Bunga Keladi Beracun Elak 7 Jenis Ini Bahaya Untuk Si Kecil Anda


Tahukah anda, terdapat 7 jenis pokok bunga keladi beracun yang berbahaya tetapi kerap dijadikan pilihan sebagai pokok hiasan di rumah?

Bunga keladi beracun
Bermula daripada musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lepas, semakin ramai yang berjinak-jinak dengan dunia tanaman pokok hiasan. Tidak dinafikan, tumbuhan hiasan yang ditanam di sekitar kawasan rumah adalah terapi terbaik untuk mental dan emosi.
Umumnya, terdapat pelbagai jenis pokok hiasan dan bunga yang menjadi pilihan ramai, antaranya monstera adansonii dan tidak ketinggalan juga pokok keladi seperti philodendron green marxii.
Bahkan sehingga ada pokok keladi yang dijual pada harga ‘kayangan’ disebabkan keunikan bentuk dan warnanya, seperti pokok yang diberi nama keladi Mickey Mouse.
Pun begitu, bagi peminat pokok keladi, anda harus menyedari walaupun ia cantik dipandang, namun sebenarnya ia beracun dan amat berbahaya terutamanya kepada kanak-kanak serta haiwan peliharaan.
Tumbuhan caladium beracun
Public Health Malaysia (PHM) juga pernah membuat perkongsian menerusi Facebook mengenai racun yang terdapat pada keladi atau caladium yang dikenali sebagai kalsium oksalat.
Racun kalsium oksalat ini berada pada keseluruhan bahagian tumbuhan keladi ini dan paling kuat pada daunnya. Dalam hantaran tersebut, PHM turut menjelaskan bahawa bunga keladi beracun akan menjadi toksik apabila tertelan. Mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif juga boleh terjejas dengan hanya bersentuhan fizikal dengan pokok ini.
Jangan terkejut, bukan tumbuhan ini sahaja yang berbahaya dan beracun ya. Ayuh kita bongkar pokok keladi lain yang harus anda elakkan.
Jenis bunga keladi beracun
Dieffenbachia dan Philodendron
Dieffenbachia dan philodendron adalah pilihan buat mereka yang baru berjinak-jinak dalam tumbuhan hiasan kerana mudah ditanam. Walaupun kedua-dua tumbuhan ini adalah berbeza dari segi jenis, namun dieffenbachia dan philodendron menyebabkan ketoksikan dengan cara yang sama. Ini kerana ia mengandungi oksalat yang boleh menyebabkan bengkak, air liur banyak terkeluar dan kesukaran bertutur jika tertelan.
Masalah bengkak, kemerahan dan kerengsaan juga boleh berlaku jika kulit atau mata terdedah kepada tumbuhan-tumbuhan ini.

English Ivy
Faedah potensi English ivy atau Hedera helix termasuklah dapat membersihkan udara, mengatasi masalah pernafasan dan mempunyai sifat antiradang dan antioksidan.
Walau bagaimanapun, english ivy dianggap sebagai tumbuhan bunga keladi beracun. Ia dianggap toksik kepada manusia dan haiwan. Tumbuhan ini boleh menyebabkan bengkak, kegatalan, kerengsaan perut dan mungkin loya, muntah dan cirit-birit pada manusia jika tertelan.
Bagi haiwan pula, ia boleh menyebabkan sakit perut, muntah, cirit-birit dan hiper-air liur pada kucing dan anjing jika tertelan.
Alocasia Xanthosoma Variegata, antara jenis bunga keladi beracun
Anda mungkin mengenali tumbuhan ini dengan nama glamornya, pokok Mickey Mouse. Sama seperti caladium, setiap bahagian pokok ini juga mengandungi hablur kalsium oksalat yang kecil.
Jika mana-mana bahagian tumbuhan dikunyah ia boleh menyebabkan kerengsaan pada bibir, mulut, lidah dan tekak. Walaupun jarang berlaku, loya, muntah, cirit-birit, dan kesukaran menelan turut merupakan antara kesan sampingan selepas menelan tumbuhan dengan kristal oksalat.
Gejala yang dialami biasanya berkembang dengan cepat dan boleh bertahan sehingga setengah hari.
Peace lily
Peace lily atau nama botaninya Spathiphyllum cochlearispathum, dicirikan oleh daun lebar yang panjang dan bunga putih yang cantik. Pokok bunga ini amat mudah dijaga, dapat bertahan dalam cahaya yang kurang serta hebat dalam menyingkirkan toksin dalaman seperti formaldehid, benzena dan juga trichloroethylene, daripada udara.
Namun malangnya, tumbuhan ini beracun kepada manusia dan juga haiwan peliharaan. Ia boleh menyebabkan bengkak pada bibir, mulut dan lidah, rasa mual, muntah dan cirit-birit serta kesukaran menelan pada manusia.
Manakala pada haiwan peliharaan pula boleh mengakibatkan kesan terbakar dan kerengsaan teruk pada mulut, bibir dan lidah bersama kesukaran menelan.
Snake Plant, salah satu bunga keladi beracun
Pokok hiasan rumah ini biasanya dikenali sebagai pokok Lidah Mentua atau nama saintifiknya Sansevieria trifasciata. Ia boleh dikenali dengan daun berbentuk pedang malar hijau yang tumbuh tegak dan seakan daun tiruan.
Tumbuhan ini menjadi pilihan kerana mudah dijaga dan hanya memerlukan sedikit air untuk terus hidup.
Pun begitu, tumbuhan ini bersifat toksik jika termakan. Daunnya mengandungi racun yang boleh menyebabkan bengkak dan kebas pada lidah jika dimakan dalam dos yang besar.
Justeru, adalah pilihan sangat bijak untuk menjauhkan tumbuhan ini daripada kanak-kanak dan haiwan yang cenderung gemar menggigit.
Devil’s ivy
Tumbuhan devil’s ivy atau pokok pothos ini amat mudah dibiak dan dijaga. Tetapi ia dianggap sebagai tumbuhan toksik, berbahaya dan beracun untuk manusia dan haiwan.
Daun dan batang tumbuhan ini boleh menyebabkan kerengsaan terbakar yang teruk pada mulut, tekak dan perut jika tertelan. Bagi haiwan juga boleh mengalami keadaan yang sama bersama air liur berlebihan, muntah dan kesukaran menelan.
Tiada salahnya untuk menanam pokok hiasan di dalam rumah mahupun di luar rumah. Tetapi harus pastikan ia selamat dan tidak beracun terutamanya jika di dalam rumah terdapat anak kecil atau memiliki haiwan peliharaan. Berhati-hatilah.
Kredit: Hello Doktor


Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
The post Bunga Keladi Beracun? Elak 7 Jenis Ini, Bahaya Untuk Si Kecil Anda! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bunga-keladi-beracun-elak-7-jenis-ini-bahaya-untuk-si-kecil-anda/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jenis Jenis Sayur Buah Yang Bahaya Untuk Ekzema Ibu Ayah Kena Take Note

Jenis Jenis Sayur Buah Yang Bahaya Untuk Ekzema Ibu Ayah Kena Take Note

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 317 hits
Pemakanan bagi penghidap ekzema memang perlu dititikberatkan Tidak semua pemakanan sesuai untuk penghidap ekzema Jika pemakanan tidak sesuai boleh menyebabkan ekzema menjadi semakin teruk JENIS SAYUR DAN BUAH YANG BAHAYA UNTUK EKZEMA Maknan...
Buat Semua Wanita Ketahui Bahaya Penyakit Vaginismus

Buat Semua Wanita Ketahui Bahaya Penyakit Vaginismus

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 424 hits
Seorang suami beri tempoh dua bulan kepada isterinya untuk sembuh daripada vaginismus dan jika tidak dia nekad untuk melepaskan wanita tersebut Itu yang diceritakan oleh Dr Kash Mustafa menerusi perkongsian pada akaun berhubung seorang pesa...
Tips Agar Mobil Terhindar Dari Potensi Bahaya Terbakar

Tips Agar Mobil Terhindar Dari Potensi Bahaya Terbakar

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 232 hits
Kabar mobil terbakar kerap menjadi pemberitaan dalam beberapa bulan terakhir di Indonesia terutama Jakarta Tidak hanya dialami kendaraan lawas mobil produksi relatif baru juga kerap terbakar Berikut tips agar mobil kesayangan Anda tidak ter...
Kalau Ibu Asyik Nak Marah Tandanya Tak Cukup Tidur Lagi Dibiarkan Bahaya

Kalau Ibu Asyik Nak Marah Tandanya Tak Cukup Tidur Lagi Dibiarkan Bahaya

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 221 hits
Bila bergelar ibu rutin harian automatik berubah Mula dari celik mata sehingga nak lelap urusan rumah tangga dan anak banyak lagi belum selesai Biasanya ibu walaupun dah tidur namun tetap rasa penat bermakna anda belum dapat rehat cukup Mun...
Bahaya Rokok Tembakau Atau Elektrik

Bahaya Rokok Tembakau Atau Elektrik

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 209 hits
Industri vape di tanah air juga memiliki prospek dan kontribusi terhadap penciptaan lapangan kerja
Rahim Jatuh Buat Wanita Tak Selesa Jangan Biarkan Bahaya Jika Tidak Dikawal

Rahim Jatuh Buat Wanita Tak Selesa Jangan Biarkan Bahaya Jika Tidak Dikawal

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 185 hits
Setiap kali melakukan kerja kerja berat mulalah rasa sakit belakang rasa tidak selesa di bahagian bawah dan tubuh mula rasa tidak selesa Hati hati jangan dibiarkan hal ini berterusan Berkemungkinan anda mengalami masalah tombong atau rahim ...
Sejarah Tentang Rokok Dan Bahaya Merokok

Sejarah Tentang Rokok Dan Bahaya Merokok

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 188 hits
Siapalah agaknya manusia pertama menghisap rokok sehingga tabiat merokok menjadi amalan umat manusia di muka bumi ini walaupun kita sedia maklum mengenai bahaya merokok ini Jika dilihat dari faktor sejarah jenis rokok yang dihisap sekarang ...
Jangan Pandai Pandai Gantikan Susu Dengan Cara Ni Pada Bayi Umur Bawah 6 Bulan Bahaya

Jangan Pandai Pandai Gantikan Susu Dengan Cara Ni Pada Bayi Umur Bawah 6 Bulan Bahaya

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 159 hits
Walau macam mana susah sekali pun elakkan memberikan anak makan makanan yang tidak sepatutnya Dikhuatiri anak terkesan dengan pemakanan yang salah Perkongsian seorang pengguna Tik Tok yang menggantikan pemberian susu dengar air beras ini di...
Bahaya Letak Botol Air Plastik Dalam Kereta

Bahaya Letak Botol Air Plastik Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 289 hits
Air dalam botol plastik di dalam kereta anda sangatlah merbahaya Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara Dia tampil di acara Ellen Show dan mengatakan perkara yang sama Perkara ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab p...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik