Gambar Anak Menangis Tantrum Tak Patut Dikongsi Di Media Sosial Hentikan Budaya Ini


Keletah kanak-kanak adalah perkara yang paling mencuit hati dan disukai kebanyakan individu. Namun bukan semua perkara boleh dikongsi di media sosial, terutamanya gambar anak tantrum. Mengapa?

Bukan gambar anak tantrum
Rata-rata ibu bapa, khususnya golongan ibu gemar berkongsi gambar anak mereka di media sosial, tidak kiralah selebriti mahupun individu kebanyakan. Perkara ini dikenali dengan istilah sharenting. Umumnya, tujuan utama perkongsian seperti itu dilakukan adalah untuk disimpan sebagai kenangan.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa gambar yang tidak sepatutnya dikongsi kepada umum, antaranya seperti gambar anak sedang meragam. Bagi ibu bapa, berkongsi gambar anak tantrum mungkin dianggap sebagai humor.
Namun, adakah anda sedar perkongsian gambar seperti itu akan membawa impak yang besar kepada si kecil apabila dewasa nanti? Ataupun ia mungkin akan di salah gunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga boleh menyebabkan wujudnya rasa malu kepada anak?
Anda mungkin sedang mengalami tekanan disebabkan kerja pejabat yang bertimbun. Pulang ke rumah pula, si kecil meragam kerana kehendaknya tidak dipenuhi sehingga menangis. Nah, peluang terhidang di depan mata.
Anda pun terus memegang telefon dan merakam gambar anak yang sedang menangis tersedu-sedu. Lalu membuat perkongsian di media sosial dengan #tantrumgedik. Namun adakah itu yang sepatutnya anda lakukan?
Pastinya akan ada mommies yang bertanya, mengapa tidak sepatutnya membuat perkongsian gambar anak yang sedang meragam mahupun tantrum.
Berikut  disenaraikan 4 alasan:
Tugas seorang ibu, menaikkan semangat anak
Anda pernah mendengar istilah body-shaming? Situasinya lebih kurang sama dalam hal ini, cuma ia melibatkan kanak-kanak, iaitu child-shaming. Ia boleh dianggap sebagai 1 keadaan yang semakin berkembang di media sosial.
Tetapi apakah kesan jangka panjang daripada perbuatan itu kepada si kecil saat dia sudah meningkat dewasa nanti? Bagaimana pula kesan perkongsian itu terhadap hubungan anda dan anak anda nanti?

Tidakkah anda sedar segala apa yang anda kirimkan di internet akan kekal selama-lamanya? Lebih-lebih lagi jika anda tidak memprivasikan akaun media sosial dan ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja.
Jadi bukankah lebih baik untuk anda berkongsi gambar si kecil sedang menikmati dan bergembira dengan kehidupannya? Ia adalah aura positif yang pasti akan melahirkan senyuman kepada anda dan anak anda saat mereka melihatnya 1 hari nanti.
Ibu sepatutnya menenangkan anak
Jika si kecil sedang tantrum, manakala anda pula sibuk mengambil gambarnya, bukankah itu satu contoh yang tidak baik? Pada tanggapan si kecil, ibunya mungkin lebih pentingkan telefon berbanding dirinya sendiri.
Adakah itu sesuatu yang baik untuk berlaku? Sudah tentulah tidak. Malah, penulis rasa kalau anda mengambil gambar anak tantrum, jeritan dan tangisan akan menjadi semakin kuat.
Jadi, sudah tentu ia bukanlah 1 tindakan yang bagus. Ya, anda perlu memberi ruang untuk si kecil meluahkan apa yang dirasanya atau istilahnya kecerdasan emosi (EQ). Namun, janganlah sampai mengambil gambar si kecil yang menangis itu.
Tidak semua harus dikongsikan
Kemunculan media sosial menyebabkan kebanyakan daripada kita berasakan setiap momen yang berlaku harus dikongsi dengan umum. Tetapi hakikatnya, bukan semua. Bahkan, ada sesetengahnya hanya patut menjadi kenangan peribadi.
Saat berasa marah, kecewa, terluka harus dijadikan privasi dan rasa hormat, bukannya dikongsikan di Instagram atau Facebook.
Meletakkan diri sendiri
Apa kata mommies sekalian letakkan diri di tempat anak, adakah anda mahu ibu anda berkongsi gambar anda menangis meraung di media sosialnya? Tidak, bukan? Jadi itu jugalah yang si kecil rasai.
Ada masanya kita akan mengalami rasa letih yang teramat sangat, sehingga moody dan hanya ingin menangis. Anak anda juga begitu.
Jadi jika anda tidak mahukan gambar hodoh anda yang sedang menangis sehingga merosakkan solekan di wajah, mengapa anda harus berkongsi gambar si kecil yang sedang menjerit, menangis dan sebagainya?

Jadilah ibu yang bijak
Sebagai ibu atau bapa, apabila si kecil meragam, pastinya kita akan melihatnya sebagai 1 perkara yang comel, ditambah pula dengan raut wajah yang sedang merajuk. Lebih seronok, jika perkongsian tersebut mendapat banyak likes dan komen.
Namun, percayalah, bukan semuanya perlu dikongsikan bersama umum, terutamanya gambar anak tantrum. Berikan si kecil anda ruang peribadinya sendiri. Si kecil pasti akan menghargainya.
Sekiranya anda masih mahu mengambil gambar si kecil sedang menangis, terpulang. Tetapi cukuplah sekadar menjadikannya sebagai simpanan peribadi anda sendiri
Sumber: Hello Doktor
The post Gambar Anak Menangis, Tantrum Tak Patut Dikongsi Di Media Sosial. Hentikan Budaya Ini appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/gambar-anak-menangis-tantrum-tak-patut-dikongsi-di-media-sosial-hentikan-budaya-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inilah Luahan Hati Doktor Apabila Gambar Tertidur Di Hospital Jadi Viral Di Media Sosial

Inilah Luahan Hati Doktor Apabila Gambar Tertidur Di Hospital Jadi Viral Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 701 hits
Inilah Luahan hati doktor apabila gambar tertidur di Hospital jadi Viral di Media Sosial Tulisan ini dikongsikan oleh Doktor Mohd Syamirullah untuk tatapan semua stelah gambar seorang doktor di luar negara tersebar Semoga kejadian ini membu...
Mcmc Terus Pantau Sebaran Berita Palsu Di Media Sosial

Mcmc Terus Pantau Sebaran Berita Palsu Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 295 hits
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengingatkan orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang menyentuh sensitiviti kaum agama dan institusi diraja Foto oleh SoyaCincauPUTRAJAYA 24 Feb Suruhanjaya Komunikasi dan Multim...
Sistem Sosial Budaya Indonesia

Sistem Sosial Budaya Indonesia

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 208 hits
Pengertian Sistem Sosial Budaya Sistem Sistem adalah istilah yang artinya menggabungkan untuk mendirikan untuk menempatkan bersama Sistem yaitu kumpulan elemen berafiliasi yang menjadi kesatuan atau kebulatan yang kompleks Sistem merupakan ...
Sebab Apa Kerajaan Ph Dap Semakin Teruk Di Media Sosial

Sebab Apa Kerajaan Ph Dap Semakin Teruk Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 316 hits
Pegawai Kit Siang DAP berkata ketika ini kerajaan PH tidak memiliki kelebihan dari segi penguasaan media sosial dan kalah kepada pembangkang Pembangkang mengambil kesempatan daripada kebebasan yang diberikan PH kepada rakyat untuk mereka me...
Kalau Pernah Bagi Air Teh Atau Air Kopi Pada Anak Sila Hentikan Segera

Kalau Pernah Bagi Air Teh Atau Air Kopi Pada Anak Sila Hentikan Segera

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 379 hits
Gambar HiasanNutrisi memainkan peranan penting dalam perkembangan pertumbuhan fizikal dan mental kanak kanak Oleh itu diet seimbang dan berkhasiat yang membekalkan segala nutrien sangat diperlukan bagi membantu menyokong perkembangan anak a...
Terima Kasih Abam Kitabaikramaisayang Kini Jadi Trending Di Media Sosial

Terima Kasih Abam Kitabaikramaisayang Kini Jadi Trending Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 322 hits
Masuk hari kedua pemergian pelawak terkenal Abam nbsp Bocey atau nama penuhnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan kehilangannya masih lagi terkesan di jiwa ramai Terkini ucapan atau hashtag yang selalu digunakan arwah iaitu kitabaikramaisa...
Cita Cita Jadi Polis Tercapai Tular Gambar Anak Hiba Sujud Kaki Ayah Si Penjual Sate

Cita Cita Jadi Polis Tercapai Tular Gambar Anak Hiba Sujud Kaki Ayah Si Penjual Sate

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 574 hits
Terharu berjaya mencapai cita cita menjadi seorang polis seorang anak bersujud syukur di kaki ayahnya yang selama ini telah banyak berkorban untuk mereka sekeluarga Detik mengharukan Mohammad Risky Saputra 19 bersama ayahnya Supriyadi sempa...
Setiap Kali Dakap Anak Baru Lahir Suami Menangis Inilah Lelaki Paling Macho

Setiap Kali Dakap Anak Baru Lahir Suami Menangis Inilah Lelaki Paling Macho

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 343 hits
Menyambut kelahiran bayi bukan sahaja merubah seorang wanita menjadi ibu bahkan seorang lelaki menjadi ayah Seringkali masyarakat memberi keutamaan kepada perubahan emosi seorang ibu lantas mengambil mudah soal perasaan seorang ayah Perlu d...
Hentikan Posting Gambar Dan Nama Dia Adam Corrie

Hentikan Posting Gambar Dan Nama Dia Adam Corrie

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 278 hits
Masih hangat kisah usahawan kosmetik iaitu Nursajat yang kini sedang menjalani ibadah umrah bersama keluarga dan rakan rakannya Bukan sesuatu yang tidak bagus mengerjakan ibadah Umrah akan tetapi ianya menjadi pertikaian ramai apabila penam...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik