Gali Lubang Sekurang Kurangnya 0 5 Meter Untuk Tanam Uri Elak Dimakan Binatang


Cara pengurusan uri bayi adalah bergantung kepada agama anutan ibu bapanya. Dalam Islam, uri bayi yang dilahirkan haruslah ditanam. Tetapi adakah anda tahu cara basuh uri yang betul serta kaedah menanamnya?

Buat mereka yang baharu bergelar ibu ayah, tahniah kami ucapkan! Dalam artikel ini ada cara cuci uri yang boleh anda jadikan panduan.
Cara basuh uri: Fahami hukumnya
Sebenarnya tiada dalil nas atau hadis yang jelas mengenai cara cuci uri atau menguruskannya. Cuma setiap anggota tubuh apabila terpisah sunat dibersihkan dan ditanam dengan baik.
Tetapi adakah benar cara pengurusan uri dan lokasi penanamannya akan mempengaruhi perangai dan sikap si kecil saat dewasa nanti?
Kepercayaan itu adalah salah sama sekali. Ini kerana sikap anak tidak langsung mempunyai kaitan dengan cara, tempat atau pun kaedah pengurusan uri tersebut. Hakikatnya ia bergantung 100% kepada cara didikan anda sebagai ibu bapa mereka.
Jadi menanam uri bayi adalah sunat. Ia perlu dicuci dengan baik dan ditanam dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
Apa itu uri?
Sebelum anda mengetahui cara basuh uri, jom kita fahami secara ringkas mengenainya atau dalam istilah perubatan, disebut sebagai plasenta.
Plasenta adalah organ sementara yang menghubungkan bayi dengan rahim semasa kehamilan. Plasenta berkembang sejurus selepas persenyawaan berlaku dan melekat di dinding rahim.
Kandungan plasenta adalah saluran darah yang terkandung dalam struktur yang dikenali sebagai ‘vili’. Salur darah bersambung dengan aliran darah bayi melalui tali pusat.
Bayi disambungkan dengan plasenta melalui tali pusat. Kedua-duanya – uri dan tali pusat – bertindak sebagai talian hayat bayi dalam kandungan anda.
Kepanjangan plasenta dianggarkan kira-kira 10 inci panjang dengan ketebalan 1 inci pada bahagian tengahnya. Ia boleh mencapai berat sekitar 0.5 kg pada saat bayi dilahirkan.
Bagi wanita yang melalui proses kelahiran secara normal (faraj), plasenta akan keluar sejurus selepas bayi selamat dilahirkan – semasa tempoh kelahiran yang dikenali sebagai tahap ketiga bersalin.
Untuk ibu yang melahirkan secara caesarean, doktor akan mengeluarkan plasenta daripada rahim semasa prosedur kelahiran.
Antara fungsi plasenta termasuklah:
Membekalkan bayi dengan oksigen dan nutrien Mengeluarkan sisa berbahaya dan karbon dioksida daripada bayi Menghasilkan hormon yang membantu bayi membesar Membawa imuniti ibu kepada bayi Membantu melindungi bayi Cara basuh uri bayi: Bahan yang diperlukan
Tujuan utama membasuh uri ini adalah untuk menghilangkan baunya sebelum ditanam. Ini kerana jika ia tidak dibasuh, darah yang berada bersama uri berkemungkinan besar akan menarik perhatian haiwan. Kesannya tempat uri ditanam mungkin akan dikorek haiwan.
Terdapat bahan dan perkakasan yang perlu anda sediakan sebelum memulakan proses mencuci, iaitu:
Uri. Garam kasar. Asam jawa. Kain putih. Sekiranya uri kelihatan agak membusuk, anda boleh menggunakan bahan tambahan seperti limau purut bagi membantu menghilangkan bauan tersebut.
Biasanya pihak hospital akan memberikan plasenta yang telah dibungkus bersama kertas kalis air berwarna hijau.
1. Pastikan semua bahan dan perkakasan yang diperlukan sudah tersedia. Ini bagi memudahkan proses membasuh plasenta ini dan mengelakkan si bapa kelam kabut.
2. Untuk memulakan proses mencuci ini, mulakanlah dengan bacaan Bismillah. Amnya, ada 2 cara basuh uri yang boleh anda pilih.
Anda boleh membasuhnya di bawah aliran air paip. Kemudian, basuh uri dan darah yang melekat padanya dengan garam, asam jawa dan limau (jika perlu) sehinggalah uri tidak lagi berlumuran darah.
Pastikan kertas kalis air tersebut turut dibasuh jika ada kesan darah, ya?
Cara lain pula adalah dengan meletakkan uri di dalam bekas atau besen berisi air garam. Dikatakan air rendaman garam ini dapat membantu memudahkan proses membersihkan darah beku.
3. Jika memilih menggunakan aliran air paip, anda boleh skip langkah ini.
Bagi mereka yang memilih menggunakan air rendaman garam, pada langkah seterusnya anda perlu membuang air tersebut. Kemudian dibasuh semula dengan air bersih.
Gosokkan dan urut perlahan-lahan bagi mengeluarkan semua sisa darah yang berada pada plasenta, termasuklah pada tali uri. Jangan lupa untuk menggunakan asam jawa bagi membantu menghilangkan bau hanyir darah.
Kemudian, bilas dengan air. Kertas kalis air berwarna hijau juga perlu dibasuh jika terdapat kesan darah.
4. Setelah melakukan cara basuh uri di atas, bungkus plasenta bayi anda dengan kemas menggunakan kain putih.

5. Langkah seterusnya adalah proses menanam uri. Disarankan untuk anda memilih tanah yang lembut bagi memudahkan proses mencangkul lubang.
Kedalaman lubang sekurang-kurangnya 0.5 meter, lebih dalam adalah lebih baik. Ini dapat mengelakkan binatang liar daripada dapat menghidu bau plasenta.
Masukkan bungkusan uri yang diikat kemas ke dalam lubang dengan bacaan Bismillah. Timbuskan dan ratakan permukaan tanah.
Bagi mengelakkan kemungkinan lubang dikorek binatang liar, tindihkan tempat plasenta ditanam dengan batu besar. Selesai.
Mudah bukan cara basuh uri ini? Selamat mencuba.


Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Gali Lubang Sekurang-Kurangnya 0.5 Meter Untuk Tanam Uri, Elak Dimakan Binatang appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/gali-lubang-sekurang-kurangnya-0-5-meter-untuk-tanam-uri-elak-dimakan-binatang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bunga Keladi Beracun Elak 7 Jenis Ini Bahaya Untuk Si Kecil Anda

Bunga Keladi Beracun Elak 7 Jenis Ini Bahaya Untuk Si Kecil Anda

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 130 hits
Tahukah anda terdapat 7 jenis pokok bunga keladi beracun yang berbahaya tetapi kerap dijadikan pilihan sebagai pokok hiasan di rumah Bunga keladi beracun Bermula daripada musim PKP lepas semakin ramai yang berjinak jinak dengan dunia tanama...
Cara Simpan Daging Korban Yang Betul Elak Letak Dalam Plastik Hitam

Cara Simpan Daging Korban Yang Betul Elak Letak Dalam Plastik Hitam

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 230 hits
Bila tiba hari raya korban pasti ada bahagian daging yang diberikan kepada kita Ada yang terus simpan di dalam peti sejuk beku tanpa dibersihkan dahulu Tapi bagaimana cara penyimpanan yang betul Ikuti perkongsian ini CARA MENYIMPAN DAGING K...
Logo Warna Baharu Pn Elak Penyokong Keliru Dengan Bn Kata Tuan Ibrahim

Logo Warna Baharu Pn Elak Penyokong Keliru Dengan Bn Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 197 hits
Bernama Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS mengambil serius mengenai cadangan pengenalan logo dan warna baharu PN namun keputusan tertakluk kepada kepimpinan parti KOTA BHARU Cadangan Perikatan Nasional memperkenalkan logo dan warna baharu g...
Elak Hal Berkaitan Islam Jadi Bahan Ketawa Pelawak Di Masjid Perlu Dibanteras

Elak Hal Berkaitan Islam Jadi Bahan Ketawa Pelawak Di Masjid Perlu Dibanteras

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 251 hits
DANIAL HAKIMTiga individu termasuk wanita yang menjadikan hal berkaitan Islam sebagai bahan ketawa di sebuah kelab komedi telah bermalam di lokap dan diheret ke mahkamah Namun dalam masa sama gejala segelintir penceramah agama menjadi pelaw...
Virus Influenza Cepat Merebak Buat Masa Ini Elak Pergi Tempat Awam Yang Sesak

Virus Influenza Cepat Merebak Buat Masa Ini Elak Pergi Tempat Awam Yang Sesak

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 163 hits
Jika ada simptom demam dengan suhu tinggi selesema dan batuk yang berpanjangan ibu bapa diminta berwaspada dan terus membawa anak anak ke klinik atau hospital sebagai langkah segera Ini berikutan jangkitan virus influenza kembali menyerang ...
Elak Krisis Inflasi Kerajaan Perlu Segera Atasi Kelemahan Ringgit

Elak Krisis Inflasi Kerajaan Perlu Segera Atasi Kelemahan Ringgit

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 187 hits
Kerajaan perlu mengambil tindakan segera dengan merangka inisiatif bagi mengatasi kelemahan nilai ringgit dan mengelak krisis inflasi terhadap negara Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata banyak langkah yang boleh dilakuk...
Dikira Bangkai Binatang Penemuan Mayat Bayi Di Tabanan Gegerkan Warga

Dikira Bangkai Binatang Penemuan Mayat Bayi Di Tabanan Gegerkan Warga

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 145 hits
Penemuan jenazah bayi laki laki di sungai atau Tukad Yeh Sungi Banjar Dakdakan Desa Abiantuwung Kecamatan Kediri Kabupaten Tabanan Bali membuat geger warga setempat Jumat
Hiburan Ada Kala Manusia Ni Lebih Binatang Dari Binatang Natasha Hudson Tegur Dato Ac Mizal Isu Anjing Liar

Hiburan Ada Kala Manusia Ni Lebih Binatang Dari Binatang Natasha Hudson Tegur Dato Ac Mizal Isu Anjing Liar

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 228 hits
Pelakon jelita dilihat telah tampil bersuara mengenai isu berjinak dengan haiwan liar iaitu anjing yang sebeulum ini telah diutarakan hos terkenal Datuk AC Mizal di media sosialnya Natasha walau bagaimanapun sempat memohon maaf kerana lanta...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025