Gambar Seksi Untuk Pikat Lelaki Wanita Ini Potong Badan Suami Orang Guna Gergaji Rantai


Kisah yang KimchiDaily kongsikan ini boleh dijadikan iktibar kepada orang ramai, untuk lebih berhati-hati ketika mengenali dengan orang di laman sesawang.

ARTIKEL BERKAITAN Jual Diri Sebab Terdesak, Lelaki Ini Tikam Rakan Baik Kerana Servis Tak Dibayar Wanita ini terlalu marah dan kecewa dengan bekas teman lelakinya, dia memutuskan untuk membunuh lelaki lain yang tidak bersalah.
Permulaan Kes ini berlaku pada tahu 2014 di daerah Paju. Ianya bermula apabila seorang wanita bernama Go Mi-suk berusia 35 tahun kecewa kerana putus cinta. Go Mi-suk merupakan seorang wanita yang suka memuat naik gambar seksi di laman Instagram untuk menggoda lelaki. Apabila bekas teman lelakinya itu ingin memutuskan hubungan mereka, dia berasa sangat marah dan kecewa. Hal ini kerana, lelaki itu sangat kaya, boleh menunaikan segala permintaan Go Mi-suk.
Namun setelah berasa sangat marah dengan bekas teman lelakinya itu, dia berjaya memikat seorang lagi lelaki yang dikenalinya di Instagram. Pada Mei 2014, mereka berdua bersetuju untuk berjumpa walaupun lelaki itu sudah mempunyai isteri. Dia menipu isterinya bahawa dia akan ke Seoul untuk menghadiri temu duga kerja.
Kegembiraan bertukar mimpi ngeri bagi lelaki itu apabila mereka tiba di sebuah motel. Go Mi-suk mula menutup mata lelaki itu dan mengambil pisau berukuran 30CM panjang. Tanpa ragu-ragu, Go Mi-suk terus menikam bahagian leher mangsa sebanyak 41 kali sehingga menyebabkan lelaki itu mati.

Kronologi Orang ramai membuat spekulasi bahawa Go Mi-suk mungkin pernah terlibat dengan kes jenayah sebelum ini. Mereka berfikir demikian kerana Go Mi-suk tidak menggunakan sebarang dadah mahupun memberi alkohol kepada mangsa untuk membunuh. Namun pihak polis mengesahkan bahawa ini merupakan jenayah pertama yang dilakukan oleh Go Mi-suk.
Selepas menikam mangsa, Go Mi-suk memindahkan mayat ke dalam bilik air untuk mencuci darah. Dia juga telah memanjangkan lagi masa untuk tinggal di bilik motel itu dan melakukan kerja-kerja untuk menghapuskan bukti pembunuhan. Selain itu, dia juga sempat pergi ke kedai untuk membeli dua beg besar serta sebuah gergaji rantai. Penjual di kedai perkakasan berasa sangat curiga dengan kehadiran wanita itu untuk membeli gergaji rantai. Go Mi-suk ada menyatakan dia membeli alatan itu kerana ingin memberi hadiah kepada ayahnya yang berada di luar negeri.

Selepas itu, Go Mi-suk sempat singgah ke kedai menjual barang kemas dan membeli sebentuk cincin berserta seutas rantai bernilai RM 10,433. Dia menggunakan kad kredit milik mangsa untuk membayar barang kemas terbabit.
Dua hari selepas pembunuhan, dia cuba untuk membeli barang kemas yang berharga hampir RM 18,000 di kedai yang sama. Disebabkan berasa pelik, pemilik kedai meminta kad pengenalan Go Mi-suk namun, dia membatalkan pembeliannya dan terus keluar meninggalkan kedai terbabit dan pergi ke kedai lain seterusnya pulang ke motel.

Setelah sampai di motel, Go Mi-suk mula melakukan kerja-kerja untuk memisahkan semua bahagian badan mangsa dengan menggunakan gergaji rantai yang dibelinya. Dia memasukkan bahagian atas badan serta kepala mangsa dalam satu beg dan bahagian bawah badan diletakkan dalam beg yang lain. Untuk menghapuskan bau busuk daripada mayat, Go Mi-suk menyembur minyak wangi yang dibeli menggunakan kad kredit mangsa di sekitar bilik motel.
Kerja kejam Go Mi-suk dapat dihidu oleh pihak pengurusan hotel kerana mereka menjumpai banyak percikan darah di dalam bilik itu. Mereka kemudiannya melaporkan kes ini kepada pihak polis.
Perbicaraan di mahkamah Pihak polis berjaya mengesan Go Mi-suk dan dia terus didakwa di mahkamah. Semasa perbicaraan, Go Mi-suk mengaku membunuh dan memotong badan mangsa menggunakan gergaji rantai. Tambahnya, dia bertindak demikian untuk melindungi diri sendiri daripada cubaan merogol oleh lelaki itu.

Bagaimanapun, Mahkamah Daerah Incheon menyatakan bahawa tiada bukti mengenai perkara ini. Mahkamah juga ada menyatakan, selepas membunuh, Go Mi-suk ada bertemu dengan lelaki lain yang dikenali dan melakukan hubungan seksual dengannya. Disebabkan hal ini, mahkamah tetap menjatuhkan hukuman berat terhadapnya. Pada 4 Februari 2015, Go Mi-suk dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun atas kesalahan membunuh dengan niat.
Salah tetap salah ye!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Gambar Seksi Untuk Pikat Lelaki, Wanita Ini Potong Badan Suami Orang Guna Gergaji Rantai first appeared on KimchiDaily.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kimchidaily.my/gambar-seksi-untuk-pikat-lelaki-wanita-ini-potong-badan-suami-orang-guna-gergaji-rantai/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=gambar-seksi-untuk-pikat-lelaki-wanit

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Wanita Terkejut Beli Rantai Rm1 800 Pada 2001 Bila Nak Jual Naik Hampir 4x Ganda Dari Harga Asal

Video Wanita Terkejut Beli Rantai Rm1 800 Pada 2001 Bila Nak Jual Naik Hampir 4x Ganda Dari Harga Asal

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 200 hits
Barang barang bernilai dan berharga seperti gajet dan barangan vintaj memang wajar korang pentingkan lebih daripada barangan yang lain Selain itu pelaburan dalam pelbagai syarikat juga akan memberi banyak faedah pada korang semua lagi lagi ...
Pakar O Amp G Dedah Kisah Malang Wanita Menyangka Disihir Akhirnya Terbongkar Kisah Durjana Suami

Pakar O Amp G Dedah Kisah Malang Wanita Menyangka Disihir Akhirnya Terbongkar Kisah Durjana Suami

papar berkaitan - pada 7/10/2023 - jumlah : 202 hits
Seorang wanita sengsara hidup apabila disahkan mengalami jangkitan kelamin iaitu penyakit gonorea berpunca daripada tabiat suaminya yang bertukar pasangan serta bersekedudukan dengan perempuan simpanan kira kira setahun Memetik perkongsian ...
Hiburan Apa Beria Sangat Ni Penjilat Ke Warganet Menyampah Dengan Wanita Taksub Nak Suami Macam Imran Aqil

Hiburan Apa Beria Sangat Ni Penjilat Ke Warganet Menyampah Dengan Wanita Taksub Nak Suami Macam Imran Aqil

papar berkaitan - pada 29/9/2023 - jumlah : 289 hits
Nampaknya cerita tentang perkahwinan Imran Aqil dan pempengaruh terkenal Dahlia Rizal masih belum habis diceritakan warganet di media sosial Namun ramai yang dah mula muak dengan sesetengah warganet kerana dikatakan terlalu taksub dan terla...
Kegiatan Wanita Ini Terbongkar Tergamak Racuni Suami Semata Mata Nak Tuntun Pampasan Insurans

Kegiatan Wanita Ini Terbongkar Tergamak Racuni Suami Semata Mata Nak Tuntun Pampasan Insurans

papar berkaitan - pada 6/10/2023 - jumlah : 191 hits
Bagi orang yang dah berkahwin korang mesti rasa dah kenal sangat dengan pasangan sendiri kan Kita memang tak terfikirlah orang yang kita kongsi hampir segala benda ni tergamak untuk lakukan sesuatu yang mampu membahayakan kita Tapi kisah ya...
Sekali Aku Pukul Sampai Kahwin Aku Pukul Viral Video Wanita Ketakutan Dipukul Bakal Suami Terpaling Polis

Sekali Aku Pukul Sampai Kahwin Aku Pukul Viral Video Wanita Ketakutan Dipukul Bakal Suami Terpaling Polis

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 278 hits
Baru baru ini tular rakaman di platform media sosial seorang wanita menangis kerana dipukul oleh lelaki yang didakwa merupakan bakal suaminya Difahamkan wanita terbabit turut mendakwa bahawa bakal suaminya itu adalah anggota keselamatan dan...
Hiburan Suami Mak Benarkan Awak Tiada Hak Komen Sering Dikecam Pakai Seksi Isteri Yonnyboii Minta Netizen Jangan Sibuk

Hiburan Suami Mak Benarkan Awak Tiada Hak Komen Sering Dikecam Pakai Seksi Isteri Yonnyboii Minta Netizen Jangan Sibuk

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 258 hits
Sebelum ini isteri kepada penyanyi YonnyBoii iaitu Nik Nazira sering menjadi perhatian selepas dirinya memutuskan untuk tidak lagi memakai tudung dan juga kelihatan semakin seksi Menjawab hal itu Nik Nazira memberi pesanan kepada netizen ag...
Hiburan Bekas Suami Bakal Berkahwin Disaman Isteri Skandal Aktres Berstatus Janda Didakwa Sedang Meroyan

Hiburan Bekas Suami Bakal Berkahwin Disaman Isteri Skandal Aktres Berstatus Janda Didakwa Sedang Meroyan

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 407 hits
Sebelum ini seorang pelakon wanita berstatus janda didakwa mempunyai hubungan dengan suami orang dan menyebabkan rumah tangga lelaki itu berantakan 4 weeks ago Dah Janda Jadi Penyondol Pula Pelakon Wanita Acah Teranaiya Sondol Suami Orang S...
Tular Suami Isteri Berbangsa Cina Ziarah Kubur Islam Siap Bersihkan Kubur Amp Batu Nisan Rupanya Ini Kisah Sebenar

Tular Suami Isteri Berbangsa Cina Ziarah Kubur Islam Siap Bersihkan Kubur Amp Batu Nisan Rupanya Ini Kisah Sebenar

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 171 hits
Di Facebook seorang wanita berkongsi kisah sedih mengenai kasih sayang seorang ibu dan ayah terhadap arwah anak mereka meskipun berbeza agama Menurut wanita yang dikenali sebagai Joy Mama Nunai dia terserempak dengan pasangan tersebut sewak...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok