Gamatnya Dapur Bila Atu Sharif Bantu Ibunya Masak Putu Kurita Pisang Bakar Untuk Berbuka
Rasa Nostalgia Ramadan kini berada di minggu terakhir dan minggu ini menyaksikan gelagat Atu dan Sharif bersama ibu mereka, Musahpun Andis beraksi di dapur. Tidak kering gusi melihat gelagat mereka di dapur. Ada sahaja idea untuk mengusik ibu mereka. Tak sangka, boleh diharap juga mereka bila berada di dapur ya. Kehadiran Amar Titan sebagai cameo juga memang kecoh dibuatnya.
Menu berbuka mereka pada hari ini adalah Putu Kurita, satu menu yang amat popular di Sabah. Kalau anda tak pernah makan, memang wajib buat sendiri di rumah. Sedap tak terkata. Menu pencuci mulut pula adalah pisang bakar. Sangat mudah nak buat pisang bakar ni. Tak sampai 5 minit dah siap.
Jom kita lihat resipi-resipi yang dikongsi oleh mereka berdua. Bolehlah buat nanti untuk ahli keluarga tercinta. Selamat mencuba.
PUTU KURITA
BAHAN-BAHAN:
2 ketul sotong kurita kering2 biji bawang merahGaramAjinomotoSedikit cili kisarLada merahTepung ubi kayuCARA MEMASAK:
Masukkan air di dalam pengukus.Sementara tunggu air mendidih, cuci sotong kurita dan potong kecil-kecil.Potong bawang nipis-nipis dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi sotong kurita kering tadi.Kemudian, masukkan cili kisar dan gaul rata. Masukkan sedikit minyak dan gaul lagi.Masukkan lada merah yang telah dihiris. Tambahkan garam dan juga ajinomoto. Gaul rata.Seterusnya, masukkan separuh tepung ubi kayu ke dalam pengukus. Letakkan adunan sotong kurita tadi di atasnya. Tambahkan lagi tepung ubi kayu untuk menutupi sotong kurita tadi.Kukus hingga masak.Siap untuk dihidangkan.PISANG BAKAR
BAHAN-BAHAN:
Pisang abu masakMentegaGula | dikisar halusLidiCARA MEMASAK:
Masukkan pisang di dalam kuali dan bakar hingga sedikit kehitaman.Kemudian, ambil lidi dan cucukkkan pada pisang.Sapukan mentega pada pisang.Seterusnya, salutkan pisang dengan gula yang telah dikisar halus.Siap untuk dihidang.Memasak dan Menyediakan Minuman Berbuka Dari LG PuriCare™
Setiap hari menyediakan sajian berbuka mahu pun bersahur, pastikan kita menggunakan air yang benar-benar bersih. Penggunaan air yang tidak bersih sangat mudah memberi risiko kesihatan kepada keluarga apa lagi setelah seharian berpuasa.
Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD menyediakan air bersih yang segar untuk anda seisi keluarga. Jadi tidak perlu lagi tangki simpanan air di mana mikroorganisma yang berpotensi berbahaya dan dapat mengelakkan air direbus berulang-ulang bila mahu membuat minuman panas.
Saiznya yang tidak terlalu besar bukan sahaja tidak memakai ruang yang banyak, ia juga mudah dipasang. Muncungnya yang boleh bergerak ke atas dan bawah serta ke kiri dan kanan ini mempercepatkan lagi pergerakan tugas anda di dapur terutama kala mahu mudah memasak hidangan berbuka atau bersahur.
Anak-anak yang besar juga boleh diminta membantu menyediakan air minuman sejuk atau panas tanpa perlu menambah ais atau tanpa menghidupkan api gas untuk memasak air. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan. Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://ift.tt/3fYBJcb)
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/05/gamatnya-dapur-bila-atu-sharif-bantu.html