui program 3R;
-Kolaborasi dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) melalui program pendidikan dan kesedaran awam serta dan program 3R; c.Mewujudkan pengiktirafan berkaitan Amalan Pengasingan Sisa Pepejal
-Mengadakan pengiktirafan kepada pihak yang mengamalkan pengasingan sisa pepejal terbaik bagi kategori suri rumah, komuniti dan agensi kerajaan.
Pelaksanaan Peraturan ini adalah sebahagian usaha Kerajaan untuk meningkatkan kadar
kitar semula yang juga akan mengurangkan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan
sedia ada semakin kehabisan ruang. Pengasingan sisa isi rumah akan membantu mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan, justeru, membantu meningkatkan
jangka hayat tapak pelupusan tersebut. Aktiviti amalan 3R dan pengasingan sisa di punca
juga telah dikenalpasti sebagai salah satu langkah paling berkesan dalam usaha
mengurangkan jumlah penjanaan dan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan.
Melalui penerapan dan pembudayaan amalan 3R dan pengasingan sisa pepejal isi rumah
ini adalah diharapkan masyarakat akan menghargai sisa pepejal sebagai satu sumber
baru yang dapat digunakan sebagai alternatif kepada sumber bahan mentah asli dalam pembuatan
sesuatu produk. Ini secara tidak langsung akan dapat memastikan sumber – sumber alam semulajadi diuruskan secara bijak dan lestari demi kebaikan generasi masa hadapan serta
alam sekitar.
Seperkara lagi kerjasama, sokongan dan penglibatan masyarakat secara aktif dalam
pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di rumah ini adalah salah satu faktor utama kejayaan program ini.
Sebagai sebuah negara yang sedang bergerak ke arah status negara maju menjelang 2020, Malaysia harus meningkatkan aktiviti amalan 3R, pengasingan sisa pepejal isi rumah dan
kadar kitar semula yang membanggakan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Sumber :JPSPN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://informasisantaiku.blogspot.com/2019/09/gambar-sisa-domestik.html